Wednesday, November 11, 2009

Keperluan Kepada Wang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/10/bergembira-menanti-kematian.html



Semua orang memerlukan wang, bekerja kerana nak mendapatkan wang, lagi banyak wang lagi gembira rasanya seseorang itu bekerja. Tapi apakah gunanya wang jika dengan wang yang banyak itu tidak dapat kita ubah untuk menjadi pahala bagi kehidupan di akhirat? Apakah dengan wang yang banyak itu menyebabkan kita lebih pemurah untuk menderma bagi mendapat harta pahala diakhirat nanti? Apakah dengan wang yang kita cuba usahakan dalam masa kita bekerja ini akan menjadikan kita boleh menambahakan pahala yang menjadikan kita gembira segembiranya diakhirat nanti.



Tidak kah kita rugi sekiranya kita mempunyai wang yang banyak terkumpul dan kemudian kita membelikan kereta yang baik, rumah yang besar, harta yang banyak tetapi semua yang kita ada tidak dapat kita bawa kemana-makan kerana apabila kita mati semuanya akan kita tinggalkan untuk mereka yang hidup. Apakah isteri dan anak kita akan mengingati kita dan sentiasa beramal dengan amal kebaikan bagi mendapat sedikit kebaikan kehidupan diakhirat nanti. Bukankah yang terbaik adalah kita mendapatkan wang yang banyak dan kita tukarkan wang yang kita ada itu dengan pahala sekarang bagi kita memastikan yang kita akan mendapatkan sesuatu diakhirat nanti.



Kita perlu memikirkan berapa banyak wang yang telah kita perolehi dan dari wang yang begitu banyak berapa ringgitkah yang sebenarnya telah kita tukarkan dengan pahala. Jika masih belum banyak, peluang masih ada kerana peluang hanya akan berakhir apabila kematian telah tiba. Mari kita renungkan harta yang kita ada, kita buka pintu rumah kita lihat ruang tamu kita, berapa banyak harta kita? Ada sofa, ada tv, ada gambar keluarga, ada meja, ada buku almari, kita masuk pula kedalam bilik dan kita dapat lihat tempat tidur kita yang begitu selesa, kita dapat lihat bilik anak-anak kita juga selesa dan akhir sekali apabila kita kedapur kita dapati dapur yang begitu kemas sekali, kita gembira dan amat berpuas hati, bangga dengan apa yang kita ada.



Tetapi adakah segala yang kita ada ini dapat memberikan kita pahala? Apakah ruang tamu yang selesa itu kita gunakan untuk berbincang hal-hal agama, menjemput tamu untuk makan, mengajak anak-anak jiran untuk mengajar mereka sedikit ilmu yang kita ada? Menjadi ruangan solah bagi ahli keluarga? Atau ruangan itu lebih banyak kita gunakan untuk kita lupa kepada Allah swt. Kita lebih banyak leka sehingga kita tidak mberjaya menukarkan segala apa yang kita ada untuk dijadikan pahala bagi kehidupan kita.


Mungkin hari ini kita perlu bermula sedikit dengan memberikan apa yang kita sayang kepada orang lain agar menjadi pahala. Kita perlu memberikan apa yang kita sayang bukan apa yang kita tidak mahu lagi, atau kita memberikan lebihan tidak begitu besar berbanding dengan suatu yang kita amat perlukan tetapi kita berikan juga kerana kita memilih untuk mendapat pahala bukan untuk pujian dan sanjungan. Ahhal hu alam.

Nilai Sebuah Pekerjaan

NILAI SEBUAH PEKERJAAN
"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.Covey - pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma" , saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?

Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.



PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?

Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya;

• Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.
Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.


NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.

Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?



NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya.

Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind".

Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan , jurutera dsb


TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?

Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ' CEO ' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Penilaian & Pandangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/kesyukuran-akan-memperolehi-kebahagian.html

Penilaianan dan pandangan sering kali memberikan kesan yang berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku, mungkin kita melihat sesuatu dengan nilai dan pengalaman serta pembacaan yang telah kita lalui, mungkin kita menilai mengikut budaya kita atau kita menilai mengikut bagaimana kita telah dibesarkan oleh keluarga kita. Setiapa penilaianan dan pandangan akan memberikan kesan kepada tindakan kita dan kesungguhan dan penglibatan kita juga bergantung kepada penilaian yang ada pada diri kita.



Jika ada seorang yang meminta sedekah daripada kita dan kita hanya ada RM15 didalam kocek kita, dengan rasa sempati kita memberikan RM 10 kepada makcik yang mempunyai dua orang anak itu dan mereka mengucapkan banyak kali terima kasih kepada kita kerana tidak selalu mungkin tidak pernah ada orang yang memberikan sepuluh ringgit. Kita berlalu dan terus ke kedai makan dihujung bangunan untuk makan sedikit kueh, semasa kita membayar wang tersebut kita melihat ibu dan anak tadi sedang meminta pesanan nasi beryaini untuk mereka makan. Apa penilaian kita pada ketika itu?



Apakah kita akan marah disebabkan mereka makan lebih baik dari kita atau kita gembira kerana telah dapat memberikan makan kepada orang-orang yang memerlukan, mungkin mereka telah menanti beberapa bulan untuk makan nasi beryani tersebut dan disebabkan hari ini ada orang yang begitu baik hatinya telah menyebabkan dapat juga membeli nasi beryani yang telah lama mereka idam-idamkan. Penilaian kita selalu negetif yang memberikan tindakan yang negetif. Sebaliknya penilaian yang positif akan sentiasa memberikan tindakan yag positif didalam kehidupan kita.



Baru-baru ini semasa di lapangan terbang saya bertemu dengan dua orang perempuan seorang ibu dan anak sedang melihat jadual penerbangan, tiba-tiba sianak bertanya kepada saya, nak ke Padang ? Jawab saya tidak, hujung minggu hadapan baru saya akan kesana, saya bertanya pula, nak ke Padang ke? Ya jawabnya. Nak buat apa ke sana ? Nak bantu mereka disana? Berdua sahaja? Ya jawabnya. Ada orang menanti disana? Tiada dan kami akan uruskan apabila tiba disana. Saya seperti percaya dengan tidak apabila melihat dua manusia yang saya rasakan umurnya sekitar 25 dan 50 tahun ingin pergi ke Padang tanpa ada apa sebab hanya untuk membantu orang disana. Saya bertanya lagi bawa apa kesana? Si Ibu menunjukkan sebuah beg berisi makanan, saya kagum diatas kesediaan untuk mereka kesana. Saya segera menelepon rakan yang menguruskan pemergian team HALUAN kepadang untuk mendapat no hubung kami disana agar mereka mendapat bantuan apabila tiba disana dan memudahkan perjalanan mereka disana.


Keputusan dan kehendak perlu dilakukan bagi mendapat yang terbaik dan kita hanya akan mendapat kejayaan apabila kita sanggup menerima kesukaran yang akan kita lalui demi kehendak dan keputusan yang telah kita putuskan. Allah hu alam

The Golf Balls

"The Golf Balls" The Mayonnaise Jar

"When things in your life seem, almost too much to handle, When 24 Hours in a day is not enough, Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class And had some items in front of him. When the class began, wordlessly, He picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students, if the jar was full.

They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full.

The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and
poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand.

The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided, 'I want you to recognise that this jar represents your life. The golf balls are the important things - family, children, health, Friends, and Favourite passions - Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff. 'If you put the sand into the jar first,'

He continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play With your children. Take time to get medical checkups. Take your partner out to dinner.
There will always be time to clean the house and fix the disposal.
'Take care of the golf balls first --The things that really matter. Set your priorities.
The rest is just sand. 'One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled..'I'm glad you asked'.
It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.
'Please share this with other "Golf Balls" I just did.......

Kehendak VS Keputusan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/10/bantuan-kecemasan-padang.html



Apbila memperkatakan kehendak yang diinginkan, ramai orang mempunyai kehendak yang pelbagai, ada yang berkehendak sebuah rumah yang cantik, ada yang berkehendak mempunyai anak-anak yang pandai, ada yang berkehendak memiliki kenderaan yang mewah, ada yang berkehendak menghafal al quran, ada yang berkehenadak melakukan banyak kerja-kerja amal didalam kehidupan. Namun semuanya hanya tinggal sebagai impian yang tidak kesampaian, dengan masa berlalu ramai yang kecewa kerana apa yang dikehendaki tidak kesampaian.



Mengapa begitu? Kehendak adalah suatu yang perlu untuk mendorong untuk kita melakukan disebabkan apa yang kita fikirkan, akan kita rasakan dan mungkin akan dilaksanakan. Kehendak sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu diiringi dengan keputusan samada kita benar-benar mahu melakukan atau tidak segala kehendak yang ada pada diri kita. Setiap keutusan bermakna kita bersedia untuk menghadapi segala kesukaran yang mungkin timbul hasil dari keputusan yang telah dilakukan.


Saya tertarik kepada suatu peristiwa semasa saya didalam perjalan ke sabah baru-baru ini. Saya duduk disebelah seorang berbangsa cina dari tanah besar cina. Saya dapati beliau seorang yang begitu fasih berbahasa English, saya memaklumkan kepada beliau jarang-jarang saya menemui seorang cina dari tanah besar cina yan gbegitu fasih berbahasa English, adakah beliau belajar di UK atau USA. Namun jawabnya tidak dan beliau hanya belajar bahasa English selepas tamat belajar dari university dan bermula selepas beliau suka melancung ke luar nagara. Adalah begitu sukar baginya melancung apabila tidak tahu berbahasa English dan beliau menyatakan belajar engilish dengan mengingatkan beberapa patah perkataan setiap hati dan belajar membunyikan perkataan tersebut. Apabila telah banyak perkataan yang diingati beliau mula membuka TV untuk mendengan berita dan juga melihat cerita movie. Beliau menyatakan begitu susah tetapi apabila ada kehendak dan keputusan untuk mempelajarinya segala yang susah akan menjadi senang.


Apakah keputusan yang telah kita lakukan dan adakah kehendak kita begitu kuat sehinggakan kita melakukan suatu keputusan untuk melaksanakan apa sahaja keputusan yang telah dilakukan sehingga kita Berjaya mendapatkannya atau kita hanya ada kehendak tetapi tidak melakukan apa-apa keputusan untuk mendapatkan apa yang kita hajati. Allah hu alam.


Untuk makluman saya mungkin tidak dapat menulis sepanjang minggu hadapan kerana akan berada di Padang indonesia bersama-sama anggota HAluan yang lain untuk misi bantuan kemanusian PADANG. Semuga kita akan dipertemukan oleh Allah swt kembali.Amin..