Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Murah-murah! begitulah laungan seorang juru jual ditepi jalan di chow kit pada pagi itu, ramai orang tertumpu kepada lokasi penjual itu untuk mendapatkan apakah barangan yang dijual dengan tawaran yang begitu menarik perhatian orang ramai. Ada yang memerhatikan sahaja juru jual dan melihat sahaja tanpa ada perasaan untuk membeli, mungkin bukan keperluannya, ada juga yang tidak sabar-sabar untuk memiliki barangan yang dijual oleh penjual, ada juga mungkin merasakan tidak mampu untuk membeli barang tersebut kerana tidak membawa wang pada masa tersebut. Dan ada juga yang tidak tertarik langsung dengan tawaran yang diberikan.
Inilah lumrah kehidupan, tidak setiap yang ditawarkan akan diambil oleh seseorang dan juga tidak setiap yang ditawarkan akan di tolak oleh seseorang. Kita akan berfikir dan membuat keputusan dan setiap keputusan pastinya akan memberikan kesan kepada kehidupan. Allah swt menawarkan surga kepada manusia untuk kehidupan akhirat nanti dan apakah reaksi kita kepada tawaran ini Tentunya sekiranya kita memilih untuk mendapatkan surganya kita akan terpaksa berkorban untuk membeli barangan tersebut dengan kesukaran yang perlu kita lalui didalam kehidupan.
Allah swt tidak menjanjikan kesenangan sebelum kita melalui kesukaran. Oleh sebab itu sejauh mana kita sedia untuk merasai kesukaran untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari? Persoalan ini begitu mudah tetapi perlaksanaan memerlukan kita betul-betul untuk merasai kesukaran dan kepayahan didalam kehidupan. Kita mungkin menyatakan sukar tetapi apa yang kita rasakan sukar mungkin begitu senang buat orang lain yang telah melalui kesukaran yang lebih teruk dari apa ang pernah kita lalui. Kesukaran adalah tanggapan yang ada pada diri kita dan sejauh mana kita bersedia untuk menghadapinya didalam kehidupan.
Anak-anak kecil tidak pernah merasakan kesukaran untuk belajar membaca, mereka merasakan perlu untuk belajar dan dipaksa untuk belajar dan akhirnya mereka boleh membaca walaupun ada yang baru boleh membaca apabila mereka berumur sepuluh tahun. Mengapa kerana mereka tidak tahu putus asa dan tahu terpaksa juga untuk melaluinya dan akhirnya mereka berjaya. Namun yang malas dan tidak mahu berubah mereka tetap tidak berjaya membaca dan terus dalam keadaan buta huruf disebabkan kesukaran tersebut dilihat sebagai suatu yang begitu sukar untuk diatas oleh mereka. Kita telah berjaya kerana boleh membaca coretan ini dan adakah kita merasakan begitu sukar atau kita menyatakan begitu sukar untuk belajar membaca? Kita tidak ingat lagi peristiwa bagaimana kita boleh membaca kerana kita terus berusaha dan berusah sehinggakan kesukaran tidak diletakkan didalam kamus pemikiran kehidupan kita dan pastinya kita telah berjaya. Mari kita fikirkan apakah kesukaran yang mungkin kita hadapi untuk mendapatkan kenikmatan kehidupan dan bermula untuk melaluinya dengan harapan bantuan dari Allah swt untuk kita terus berjaya. Allah hu alam.
Tuesday, July 20, 2010
Monday, July 19, 2010
Rahsia Di Sebalik Sembahyang 5 Waktu...

***Bukan Catatan Penulis****
Rahsia Di Sebalik Sembahyang 5 Waktu
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :
'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepadNabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W. :
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
'Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata orang Yahudi:
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.
7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
Peluang sejauh mana kita melihatnya..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Peluang suatu yang datang dan pergi, sejauh mana kita melihat sesuatu dengan peluang yang terbaik untuk diri kita. Setiap peluang itu pastinya diiringi dengan kesukaran demi kesukaran yang perlu dilalui dan dihadapi dengan perasaan yang jelas hubugan dengan Allah swt.
Sebagai contohnya rasulullah saw bersabda yang bermaksud barang siapa yang menghafal salah satu dari 4 surah ini adalah tanda ahli surga dan diantaranya adalah surah Al mulk, bagaimanakah rasa hati kita? Adakah kita benar-benar berusaha untuk menghafal dan berusaha untuk memahami ayat-ayat tersebut agar menjadikan diri kita berpeluang untuk memnjadi orang-orang yang tergulung sebagai ahli surga? Apakah kita merasakan ini sebagai suatu peluang?
Rasullulah saw juga pernah bersabda yang bermaksud rugilah seorang anak yang apabila mendapati kedua ibu bapanya telah tua dan tidak dapat memasuki surga kerananya. Bagaimanakah sikap kita kepada kedua ibu bapa kita yang telah tua, adakah kita melihat ini sebagai satu peluang untuk mendapatkan surga Allah swt? Adakah kita melakukan yang terbaik terhadap kedua-dua mereka kerana Allah swt?
Banyak lagi peluang-peluang yang disediakan oleh Allah swt dan adakah kita dapat melihat peluang-peluang itu didalam kehidupan kita atau kita terus melepaskan begitu banyak peluang didalam kehidupan ini berlalu begitu sahaja kerana kita tidak merasakan ianya sebagai suatu peluang tetapi sebagai suatu yang membebankan dan menyusahkan kehidupan kita sahaja. Kita tidak akan dapat mesakannya kecuali kita menambahkan ilmu pengetahuan dan juga mengambil nilai dan neraca Allah swt didalam apa sahaja keputusan yang ingin kita lakukan didalam kehidupan ini. Allah hu alam.

Thursday, July 8, 2010
Besarnya Makna Doa..
Petikan dibawah bukan catatan penulis..
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Kepahaman melahirkan kekuatan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kemahuan dan kesungguhan lahir dari sikap seseorang berdasarkan sejauh mana jelasnya matlamat dan tujuan yang ingin di cari didalam kehidupan. Seseorang boleh melakukan banyak tugas tetapi adakah tugas-tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna? Adakah segala tenaga, persiapan diberikan untuk memastikan kejayaan kepada tugas-tugas yang ditentukan.
Persoalan ini hanya dapat dijawab dengan tindakan yang ditunjukkan atas dasar kepahaman berhubung dengan tujuan yang ingin dicapai. Sekiranya penilaian dan tujuan diatas dasar mencari keredaan Allah swt maka segala kesukaran bukan lagi suatu kesukaran sebaliknya segala di lihat sebagai suatu ujian untuk membersihkan Iman. Meletakkan penyerahan kepada Allah swt dan cuba melakukan yang terbaik.
Mari kita mengambil contoh untuk mendidik anak-anak. Apakah matlamat yang ada didalam diri kita, adakah kita mendidik mereka agar mereka selamat di akhirat nanti atau kita mendidik mereka agar mereka menjadi manusia yang berjaya didunia semata-mata. Jika matlamat kita berbeza tentu sekali tindakan kita akan berlainan. Jika kita meletakkan agar mereka akan mendapat surga di akhirat dan kita dapati anak kita bermasalah tentu sekali kita tidak akan putus-putus berharap agar Allah swt memberikan hidayah dan pertolongan kepada diri kita dan anak kita. Pengharapan kita sentiasa didalam apa sahaja tindakan dan bersyukur dengan apa sahaja pemberi Allah swt kita.
Kemarahan bukan kepada diri anak kita tetapi kepada sikap yang mereka tunjukkan dan kita akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki dengan hati yang tenang dan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt.

Subscribe to:
Posts (Atom)