Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kejayaan sesuatu perkara kerap kita kaitkan dengan perancangan yang jelas dan teliti, namun ramai orang berkata kita bukan tidak merancang tetapi kita sering gagal didalam melaksanakan. Kita jarang memantau apa yang kita rancang yang menyebabkan segala perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan seperti yang diharap-harapkkan. Ramai orang boleh merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan seperti melaksanakan kursus, mengadakan jualan, mengadakan pertunjukkan, mengadakan forum dan lain-lain lagi. Apakah faktur kejayaan kepada program tersebut? Apakah dengan mengadakan tempat yang terbaik akan menyebabkan orang datang? Adakah dengan penyampai yang baik akan mempengaruhi kehadiran? Apakah dengan liputan yang meluas akan meningkatkan kehadiran? Atau kesemua faktur adalah penting dan sejauh mana kita merancang dengan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan kepada program tersebut.
Persoalannya adakah kita menyediakan kertas semak untuk semua yang ingin kita lakukan, adakah kita telah berusaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik? Adakah kita telah mendapatkan penyampai yang terbaik? Adakah kita telah melakukan promosi yang baik untuk program tersebut? Sekiranya kita menjawap dengan yakin kita telah melaksanakan yang terbaik mungkin, kita perlu melihat pula apakah faktur-faktur yang memungkinkan kegagalan berlaku juga terhadap apa yang telah kita rancangkan. Kita perlu mengurangkan kebangkalian kegagalan untuk berlaku, apakah faktur-faktur yang telah kita sediakan bagi membolehkan kesilapan yang tidak sengajakan dapat dikurangkan? Persoalan ini memerlukan kita sentiasa berfikir dan terus berfikir bagi mendapatkan yang terbaik.
Sebagai contohnya dipejabat kita selalu ada pintu yang sepatutnya sentiasa tertutup, namun kebanyakan pintu telah di sendal dengan batu atau alat pemadam api sehinggankan ia boleh dibuka tanpa mengunakan kad kelulusan untuk membuka pintu. Pintu sentiasa berbunyi menandakan tidak ditutup dan kita bersedia mendengar bunyi tersebut dari masa kesemasa. Namun jika kita menukarkan bunyi tersebut kepada hon lori atau hon keretapi atau serin bomba, tentu sekali sesiapa yang keluar dan masuk akan memastikan pintu ditutup kerana bunyi yang amat bising akan kedengaran apabila pintu tidak ditutup. Pemantauan dapat dilaksanakan dan semua orang akan cuba melakukan yang terbaik. Mereka cuba melakukan yang terbaik disebabkan malu, sekiranya tidak melakukannya, orang akan memerhatikan siapakah orang yang tidak bertanggung jawab tersebut.
Oleh sebab itu adakah kita dapat mengujudkan sifat-sifat malu didalam kehidupan kita? Malu jika tidak melaksanakan sesuatu yang telah kita tetapkan, malu kerana kita telah berjanji dengan diri kita namun kita juga yang mengingkari apa yang telah dipersetujui. Malu kerana kita tidak amanah kepada diri kita sendiri dan malu terhadap Allah swt kerana segala yang sepatutnya dilaksanakan tidak kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya kita merancang sesuatu program kita tidak menyemak dengan sebaik mungkin dan menyebabkan tidak berjaya adakah kita merasa malu kepada rakan-rakan sahaja? Atau kita malu kepada ketua kita? Atau kita malu kepada Allah swt kerana tidak melakukan yang terbaik setelah diberikan peluang untuk melaksanakannya. Sejauh mana kita bersedia untuk mengaku segala kesilapan yang telah kita lakukan dan bersama-sama untuk memperbaiki yang yang telah berlaku. Kesilapan adalah lumrah manusia dan memperbaiki dari masa kesemasa memerlukan komitment dan kesedaran untuk merasakan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Jika kita sentiasa mengingati Allah swt dan hari kiamat mungkin kita akan cuba sentiasa memperbaiki apa yang telah kita lakuan agar yang terbaik sentiasa dihadapan, kita akan hidup seperti tiada hari esok dan alasan telah tiada bagi diri kita, kita Cuma mahu melakukan yang terbaik dan segala hasilnya adalah dari Allah swt semata-mata. Amin
Monday, March 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment