Thursday, July 3, 2008

Apa kata hati kecilku....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Pandangan dan tanggapan kita seringkali berbeza dengan keadaan sebenar yang berlaku, kita selalu mengikut apa sahaja tanggapan kita tanpa kita berfikir terlebih dahulu kemungkinan-kemungkinan lain yang berlaku di sebalik peristiwa yang kita alami. Kita lebih kerap memberikan tanggapan yang negetif sekiranya kita sentiasa atau selalu berfikiran negetif, sebaliknya kita akan berfikiran dan mencari yang positif apabila kita membiasakan berfikir secara positif.



Apa yang kita fikirkan akan kita rasakan dan akan kita lahirkan didalam tindakan, mudah untuk menyedarinya itu yang berlaku kepada diri kita, tetapi kita perlu menyediakan yang positif untuk mendapatkan hasil yang positif didalam tindakan kehidupan kita. Sekiranya kita merasakan segala-gala yang berlaku adalah pemberian dari Allah swt dan kita hanya manusia yang perlu melakukan yang terbaik, kerana kita sedar Allah swt melihat apa yang kita lakukan. Apakah yang mungkin kita lakukan, kita memilih untuk melakukan yang terbaik atau sebaliknya, masa tetap berlalu, sekiranya kita memilih untuk melakukan yang terbaik tidak semestinya hasil yang baik akan kita perolehi tetapi hasil adalah milik dan ketentuan Allah swt dan Dia boleh memberikan hasil yang terbaik, atau hasil yang tidak baik.



Tugas dan peranan kita adalah melakukan yang terbaik, terbaik dan terbaik. Sekiranya kita telah berusaha maka hasil atau keputusan adalah milik Allah swt untuk Dia menguji diri kita bagaimanakah kita berbaik sangka terhadap apa sahaja ketetapan yang telah di rencanakan olehNya. Manusia begitu lemah dan mudah merasakan putus asa, mudah kecewa, mudah tersentuh. Allah swt menjadikan begitu agar kita sentiasa berharap kepada Allah swt dan mengetahui yang kita serba kekurangan dan perlu berharap hanya kepadaNya.



Kita perlu bantu membantu kerana Allah swt berikkan kelebihan kepada seseorang dan kekurangan kepada seseorang untuk menguji mereka samada benar-benar bersyukur atau merasakan segala kelebihan yang telah diberikan adalah milik mereka tanpa dapat menghubungkan kepada ketentuan Allah swt. Sifat allah swt yang maha berkuasa mampu memberikan apa sahaja dan menjadikan apa sahaja untuk melihat betapa kekuasaan yang begitu besar. Bersyukurlah kepada Allah swt yang telah menjadikan kita sebagai seorang muslim dan tanda yang kita bersyukur adalah kita cuba untuk memahami agama yang diberikan oleh Allah swt ini. Mari kita bermula untuk melihat tafsir dan pengertian islam yang telah banyak di tulis oleh ulamak mutabar bukan setakat meletakkan buku-buku tersebut di almari buat penghias rumah kita sekarang. Allah hu alam.



___________________________________________________________________


Anak Kecil dan Seketul Batu



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi:



" Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada disini? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".



Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.



Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.



Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.



Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.



Pengajaran


Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara yang diberikan oleh Allah swt.

Tuesday, July 1, 2008

Empat istilah penting

Ilah (اله), Rabb ( رب ), ‘Ibadah ( عبادة ) dan Din ( د ين) adalah empat istilah asas bagi keseluruhan pengajaran di dalam al-Quran. Marilah kita memahami akan maksud keempat perkataan ini, ia merupakan dasar kepada keimanan seseorang, sejauh mana seseorang memahami perkataan ini akan memberikan lagi suatu kesedaran yang akan melahirkan tindakan didalam kehidupan dan menjadi seperti penyuluh yang akan menunjukkan jalan-jalan yang perlu dilalui didalam kehidupan ini.



Mungkin kita boleh mengunakan masa yang ada untuk duduk sebentar bersama-sama keluarga dan anak-anak untuk meneliti ayat demi ayat dan baris demi baris akan ayat allah swt yang ada didalam artikal ini untuk menjadikan tempat untuk kita bermula usrah keluarga, mungkin bagi membolehkan kita cuba mengajarkan anak-anak dan juga diri kita sendiri untuk mencari sesuatu yang selama ini telah kita lupakan.



Jika kita lihat bangsa arab apabila diperkatakan perkataan ini mereka benar-benar paham tetapi sebahagian mereka menollak akan kebenaran islam, bagi kita yang tidak memahami perkataan ini dan baru untuk merasainya mungkin suatu yang perlu kita syukuri, walaupun tidak memahami kita telah diberikan islam didalam diri kita, diharapkan dengan memahaminya akan memberikan lebih kesungguhan untuk kita menikmati akan kebaikan islam dan berbangga kerana telah diberikan panduan untuk melalui kehidupan ini oleh Allah swt.



Masa yang kita ada hanya 24 jam sehari dan jika kita biarkan tanpa cuba meneliti apa yang diberikan oleh Allah swt, masa itu tetap berlalu tetapi sekiranya kita mengambil kesempatan untuk menghimpunkan anak-anak selepas magrib atau selepas isyak walaupun hanya untuk 10 minit, ianya telah bermulanya suatu perjalanan untuk mencari kebaikan didalam kehidupan dan merubah kehidupan kita seterusnya.



Semuga allah swt memberikan Hidayah kepada kita dan memasukkan kita tergolongan didalam manusia yang diberikan rahmatnya. Amin



_________________________________________________________________
KEPENTINGAN MEMAHAMI EMPAT ISTILAH ASAS DALAM AL-QURAN




Muqaddimah



Ilah (اله), Rabb ( رب ), ‘Ibadah ( عبادة ) dan Din ( د ين) adalah empat istilah asas bagi keseluruhan pengajaran di dalam al-Quran. Al-Quran berulangkali menekankan bahawa Allah Subhanahuwata’ala sahaja yang Maha Berkuasa, Dialah Rabb dan Dialah Ilah, Tiada Ilah melainkan Dia dan Tiada Rabb melainkan Dia. Tidak pernah Dia berkongsi sifat-sifat kekuasaan dan kemuliaan-Nya dengan yang lain. Hanya Dia sahajalah yang semestinya diterima oleh manusia sebagai Ilah dan Rabb. Tidak seharusnya wujud mana-mana individu ataupun golongan yang berani mengakui mempunyai sifat-sifat kekuasaan dan kemuliaan, yang sebenarnya menjadi milik Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.



Kita dituntut agar beribadah hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala, tidak kepada yang lain. Juga, menerima Din sebagaimana yang dikehendaki-Nya sahaja dan menolak segala din yang lain.



Allah Subhanahuwata’ala berfirman:



Dan Kami tidak mengutuskan Rasul sebelummu melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.
(Surah al-Anbiyaa’ : 25)



Mereka mengambil orang-orang alim (pendita-pendita) dan padri-padri mereka menjadi Ilah, bukan Allah dan juga mereka (mempertuhankan) al-Masih Anak Mariam, sedangkan mereka hanya disuruh (oleh Allah) supaya beribadah kepada Ilah Yang Maha Esa, tidak ada Ilah selain daripadaNya, Maha Suci Dia (Allah) dari apa yang mereka persekutukan.
(Surah at-Taubah : 31)




Mengambil manusia sebagai Ilah dan mengambil din rekaan manusia sebagai din yang dianuti adalah penyelewengan dan kesesatan yang nyata.





Firman Allah Subhanahuwata’ala:



Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.
(Surah al Anbiyaa’ : 92)



Katakanlah: Apakah aku akan mencari Rabb selain Allah, padahal Dia adalah Rabb bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Rabbmulah kamu kembali dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.
( Surah al-An’aam : 164)



Katakanlah: Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa. Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Rabbnya.
(Surah al-Kahfi : 110)



Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada Nyalah menyerahkan diri segala yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan.
(Surah ali-‘Imran : 83)



Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada Nya dalam (menjalankan) agama.
(Surah az-Zumar : 11)



Sesungguhnya Allah, Rabbku dan Rabbmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.
(Surah ali-‘Imran : 51)



Firman-firman Allah Subhanahuwata’ala di atas ada kaitan dengan konsep Ilah, Rabb, ‘Ibadah dan Din.



Oleh itu Allah adalah llah dan Rabb bagi seluruh manusia. Tidak ada sesiapa pun selain Allah Subhanahuwata’ala mempunyai sifat-sifat Kekuasaan dan Penentuan yang Paling Tepat ke atas sesuatu. Oleh sebab itu manusia wajib beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Dan, din bagi manusia ialah Din Islam semata-mata dan tidak dikongsikan dengan din yang lain.



Pentingnya memahami Konsep Ilah dan Rabb



Orang yang tidak memahami tauhid (keyakinan kepada KeEsaan Allah semata-mata) dan tidak memahami musuh-musuh tauhid, iaitu syirik (pengakuan atau keyakinan kepada yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala), maka tidak akan mampu untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala dan melaksanakan Din-Nya semata-mata.



Orang yang tidak faham dengan jelas terhadap istilah-istilah Ilah dan Rabb, maka pengajaran al-Quran akan terus menjadi tidak jelas dan lengkap baginya.



Tanpa memahami istilah-istilah Ilah dan Rabb, seseorang itu akan terus menerus melafazkan kalimah: لا اله الا الله (Tiada Ilah yang disembah melainkan Allah), sedangkan pada praktiknya dia tetap melayan kehendak-kehendak ilah yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Dia akan mengaku dengan sungguh-sungguh dan penuh ikhlas bahawa dia tidak ber‘ibadah kepada yang lain melainkan Allah Subhanahuwata’ala, tetapi pada praktiknya dia terus menerus ber‘ibadah kepada yang lain selain daripada Allah Subhanahuwata’ala tanpa sedar.



Jika ada pihak yang cuba menunjukkan kepadanya akan kesalahannya mencintai din yang lain daripada Din Allah, maka dia akan rasa tersinggung dan melawan kembali. Dalam keadaan tidak insaf dan tidak sedar, dia akan terus memberikan kesetiaan kepada perintah-perintah din yang lain selain Islam. Tanpa sedar, dia akan terus yakin kepada undang-undang dan peraturan-peraturan bukan Islam. Dia akan terus merasa senang dengan pendokong-pendokong din yang lain tanpa mengesyaki atau mencurigai bahawa pendokong-pendokong itu telah mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala.



Kefahaman tentang konsep Ilah dan Rabb



Ketika mula-mula al-Quran diturunkan kepada orang-orang Arab, mereka benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan Ilah dan Rabb. Ini kerana istilah-istilah itu berkaitan dengan bahasa yang dipertuturkan ketika itu. Istilah-istilah itu bukanlah suatu yang baru bagi mereka dan tiada pula maksud-maksud yang lain di sebalik yang mereka fahami.



Orang-oang Arab benar-benar memahami makna yang terkandung dalam istilah-istilah tersebut. Apabila mereka menyebut bahawa Allah Subhanahuwata’ala sebagai Ilah (yang disembah) dan Rabb (yang Maha Pencipta) dan tidak ada sesiapa yang lain mempunyai sifat-sifat dan kemuliaan yang dimaksudkan itu, maka mereka segera dapat memahaminya. Mereka betul-betul mengetahui hak-hak Allah Subhanahuwata’ala yang tidak boleh diberikan kepada yang lain.



Mereka yang menentang dakwah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, menyedari akibat atau kerugian yang dialami di pihak mereka jika menyokong Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Manakala mereka yang menerima dakwah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula, memahami apa yang semestinya mereka hadapi, tinggalkan dan pisahkan.



Begitu juga dengan istilah ‘Ibadah dan Din yang selalu digunakan pada masa itu. Mereka memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘abd dan ‘ubudiyyah (perhambaan). Juga apa yang dimaksudkan dengan istilah Din.



Oleh sebab itu apabila mereka yang menerima dakwah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, diperintahkan supaya memberhentikan ‘ibadah kepada yang lain dan menumpukan ‘ibadah khas untuk Allah Subhanahuwata’ala semata-mata, dan membuang keyakinan kepada Din yang lain dan meyakini hanya kepada Din Allah Subhanahuwata’ala, maka mereka mampu melaksanakannya dan menghalakan seluruh rasahati , fikiran dan tingkahlaku kepada ajakan al-Quran. Maka berlakulah perubahan yang mendadak (revolusi) dalam cara hidup mereka sepertimana yang dikehendaki oleh al-Quran.



Apabila masa berlalu, terutama bagi generasi terkini yang mengalami pelbagai perubahan baru, maka istilah-istilah itu semakin sukar difahami. Akhirnya istilah-istilah itu hanya difahami beberapa orang ulama’ yang jelas terbukti keikhlasan, kesungguhan, ingin menghayati Islam sebagai ad-Din dan ingin kembali mengambil Generasi al-Quran pertama sebagai contoh.



Umat manusia, pada umumnya sudah kehilangan mafhum asal istilah-istilah itu. Mereka hanya dapat memahami istilah-istilah itu dengan makna dan maksud yang digunapakai oleh masyarakat umum sahaja. Contohnya:



1. Perkataan Ilah hanya digunakan pada perkara-perkara yang berkaitan dengan tuhan-tuhan (selain Allah) yang membawa makna yang sama dengan tokong-tokong, berhala-berhala dan tuhan-tuhan.



2. Perkataan Rabb hanya dimaksudkan dengan seseorang yang memelihara atau menyara hidup orang lain, atau membekalkan orang dengan keperluan duniawi.



3. Perkataan Ibadah pula difahami sebagai perlaksanaan atau peraturan adat resam (tradisi).



4. Perkataan Din pula hanya difahami sebagai satu agama atau kepercayaan kepada mana-mana peraturan.



5. Manakalah Taghut pula diterjemahkan membawa makna tokong, berhala atau syaitan.



Hasil daripada kefahaman yang salah atau keliru itu menyebabkan manusia sukar untuk kembali kepada risalah atau mesej al-Quran yang sebenarnya.



Al-Quran mengajak manusia supaya jangan mengambil yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala sebagai Ilah. Maka, manusia kini menyangka bahawa mereka telah memenuhi kehendak al-Quran itu setelah mereka meninggalkan sembahan, tokong-tokong, berhala-berhala dan yang lain yang dianggap sebagai tuhan-tuhan, sedangkan amalan dan praktik hidup mereka terus menerus memenuhi kehendak-kehendak yang lain daripada kehendak-kehendak Allah Subhanahuwata’ala.



Al Quran mengajak manusia supaya jangan mengakui selain daripada Allah Subhanahuwata’ala sebagai Rabb. Maka manusia kini menyangka mereka telah memenuhi kehendak itu kerana mereka tidak pernah mengakui sesiapa pun sebagai Rabb mengikut konsep tauhid yang mereka fahami. Sebaliknya, tanpa mereka sedar, tingkahlaku mereka telah mengangkat yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala ke taraf Rabb.



Mereka membantah serta tidak menyembah berhala-berhala, mereka mengutuk syaitan dan mengaku menghadapkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata, tetapi pemikiran mereka tidak ingin meninggalkan sistem hidup taghut yang dibentuk oleh manusia.



Mengenai ‘ibadah, mereka melakukan beberapa ‘ibadah khusus. Namun sebahagian besar dari hidup mereka tidak dilandaskan dengan hukum-hukum atau perintah-perintah Allah Subhanahuwata’ala.



Begitu juga mengenai din, mereka mengaku menganut agama Islam dan meninggalkan agama-agama lain. Mereka faham sekadar itu sahajalah keperluan beragama dan sesiapa sahaja yang berbuat demikan sudah memenuhi tuntutan perhambaan hanya sanya kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sebaliknya, pada hakikatnya, majoriti manusia kini telah menyeleweng jauh daripada Din Islam yang sebenarnya.

Dalam suasana kegelapan dan kepalsuan ini, keempat-empat istilah asas itu tidak lagi diberikan makna yang betul. Ini menimbulkan banyak masalah. Maka, lebih daripada tiga perempat ajaran al-Quran tidak lagi difahami. Inilah sebab utama mereka tidak ingin menghayati cara hidup yang termaktub dalam al Quran. Oleh itu untuk memahami hakikat ajaran al-Quran sebenarnya, kita perlu memahami makna keempat-empat istilah itu.



Tanpa kefahaman ini, akibatnya manusia sentiasa hidup di dalam keraguan. Apabila mereka ingin membuat sesuatu keputusan, maka mereka merujuk kepada teori manusia dan membelakangkan ketetapan Allah Subhanahuwata’ala.



Tanpa kefahaman ini, secara tidak sedar manusia yang mengaku Islam akan tertarik dengan din yang bukan Islam dan sanggup pula mati mempertahankannya. Manusia yang mengaku Islam memerangi saudara-saudaranya sendiri dan lebih teruk lagi memerangi din Islam.



Kembali kepada Tarbiyah



Untuk memahami kembali istilah-istilah Ilah (اله), Rabb ( رب ), ‘Ibadah ( عبادة ) dan Din ( د ين) yang sebenarnya, kita perlu kembali kepada tarbiyah Islamiyah. Lebih-lebih lagilah untuk menghayatinya dalam kehiudpan yang mencabar kini, maka tarbiyah yang berterusan sangat diperlukan.





Rujukan: Empat Istilah Dalam Al-Qur’an, Al-Maududi


Monday, June 30, 2008

Mengapa perlu wasiat?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa guna wasiat, adakah sebagai suatu yang menjadi mesti bagi orang yang akan pergi menemui kematian meninggalkan wasiat? Adakah kita juga ingin meninggalkan wasiat apabila kita hampir menemui kematian. Mengapa kita ingin berwasiat, mungkin untuk membahagikan harta yang akan kita tinggalkan buat mereka yang kita sayangi. Apakah dengan berwasiat begitu kita telah berpuas hati dan akan melalui kematian dengan penuh kesenangan dan kepuasan.

Tentu sekali kita mahukan agar wasiat kita dipatuhi oleh mereka yang akan ditinggalkan, kita mahu orang yang kita tinggalkan mengikuti wasiat kita semuga mereka mendapatkan yang terbaik didalam kehidupan mereka. Imam Syafie meninggalkan 10 wasiat untuk kita perhatikan, kalau kita semak dan Hayati serta amalkan, ianya akan menyelamatkan kita di dalam perjalanan menemui Allah swt, tetapi bagaimanakah sikap kita bila menerima wasiat ini. Kita selalu berfikiran bahawa seorang pekerja perlulah mempunyai sifat-sifat komitment yang tinggi, sikap yang baik, jujur dan banyak lagi sifat-sifat yang mulia yang mahu kita terapkan kepada pekerja. Bagaimana sikap kita terhadap kerja-kerja yang akan kita bawa untuk bertemu dengan Allah swt, apakah kerja-kerja kita ini adalah kerja-kerja yang terbaik dan sempurna yang telah kita lakukan.

Kita boleh menjadi pegawai yang cemerlang, tetapi perlu juga cemerlang di sisi Allah swt, kita boleh menjadi pegawai yang prihatin tetapi perlu juga menjadi hamba yang perihatin terhadap suruhan Allah swt. Kita meninggalkan wasiat kerana kita mempunyai harapan dan harapan itu belum kesampaian, kita mahu apabila kita pergi menemui Allah swt nanti, mereka-mereka yang ditinggalkan akan melaksanakan apa yang tidak kesampaian untuk dilaksanakan oleh kita menjadi suatu kenyataan. Namun apakah ia akan terlaksana? Kita mungkin mahu anak kita tidak meninggalkan solat, mahu mereka solat di awal waktu tetapi adakah mungkin mereka dapat melakukannya sekiranya semasa kita hidup kita sendiri tidak mampu melakukannya.

Kita terlalu banyak tugas dan tanggung jawab, tugas kepada syarikat, tugas kepada masyarakat, tugas kepada keluarga, tugas kepada rakan dan lain-lain lagi. Tetapi adakah kita terfikir diantara banyak-banyak tugas tersebut adakah tugas itu akan menyelamatkan kita di akhirat nanti, kalau kita berkerja di pejabat dapatkah kita menghubungkan agar kerja-kerja itu akan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita di akhirat nanti. Jika kita dapat menghubungkannya dan sedar akan tanggungjawab tersebut sebenarnya untuk mencari keredaan Allah swt maka beruntunglah kehidupan dan peranan yang kita laksanakan. Sebaliknya sekiranya kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang menyebabkan kita lupa kepada Allah swt maka kita perlu berfikir kembali agar apa yang kita lakukan akan mendapat kebaikan dari Allah swt. Allah hu alam


-----------------------------------------------------------------------------------


10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.


Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)


Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Adakah kita berlaku adil

Adakah aku bersikap adil? Suatu persoalan yang perlu kita lontarkan buat diri kita dari masa kesemasa, kita mahu menjadi manusia yang seadil mungkin, kita mahu adil terhadap isteri, adil terhadap suami, adil terhadap ibu dan ayah, adil terhadap anak-anak, adil terhadap jiran dan rakan. Kita juga mahukan orang lain bersikap adil kepada diri kita. Kita akan bersifat mahu memarahi orang lain sekiranya kita mengetahui mereka telah tidak bersikap adil terhadap diri kita.





Adakah kita telah bersikap adil didalam tindakan kita? Tentu sekali kita mahu melakukan yang terbaik namun kita walau bagaimana kita cuba untuk memberikan keadilan ada saja yang kita rasai tidak adil yang telah kita lakukan, hati kecil kita mengetahui samada kita adil atau tidak. Mari kita melihat apakah sikap kita sekarang, adakah kita adil terhadap agama yang kita anuti, kita diberikan Al Quran untuk mendidik diri kita agar menjadi seorang muslim yang sebenarnya, berapa kali kita membacanya? Berapa banyak yang kita sedar dan paham apakah kandungan yang diajarkannya, berapa banyak pula kita cuba untuk mengajarkannya kepada anak-anak kita agar mereka juga memahami apa yang kita paham?





Adilkah kita sekiranya kita mampu membaca banyak buku-buku tulisan manusia, lebih rajin lagi apabila kita hendak menduduki peperiksaan, kita tumpukan perhatian kita sepenuhnya kepada buku-buku tersebut hingga kita leka untuk makan dan minum, kita mahu memahami bagi memudahkan kita menjawab peperiksaan yang akan kita hadapi. Namun adakah kita adil dengan Allah swt yang menguji kita setiap hari dan memberikan panduannya untuk menjawab peperiksaan tersebut. Allah swt memberikan kita panduan bukan sahaja untuk cara beribadah kepadanya, tetapi cara untuk berniaga, cara untuk berkomunikasi, cara untuk mendidik anak, cara untuk berumah tangga, cara bergaul dengan jiran, cara untuk makan, cara untuk mencari rezeki dan semua cara untuk melalui kehidupan kita di muka bumi ini.





Bagaimana sikap kita? Kita belajar dari buku yang kita anggap moden untuk menyelesaikan masalah kita, kita lupa Al Quran, kita lupa untuk memahaminya, kita cari panduan dari tulisan manusia lebih utama dari tulisan Allah swt. Tentu sekali Allah swt lebih tahu apakah yang diperlukan oleh manusia untuk melalui kehidupan ini, oleh sebab itu diberikan panduan buat diri kita untuk melaluinya, tetapi siapakah yang lebih bodoh sekiranya apabila diberikan panduan untuk mengunakan sesuatu alat yang baharu dicipta, dia tidak mahu mengunakkan panduan pencipta alat tersebut tetapi mengambil panduan lain untuk cuba mengunakan alat baharu dengan harapan panduan yang lain itu dapat membantu.





Berapa kerap kita cuba melihat panduan Allah swt, berapa kerap kita cuba memahaminya, berapa banyak kita rasa telah terpesong dari panduan yang telah diberikanya, bukankah begitu sombongnya kita kerana telah mengabaikan panduan Allah swt, tidak kira siapa kita? Samada pengarah, pegawai, tukang sapu atau siapa sahaja, kita tetap akan disoal nanti, apakah kita mengunakan panduan yang diberikan oleh Allah swt untuk panduan kehidupan kita. Marilah kita renung-renungkan dan marilah kita sama-sama berubah dan perubahan itu perlu kita lakukan sekarang sebelum kematian yang dijanjikan oleh Allah swt datang kepada kita. Allah hu alam




---------------------------------------------------------------------------------

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra



Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......



Sekarang,
Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di Surau.....



Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...
engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Yang begitu mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah



Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t




Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu




Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Monday, June 9, 2008

PERLUANG & KREATIVITI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Peluang dan kreativiti suatu yang kita perlukan di dalam kehidupan ini, siapa yang tidak mahu mendapatkan peluang yang banyak untuk memperbaiki diri dan kehidupan. Kita juga memerlukan kereativiti bagi mendapatkan peluang yang banyak untuk kehidupan ini. Allah swt telah memberikan kepada setiap manusia sebanyak 2 bilion sel, didalam otak kita bagi membolehkan kita berfikir dan mengunakan akal kita untuk mencari kebenaran dan petunjuk dari Allah swt, bagaimana kita mengunakan akal kita? Adakah kita mengunakan untuk mencari kebenaran dari allah swt atau kita gunakan akal kita hanya untuk mencari rezeki semata-mata.

Mari kita renung kepada binatang ternak yang diberikan akal yang sedikit oleh Allah swt, mereka hanya mengunakan akal untuk mencari makanan sahaja, Albert Enstian seorang yang begitu bijak dikatakan hanya mengunakan akalnya sebanyak 3.8% sahaja, dan manusia biasa dikatakkan mengunakan akal sebanyak tidak melebihi 1%. Ini bermaksud kita diberikan begitu banyak kelebihan untuk mengunakan akal untuk mencari peluang dan boleh berfikiran creative sekiranya kita mahu untuk kita mengenal tuhan Alllah swt. Kita lebih teruk dari binatang sekiranya kita diberikan akal tidak dapat untuk mengenal tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana mengatur segala kehidupan sehinggakan baru sekarang sain dapat menjelaskan apa yang telah dijelaskan oleh Al Quran 1400 tahun dahulu.

Mari kita mengimbas kembali sirah semasa Nabi Musa dan Nabi Harun bertemu Firaun dan ahli Sihirnya. Diketika mukjizat Nabi Musa bertembung dengan sihir yang ditunjukkan oleh ahli sihir yang angkuh, ditelan semua ular-ular yang disihir dari tali oleh ular dari tongkat nabi Musa, maka apabila melihat peristiwa ini tersunggkurlah para ahli sihir dan terus beriman kepada tuhan semesta alam tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun. Ini merupakan mukjizat yang telah ditunjukkan oleh Zaman Nabi Musa, tetapi hari ini mukjizat Nabi Muhammad saw sentiasa ditunjukkan dari masa kesemasa, banyak peristiwa sain yang telah menjelaskan apa yang tidak mungkin dipahami 1400 tahun lalu kini dengan jelas terbukti secara saintifik bahawa ia adalah suatu kebenaran dari Allah swt. Tidak mungkin nabi saw yang tidak tahu membaca boleh menulis suatu yang begitu tepat sekali tanpa ada satu pun yang bertentangan dengan kajian sain.

Dimanakah kita meletakkan akal kita sehingga kita tidak sedikit pun tersentuh hati dan perasaan untuk benar-benar merasai keagungan Allah swt? Apakah hati kita telah mati sehinggakan tiada perasaan untuk melihat kebenaran atau kita sekarang terlalu sombong sehinggakan tidak mahu melihat kebenaran kerana telah tertutup dan gelap segelapnya. Marilah kita bermula sekarang dan permualan itu suatu yang bukan senang untuk dilaksanakan sekiranya kita tidak Berjaya mengubah pemikiran kita untuk mahu berubah dan mahu bercita-cita untuk mencari kebenaran didalam kehidupan ini. Allah hu alam


posted on behalf of IAR