Monday, August 24, 2009

Menderma Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Menderma suatu amalan yang terbaik terutama dibulam Ramadan ini, berapa banyakkah yang telah kita rancangkan daripada pendapatan bulanan untuk kita berderma dibulan yang penuh kerahmatan ini. Saya sempena bulan yang penuh kerahmatan ini ingin memohon bantuan pihak tuan puan untuk mengutip derma bagi pihak sekolah ibn Khaldun atau menderma kepada sekolah ibn Khaldun.

Kami memerlukan sejumlah 6 juta ringgit untuk pembinaan bangunan dengan keupayaan 48 bilik darjah. Untuk makluman pihak kami Berjaya mendapatkan sebayak 750 ribu sebelum ini dan wang tersebut telah digunakan untuk membeli tanah bersebelahan dengan sekolah sedia ada. Bagi membangunkan bangunan baru sejumlah 6 juta amat-amat diperlukkan dan diharapkan pada bulan Ramadan al Mubarak ini, pihak tuan puan dapat membantu dari pendapatan tuan puan kepada pembangunan sekolah ibn Khaldun.

Pihak sekolah telah menyediakan kupun-kupun kutipan derma untuk memudahkan kutipan dilaksanakan, diharapkan pihak tuan puan dapat menghantar alamat tuan puan bagi membolehkan pihak sekolah menghantar kupun kepada tuan puan. Bukan sedikit atau banyak tetapi dengan sumbangan tersebutlah kami berharapkan akan dapat juga membina sekolah dan hanya Allah swt yang akan menjayakannya, yang penting kita berusaha untuk mendapatkan sumbangan dan Allah swt maha mengetahu sejauh mana kita telah berusah dan bersungguh untuk membantu Agamanya.

Sila isikan maklumat dibawah dan email kembali kepada saya atau sekolah untuk tujuan penghantaran kupun.

Nama: _________________________
Alamat: _________________________
_________________________
_________________________

No Telephone:

Saya memerlukan 1. Surat kebenaran kutipan derma YA / TIDAK
2. Kupun kutipan derma Bilangan buku kupun ________
3. Hadiah pen
Bilangan Pen ________

Semua kutipan boleh dimasukkan kepada akaun “PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN” NO AKAUN :12010010029602 (Bank Islam Malaysia Berhad). Harap dapat kongsikan email ini kepada rakan-rakan anda bagi membolehkan seramai mungkin dapat terlibat dandapat menyumbang kepada pembangunan sekolah Ibn Khaldun. Semuga Allah swt jua yang memberikan balasan diatas kebaikan tuan puan. Amin


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekolah Ibn Khaldun telah beroperasi selama 18 tahun dan diatas permintaan daripada masyarakat pihak sekolah telah bercadang untuk membesarkan lagi kebolehan untuk menampung pelajar yang ramai. Untuk makluman kutipan derma yang lalu telah memberikan kemampuan untuk sekolah membeli tanah disebelah sekolah sedia ada dengan nilai satu juta ringgit.

Pihak sekolah telah bercadang untuk memulakan mendirikan sekolah pada hujung tahun ini dengan nilai keseluruhan pembangunan sebanyak 6 juta ringgit. Untuk makluman setakat hari ini pihak sekolah baru mempunyai 30 ribu ringgit. Sempena bulan ramadan yang Mubarak ini pihak sekolah telah melancarkan kutipan derma bagi memastikan perancangan dapat dilaksanakan.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan pihak tuan puan dimasa yang lalu dan bantuan serta pertolongan amat-amat diharapkan pada kali ini kerana matlamat kutipan sebanyak 6 juta adalah begitu tinggi dan memerlukan bantuan tuan puan untuk berusaha dan pertolongan Allah swt untuk menjayakannya. Kita hanya berusaha dan Allah swt jua yang memberikan segala-galanya.

Bagi memudahkan kutipan pihak tuan puan, beberapa cadangan seperti berikut boleh dilaksanakan oleh pihak tuan puan.

1. Mengenal pasti senarai adik beradik, pakcik, makcik, saudara-saudara yang ada untuk diminta menyumbangkan sedikit derma sempena bulan puasa ini. Kita hanya meminta dan hanya Allah swt sahaja yang mengerakkan samada untuk membantu kita atau tidak bagi membangunkan sekolah agama ini.
2. Memaklumkan kepada jiran-jiran tentang projek ini dan juga kepada rakan sepejabat, mungkin rakan pejabat kita sendiri, atau rakan pejabat isteri kita atau mungkin rakan pejabat anak-anak kita atau rakan sepejabat adik beradik kita.
3. Mengenal pasti amil-amil yang kita kenali dan memohon beliau membantu untuk mengutip derma disamping kutipan wang zakat fitrah. Potongan sebanyak 12.5% boleh ditolak daripada kutipan derma untuk diberikan kepada amil-amil yang membantu.
4. Mengenal pasti kontraktor-kontraktor atau pembekal barangan kepada pejabat anda untuk diperoleh senarai nama mereka berserta alamat dan diberikan kepada pihak sekolah bagi menghantar surat kepada mereka.
5. Mengambil surat-surat kutipan derma atau kupun untuk diberikan kepada surau-surau dan masjid-masjid dikampong halaman anda. Tindakan awal semasa bulan puasa ini amat-amat diharapkan bagi memenefaatkan bayaran gaji sebanyak 2 kali sepanjang Ramadan ini.

Apa yang penting adalah anda meletakkan target yang maksima untuk dilaksanakan dan bertindak mulai dari sekarang. Keputusan dari kerja-kerja anda bukkan milik anda kerana ia adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Yang penting adalah apakah usaha-usaha yang telah anda lakukan bagi membantu pihak sekolah bagi mendirikan sekolah baru ini. Semuga usaha yang sedikit ini dapat membantu kita semasa diakhirat kelak apabila berhadapan dengan Allah swt kerana kita telah menginfak tenaga dan wang ringgit untuk membantu Allah swt. Semuga dengan tertegaknya sekolah ini akan melahirkan manusia-manusia yang baik amalnya dan melahirkan ulamak dan pemimpin masa depan.

Kita hanya memerlukan 60,000 orang yang sanggup menderma seratus ringgit seorang bagi mendapatkan 6 juta. Kita hanya memerlukan 20 ribu orang sekiranya setiap orang memberikan 300 ringgit. Sebaliknya kita hanya memerlukkan 2000 orang yang sanggup bekerja sekiranya setiap orang Berjaya membantu mendapatkan 3000 ringgit seorang daripada cara-cara yang diatas kutipan kupun. Ini bermakna hanya 30 kupun seorang.
Sekiranya kita berusah hasil adalah milik Allah dan kita hanya berusaha dan tetapkan target yang mahu kita capai sepanjang bulan Ramadan ini.

Kejayaan yang boleh dikongsikan:
1. Seorang sahabat menyenaraikan 18 nama ibu bapa dan panggilan telephone dilakukan, Sebanyak 41 kupun telah diminta oleh mereka, ada juga yang tidak mahu melibatkan diri untuk kutipan tetapi yang penting kita berusaha untuk memohon bantuan mereka dan pertolongan dari mereka adalah dari Allah swt.
2. Dengan membawa kupun sebanyak 40 unit di dimaklumkan kepada pekerja dipejabat untuk membantu mengutip dari keluarga dan adik beradik sahaja, semuanya telah habis dan setiap seorang dari mereka hanya mengambil satu kupun dan diberikan sebatang pen sebagai hadiah kenangan daripada pihak sekolah.
3. Seorang lagi sahabat telah menyenaraikan 24 nama dan beliau melakukan panggilan magi mendapatkan bantuan dan didapati sebanyak 70 kupun dapat diagihkan memalui beliau.

Sekiranya kita sehari boleh mengenal pasti untuk mengedarkan 5000 kupun maka kita memerlukkan 12 hari sahaja untuk mendapatkan 6 juta ringgit. Mungkin terlalu banyak pada pandangan kita tetapi sekiranya seorang boleh mengedarkan 100 kupun sehari, untuk 300 orang yang bekerja kita akan berjaya mengedar 30 ribu dan memerlukan 2 hari sahaja untuk mendapatkan 6 juta. Jika itu juga terlalu sukar, sekiranya kita Berjaya mengedarkan 20 kupun sehari dan kita bekerja bersungguh-sungguh selama lima hari diawal Ramadan kerana Allah swt , bermakna kita akan mendapatkan 5x20x100x300=3juta ringgit. Jika kita gandakan usaha ini selama 10 hari bermakna kita boleh memperolehi 6 juta ringgit. Adakah kita boleh mengambil cuti 2 hari untuk mengedarkan 200 kupun? Tetapi bukan jumlah kupun yang penting, yang perlu kita fikirkan adakah kita terlibat atau melibatkan diri kita untuk membantu di jalan Allah swt.

Yang penting adakah kita mempunyai ramai kenalan yang boleh membantu kita, Adakah kita boleh mengenal pasti seramai seratus atau dua ratus orang yang boleh kita hubungi untuk membantu kita mengutip derma tersebut. Adakah kita sanggup bertemu dengan 200 orang untuk memaklumkan usaha-usaha kita ini dan segala keputusan sebenarnya adalah milik Allah swt dan ketentuan dari Allah.

Akhir sekali diri kita sendiri, berapa banyak yang boleh kita sumbangkan untuk pembinaan sekolah pada kali ini, sekiranya kita tidak dapat membantu mencari orang yang boleh mengutip derma mungkin kita boleh mengeluarkan wang kita sendiri bagi memastikan kejayaan kutipan derma pada kali ini. Sekiranya seorang seribu kita akan mendapatkan 300 ribu, Sekiranya purata kutipan 2000 ringgit seorang maka kita akan mempunyai sebanyak 600 ribu. Suatu yang tidak mustahil kerana segala pencapaian yang akan kita perolehi sebenarnya adalah pertolongan dari Allah swt dan adakah kita benar-benar berharap kepada Allah swt. Marilah kita berdoa dan terus berharap kepada Allah swt dan kita juga tidak ketinggalan untuk membangunkan sebuah sekolah yang ingin untuk melahirkan pelajar-pelajar yang takut dan sentiasa berharap kepada Allah swt. Amin

Wednesday, August 19, 2009

Apakah Pencarian Kehidupan Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Apabila kita mendengar perbincangan seseorang ingin membeli kereta, tentu kita akan mendengar cadangan kereta yang ingin dibelinya, samada kereta mahal atau kereta murah, mungkin ada yang mahu kereta BMW dan sedang memilih siri apa yang dikehendakinya, bagi yang mahu membeli proton pula tentu memilih mengikut kemampuan yang ada pada mereka. Yang penting kehendak membeli perlu ada didalam pemikiran mereka dan kemudiannya melihat kepada kemampuan yang telah ada pada seorang pembeli tersebut. Sebagai contohnya kita boleh mengenal pasti seorang yang mahu membeli kereta dengan seorang yang mahu melihat-lihat sahaja di bilik pamiran dengan bertanya soalan yang betul seperti “Warna apa yang en cari” jika jawapanya dengan cepat menyebut suatu warna maka sebenarnya dia telah membuat keputusan untuk membeli cuma tercari-cari kereta pilihan hatinya di bilik pamiran untuk memastikan keistimewaan kenderaan yang ingin dimilikinya

Mari kita berfikir sejenak tentang surga, apakah kita telah melakukan keputusan samada kita mahukan surga atau tidak, jawapannya tentu kita mahu tetapi sejauh mana kita bersungguh-sungguh mendapatkan seperti kita mahu mendapatkan sebuah kereta. Adakah kita mengukur diri kita apabila kita berkata kita mahukan surga seperti kita mahukan sebuah kenderaan. Kita memilih kereta yang berkemampuan untuk kita memiliki dan tentu sahaja kita akan berpuas hati dengan pilihan kita kerana ianya mengikut selera dan kemampuan yang ada.

Teringat pesan seorang rakan yang pergi ke Plasten baru-baru ini, mereka berkata orang-orang Plasten disana masing-masing telah memilih untuk mendapatkan surga yang mana satu, sedangkan kita masih mahu memilih samada mahu kesurga atau tidak. Mereka merasakan kegembiraan sekiranya mereka terbunuh didalam perjuangan sebaliknya kita ketakutan untuk menemui kematian. Seorang ibu boleh bergembira walaupuan telah kematian beberapa orang anaknya asalkan pemimpin mereka selamat untuk membantu mereka mendapat surga. Kehidupan mereka untuk matlamat yang jelas untuk mendapat surga tetapi matlamat kita untuk mendapat harta.

Apa yang mereka hajatkan mengikut apa yang mereka sediakan didalam kehidupan mereka. Mereka benar-benar bersedia dan jelas untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan didalam kehidupan mereka, mereka jelas kehidupan ini suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kesukaran untuk mendapatkan kemanisan yang dijanjikan oleh Allah swt. Marilah kita mendapatkan sedikit kejayaan dan kebaikan melalui Ramadan yang akan datang dengan sedikit kesukaran yang akan menguji kesabaran. Amin.

Persediaan Menghadapi Kerugian


Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kerugian dan keuntungan adalah suatu perjalanan kehidupan, ada orang yang kelihatan sentiasa berada didalam kerugian dan ada orang yang kelihatan sentiasa beruntung didalam kehidupan mereka. Jika boleh tiada orang yang mahukan kerugian didalam kehidupan mereka, kita melakukan banyak perkara dan aktiviti untuk mendapatkan keuntungan. Persoalannya adakah aktiviti-aktiviti yang kita lakukan akan memberikan keuntungan kepada kehidupan kita?


Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi kerugian yang mungkin akan kita hadapi? Adakah kita benar-benar memikirkan tentang kerugian yang bakal kita terima didalam kehidupan kita? Bayangkan jika diberikan perniagaan untuk kita laksanakan dan kita tidak kisah tentang keuntungan yang bakal diterima dan tidak kisah juga tentang kerugian yang mungkin dialami, apakah kita dikatakan sebagai seorang peniaga yang baik dan akan Berjaya?

Tentu sekali tidak, kita perlu merancang perniagaan kita agar mendapat keuntungan dan juga merancang untuk tidak mengalami kerugian sekiranya kerugian itu suatu yang tidak dapat dielakkan. Bulan Ramadan datang lagi, dan sejauh mana kita mempersiapkan diri kita untuk mendapatkan begitu banyak keuntungan untuk kehidupan diakhirat nanti melalui Ramadan pada kali ini, sejauh mana pula kita menyediakakn langkah-langkah untuk mengelakkan diri kita dari digulungkan kedalam mereka-mereka yang akan mengalami kerugian. Apakah kita sedar cirri-ciri mereka yang akan mengalami kerugian, apakah penyebab-penyabab yang akan menyebabkan kita akan rugi dan apakah yang menjadi penyebab yang akan menjadikan kita berada didalam keuntungan.


Marilah kita merenungkannya kerana surge adalah suatu keuntungan yang tidak dapat dibayangkan dan neraka adalah suatu tempat yang tidak mampu kita menghadapinya. Beruntunglah mereka yang bijak kerana memikirkan tentang kehidupan selepas kematian kerana dunia adalah sebab dan akhirat adalah akibat. Dengan banyak sebab-sebab untuk mendapat kebaikan akan memungkinkan kita meraih keuntukan diakhirat, sebaliknya jika tiada sebab-sebab untuk kita meraih kebaikan semasa didunia akan menyebabkan kesukaran diakhirat kelak. Jika kita meminta rehat sekarang atau mahukan kerehatan sekarang, ditakuti kita sudah tiada masa untuk rehat di akhirat kelak. Allah hu alam.

Ramadhan Kehadiranmu Dinantikan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ramadan sejauh mana kita menantinya, sejauh mana kita merasai bulan ini adalah suatu bulan yang agung dan bulan yang penuh barakah. Di bulan ini ada keistimewaan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain, ada malam lailatulkadar, ada puasa yang diwajibkan dan ada malam untuk kita berqiam sebanyak mungkin.

Di bulan ini amalan wajib digandakan pahalanya sehingga 70 kali ganda, disediakan untuk memudahkan kesabaran bagi mendapatkan surga, Bulan untuk meningkatkan ukhwah dan ditambah rezeki. Apabila memberi makan orang yang berpuasa akan diampunkan dosa dan dibebaskan dari api neraka dan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.


Awalnya rahmah, petengahannya keampunan dan akhirnya pembebasab dari api neraka. Dituntut untuk melakukan sebanyak-banyak pahala dengan meningkatkan kualiti puasa agar lebih baik, tingkatkan ukhwah dan kasih sayang, lakukan perubahan diri dengan menambah hafalan Al Quran, meninggikan kepahaman Al Quran, memperbanyakan sedekah dan infak dijalan Allah.


Bulan ini juga adalah bulan uantuk bertaubat, terlalu istimewa untuk menilai kembali diri kita kerana saitan diikat, pintu neraka ditutup dan keampuanan disediakan oleh Allah swt. Dituntut memohon maaf antara satu sama lain dan gunakan bulan ini untuk mentarbiyah diri kita dan berdakwah untuk mendapatkan taqwa kepada Allah swt. Allah hu alam.

Kebanggaan Sejauh Mana Dirasakan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kebanggaan suatu sifat yang ada didalam ramai manusia, ramai yang berbangga dengan kedudukan mereka, ramai yang berbangga dengan harta yang mereka punyai, ramai yang berbangga dengan bilangan anak, ramai yang berbangga dengan rupa paras yang cantik, ramai berbangga dengan rumah yang baru dibeli atau diubah suai, ramai berbangga dengan kenderaan yang baru dibeli dan dimiliki. Namun sejauh mana kebanggan itu akan menyebabkan kebahagian bagi kehidupan itu.


Mungkin kita selesa dan bangga apabila dapat menceritakan tentang kejayaan atau kebahagian yang kita perolehi tetapi untuk apa sebenarnya kebanggan tersebut? Adakah dengan merasakan kebanggaan kita akan bertambah sihat? Atau dengan kebanggan akan menghampirkan kita dengan Allah swt? Atau dengan kebanggaan kita akan sentiasa gembira? Apakah tidak boleh berbangga?


Mengapa kita berbangga? Kita berbangga kerana kita mahu berkongsi kejayaan kita untuk orang lain mengikuti kita atau kita ingin memaklumkan bahawa kita mampu untuk mencapai sesuatu tahap yang terbaik dan anda juga boleh untuk mengikut jejak kejayaan kita. Mungkin juga untuk merendah-rendahkan orang lain kerana tidak mendapat seperti apa yang kita perolehi.

Adakah kita berbangga apabila kita beragama ISLAM? Adakah kita mahu memeklumkan betapa beruntungnya apabila menjadi seorang Islam, sejauh mana Islam telah menyelamatkan diri kita daripada jurang kehancuran, adakah kita berasai bertapa besarnya nilai Islam didalam kehidupan kita. Apakah kebanggaan yang ada didalam diri kita? Marilah kita semak sejauh mana kita benar-benar merasai keuntungan apabila dianugerahkan Iman didalam kehidupan dan sejauh mana pula kita menyayangi kehidupan pemberian Allah swt kepada diri kita. Allah hu alam


Bodoh sombong

''Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni ALI, BUDIN & JOE. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si ALI pun berkata, 'Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan'.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh ALI azan. Tanpa berlengah terus je ALI azan, 'Allah Ta'ala… Allah Ta'ala…' Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada ALI & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan ALI. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, BUDIN panggil tok imam. 'Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.' Tok imam pun undur la ke belakang.

BUDIN pun angkat le takbiratul ihram. 'Allahu akbar!' Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si BUDIN ni pusing ke belakang dan berkata, 'Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!'
...Lalu batallah solat BUDIN. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si JOE jadi imam. Si JOE pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si JOE niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si JOE ni. Tapi dengan bongkaknye si JOE berkata, 'He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang. He heee…'

Tok imam pun terkedu & terus pengsan hehehehehe...

Tuesday, August 11, 2009

Pelarian kehidupan sejauh mana perginya...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Pelarian didalam kehidupan suatu yang kadang kala kita tidak perasaan kita lakukan didalam kehidupan. Kita memberikan alasan apa saja bagi membolehkan kita tidak dipertanggungjawabkan atau mengelak diri dari kenyataan. Didalam pelarian kadang kala kita menyedari apa yang kita lakukan, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri atau mengelakkan tanggung jawab atau mencari sesuatu alasan bagi menyelamatkan diri kita. Dan kadangkala kita tidak sedar kita telah melarikan diri kita begitu jauh daripada apa yang dikehendaki oleh Allah swt.

Adakah pelarian suatu yang perlu kita lakukan didalam kehidupan? Apakah kita tidak menyedari bahawa segala yang berlaku adalah suatu ketentuan Allah swt, yang penting bukan kita melakukan pelarian tetapi melakukan yang terbaik dengan niat untuk mencari keredaan Allah swt. Kita meletakkan Allah swt dihadapan didalam keputusan yang dilaksanakan. Namun sebagai manusia kita tidak tahu apakah yang terbaik buat diri kita, mungkin kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik tetapi sebenarnya adalah suatu yang buruk hasilnya pada pandangan kita. Oleh sebab itu konsep penyerahan kepada Allah swt perlu kita perjelaskan didalam kehidupan kita.

Kita perlu mengosongkan matlamat-matlamat yang lain kepada matlamat hanya kepada Allah swt, tiada sebab-sebab lain yang menyebabkan kita bertindak selain kerana Allah swt. Apabila jiwa telah dapat dibersihkan, hati akan menjadi pelita cahaya yang akan menjadi hakim kehidupan. Kehidupan telah menjadi indah dan segala liku-liku kehidupan adalah suatu keindahan yang dilihat mengiringi warna-warna kehidupan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya kehidupan penuh dengan cabaran yang menanti pemberian dari Allah swt samada Berjaya atau tidak, semuanya akan memberikan kebaikan kepada kehidupan.


Marilah kita merenung diri kita sejauh mana kita Berjaya mengosongkan hati kita untuk dipenuhi dengan nilai-nilai dan sebab-sebab kerana Allah swt semata-mata. Begitu mudah untuk dicoretkan dan ianya memerlukan kita benar-benar bersedia untuk melaksanakannya, marilah kita sama-sama usahakan. Marilah kita kembali untuk melihat al Quran dan tidak melarikan diri dari memahaminya Amin

Ujian Mengiringi Perjalanan Kehidupan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ujian sejauh mana dirasai didalam kehidupan? Ujian boleh berbentuk kesenangan, berbentuk kesusahan, daripada lelaki atau wanita, daripada harta atau tahta. Namun semuanya untuk menguji samada dapat meletakkan Allah swt di hadapan dan segala keputusan yang hendak dilakukan menurut seperti apa yang dikehendaki Allah swt atau tidak.

Ujian bukan disediakan tanpa sebab tetapi disediakan untuk meningkatkan darjat seorang di hadapan Allah swt. Sejauh mana kita merasai kita di uji? Atau selepas gagal baru kita merasakan yang kita di uji kerana semasa di uji kita leka dengan sedikit kenikmatan lalu melupakan segala-galanya seolah-olah tiada tuhan.

Tidak ujud seorang lelaki jika tidak ada wanita yang melahirkannya selepas Adam as, maka penghormatan agung buat wanita bergelar ibu. Namun ibu yang ditaati oleh anaknya perlu pula mentaati seorang lelaki bergelar suami. Saling perlu memerlukan antara satu, boleh menjadi penyebab untuk masuk surga dan juga penyebab untuk masuk neraka. Perlu bantu-membantu untuk mencari keredaan ilahi, namun apakah persediaan diri untuk menghadapi ujian ilahi.

Kita perlu mencari kekuatan Iman agar segala ujian dapat di atasi, Pencarian memerlukan pengorbanan untuk melalui kesukaran bagi mendapatkan kemanisan, ramai yang gagal didalam perjalanan kerana diri tiada persediaan, bukan berapa banyak buku telah menjadi rujukan, bukan juga pengalaman menjadi ukuran, yang penting sejauh mana Al Quran di ambil sebagai rujukan. Sejauh mana diri Rasulullah saw dijadikan ikutan, ujian sentiasa mengiringi kehidupan untuk memilih orang-orang yang akan berjaya berhadapan dengan Allah swt di hari pembalasan. Marilah kita bina kekuatan untuk perjalanan yang jauh dengan hentian terakhir suatu kematian sebelum bermula perjalanan seterusnya. Allah hu alam

Monday, August 10, 2009

Keperluan Makanan Roh & Fizikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Makanan suatu yang amat kita perlukan didalam kehidupan kita, Kita makan nasi, makan buah-buahan, makan daging dan banyak lagi makan yang kita makan sehinggakan sukar untuk menginggati semua makan yang telah kita makan. Terlalu banyak dan berbagai rasa telah kita makan namun adakah kita perlu memakan sebegitu banyak makanan didalam kehidupan kita? Makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh tubuh badan kita agar kita menjadi manusia yang seimbang, jika tidak mungkin kita akan menghadapi berbagai masalah seperti lebih berat atau penyakit yang disebabkan oleh tiada kawalan pemakan yang seimbang.

Kita menghabiskan banyak wang untuk makan yang kita ambil dan semuanya memenuhi kehendak fizikal tubuh badan kita. Adakah kita merenung sejauh mana pula kita menyediakan pemakanan untuk ROH dan JIWA kita. Apakah ROH kita mendapat makanan yang secukupnya? Apakah kita menyediakan makan untuk ROH kita mengikut jadual yang tertentu agar jiwa kita tidak kelaparan. Jika kita memberikan makan untuk fizikal dan jika kita tidak dapat memenuhinya badan kita mungkin mengalami masalah, bagaimana pula sekiranya JIWA DAN ROH kita tidak mendapatkan santapan dari semasa kesemasa, apakah yang mungkin berlaku kepada ROH dan JIWA kita?


Adakah mungkin JIWA kita menjadi kosong dan tidak tahu kemanakah yang mahu dituju, mungkin ROH tidak mengetahui apakah sepatutnya yang perlu dilakukan bagi menjaga tubuh badan yang ada kerana ia tidak diberikan makan yang mencukupi sehinggakan ROH tidak dapat memberikan petunjuk yang sebaik buat tubuh badan melaluinya. Apakah Al Quran dijadikan sebagai sebahagian santapan ROH didalam kehidupan kita atau kita memandang sepi sehinggakan ROH kita sentiasa kelaparan dan memerlukan makanan dan diisi dengan hiburan TV dan video semata-mata.


Mari kita menyemak kembali sejauh mana kita benar-benar berusaha untuk memberikan makan yang seimbang kepada tubuh badan dan juga ROH kita. Tanpa memberikan keseimbangan akan berlaku kerosakan yang akan mmerugikan untuk kehidupan di akhirat nanti. Marilah kita melihat kembali langkah-langkah yang akan kita lakukan agar ianya sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt dan tidak mmendapat kerugian di akhirat kelak. Amin

Persediaan Untuk Tawaran Hebat Jualan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Persiapan suatu yang perlu kita sediakan bagi mendapatkan yang terbaik didalam apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan, persiapan perkahwinan mungkin disediakan dua bulan sebelum perkahwinan tersebut diadakan atau mungkin lebih lama sebelun tarikh berlangsung majlis tersebut bagi memberikan kenangan yang terbaik buat diri pengantin dan juga tetamu yang hadir.

Persiapan ahli sukan untuk peringkat olimpik mungkin memerlukan masa setahun sebelum tarikh sukan tersebut dilancarkan, persiapan untuk mengadap raja apabila dipanggil untuk mengadap bagi mendapatkan anugerah mungkin dilakukan sebaik sahaja dimaklumkan akan kejayaan untuk menerima pingat tersebut.


Kita akan mungkin berbelanja atau mempersiapkan diri kita bagi memastikan kita dapat melaksanakan yang terbaik apabila saat tersebut tiba, namun marilah kita melihat apakah persiapan yang kita lakukan untuk mendapat yang terbaik apabila Ramadan tiba, apakah kita benar-benar ternanti akan Ramadan yang akan kunjung tiba ini dengan mempersiapkan diri kita agar kita dapat melakukan yang terbaik semasa sebulan di bulan Ramadan nanti.

Adakah kita benar-benar berharap dan berdoa untuk dapat melakukan yang terbaik seperti kita berharap dan berdoa untuk menghadapi peperiksaan, atau kita berdoa bersungguh-sungguh sebab nak lihat anak kita Berjaya didalam peperiksaan mereka nanti, apakah kita berdoa untuk mendapatkan yang terbaik semasa Ramadan nanti? Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita agar dapat mempersiapkan pemikiran, tubuh badan dan matlamat yang jelas untuk mendapatkan bonus dari Allah swt di bulan Ramadan nanti. Marilah kita berfikir untuk mendapatkan yang terbaik. Allah hu alam.

Saturday, August 1, 2009

Pencen dan kerehatan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/07/bila-kehidupan-berbicara.html



Pencen dan kerehatan adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh ramai anggota. Ada yang sering bertanya berapa tahun lagi nak pencen, bila bertemu dengan yang kelihatan sudah bertambah usia. Kita juga sering mendengar “Aku Cuma lima bulan, aku Cuma setahun dan berbagai-bagai lagi jawapan yang menandakan tidak lama lagi akan pencen atau masa untuk berehat.



Apakah erti kerehatan? Di dalam islam diajarkan agar mencari kerehatan untuk kehidupan selepas kematian, sekiranya kita mahukan kerehatan sekarang, Allah swt boleh memberikan kerehatan sekarang tetapi ditakuti selepas kematian kita tiada masa untuk melalui kerehatan. Pengertian kerehatan perlu kita semak sekali lagi agar kita betul-betul mendapatkan kerehatan yang sebenarnya buat diri kita. Kita mahu berehat selepas kita mencapai umur 55 atau 58 tahun tetapi apakah kita memikirkan untuk kerehatan selepas kematian. Sekiranya kita memikirkan kerehatan selepas kematian maka ianya bermakna kita perlu berkerja dari sekarang sehingga kita mati untuk mendapatkan kerehatan yang sebenarnya bagi seseorang manusia.



Apabila memperkatakan tentag kerja pula kita perlu merasakan semua yang kita laksanakan adalah untuk mendapatkan hasil dari Allah swt, mendapat pahala dari Allah swt dan untuk mendapatkan pahala semuanya adalah bergantung kepada keikhlasan niat dan hati kita kepada Alah swt. Adakah kita melakukkan sesuatu itu samada kecil atau besar, secara sembunyi atau nyata, secara sendirian atau dikhalayak ramai dilakukan untuk mendapat keredaan Allah swt dan penuh dengan keikhlasan.



Sejauh mana kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita semasa kita berada di pejabat Allah iaitu di muka bumi ini. Pejabat kita bukan sahaja sewaktu bertugas di organisasi kita berkerja untuk mendapatkan rezeki tetapi adalah di bumi Allah swt untuk mendapat pahala bagi pertukaran semasa selepas kematian nanti. Pejabat kita adalah di organisasi, di rumah, di kampung dan di bandar tempat kita tinggal dan juga dimana sahaja sebelum kita menemui kematian kita. Di Bilik air juga adalah pejabat kita dimana kita di nilai oleh Allah swt, di bilik juga kita tidak dapat lari dari penilaian Allah swt, begitu juga di ruang makan, di ruang tamu, di luar rumah, di pasar malam dan dimana sahaja adalah kawasan pejabat yang perlu bagi kita melakukan yang terbaik sebagai pekerja yang telah diamanahkan oleh Allah swt.



Apa tanggungjawab sebagai pekerja yang diberikan oleh Allah swt? Persoalan dari mana saya datang, kemana saya hendak pergi dan apa kesudahan selepas kematian adalah persoalan yang perlu kita fikir-fikirkan bagi mendapatkan kejayaan didalam kehidupan ini. Mari kita sama-sama berusaha mencari ilmu dan berusaha untuk mendapatkan keikhlasan hanya semata-mata kerana Allah swt. Amin

Apabila Kita Malas Beribadah

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau sholat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal jam sudah di set untuk menejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala futur dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita mutabaah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagui sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam alarm hp bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dsb. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata perilaku kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak zikir, tak terkeluar dari mulut...Mengapa ya..?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda / bergurau senda. Boleh kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya.

Kesungguhan bermula dimana...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kesungguhan dan kemahuan untuk melaksanakan sesuatu tugas berbeza-beza dari seorang dengan seorang yang lain, ada yang bersungguh-sungguh sehinggakan lupa pada diri sendiri apabila melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka tetapi ada pula yang melakukan tugas dengan sambil lewa sahaja. Mereka yang bersungguh-sungguh tentu sahaja mempunyai sebab yang tertentu mengapa melaksanakan tugas dengan sepenuh jiwa mereka.

Mengapa kita tidak bersungguh-sungguh? Adakah kerana kita tidak cukup kuat sebabnya untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut atau daya pendorong untuk melaksanakan tugas itu tidak ada pada diri kita? Mengapa setengah orang amat rajin membaca Al Quran, mereka merasakan nikmat apabila membaca Al Quran. Namun ramai juga yang tidak mampu untuk membaca Al Quran walaupun hanya sepotong ayat Al Quran di dalam sehari.

Tentu keputusan atau pemilihan didalam kehidupan yang menyebabkan perbezaan dari tindakan seseorang dengan seseorang yang lain. Berapa jelas matlamat dan tujuan seseorang itu didalam kehidupannya? Mari kita menyemak sejauh mana jelasnya matlamat tujuan kehidupan kita, apakah kita mencari sesuatu yang agung atau sesuatu yang fana? Adakah kita mencari sesuatu yang kekal atau yang sementara? Persoalan demi persoalan perlu kita fikirkan dari masa kesemasa, orang yang bijak adalah yang berfikir tentang kehidupan diakhirat berbanding dengan kehidupan di dunia semata-mata.


Kehidupan suatu yang telah ditentukan oleh Allah swt untuk kita menguruskannya, kita tidak meminta untuk dilahirkan namun kita ada sekarang, tentu ada matlamat mengapa kita dijadikan dan memberikan kebaikan buat orang lain, marilah kita mencipta saat-saat bermakna untuk kehidupan manusia didalam dairi kehidupan kita agar dinilai oleh Allah swt dan mendapat surganya. Amin

BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu gunung emas, dia berhasrat untuk mencari gunung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
Petikan dari: 40 hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman