Monday, March 16, 2009

Penderitaan..Sejauh Mana Kita Merasainya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Betapa kita beruntung dan tidak dipilih untuk hidup derita oleh Allah swt, kita tidak dipilih untuk melalui kehidupan yang sukar namun kita sentiasa beranggapan yang kita terlalu sukar melalui kehidupan ini, Lampiran pada kali ini mengisahkan kematian yang berlaku semasa pembahagian wang zakat yang berjumlah 30 ribu rp bagi setiap seorang yang merupakan sejumlah RM 10 duit Malaysia. 21 orang terbunuh hanya untuk mendapatkan wang zakat, alangkah beruntungnya kita telah dilahirkan di Malaysia dan kita tidak pernah meminta untuk dilahirkan di Malaysia namun Allah swt telah memberikan kesempatan untuk kita lahir di sini dan mendapatkan begitu banyak kebaikan yang telah diberikan oleh Allah swt.



Bayangkan betapa beruntungnya kita setiap hari begitu banyak makanan yang boleh kita makan dan rasanya penuh makan yang ada di dalam almari di dapur. Kita tidak meminta-minta dan ada sahaja rezeki yang boleh dimakan oleh kita setiap hari. Itu kita selalu merungut terhadap makan yang ada dihadapan kita dengan tidak puas hati sebab makan yang di masak atau di beli tidak mengikut selera kita. Berapa banyak mereka yang sentiasa kelaparan dan sentiasa berharap agar ada makan hari ini buat menyambung kehidupan buat esok.



Rakan-rakan yang mampu menerima email ini tentunya lebih baik dari mereka didalam berita ini. Bagaimanakah ucapan terima kasih kita kepada Allah swt, adakah kita benar-benar melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhkan segala larangannya? Adakah kita mencari segala yang terbaik kerana kita mahu membela agama Islam didalam kehidupan yang singkat ini. Samada kita sedar atau tidak kita pasti mati, mungkin cara kita mati tidaklah kerana berebut wang zakat, tetapi mana kita tahu tidak, mungkin begitu akan berlaku keatas diri kita juga dan hanya Allah swt yang mengetahuinya. Apakah cara kematian yang mungkin kita lalui adalah suatu yang tidak pasti namun kematian itu pasti tiba dan apabila tiba sudah tiada guna segala harta dan hanya amalan kita semasa hidup sahaja yang mampu untuk membantu diri kita.



Semuga kita menginsafi akan diri kita ini sebenarnya tidak lebih dari manusia yang sentiasa dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah swt dan Allah swt mahu melihat kita bagaimanakah sikap kita apabila mendapat kebaikan samada mahu dikongsikan atau kita berbangga atas apa yang kita ada. Allah hu alam.

Pengertian Kasih..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Perasaan kasih dan cinta suatu yang sukar untuk ditakrifkan, apabila seseorang mencintai seseorang yang lain maka segalanya akan mengambil kira apakah perasaan orang yang dikasihinya. Segala keputusan yang ingin di ambil akan mengambil kira perasaan orang yang dikasihinya. Suatu perasaan yang hanya mungkin akan dapat dirasai oleh mereka-mereka yang mengalaminya sahaja.



Bila kita memperkatakan cinta kepada Allah swt, maka diketika itu seseorang itu akan merasai kasih dan sayang yang teramat tinggi sehingga segala tindakan dan keputusan akan dirujuk kepada Allah swt terlebih dahulu. Ia merasakan akan panggilan mesra dari Allah swt dan sentiasa berharap segala tindakan yang dilakukan olehnya akan mendapat keredaan Allah swt. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memenuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan dari Allah swt.


Bagaimanakah perasaan kita sekiranya seorang itu mampu memberikan apa sahaja kepada kita dan selepas memberikan segalanya kepada kita, kita dengan rasa gembira mengucapkan terima kasih kepada pemberi hadiah tersebut. Tentunya kita adalah orang yang baik dan akan dihormatinya. Sebaliknya sekiranya dia telah memberikan begitu banyak hadiah kepada kita, tetapi jika kita tidak menghiraukkan pemberi hadiah tersebut, kita tidak langsung mengucapkan terima kasih diatas hadiah yang begitu banyak telah kita terima. Tentu sekali kita akan dikategorikan sebagai manusia yang sombong dan tidak mengenang budi.



Jika seokor ikan boleh memahami perasaan kasih dan cinta, bagaimanakah pula manusia yang diberikan akal mampu untuk membalas perasan cinta dan kasih dari Allah swt. Adakah kita menyedari dan memahami bagaimanakah kebaikan yang begitu besar telah diberikan Allah wt kepada diri kita. Jawapan ada pada diri kita sendiri dan adakah kita memohon agar mempunyai perasan cinta kepada Allah swt, jika tidak pernah berharap bagaimanakah untuk ia terlaksanakan di dalam pemikiran dan dilahirkan didalam tindakan.

Keindahan Malam Pertama..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Indahnya malam pertama, apabila jari jemari membuka butang baju kita, membuka segalanya dengan penuh kelembutan kerana kita tidak mampu untuk melakukannya lagi, kita pasrah diatas ketentuan dan menanti apa sahaja tanpa dapat berbuat apa sahaja. Seorang demi seorang datang untuk melihat kita sebagai mempelai yang diraikan, kita terlalu malu diperlakukan begitu namun tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Segala-gala telah berakhir kerana kita akan melalui malam pertama di alam kubur. Adakah itu hakikat yang aan mendatang atau kita penuh dengan ketakutan, penuh dengan derita kerana ketakutan yang amat sangat keran tiada amal yang ingin dibawa.



Bagaimanakah persiapan kita untuk malam pertama ini, berapa banyakkah perhiasan yang telah kita sediakan untuk set bilik tidur kita? Berapa banyak wangian yang telah kita sediakan, berapa banyak pula cahaya yang kita sediakan untuk malam tersebut, apakah kita akan disambut dengan penuh kebaikan atau kita akan disambut dengan perasaan jelek, Apakah yang mungkin berlaku? Adakah kita pernah membayangkanya agar kita ternanti-nanti malam itu, Kehidupan tentunya berakhir namun apakah pengakhiran yang kita sediakan untuk diri kita nanti.


Sekarang kita mempunyai kenderaan yang sangat baik, kita punya rumah yang besar, isteri yang begitu menawan, anak yang membahagiakan dan banyak lagi yang kita perolehi hasil dari usaha yang telah kita lakukan semasa kita hidup. Kita berbangga dengan apa yang kita ada, kita merasakan kita telah diberikan kebaikan oleh Allah swt dengan mendapatkan apa yang kita ada sekarang. Namun apakah ertinya semua ini sekiranya apabila kita dipanggil nanti oleh Allah swt, tiada lagi kereta yang besar, tiada lagi rumah yang indah, tiada lagi isteri yang mempersonakan dan tiada lagi anak yang menyeronokan, segala-gala akan berpisah dan yang ada hanya amal yang kita lakukan untuk menjadi bukti dan tikit untuk membawa kita kesuatu perjalanan yang jauh. Tidak terbayang bagaimanakah perjalan itu, penuh dengan cabaran dan penderitaan atau penuh dengan keindahan dan kemanisan.



Perjalanan yang bermula seperti seorang pengantin yang dibelai oleh sang kekasih namun hanya buat sementara sebelum bertemu dengan kekasih yang menanti di tempat persemadian, adakah ia akan berbaik dengan kita atau dia begitu marah kepada kita kerana kita tidak membawa barangan yang diinginkan. Apakah barang dagangan yang kita bawa untuk kita perdagangkan, banyak atau sedikit, berharga atau tidak, diperlukan atau tidak. Marilah kita fikirkan agar kita tidak terlewat, agar kita tidak menyesal, Marilah kita mempersiapkan segala-galanya kerana kita pasti melaluinya, kita pasti mati dan setiap yang hidup pasti mati, malam itu pasti tiba hanya masa sahaja yang menentukannya.

Adakah aku berjaya...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Dua pertiga Ramadan hampir berlalu, rasa ketaqwaan kepada Allah swt masih jauh rasanya, persediaan memburu malam lailatulkadar masih belum terasa tetapi keseronokan untuk menyambut hari raya telah berbunga di hati dan ternanti bila raya akan tiba. Jauh berbeza dengan rasa para sahabat Rasulullah saw dahulu, mereka mempergunakan masa-masa dan saat ini dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan janji Allah swt yang menjelaskan dengan puasa ini akan mendapatkan ketaqwaan kepada Allah swt,



Mengapakah kita tidak mendapatkannya, mungkin kita sebenarnya tiada cita-cita untuk mendapatkannya, kita tidak bersungguh-sungguh untuk mencarinya, mungkin kita bersungguh-sungguh tetapi jika dilihat orang lain yang bersungguh-sungguh, kesungguhan kita tidak seberapa. Mengapa pula kita tidak bersungguh-sungguh? Mungkin kita tidak merasakan janji-janji Allah swt itu suatu janji yang pasti, mungkin kita tidak pernah mengambarkanya. Jika sekiranya kita koma dan mungkin melalui mimpi yang mengambarkan kehidupan di neraka mungkin pada ketika kita sedar kita akan insaf dan akan mencari Allah swt didalam kehidupan kita. Mungkin pada ketika itu kita akan memandang ringan terhadap segala kesukaran yang kita rasakan sekarang untuk kita beramal.



Mungkin kita tidak menyedari apakah kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah swt kepada manusia yang beriman, sebab itu kita tidak tergesa-gesa untuk mendapatkanya. Kita tidak kisah kerana kita tidak mengerti dan mengetahui dengan jelas apakah sebenarnya kebaikan yang dijanjikan oleh Allah swt dan kita adalah terdiri dari manusia yang lemah dan bodoh didalam mengerti soal kasih sayang dari allah untuk manusia di bulan Ramadan al Mubarak ini. Seruan untuk orang-orang yang beriman dari Allah swt tidak mengetarkan hati kita, kerana kita tidak merasakan panggilan tersebut, mungkin kita merasakan pangilan itu untuk orang lain yang beriman, jadi siapakah kita? Mengapa hati kita tidak gementar dan takut dengan ancaman dari Allah swt, Adakah kerana kita rasakan bahawa siksaan Allah swt itu tidak ujud? Atau kita merasakkan mungkin bukan untuk kita juga tetapi untuk orang lain dan kita berhak untuk mendapat yang terbaik dari Allah swt. Namun apakah yang mungkin menyebabkan kita tergolong didalam gulungan orang yang mendapat kebaikan. Rasanya seperti tidak dapat menjawab persoalan-persoalan kehidupan ini dengan sebaik mungkin kerana begitu banyak dosa yang telah kita lakukan, terlalu banyak keingkaran yang telah dilaksanakan, adakah kemungkin Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan dapatkah kita menjadi manusia yang mendapat Rahmat dari Allah swt.


Ya Allah, kau berikan perasaan cinta kepada MU, kau berikanlah kami perasaan cinta kepada rasulMU, kau jadikanlah kami manuisa yang benar-benar mendirikan solah, jadikanlah hati-hati kami orang-orang yang ikhlas, jauhkanlah kami dari tipu daya saitan, berikan kami rahmatmu, sesungguhnya Engkau pemberi Rahmat kepada sesiapa sahaja dan masukkan kami didalam gulungan manusia yang Engkau berikan Rahmat di dunia dan akhirat. Ya Allah terlalu banyak dosa-dosa yang telah kami lakukan dan Engkau berikan keampunan kepada kami dan sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang. Ya Allah berikan Rahmat kepada kami. Amin

Manusia Yang Dikasihi..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Adakah kita suka di kasihi? Tentu sekali kita perlukan perasaan kasih dan sayang, namun bagaimanakah perasan itu akan lahir di dalam diri seseorang sekiranya kita tidak mengetahui apakah yang di sukainya untuk kita melakukannya atau apakah yang dia tidak suka kita melakukannya. Kita mungkin tersilap langkah dan akhirnya dibenci olehnya.



Oleh sebab itu kita perlu meneliti apakah yang di gemari oleh Rasulullah saw dan apakah yang dibencinya, semuanya mestilah mengikuti seperti apa yang disukai oleh Allah swt dan menjauhkan diri dari larangan Allah swt. Apakah suruhan Allah swt dan apakah larangan Allah swt? Jika kita bemain di pinggir taman raja mungkin tanpa kita sedari kita memasuki kawasan larangan raja, oleh itu kita perlu tahu batas-batas dan sempadan taman tersebut agar kita tidak memasukinya.



Kita hanya akan mengetahui sekiranya kita mempunyai ilmu dan untuk mendapatkan ilmu kita perlu berusaha mencarinya. Sejauh mana kita telah membaca buka agama? Sebuah sehari atau sebuah sebulan atau sebuah se tahun? Jika tidak ada membaca sekarang adalah masa untuk bermula bukan menyesal apa yang telah berlaku tatapi bermula sekarang, dan jadikan masa sekarang penuh dengan makna kehidupan yang penuh dengan keindahan. Insyaallah.