Wednesday, November 11, 2009

Keperluan Kepada Wang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/10/bergembira-menanti-kematian.html



Semua orang memerlukan wang, bekerja kerana nak mendapatkan wang, lagi banyak wang lagi gembira rasanya seseorang itu bekerja. Tapi apakah gunanya wang jika dengan wang yang banyak itu tidak dapat kita ubah untuk menjadi pahala bagi kehidupan di akhirat? Apakah dengan wang yang banyak itu menyebabkan kita lebih pemurah untuk menderma bagi mendapat harta pahala diakhirat nanti? Apakah dengan wang yang kita cuba usahakan dalam masa kita bekerja ini akan menjadikan kita boleh menambahakan pahala yang menjadikan kita gembira segembiranya diakhirat nanti.



Tidak kah kita rugi sekiranya kita mempunyai wang yang banyak terkumpul dan kemudian kita membelikan kereta yang baik, rumah yang besar, harta yang banyak tetapi semua yang kita ada tidak dapat kita bawa kemana-makan kerana apabila kita mati semuanya akan kita tinggalkan untuk mereka yang hidup. Apakah isteri dan anak kita akan mengingati kita dan sentiasa beramal dengan amal kebaikan bagi mendapat sedikit kebaikan kehidupan diakhirat nanti. Bukankah yang terbaik adalah kita mendapatkan wang yang banyak dan kita tukarkan wang yang kita ada itu dengan pahala sekarang bagi kita memastikan yang kita akan mendapatkan sesuatu diakhirat nanti.



Kita perlu memikirkan berapa banyak wang yang telah kita perolehi dan dari wang yang begitu banyak berapa ringgitkah yang sebenarnya telah kita tukarkan dengan pahala. Jika masih belum banyak, peluang masih ada kerana peluang hanya akan berakhir apabila kematian telah tiba. Mari kita renungkan harta yang kita ada, kita buka pintu rumah kita lihat ruang tamu kita, berapa banyak harta kita? Ada sofa, ada tv, ada gambar keluarga, ada meja, ada buku almari, kita masuk pula kedalam bilik dan kita dapat lihat tempat tidur kita yang begitu selesa, kita dapat lihat bilik anak-anak kita juga selesa dan akhir sekali apabila kita kedapur kita dapati dapur yang begitu kemas sekali, kita gembira dan amat berpuas hati, bangga dengan apa yang kita ada.



Tetapi adakah segala yang kita ada ini dapat memberikan kita pahala? Apakah ruang tamu yang selesa itu kita gunakan untuk berbincang hal-hal agama, menjemput tamu untuk makan, mengajak anak-anak jiran untuk mengajar mereka sedikit ilmu yang kita ada? Menjadi ruangan solah bagi ahli keluarga? Atau ruangan itu lebih banyak kita gunakan untuk kita lupa kepada Allah swt. Kita lebih banyak leka sehingga kita tidak mberjaya menukarkan segala apa yang kita ada untuk dijadikan pahala bagi kehidupan kita.


Mungkin hari ini kita perlu bermula sedikit dengan memberikan apa yang kita sayang kepada orang lain agar menjadi pahala. Kita perlu memberikan apa yang kita sayang bukan apa yang kita tidak mahu lagi, atau kita memberikan lebihan tidak begitu besar berbanding dengan suatu yang kita amat perlukan tetapi kita berikan juga kerana kita memilih untuk mendapat pahala bukan untuk pujian dan sanjungan. Ahhal hu alam.

0 comments: