Tuesday, July 20, 2010

Kehendak dan Kemahuan Pilihan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Murah-murah! begitulah laungan seorang juru jual ditepi jalan di chow kit pada pagi itu, ramai orang tertumpu kepada lokasi penjual itu untuk mendapatkan apakah barangan yang dijual dengan tawaran yang begitu menarik perhatian orang ramai. Ada yang memerhatikan sahaja juru jual dan melihat sahaja tanpa ada perasaan untuk membeli, mungkin bukan keperluannya, ada juga yang tidak sabar-sabar untuk memiliki barangan yang dijual oleh penjual, ada juga mungkin merasakan tidak mampu untuk membeli barang tersebut kerana tidak membawa wang pada masa tersebut. Dan ada juga yang tidak tertarik langsung dengan tawaran yang diberikan.

Inilah lumrah kehidupan, tidak setiap yang ditawarkan akan diambil oleh seseorang dan juga tidak setiap yang ditawarkan akan di tolak oleh seseorang. Kita akan berfikir dan membuat keputusan dan setiap keputusan pastinya akan memberikan kesan kepada kehidupan. Allah swt menawarkan surga kepada manusia untuk kehidupan akhirat nanti dan apakah reaksi kita kepada tawaran ini Tentunya sekiranya kita memilih untuk mendapatkan surganya kita akan terpaksa berkorban untuk membeli barangan tersebut dengan kesukaran yang perlu kita lalui didalam kehidupan.

Allah swt tidak menjanjikan kesenangan sebelum kita melalui kesukaran. Oleh sebab itu sejauh mana kita sedia untuk merasai kesukaran untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari? Persoalan ini begitu mudah tetapi perlaksanaan memerlukan kita betul-betul untuk merasai kesukaran dan kepayahan didalam kehidupan. Kita mungkin menyatakan sukar tetapi apa yang kita rasakan sukar mungkin begitu senang buat orang lain yang telah melalui kesukaran yang lebih teruk dari apa ang pernah kita lalui. Kesukaran adalah tanggapan yang ada pada diri kita dan sejauh mana kita bersedia untuk menghadapinya didalam kehidupan.

Anak-anak kecil tidak pernah merasakan kesukaran untuk belajar membaca, mereka merasakan perlu untuk belajar dan dipaksa untuk belajar dan akhirnya mereka boleh membaca walaupun ada yang baru boleh membaca apabila mereka berumur sepuluh tahun. Mengapa kerana mereka tidak tahu putus asa dan tahu terpaksa juga untuk melaluinya dan akhirnya mereka berjaya. Namun yang malas dan tidak mahu berubah mereka tetap tidak berjaya membaca dan terus dalam keadaan buta huruf disebabkan kesukaran tersebut dilihat sebagai suatu yang begitu sukar untuk diatas oleh mereka. Kita telah berjaya kerana boleh membaca coretan ini dan adakah kita merasakan begitu sukar atau kita menyatakan begitu sukar untuk belajar membaca? Kita tidak ingat lagi peristiwa bagaimana kita boleh membaca kerana kita terus berusaha dan berusah sehinggakan kesukaran tidak diletakkan didalam kamus pemikiran kehidupan kita dan pastinya kita telah berjaya. Mari kita fikirkan apakah kesukaran yang mungkin kita hadapi untuk mendapatkan kenikmatan kehidupan dan bermula untuk melaluinya dengan harapan bantuan dari Allah swt untuk kita terus berjaya. Allah hu alam.

0 comments: