Assalammualaikum dan salam sejahtera
Bahan bacaan begitu banyak sekali, kerajaan juga telah melancarkan kempen membaca, namun ramai dari kita yang tidak suka membaca, jika ada yang rajin membaca mungkin kita perlu bertanya apakah jenis bahan bacaan yang sering dibaca? Membaca akan menjadikan seseorang itu melebihi dari seseorang yang lain. Membaca akan membezakan kehidupan seseorang, membaca juga boleh menjadikan seorang lebih berjaya berbanding dengan seseorang yang lain. Dengan banyak membaca juga boleh menjadikan seseorang lebih mulia dan mudah untuk di dekati berbanding dengan seseorang yang tidak mahu membaca atau tidak bertambah langsung pembacaannya dari kecil hingga ke dewasa. Apa yang menjadi bahan bacaan juga akan menjadi pembeza seseorang, orang yang hanyut dengan bahan bacaan novel semata-mata tentunya berbeza dengan seseorang yang membaca buku-buku motivasi atau sirah rasulullah saw atau kisah-kisah para sahabat rasulullah saw.
Mari kita renungkan tentang kehidupan kita setelah kita meninggalkan alam persekolahan, berapa banyak buku yang kita baca didalam setahun? Adakah bahan-bahan itu telah menyebabkan kita merasakan untuk berubah dan menjadikan kita insaf untuk melakukan yang terbaik didalam kehidupan kita? Apakah bahan bacaan kita menjadikan kita bersemangat dan sentiasa berusaha kearah lebih baik serta kita sentiasa mencari bahan-bahan bacaan yang baik buat kehidupan yang sementara ini. Kita juga mungkin banyak mengunakan masa yang ada untuk bacaan ringan seperti surat khabar, majalah dan juga bahan-bahan jenaka, mari kita lihat sejauh manakah bermenefaatnya bahan-bahan bacaan tersebut bagi kehidupan kita. Membaca surat khabat telah menyebabkan kita mengetahui banyak peristiwa kehidupan yang berlaku didunia ini, namun apakah kesan kepada diri kita? Adakah dengan membaca surat khabar tersebut dan mengetahui gejala keburukan yang dilakukan masyarakat hari ini menyebabkan kita terangsang untuk melakukan sesuatu dan sanggup berkorban untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat.
Adakah dengan membaca majalah juga akan menjadikan kita lebih tenang dan gembira sehinggakan merasakan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain didalam kehidupan kita, apakah bahan-bahan jenaka akan memberikan kepuasan kepada kehidupan kita dan dengan kepuasan tersebut menjadikan kita manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt? Jikta kita renungkan sedalam mungkin, bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan lain-lain ini adalah sekadar pendapat yang menceritakan segala peristiwa kehidupan manusia, ianya mungkin suatu yang baik untuk diketahui tetapi menefaatnya tidaklah seberapa. Mungkin kita tahu tentang maklumat peperangan, mungkin kita tahu maklumat pengeboman, mungkin kita tahu berita buang bayi, kes rogol dan berbagai lagi kes lain yang berlaku. Namun kita tidak dapat melakukan sesuatu selain menyesali atau menunding jari untuk berbincang akan masalah yang di hadapi. Adakah masalah dan pengetahuan ini akan mengubah kehidupan dan cara kita berfikir sehinggakan kita akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki permasalahan yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita?
Jika tidak banyak yang boleh merubah kehidupan kita, mungkin kita boleh merenung kembali aktiviti yang telah kita gunakan untuk membaca bahan-bahan tersebut. Mungkin kita boleh mengunakan masa yang ada untuk membaca bahan-bahan yang lebih bermenefaat, mungkin kita boleh mengunakan keewangan yang digunakan untuk membeli akhbar atau majalah untuk kebaikan diri kita yang lain dan menjadikan segala sesuatu yang kita laksanakan untuk kehidupan yang singkat ini dengan suatu yang betul-betul bererti dan kita dapat merasakan perubahan kepada suatu matlamat kehidupan yang lebih baik dari matlamat kehidupan sedia ada. Allah hu alam.
Tuesday, March 30, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Sejauh Mana Pentingnya Diri Kita..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pokok serai dan pokok pandan sering kali digunakan didalam masakan orang-orang melayu, walau begitu pokok yang tersebut memberikan kesan rasa yang berlainan kepada masakan yang dimasak. Kalau buat tom yam tentu sekali serai banyak digunakan dan kalau masak nasik lemak daun pandan pula yang memberikan menafaat untuk masakan tersebut. Masing-masing ada fungsi yang tersendiri dan setiap sesuatu itu ada kebaikan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk dimenefaatkan kepada manusia. Apakah menefaatnya diri kita kepada dunia ini? Apakah kita memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia ini? Adakah kita ada dengan tiada serupa sahaja bagi orang-orang yang berada di sekeliling kita.
Mari kita kembali kepada keluarga kita, adakah kita amat-amat dirasai keperluannya, adakah kita apabila bersama dengan keluarga akan mengembirakan hati-hati mereka atau kita ada akan menyebabkan mereka rungsing dan serba tidak kena kerana mengetahui akan sikap kita yang suka memarahi atau mencari kesalahan mereka sahaja. Adakah anak-anak kita akan ternanti-nanti kepulangan kita sebagai ayah atau ibu atau mereka telah biasa dengan ketiadaan kita, mereka biasa makan sendiri, mereka biasa melakukan semua yang diperlukan sendiri sehinggakan kita ada atau tiada tidak memberikan apa perubahan bagi diri mereka. Mengapa kita diperlukan oleh mereka? Adakah kerana kita memberikan keewangan semata-mata, atau kita diperlukan kerana mereka mahukan bantuan untuk pelajaran, atau kita diperlukan kerana mereka mahu bermanja, atau kita diperlukan kerana kita tempat meluahkan perasaan mereka atau kita diperlukan kerana mereka merasai kita dapat membantu mereka untuk selamat diakhirat nanti. Apakkah yang terfikir didalam pemikiran mereka terhadap diri kita?
Apakah persiapan yang telah kita sediakan untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu yang akan dirasai oleh mereka sebagai seorang yang benar-benar diperlukan didalam kehidupan mereka. Adakah kita telah menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan untuk diri kita atau kita memandang sepi sahaja Al Quran tersebut, Persoalan ini begitu penting keran hanya Al Quran sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang di dunia dan juga di akhirat. Sama kita sedar atau tidak kita tidak boleh menafikan tentang keterangan yang ada didalam Al Quran adalah suatu yang benar dan datang dari Allah swt, suatu yang wajib menjadi penduan kehidupan kita dan menjadi rujukan untuk berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat. Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar merasakan akan keperluan kepada AL Quran. Mari kita lihat paparan akhbar hari ini begitu banyak gejala sosial yang berlaku hari ini yang berpunca dari manusia menjauhkan diri dari Allah swt. Mereka tidak takut kepada larangan-larangan Allah swt kerana mereka tidak mengenal Allah didalam kehidupan, mereka begitu sepi dari ayat-ayat Allah swt, tidak memahami dan juga tidak pernah belajar untuk mengetahui kerana mereka tidak diajak untuk mengenalinya oleh kedua ibu bapa mereka.
Kita tidak mungkin dapat melakukan sesuatu sekiranya kita sendiri tidak pernah bermula melakukannya, mari kita tanya diri kita apakah kita meletakkan hati kita untuk ditegur oleh ayat-ayat Allah swt melalui Al Quran? Berapa kerap kita membaca Al Quran? Berapa banyak ayat-ayat yang kita baca kita paham maksudnya? Berapa banyak pula ayat yang menjadi hafalan kita dan sejauh mana kita benar-benar cuba untuk mempelajarinya. Semua soalan-soalan ini memerlukan kita untuk berkorban dan membuat keputusan untuk melakukan perubahan, memerlukan kita merasai keperitan untuk susah bagi berjaya mendapatkan hidayah dari Allah swt. Kita perlu berubah untuk melahirkan anak-anak yang mungkin akan menyelamatkan diri kita di akhirat nanti. Beruntung kehidupan ini sekiranya anak-anak kita sentiasa takut kepada Allaah swt dan menjadi anak-anak yang soleh. Apakah kita boleh berubah dan bersedai untuk menghadapi ujian dari Allah swt. Allah hu alam.

Peperangan Tanpa Henti Dalam Kehidupan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Peperangan suatu yang memerlukan pengorbanan daripada orang yang menyongkongnya, bila berperang sebuah Negara dengan sebuah Negara yang lain maka rakyatnya pasti akan merasakan panasnya suasana peperangan tersebut. Tentu banyak jiwa yang terkorban, banyak jiwa yang menderita dan ramai rakyat yang mengalami kecederaan dan kesukaran. Namun peperangan adalah suatu yang perlu dilakukan bagi menegakkan kebenaran dan memastikan maruah dan perjuangan dapat dibuktikan. Kadang kala mungkin menang peperangan tetapi melibatkan pengorbanan yang begitu besar di segi nyawa dan harta.
Bila kita memperkatakan tentang peperangan hawa nafsu, adakah kita terfikirkan sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan, sebanyak mana tubuh kita telah ‘cedera’ akibat dari peperangan tersebut? Adakah kita merasai kesan-kesan luka akibat peperangan tersebut? Adakah kita sering kelaparan kerana mahu mengalahkan tentera syaitan yang berada didalam tubuh badan kita. Mungkinkah kita merasakan perperangan tersebut sentiasa berlaku didalam kehidupan kita atau kita tidak merasainya kerana kita tidak pernah memikirkan suasana peperangan yang tidak pernah berhenti berperang didalam diri kita. Adakah kita merasai betapa hebatnya medan peperangan didalam diri kita, perjuangan yang tidak pernah reda kerana syaitan sentiasa mahu memesongkan hati kita agar terpedaya kepada nafsu syaitan, Syaitan mahu kita mengikut segala kemahuannya, mahu kita mengikut hawa nafsu, mahu kita meninggalkan perintah Allah swt. Syaitan tidak pernah kenal putus asa, ia tetap berjuang dan terus berjuang agar memenangi peperangan tersebut.
Apakah senjata yang telah kita sediakan, berapa cangihkah senjata yang kita ada untuk menghadapi peperangan tersebut. Jika didalam peperangan sekarang senjata merupakan faktur penting untuk kemenangan, berapa banyak kapal terbang yang disediakan, berapa banyak bom yang ada, berapa banyak tentera yang sanggup berjuang bermati-matian untuk peperangan tersebut. Senjata tidak memastikan kemenangan kerana jiwa yang mantap yang mengunakan senjata merupakan faktur kepada kejayaan dan kemenangan. Tentera Israil telah menyediakan 1.2 juta tan bom untuk digunakan kepada penduduk Gaza , namun dengan jumlah bom yang begitu banyak bersamaan jumlah penduduk Gaza (1.2 juta orang) tidak memberikan makna kerana kekuatan tentera Mujahidin Gaza yang sentiasa berhubung dengan Allah swt mendapat bantuan dari Allah swt untuk menghadapi apa sahaja pertarungan yang tiba. Faktur terpenting adalah hubungan dengan Allah swt, segala-galanya adalah dari Allah swt dan kita perlu bersedia dan bersedia untuk melakukan yang terbaik dan hasilnya adalah dari Allah swt.
Marilah kita lihat perjuangan didalam diri kita, sejauh mana diri kita berhubung dengan Allah swt? Mengharap hanya kepada pertolongan Allah swt, melakukan yang terbaik dan menyerahkan kepada Allah swt segala keputusan yang akan diperolehi. Adakah kita merasakan peperangan ini sehinggakan kita terdesak dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali berharap dan berdoa kepada Allah swt agar diberikan bantuan dan prtolongan. Jika Rasulullah saw pernah berdoa sehinggakan saidina Abu Bakar ra berkata; “Cukuplah wahai rasulullah, sesungguhnya pasti allah swt mendengarn doamu” Kesungguhan berdoa unntuk memastikan peperangan itu akan dimenangi oleh tentera Islam. Bagaimanakah doa yang kita lafazkan untuk memastikan kita akan sentiasa Berjaya menghadapi peperangan yang tidak pernah reda dan hanya berakhir apabila kematian datang menjemput diri kita. Adakah kita merasa tertekan dengan peperangan tersebut sehinggakan kita benar-benar berharap dan memohon pertolongan sehinggakan tiada usaha yang dapat dilakukan kecuali pertolongan dari Allah swt sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita. Allah hu alam

Pengalaman Memberikan Tanggapan
Pengalaman memberikan tanggapan
Sehari lagi aku terpaksa menghadiri seminar yang diadakan oleh pejabatku, ada rasa gembira dan ada rasa membosankan, gembira kerana hari ini akan makan sedap lagi kerana maklumlah makan di hotel lima bintang dan rasa bosan kerana terpaksa mengikuti kursus yang mungkin akan mengantukkan lagi hari ini. Namun apa boleh buat segalanya perlu dilalui dengan perasaan tanggung jawab dan perlu melakukan perubahan demi perubahan.
Aku ingin berkongsi tentang teguran yang telah aku berikan kepada pihak hotel pada kedua-dua hari aku berada di hotel tersebut. Sewaktu aku makan dengan seronoknya aku didatangi oleh pekerja yang membawa borang soal selidik tentang makanan dan juga kemudahan yang terdapat di hotel tersebut. Borang diberikan berserta dengan pensil dan aku rasa tidak begitu selesa untuk menulis semasa tengah makan dan amat jarang sekali rasanya sewaktu kita tengah makan ada hotel yang memberikan soal selidik. Aku meletakkan sudu dan garpu terus melihat soalan yang diberikan. Aku tidak tahu samada aku marah dan tidak perpuas hati dengan sikap pekerja tersebut atau aku benar-benar ikhlas sehinggakan aku terus mengambil pensil tersebut dan dan menulis didalam borang tersebut. Antara aduan yang ku catitkan
1. Tiada bantuan untuk menunjuk arah tempat yang aku ingin pergi.
2. Kepala ikan merah yang begitu keras.
3. Ice krim yang telah cair.
4. Laksa dan sup yang begitu masin.
Tidak kepuasan hatiku disebabkan pada waktu pagi aku meminta tunjuk arah untuk kesuatu tempat didalam hotel tersebut namun aku dilayan acuh tak acuh sahaja. Mereka tidak menunjukkan dengan mengiring atau membawa ku ketempat tersebut sebaliknya hanya memberi tahu belok kiri, terus dan belok kanan kemudian ke kiri dan tiba ketempat yang ku cari. Aku mengikuti arahannya dimana akhirnya aku tiba ke tempat memasak di hotel tersebut. Aku tidak dibenarkan masuk dan sekali lagi aku terpaksa bertanya kemanakah harus aku tuju untuk sampai ketempat yang ku cari. Sekali lagi aku hanya di tunjukkan arah sahaja tanpa diiringi ketempat tersebut, dan akhirnya aku berjaya juga ketempat yang dituju selepas melalui tangga yang kurasakan tidak sesuai kebersihannya sebagai lima bintang. Semasa makan aku mengambil kepala ikan merah dan apabila aku ingin mengigitnya aku merasakan begitu keras dan liat dimana sepatutnya kulit ikan merah terutama dikepala sungguh sedap sebab lembut. Begitu juga laksa dan sup yang terasa masinnya. Ice krim lagi mendukacitakan kerana seperti menyeduk susu tepung lembut dan tidak keras sama sekali.
Rupanya pengalaman semalam berulang kembali, di bilik seminar yang baharu hari ini. Aku tidak kisah pertukaran bilik tetapi apabila berada di meja aku dapati service yang diberikan lebih rendah dari semalam. Dimana semalam ada air minuman berbotol di atas meja dan hari ini hanya disediakan air minuman dibelakang dewan. Aku merasakan perlu mendapat service lebih baik bukan lebih buruk dari apa yang telah aku terima sebelumnya kerana ini adalah hotel bertaraf lima bintang. Kami memanggil pekerja untuk membetulkan keadaan namun pekerja hanya membawa air dan meletakkan air tersebut kepada meja dibelakang sahaja kemudian memaklumkan akan disusun semasa waktu minum pagi. Aku tak kisah asal kerja-kerja dilakukkan dan sekali lagi sewaktu minum pagi kami terpaksa mencari pekerja hotel untuk menyusun air tersebut kerana tiada pekerja yang melakukannya. Sepatutnya pekerja lebih berhati-hati setelah melakukan kesilapan dan bersedia melakukan kerja-kerja sebaik sahaja kami minum tanpa kami perlu mencari mereka untuk melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan.
Sekali lagi sewaktu makan aku merasakan hotel ini bukan hotel bertaraf lima bintang dan perlu diturunkan kepada 3 atau 4 bintang. Perkara yang tidak dapat diterima oleh diriku adalah ketika semasa mengambil ice krim, mangkuk yang ingin aku gunakan mempunyai seekor lipas kecil yang cuba untuk keluar tetapi tidak berjaya disebabkan mangkuk itu licin. Aku segera memanggil pekerja dan memaklumkan kepada mereka dan salah seorang dari mereka mengambil mangkok tersebut dari tempat tersebut dan terus membuang lipas tersebut tanpa meminta maaf diatas perkara yang berlaku.
Aku terus kekuanter selepas makan dan bertanya bagaimana untuk melakukan aduan, sekali lagi aku tidak diiringi tetapi hanya ditunjukkan arah ke tempat customer service sahaja dari kuanter tersebut. Pada pandanganku, pegawai tersebut perlu bertanya apa masalahku atau sekurang-kurangnya bertanya siapa namaku dan mengiringi diriku ke pegawai customer service. Aku bertemu dengan pagawai customer service seorang jepun yang boleh dikatakan fasih didalam berbahasa english. Aku memaklumkan tentang peristiwa yang aku alami semasa makan tadi, dan dia juga merasakan begitu malu diatas peristiwa tersebut. Aku juga membuat aduan tentang keadaan hotel ini yang dikatakan bertaraf 5 bintang tetapi seolah-olah tiada perlaksanaan 5S. Aku terpaksa meminta kad namanya dahulu dan kemudian baru beliau mencari kad di bilik sebelah untuk memberikan kan tersebut kepada diriku. Dia memberikan kad dengan tangan kanannya tanpa memegang kad tersebut mengunakan kedua-dua tangannya. Pada ku apa yang dilakukan tidak melambangkan service yang sepatutnya dilakukan oleh hotel 5 bintang dan memerlukkan latihan customer services. Pegawai tersebut meminta no telephone hp ku dan aku memberikan dan berharap agar peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.
Pegawai F&B telah menghubungi aku sepuluh minit kemudian dan ini amat membanggakan kerana tindakan pantas untuk menyelesaikan ketidakpuasan masalah yang aku hadapi. Beliau meminta penjelasan dan aku menceritakan peristiwa pengalaman yang aku hadapi dan apabila aku masuk kedalam bilik seminar aku menceritakan pengalamanku kepada peserta agar kesilapan seperti ini tidak berulang untuk organisasi kami. Ada diantara peserta yang menambah komen semasa mengambil pinggan ada pingan yang kotor dan juga ada pinggan yang basah. Mereka semua mempertikaikan samada hotel ini bertaraf 5 bintang seperti yang dinyatakan. Pengalaman minggu lalu di hotel Equtorial Bangi amat jauh berbeza baik disegi service dan juga makanannya. Namun di hotel equtorial walaupun lebih mahal RM3, aku amat berpuas hati berbanding di sini. Di sini tempahan kami tidak dapat dikurangkan sekiranya jumlah yang datang kurang sebaliknya di EB harga dapat dikurangkan apabila dimaklumkan anggota kami ramai yang tidak dapat hadir pada hari yang kedua.
Aku melihat hp dan ada miss call dan aku memanggil no tersebut dan mendapati no tersebut adalah no pegawai F&B hotel tersebut. Aku menyatakan aku ingin menambah beberapa aduan untuk beliau memperbaiki lagi services dihotel tersebut dan beliau menyatakan mahu bertemu dengan diriku. Aku menanti beliau dan sekali lagi memberikan ceramahku. Antara aduan tambahanku kepadanya adalah seperti berikut.
1. Pinggan basah dan berair ada bersama-sama pinggan yang kering.
2. Pinggan ada yang kotor
3. Surau tidak kemas dan perlu diberikan perhatian
4. Abu tempat merokok penuh dengan puntung rokok seperti bunga, walaupun tidak banyak tempat boleh merokok tetapi perlu dipastikan agar sentiasa bersih dan tidak seperti sejambak bunga.
5. Bilik air yang tidak ada tempat meletakkan seluar untuk digantungkan.
Pada pandangan saya begitu banyak sekali yang boleh dilakukan oleh hotel tersebut bagi memastikan nama lima bintang digambarkan didalam tindakan services yang diberikan.
Antara yang perlu dilakukan.
1. Wall paper didalam tandas banyak yang terkopak dan perlu diperbaiki,
2. Lantai yang sentiasa basah perlu di keringkan apabila selepas ada pelanggan mengunakannya.
3. Keadaan lantai tandas yang kotar dimana seperti tidak keseluruhan dicuci di hujung tandan ada tanda kekotoran seperti tidak dibersihkan dengan teliti.
4. Anggota yang ramai tetapi begitu kedekut dengan ucapan selamat pagi atau memberikan salam, tersenyum apabila saya memberikan senyuman tidak mencukupi sebaliknya mereka perlu memberi salam atau selamat pagi dan bertanya sesuatu apabila melihat tetamu.
5. Tanda pandu arah yang jelas seperti surau dimana walaupun dinyatakan di tingkat 1A namun bila keluar dari lif ada dua pintu, satu hadapan lif dan satu tangga dan ramai yang membuka pintu tangga dan kemudian baru membuka pintu yang satu lagi dan baru mendapat melihat tanda arah surau. Sepatutnya tanda arah disediakan agar kesilapan tetamu dapat dikurangkan dan bukan dengan beranggapan tetamu sepatutnya membuka pintu dihadapan lif tidak yang menuju tangga keselamatan.
6. Menjemput aku duduk untuk berbincang dan tidak membiarkan aku berdiri semasa memberi ceramahku, mungkin juga disebabkan tidak mahu aku lama berceramah yang menyebabkan aku tidak diminta duduk terlebih dahulu.
Terlalu banyak yang boleh diperbaiki tetapi tujuan tulisan ini adalah untuk kita belajar dari kesilapan orang lain dan yang penting adalah kita memastikan apa yang ada mengambarkan tanggapan seseorang kepada kita. Walaupun semua orang menyatakan kita baik namun siapakah kita disisi Allah swt. Allah hu alam

Teguran Merupakan Hadiah
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Teguran merupakan hadiah kepada kita? Satu persoalan yang mungkin perlu difikirkan didalam diri kita kerana berapa ramai sebenarnya diantara kita bersedia menerima teguran dari orang lain. Seorang suami atau isteri juga kadang kala begitu sukar menerima teguran dari pasangan mereka masing-masing, seorang Ketua tidak mudah ditegur oleh pekerja, begitu juga kita sukar menerima teguran dari rakan-rakan pada sesuatu ketika kerana kita selalu merasakan diri kita sempurna sesempurnanya. Walaupun kita sedar kita telah melakukan kesilapan kita masih lagi tidak bersedia untuk di tegur atau kalau ditegur kita berharap agar mereka yang menegur kita itu mengunakan pendekatan yang boleh menjaga hati kita dan tidak menguris perasaan kita.
Kita juga sering menegur orang lain kerana kita merasakan kesilapan yang dilakukkan oleh seseorang itu amat perlu ditegur agar ianya tidak berulang lagi dilain kali, mungkin tujuan kita menegur itu ikhlas untuk kebaikan mereka dan mungkin kita menegur mereka kerana inilah peluang untuk mengenakan atau menghina mereka, atau kita menegur secara spontan sebab kita hanya mahu perkara tersebut tidak berlaku dengan perasaan marah yang tidak dapat terkawal. Bagaimanakah respon orang yang ditegur? Mereka merasakan mendapat hadiah dari kita? Atau mereka merasakan suatu pukulan atau hinaan yang tidak dapat diterima oleh diri mereka? Mari kita fikirkan adakah kita bersedia untuk menerima teguran sekiranya disampaikan dengan sikap kasar dan tidak bersopan santun. Sekiranya kita sendiri tidak menyukainya, maka orang lain juga sama seperti diri kita, kita perlu belajar bagaimana untuk menegur dengan cara yang terbaik dan apabila kita menegur perlu disertakan dengan perasaan ikhlas dan kasih sayang. Ini akan memberikan perasaan keterbukaan didalam hati orang yang menerima teguran tersebut dan menjadikan ikatan kasih sayang kerana teguran itu menuju kepada hati bukan pemikiran.
Mengapa kita perlu merasakan kita mendapat hadiah bila ditegur oleh seseorang? Adakah kita sedar bila kita ditegur, seseorang itu mungkin mengambil begitu banyak perkiraan untuk mengeluarkannya dari mulut mereka, apa lagi bila teguran itu dilahirkan dengan sikap yang baik dan bersopan santun. Mungkin juga teguran dikeluarkan dengan sikap yang kurang ajar pada pemikiran kita dan ingin melepaskan geram mereka kepada diri kita. Tetapi adakah kita sedar bahawa dengan teguran itu kita akan menginggatinya sampai bila-bila dan kita akan lebih berhati-hati agar perkara itu tidak akan berulang lagi. Mungkin mereka telah lupa selepas menegur diri kita tetapi ianya menjadi pengajaran kepada diri kita sampai bila-bila dan mungkin akan menyelamatkan diri kita suatu hari nanti kerana kita sentiasa mengingati teguran tersebut sehinggakan menjadikan panduan kehidupan yang amat berharga sekali. Mungkin juga kita menerima teguran dari orang yang mengasihi diri kita seperti ibu dan ayah, kadang kala teguran yang diberikan begitu spontan dan tidak menjaga langsung perasaan diri anaknya, tetapi adakah kita sedar mereka menegur itu adalah diatas perasaan kasih sayang yang tidak terhingga sebagai seorang ibu dan ayah tetapi mereka memang ditakdirkan tidak begitu pandai didalam menegur dan berkomunikasi. Hati mereka putih bersih, sebersih salji namun kita tidak menyedarinya. Hanya kita yang sentiasa tidak bersyukur.
Mungkin kita tidak menyedari kita dikasihi, dicintai namun dari masa kesemasa, seseorang yang menyayangi dan mencintai tidak akan berputus asa untuk membentuk diri kita agar sentiasa menjadi yang terbaik. Cinta Rasulullah saw kepada umatnya begitu besar sekali sehinggakan segala-galanya demi umat yang ditinggalkan, namun umatnya sering lupa kepada Rasul saw yang sentiasa mencintai mereka. Mungkin ini dikatakan cinta yang tidak berbalas kerana kita tidak sanggup melakukan perubahan demi yang dicintai. Maka adakah patut kita berharap menjadi kelompoknya sekiranya kita sendiri tidak tahu membalas cintanya. Marilah kita sama-sama berubah agar menjadi manusia yang dikasih Allah dan rasulnya, berkasih dan bercinta untuk mendapat keredaan dari Allah swt. Amin

Monday, March 15, 2010
Mengukur Kejayaan Dalam Kehidupan..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kejayaan sesuatu perkara kerap kita kaitkan dengan perancangan yang jelas dan teliti, namun ramai orang berkata kita bukan tidak merancang tetapi kita sering gagal didalam melaksanakan. Kita jarang memantau apa yang kita rancang yang menyebabkan segala perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan seperti yang diharap-harapkkan. Ramai orang boleh merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan seperti melaksanakan kursus, mengadakan jualan, mengadakan pertunjukkan, mengadakan forum dan lain-lain lagi. Apakah faktur kejayaan kepada program tersebut? Apakah dengan mengadakan tempat yang terbaik akan menyebabkan orang datang? Adakah dengan penyampai yang baik akan mempengaruhi kehadiran? Apakah dengan liputan yang meluas akan meningkatkan kehadiran? Atau kesemua faktur adalah penting dan sejauh mana kita merancang dengan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan kepada program tersebut.
Persoalannya adakah kita menyediakan kertas semak untuk semua yang ingin kita lakukan, adakah kita telah berusaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik? Adakah kita telah mendapatkan penyampai yang terbaik? Adakah kita telah melakukan promosi yang baik untuk program tersebut? Sekiranya kita menjawap dengan yakin kita telah melaksanakan yang terbaik mungkin, kita perlu melihat pula apakah faktur-faktur yang memungkinkan kegagalan berlaku juga terhadap apa yang telah kita rancangkan. Kita perlu mengurangkan kebangkalian kegagalan untuk berlaku, apakah faktur-faktur yang telah kita sediakan bagi membolehkan kesilapan yang tidak sengajakan dapat dikurangkan? Persoalan ini memerlukan kita sentiasa berfikir dan terus berfikir bagi mendapatkan yang terbaik.
Sebagai contohnya dipejabat kita selalu ada pintu yang sepatutnya sentiasa tertutup, namun kebanyakan pintu telah di sendal dengan batu atau alat pemadam api sehinggankan ia boleh dibuka tanpa mengunakan kad kelulusan untuk membuka pintu. Pintu sentiasa berbunyi menandakan tidak ditutup dan kita bersedia mendengar bunyi tersebut dari masa kesemasa. Namun jika kita menukarkan bunyi tersebut kepada hon lori atau hon keretapi atau serin bomba, tentu sekali sesiapa yang keluar dan masuk akan memastikan pintu ditutup kerana bunyi yang amat bising akan kedengaran apabila pintu tidak ditutup. Pemantauan dapat dilaksanakan dan semua orang akan cuba melakukan yang terbaik. Mereka cuba melakukan yang terbaik disebabkan malu, sekiranya tidak melakukannya, orang akan memerhatikan siapakah orang yang tidak bertanggung jawab tersebut.
Oleh sebab itu adakah kita dapat mengujudkan sifat-sifat malu didalam kehidupan kita? Malu jika tidak melaksanakan sesuatu yang telah kita tetapkan, malu kerana kita telah berjanji dengan diri kita namun kita juga yang mengingkari apa yang telah dipersetujui. Malu kerana kita tidak amanah kepada diri kita sendiri dan malu terhadap Allah swt kerana segala yang sepatutnya dilaksanakan tidak kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya kita merancang sesuatu program kita tidak menyemak dengan sebaik mungkin dan menyebabkan tidak berjaya adakah kita merasa malu kepada rakan-rakan sahaja? Atau kita malu kepada ketua kita? Atau kita malu kepada Allah swt kerana tidak melakukan yang terbaik setelah diberikan peluang untuk melaksanakannya. Sejauh mana kita bersedia untuk mengaku segala kesilapan yang telah kita lakukan dan bersama-sama untuk memperbaiki yang yang telah berlaku. Kesilapan adalah lumrah manusia dan memperbaiki dari masa kesemasa memerlukan komitment dan kesedaran untuk merasakan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Jika kita sentiasa mengingati Allah swt dan hari kiamat mungkin kita akan cuba sentiasa memperbaiki apa yang telah kita lakuan agar yang terbaik sentiasa dihadapan, kita akan hidup seperti tiada hari esok dan alasan telah tiada bagi diri kita, kita Cuma mahu melakukan yang terbaik dan segala hasilnya adalah dari Allah swt semata-mata. Amin

Wednesday, March 10, 2010
Jam,wajahmu sentiasa dilupai
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Jam sering mengingatkan kita tentang waktu, berbagai-bagai jenis jam yang digunakan, ada jam dinding, jam meja, jam tangan dan dimana sahaja kita boleh melihat jam digunakan untuk memberikan mengunanya untuk menepati waktu atau janji yang dilakukan. Tidak kira apa jenis jam yang dipakai, yang penting adalah ketepatan waktunya. Ada yang begitu setia dengan jam yang dipakai sehinggakan tidak pernah ditukarganti walaupun kelihatan buruk dan usang. Ada pula orang yang salih berganti jam yang digunakan disebabkan mengikut perubahan fesyen semasa. Namun yang penting adalah waktu yang diberikan adakah tepat atau tidak.
Jika ditanya pada seseorang yang telah memakai jam tersebut selama 5 tahun, apakah bilangan jarum pada jam tersebut, apakah bentuk nombor yang digunakan, apakah jenamanya, berapa butang di tepi jam dan adakah mempunyai tarikh dan sebagainya yang kelihatan dimuka jam tersebut. Tentu sekali banyak kesilapan yang berlaku, kalau dilukiskan muka jam dan dibandingkan dengan jam sebenar baru kita menyedari bahawa selama ini kita tidak kisah dengan jam yang kita miliki, kita tidak tahu apakah secara detail bentuk jam kita kerana kita mengutamakan waktu yang diberikan oleh jam tersebut sahaja. Apakah mungkin begitu juga yang kita lakukan terhadap keluarga kita sendiri, mungkin disebabkan terlalu lama bersama dengan keluarga kita, kita kadang kala tidak kisah samada berlaku perubahan didalam diri isteri atau perubahan didalam diri anak-anak kita. Kita hanya akan tertanya-tanya apabila isteri atau anak kita tiada, semasa kita memerlukan sesuatu yang biasa mereka berikan kepada diri kita. Sebagai contohnya jika isteri kita selalu menyediakan masakan malam dan bila pulang kita selalu makan dan tidak bertanya kemana perginya. Bila suatu hari bila balik dan mendapati makanan tiada diatas meja baru kita bertanya kepada anak-anak dimana emak mereka. Kalau ada makan mungkin kita tidak akan bertanya dan terus makan, makanan yang terhidang tanpa bertanya samada isteri kita sudah makan atau belum.
Kita melihat mereka seperti melihat jam yang memberikan fungsi yang tertentu kepada kehidupan kita. Kesihan isteri, anak, emak, kawan dan sesiapa sahaja yang bergaul dengan kita kita layan seperti kita melihat jam yang kita punyai. Kita tidak kisah kerana kita merasakan segala-galanya adalah milik kita tanpa merasai ianya adalah milik Allah swt, Allah swt boleh mengambil apa sahaja yang diberikan kepada kita sebagai pinjaman dan kita sepatutnya merasakan bahawa segala apa yang kita ada adalah suatu yang diberikan pinjaman oleh Allah swt untuk melihat bagaimana kita menguruskannya dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita mempunyai isteri sejauh mana kita mendidik mereka agar mereka menjadi isteri yang soleh dengan mentaati Allah swt dan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan mereka mengasihi dan akan dikasihi oleh Allah swt. Sekiranya kita tidak melihat mereka seperti jam kita akan memastikan bahawa mereka mempunyai ilmu yang sentiasa bertambah dari semasa kesemasa, kita pasti akan menentukan perubahan demi perubahan akan berlaku kepada diri isteri, diri anak-anak untuk menjadi lebih baik dari semalam didalam kehidupan yang sementara ini. Kita akan memastikan benar-benar mereka akan mendapatkan kebaikan dan kebaikan yang sebenarnya adalah apabila kehidupan itu mendapat keredaan Allah swt, kita tidak akan mampu melakukan perubahan jika kita sendiri gagal merubah diri kita sendiri.
Perubahan sentiasa berlaku tanpa kita sedari, namun diri kita sentiasa lalai terhadap perubahan yang ada sehinggakan kita tidak menyedari adakah kita berubah kepada lebih baik atau berubah kepada lebih buruk. Namun masa yang berlalu pasti akan memaklumkan kepada diri kita bahawa perubahan yang berlaku adalah perubahan yang buruk atau perubahan yang baik tetapi segala-gala telah terlewat sekiranya kita tiada perancangan untuk menjadikan diri kita lebih baik kerana masa yang kita ada hanya sebentar iaitu satu saat. Satu saat untuk melakukan yang terbaik dan setiap saat yang baik akan memberikan keputusan yang baik untuk suatu masa yang panjang. Keputusan milik kita dan marilah kita bermula untuk melakukkan yang terbaik dan tidak seperti melihat muka jam. Allah hu alam

Friday, March 5, 2010
Dimanakah Kunciku...
Assalammualikum dan salam sejahtera,
Kunci kereta suatu yang sentiasa dibawa kemana sahaja, rasanya begitu risau apabila kehilangan atau tertinggal kunci kereta, ada pula kereta yang mempunyai kunci yang hanya boleh digunakan apabila cap jari diletakkan pada pengimbas agar tiada sesiapa yang boleh mengunakan kenderaan tersebut kecuali pemandu yang telah didaftarkan sahaja. Begitu cangih teknologi masa kini bagi memastikan keselamatan dan penjagaan terhadap harta milik kita. Mengapa kita perlu mengadakan begitu ketat kawalan keselamatan? Kerana kita merasakan harta yang begitu mahal yang mahu kita jaga, kita merasakan amat berharga apa yang kita miliki tersebut dan tidak mampu untuk kehilangan harta tersebut, kita terlalu menyayanginya.
Apakah harta yang sebenarnya perlu kita sayangi? Adakah sebuah kenderaan atau sebuah rumah yang sebenarnya bukan milik kita sendiri kerana walaupun pada hakikatnya kita meletakkan nama pada gran kenderaan atau gran rumah namun kita hanya mungkin menguasainya semasa kita hidup sahaja. Selepas kematian kita segalanya bukan harta kita lagi, kereta yang mahal tidak akan kita bawa mati didalam kuburan, rumah yang besar dan indah tidak akan kita jadikan sebagai kuburan tempat tinggal kita. Dimanakah harta kita? Pada ketika itu segala amal yang ikhlas kerana Allah swt, yang tiada riak, tiada mengharapkan pujian, yang kita lakukan tanpa kita mahu diketahui oleh orang lain yang akan dinilai oleh Allah swt, pada hari itu juga doa anak-anak yang kasih dan sayang kepada kita selepas kematian kita akan membantu diri kita, namun adakah kita telah berjaya mendidik anak-anak kita untuk menjadi manusia yang sentiasa berharap kepada Allah swt. Kemudian mungkin harta yang kita berikan, sebanyak mana pula harta yang kita sedekahkkan? Adakah kita sedekahkan harta yang berlebihan sahaja atau kita sedekahkan tidak kita ketika kita senang atau susah. Berapa banyak yang boleh kita tuliskan harta yang telah kita belanjakan kerana membantu Agama Allah swt.
Jika kita boleh menyediakan kunci yang begitu cangih dan mahal untuk menjaga harta kita, apakah pula kunci yang kita sediakan untuk menjaga harta-harta yang akan kita bawa selepas kematian kita? Apakah kunci-kunci yang telah kita sediakan untuk memastikan amal-amal kita sentiasa bertambah dari masa kesemasa dan amal-amal itu sentiasa bersih kerana Allah swt, Apakah pula kunci-kunci untuk memastikan kita dapat melahirkan anak yang soleh, anak-anak yang pasti akan mendoakan diri kita dan sentiasa ingat agar kita sentiasa mendapatkan keampunan dari Allah swt. Apakah kunci-kunci yang kita sediakan untuk memastikkan kita sentiasa sanggup melakukan infak atau menderma bagi mendapat keredaan dari Allah swt. Sejauh mana kita benar-benar menempah kunci-kunci ini, atau sejauh mana kita mencari kunci-kunci yang membolehkan kita mendapatkan apa yang sepatutnya kita kehendaki selepas kematian kita nanti. Atau kita hanya berfikir untuk kehidupan di dunia ini sahaja tanpa memikirkan sedikit pun tentang kehidupan akhirat, atau kita ada memikirkan kehidupan akhirat tetapi tidaklah seberapa serious kerana kehidupan akhirat itu belum kita lalui dan kita merasakan begitu jauh lagi dari kehidupan kita, kita rasakkan kita ada lebih banyak waktu lagi dan perlu melakukkan sesuatu untuk kehidupan didunia ini.
Adakah kita mengetahui bilakah kita akan menemui kematian? Adakah kita merasakan bahawa esok masih ada buat diri kita? Adakah kita seolah-olah begitu yakin sinar matahari esok akan kita tetap melihatnya dan tidak begitu takut akan kehilangannya? Adakah kita merasakan peluang masih banyak untuk kita melakukan yang terbaik sehinggakan kita lebih rela membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa kita melakukan sesuatu yang terbaik sekarang. Marilah kita fikir-fikirkkan dengan hati yang terbuka dan takutlah kepada Allah swt. Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)