Wednesday, September 16, 2009

Ilmu Pembeza Kehidupan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

http://www.jameataleman.org/english.htm

Ilmu pengetahuan begitu penting bagi seseorang namun berapa ramai orang yang mencari ilmu didalam kehidupan selepas tamat pengajian di universiti, rata-rata orang ramai telah melupakan buku kerana buku hanya untuk orang-orang yang sedang belajar sahaja. Bukankah ilmu suatu tuntutan yang dikehendaki oleh Agama, Islam inginkan umatnya memulakan pengabdian dengan membaca, membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran agar merasai Allah swt berada dimana sahaja didalam kehidupan seseorang.


Mari kita perhatikan seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang memandu kenderaan, mereka perlu mengenal bahagian-bahagian di kenderaan tersebut dan apakah fungsi-fungsi yang terdapat pada kenderaan tersebut. Selepas itu mereka perlu belajar untuk mengendalikan kenderaan tersebut dan berlatih memandu. Apabila mereka meguasai ilmu tersebut baru mereka berkeinginan untuk membeli dan mengunakan kenderaan yang mereka ada dengan sebaik mungkin. Tidak mungkin seorang membeli kenderaan hanya untuk di simpan dirumah sahaja sebagai pamiran atau ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka mampu membeli sebuah kenderaan dan disimpan dengan baik. Ilmu yang mereka perolehi mendesak mereka untuk berubah dan mengunakan ilmu tersebut buat kebaikan kehidupan mereka.


Apakah yang akan kita katakan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan telah mendapat lesen memandu serta mempunyai kenderaan sebaliknya tidak pernah memandu kerana takut kemalangan, sayangkan kenderaan dan bersedia mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk perjalanan mereka. Tentu kita kesian dan kalau boleh mahukan mereka mengubah kehidupan mereka. Tetapi bagaimana pula sekiranya seorang itu tidak pernah belajar memandu, tidak tahu tentang kenderaan, tidak pernah menjadi penumpang tiba-tiba mahu membawa kenderaan tersebut mengikut gaya dan kehendak mereka sendiri? Mahukah kita menaiki kenderaan itu sebagai penumpang. Tentu sekali tidak, kita mahu menumpang kenderaan yang dibawa oleh seorang pemandu yang berpengalaman. Adakah kita boleh tidur sepanjang perjalanan sekiranya kita sebagai penumpang kenderaan dan pemandu tersebut menyatakan yang dia baru lulus peperiksaan JPJ semalam dan maaf sekiranya keadaan tidak selesa sebab baru lulus periksa.


Pengetahuan bukan sebagai ilmu semata-mata tetapi sebagai penyuluh kehidupan untuk diamal dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Berapa banyak kita berusaha untuk mencari ilmu agar kita sentiasa berpengetahuan dan dapat mengamalkan ilmu yang telah kita perolehi untuk kehidupan kita. Berapa banyak ilmu tentang kebenaran yang kita bersedia untuk menerimanya walaupun pedih untuk kita mendengarnya. Adakah kita sentiasa cuba mencari kebenaran didalam kehidupan atau kita sentiasa mengikut hawa nafsu kita semata-mata, yang bersesuaian dengan nafsu kita maka kita akan mendapatkan ilmu tersebut dan yang bertentangan dengan nafsu kita cuba untuk menjauhinya. Marilah kita sama-sama bermula untuk mencari ilmu dan kebenaran didalam kehidupan yang pasti menemui kematian. Allah hu alam

Friday, September 4, 2009

Air Mata Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ramai orang menagis, ada yang menagis kerana mendapat malapetaka, ada yng menangis kerana kehilangan sejumlah wang, ada yang menangis kerana sakit yang amat sangat, ada yang menagis kerana ditinggalkan kekasih, ada yang menangis kerana kematian orang yang dikasihi dan banyak lagi sebab-sebab seseorang itu menangis.

Adakah kita juga pernah menangis dan tentu sekali ia, tetapi apakah yang menyebabkan kita menangis? Adakah kita pernah menagis kerana melihat masa-masa yang lalu penuh dengan dosa yang telah kita lakukan? Adakah kita pernah menangis kerana kecintaan yang amat sangat untuk merasai kasih dan saying Rasulullah dan Allah swt. Adakah kita pernah menagis kerana mahukakan bantuan dari Allah swt? Adakah kita menagis kerana gementar hati kita bila membaca Al Quran kerana terlalu takutnya kita kepada siksaan Allah swt?

Rasullullah saw menyeru kita agar sentiasa memusahabah (memeriksa diri sendiri), kita perlu belajar untuk menagis, menagis kerana tiada gunanya kita menagis di akhirat nanti kerana masa itu telah terlewat, jika kita mahu menagis maka menangislah sekarang kerana dengan menagis kita akan merasai suatu keperluan untuk bertindak dan memperbaiki diri kita, semuga sedikit air mata itu yang keluar kerana mencari redza Allah swt akan menjadi bukti di akhirat nanti.


Mungkin begitu sukar untuk kita menagis, mungkin begitu keras hati untuk memahami dosa-dosa yang telah dilakukan, namun rasulullah saw dan para sahabat sentiasa menagis dimalam hari mereka untuk menghubungkan hati-hati mereka kepada Allah swt. Baik benarkah kita, jujur benarkah kita, kuat benarkah kita berbanding mereka yang sentiasa menangis dahulu sehinggalah akhir hayat mereka. Mungkin hati kita semakin keras dan perlu dilembutkan dengan memahami Al Quran, telah tiba masanya kita perlu membuka al Quran untuk kita memahami maknanya, membaca tafsir untuk menghidupkan hati semula, bukan untuk pengetahuan tetapi untuk beramal dan hidup dengan Al Quran tersebut.

Apa ertinya hidup sekiranya selepas kematian penuh dengan penderitaan dan penyeksaan, apa ertinya kekayaan sekiranya banyaknya tidak dapat memberi menefaat kepada manusia dan kehidupan diakhirat, apa ertinya kegembiraan kerana disebalik kegembiraan yang dilahirkan penuh dengan kekosongan jiwa kerana jauh dari Allah swt. Marilah kita duduk sebentar dan merenung kehidupan yang telah kita lalui semuga mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin

Seruan Ramadhan: Menangislah Untuk Rasulullah SAW

THURSDAY, 27. AUGUST 2009, 01:28:35
Mimpi yang saya alami beberapa tahun dulu benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap cinta saya pada Rasulullah SAW walaupun saya sebenarnya terasa malu mengungkapkan kata cinta padanya. Mimpi yang cukup panjang itu benar-benar memberi kesan yang cukup mendalam pada jiwa saya. Suatu malam, saya bermimpi berjalan bersama sebuah kafilah dalam satu musafir yang cukup jauh di padang pasir. Biasanya ketika mimpi kita akan rasai suasana yang ‘real’; kalau sakit kita akan rasa sakit dan kalau panas memang kita rasakan panas tetapi mimpi saya ini perasaannya terlalu berbeza.

Saya tidak dapat merasakan kehangatan padang pasir dalam mimpi saya ini kerana disebelah saya ada seorang lelaki yang benar-benar mengikat hati saya untuk sentiasa tertumpu kepadanya. Kami terus menempuh perjalanan yang panjang. Kami lewati satu penempatan demi satu penempatan. Setiap kali kami berhenti di suatu penempatan ada saja penduduk di situ yang datang menghampiri saya dan berbisik ketelinga saya “Yang bersama kamu itu adalah Rasulullah” lalu saya menjawab ‘bukan rasanya”.

Bukannya saya tidak percaya bahawa itulah lelaki yang terlalu saya impikan untuk melihat wajahnya tetapi saya seolah-olah tidak percaya Allah benar-benar menjadikan impian saya itu jadi kenyataan. Siapa yang tidak ingin menatap wajah Baginda SAW. Sahabat Rasulullah SAW, ada yang wajahnya pucat seperti orang sakit hanya kerana beberapa hari tidak berjumpa Rasulullah SAW. Saya tidak sangka kali ini saya benar-benar dapat menatap wajah insan yang paling saya cintai itu.

Kami meneruskan perjalanan, ketika kami berhenti makan, datang lagi seorang lelaki yang membisikkan ke telinga saya, “Yang makan bersama kamu itu adalah Rasulullah SAW” Saya memberi jawapan yang sama dan dengan perasaan yang sama.

Kami terus berjalan hinggalah kami sampai di Mekah. Tidak jauh dari Kaabah,saya mula mendirikan solat. Pada ketika itulah saya tidak lagi dapat menahan air mata kegembiraan saya. Saya menangis sepuas-puasnya kerana terlalu gembira hinggalah saya tersedar dari mimpi tersebut. Airmata membasahi bantal saya. Ketika itu sudah hampir waktu subuh. Kemudian diwaktu solat subuh, saya mengimami rakan serumah saya Jamaludin yang biasa saya panggil Jamal. Sekali lagi saya tidak dapat menahan tangisan saya. Sepanjang solat subuh itu saya terus menangis.

Mimpi itu walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu tetapi kesannya masih segar. Setiap kali saya membaca lembaran sirah, saya tidak mampu menahan air mata saya apatah lagi ketika berdepan dengan kisah-kisah penyiksaan terhadap Baginda SAW. Saya akan menangis apabila diceritakan Rasulullah SAW menangis atau bersedih. Saya sering menghadapi sirah Rasulullah SAW seperti melihat sebuah filem yang hidup dan bergerak. Bahkan kadang-kadang saya akan menangis hanya dengan mendengar namanya disebutkan.

Mungkin tidak ramai yang mengalami mimpi yang sama sebagaimana yang saya alami tetapi saya tetap rasakan bahawa semua kita perlu menangis untuk Rasulullah SAW. Cuma, mungkin kita terlalu sibuk untuk benar-benar mengenali Baginda, terlalu sibuk untuk menghayati liku-liku hidup Baginda, lalu air mata kita terlalu mahal untuknya. Sekiranya kita menelusuri sirah hidupnya, menjiwai setiap pengorbanan dan keperitannya untuk keimanan itu sampai pada hati-hati manusia maka kita tentunya akan menangisi Baginda SAW.

Pengorbanannya diluar batas kemanusiaan. Pernah Baginda berjalan-jalan ditengah padang pasir ketika tengahari yang panas yang kebiasaannya masyarakat Arab akan berehat di rumah. Apabila Baginda bertemu dengan dua orang sahabat maka ditanya kepada Baginda, kenapa Baginda SAW di situ, maka jawabnya “Aku lapar, sudah beberapa hari aku tidak makan”.

Bukankah Saidatina Khadijah isterinya adalah seorang janda yang cukup kaya dan Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang peniaga yang Berjaya dan disenangi?

Kemanakah perginya harta kekayaan Baginda?

Kenapa Baginda harus lapar?

Bahkan setelah dijamu makan oleh sahabat tadi, Baginda minta pula sedikit makanan untuk anaknya Fatimah RA, kata baginda “Sudah beberapa hari makanan tidak masuk ke dalam perutnya”. Kemanakah seluruh kekayaan Baginda dibelanjakan hingga Baginda dan anak kesayangannya itu terpaksa melalui hari-hari yang panas dalam kelaparan?
Bukankah semuanya dikorbankan untuk kita?
Untuk keimanan sampai ke hati-hati kita,
untuk kita mengenal Allah sebagai Ilah dan Rabb
dan untuk kita selamat dari azab neraka Allah SWT.


Kenapa baginda harus berkorban hingga begitu sekali? Begitulah mendalamnya cinta Baginda kepada kita ummatnya. Tak terbayangkah kita ketika Baginda berdepan dengan sakitnya sakaratul maut? Nama siapakah yang disebut-sebut Baginda? Bukankah Baginda menyebut … ummati! ummati! ummati!. Sekiranya kita benar-benar cintakan Baginda tentunya kita akan terdengar panggilannya itu setiapkali kita membaca kisah saat-saat kematinnya. Ya, kita tidak dapat dengar dengan telinga kita tetapi kita akan dengarkannya dengan jiwa dan nurani kita. Panggilan yang penuh kasih dan pengharapan agar kita nanti akan bersamanya di Akhirat nanti.

Cuba kita bayangkan hijrah Baginda ke Madinah. Perjalanan yang hampir 500 KM. Menempuh padang pasir yang kontang dengan batuannya yang tajam sedangkan musuh boleh muncul pada bila-bila masa sahaja.

Cuba kita bayang peristiwa di Ta'if. Setelah begitu hebat dakwahnya ditentang di Mekah, Baginda berangkat ke Ta'if dengan seribu harapan. Tidak ada unta yang menjadi tunggangan Baginda melainkan Keimanannya pada Allah SWT, Tidak ada tongkat melainkan Roja'nya pada Allah dan tidak ada bekalan selain Taqwanya pada Allah SWT. bagaimana pula layanan penduduk Ta'if yang merupakan tetangga Halimaton Sa'diah, ibu susuan Baginda? Apa yang mereka lemparkan pada tubuh Baginda?. saidina Zaid menjadikan dirinya sebagai benteng lalu hampir-hampir kepalanya pecah. Darah-darah baginda SAW mengalir dari betis-betisnya lalu membasahi bumi Ta'if. Adakah Baginda doakan kebinasaan kepada mereka yang begitu membencinya? lalu apa yang Baginda doakan?
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu, kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha."

Beratnya ujian yang baginda tempuhi terlalu luar biasa. Bahkan ketika disaat-saat awal baginda menerima risalah ini baginda merasa begitu tertekan. Al Quran menceritakannya dengan nada-nada yang sayu dan menyentuh hati. Kalau kita melihat pada surah Ad Dhuha. Ya, Surah Ad Dhuha yang pendek tetapi begitu luas maknanya.

Keputusan Milik Allah, Usaha Milik Kita

Assalammualikum dan salam sejahtera,

Kejayaan didalam kehidupan adalah suatu yang diinginkan oleh semua orang, semua orang mahu Berjaya didalam apa sahaja bidang yang di ceburi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan itu akan dimiliki. Tetapi adakah kita sedar bahawa kejayaan yang kita miliki sebenarnya adalah milik Allah swt, sejauh mana kita berusaha, sekuat mana kita mencari kita tidak akan dapat memastikan kita akan Berjaya kerana Allah swt yang menentukan segala keputusan, kita hanya orang-orang yang boleh berusaha dan berserah kepada Allah swt untuk memohon yang terbaik.


Untuk makluman pihak tuan puan, setakat ini sebanyak 3000 kupun derma bernilai RM100 telah Berjaya diedarkkan, pihak sekolah telah mencetak sebanyak 18,000 kupun dan mungkin ditambah kepada 30,000 kupun. Diharapkan pada minggu ini kami akan dapat menghabiskan pengedaran sekurang-kurangnya 18,000 dan untuk itu saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah membantu didalam pengedaran kupun-kupun tersebut.

Jika dilihat kemampuan kita untuk mengedarkkan kupun, mungkin kita akan berkata tiada kemampuan tetapi jika meletakkan Allah swt dihadapan dimana kita hanya berusaha dan Allah swt sahaja yang membantu kita, bukan kita yang dapat memastikan seseorang ingin menderma atau tidak kerana samada seseorang ingin membantu atau menderma telah ditentukan oleh Allah swt, yang penting adakah kita telah melakukan sesuatu sehingga mereka merasai suatu tanggung jawab untuk membantu di dalam mendirikan sebuah sekolah yang akan memberikan kebaikan yang berpanjangan kerana telah menyediakan sebuah tempat bagi ilmu Allah swt dapat terus disampaikan kepada manusia generasi akan datang.

Inilah harta kita yang mungkin akan kita bawa, walau pun sedikit sumbangan kita ini, namun sekiranya kita ikhlas pasti akan dibalas oleh Allah swt, keadilan Allah swt didalam memberikan balasan walaupun hanya sebesar zarah amal yang kita lakukan. Saya ingin menyeru tuan puan untuk membantu dan hanya Allah swt yang akan menentukan keputusannya. Amin


Sila isikan maklumat dibawah dan email kembali kepada saya atau sekolah untuk tujuan penghantaran kupun.

Nama: __________________________
Alamat: _________________________
________________________________
________________________________

No Telephone: ____________________________

Saya memerlukan

1. Surat kebenaran kutipan derma YA / TIDAK
2. Bilangan buku kupun diperlukan ________

Semua kutipan boleh dimasukkan kepada akaun “PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN” NO AKAUN :12010010029602 (Bank Islam Malaysia Berhad). Harap dapat kongsikan email ini kepada rakan-rakan anda bagi membolehkan seramai mungkin dapat terlibat dan dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah Ibn Khaldun. Semuga Allah swt jua yang memberikan balasan diatas kebaikan tuan puan. Amin

Keberanian & Pengorbanan Diperlukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Keberanian suatu yang ada didalam sifat seseorang manusia, ada yang berani apabila mereka terdesak menyebabkan kita tidak terfikir mereka mampu melakukan sesuatu yang telah mereka tunjukkan. Ada pula orang yang begitu penakut dan kadang kala lebih takut dari seorang kanak-kanak dan kita sering katakan seperti seorang perempuan sahaja.

Seorang yang berani akan melahirkan tindakan yang melambangkan keberaniannya, bak kata pepepatah darah panglima garang masih mengalir didalam tubuh badannya. Apa sahaja yang ada akan diredah, tidak risau tentang akibat yang diterima, yang pasti segala yang dirancang perlu dilaksanakan, suatu sikap yang baik untuk mendapatkan kejayaan.

Namun didalam setiap langkah berani yang kita aturkan adakah penilaian Allah swt diambil didalam melakukan keputusan. Adakah kita berfikir dengan sikap berani menentang arahan Allah swt akan menyebabkan kita menghadapi masalah nanti didalam kehidupan akhirat difikirkan didalam membuat keputusan. Kerana kita tetap berada dibumi Allah swt, kita boleh mungkin melakukan dosa tetapi pilihlah dunia yang bukan milik Allah swt. Kita boleh melangar kerana kita secara tidak sedar berani menentang Allah swt.

Sekiranya kita melihat sesuatu yang dilakukan bercangahan dengan ajaran Islam adakah kita berani untuk menegur atau memperbaikinya? Ianya bergantung kepada IMAN yang ada didalam diri seseorang. Sekiranya iman yang kuat ada segala-galanya kelihatan mudah kerana perasaan cinta kepada Allah swt telah mendorong agar hati berkata dan mahukan peraturan Allah swt dapat dilaksanakan. Kadang kala didalam melaksanakan kebaikan seseorang itu takut kepada cemuhan orang, takut kepada kata orang tetapi tidakkah terfikir apa kata Allah swt sekiranya kita melakukan yang allah swt suruh dan perintah, apakah kita tidak terfikir untuk menjadi kekasih Allah swt kerana kita melaksanakan dan melakukan sesuatu untuk meninggikan agamaNya di muka bumi ini.

Sekali lagi dibulan puasa ini saya ingin memohon bantuan kutipan derma bagi pembinaan sekolah Ibn Khaldun, sekiranya pihak tuan puan dapat membantu untuk

1. Meminta anggota di bawah tuan puan atau rakan mengambil satu buku kupun untuk kutipan derma keluarga seperti adik beradik, saudara yang datang kerumah untuk kutipan tersebut.

2. Sekiranya pihak tuan puan mengenali amil zakat fitrah dan memohon beliau mengutip bagi pihak sekolah disamping kutipan zakat fitrah. Sebanyak 1/8 boleh diambil oleh amil yang membantu mengutif derma tersebut.


Kita hanya berusaha dan Allah swt yang menentukan keputusannya, tanpa berusaha adalah mustahi untuk mendapat yang terbaik, marilah kita melakukan sedikit amal di bulan ramadan ini agar kebaikan dapat untuk akhirat nanti. Amin


Sila isikan maklumat dibawah dan email kembali kepada saya atau sekolah untuk tujuan penghantaran kupun.

Nama: _________________________
Alamat: _________________________
_________________________
_________________________

No Telephone: ____________________________

Saya memerlukan

1. Surat kebenaran kutipan derma YA / TIDAK
2. Kupun kutipan derma Bilangan buku kupun ________
3. Hadiah pen
Bilangan Pen ________

Semua kutipan boleh dimasukkan kepada akaun “PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN” NO AKAUN :12010010029602 (Bank Islam Malaysia Berhad). Harap dapat kongsikan email ini kepada rakan-rakan anda bagi membolehkan seramai mungkin dapat terlibat dandapat menyumbang kepada pembangunan sekolah Ibn Khaldun. Semuga Allah swt jua yang memberikan balasan diatas kebaikan tuan puan. Amin

Wednesday, September 2, 2009

Harta sebanyak mana kita ada..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Harta sejauh mana kita mengerti dan menjaga agar tetap bermakna buat diri kita. Apakah harta kita, adakah rumah yang besar, kenderaan yang baik, isteri dan anak-anak merupakan harta kita? Jawapan yang memerlukan kita berfikir sejenak apakah yang kita berikan kepada takrif harta tersebut. Sekiranya kita menyatakan harta di dunia memang benar ia adalah harta kita tetepi harta yang tidak kekal, kerana apa yang kita makan dari harta kita akan menjadi najis, apa yang kita pakai akan lusuh dan akan kita lupai, rumah akhirnya bukan kita mendiaminya kerana akan ditinggalkan apabila kita mati, dan rumah juga akan runtuh dengan masa berlalu disebabkan pembinaan yang baru atau sebab terlalu lama usianya.

Apakah harta yang kekal sehingga kita berada dihadapan Allah swt nanti? Antaranya adalah sedekah yang kita lakukan didalam kehidupan ini, sekiranya kita melakukan dengan penuh keikhlasan kita akan mendapat sesuatu yang hanya Allah swt sahaja yang mengetahui sejauhmana balasannya. Sempena bulan ramadan yang barakah ini, saya ingin menyeru pihak tuan puan membantu sekolah Ibn Khaldun untuk mengutip derma dikalangan keluarga tuan puan dimana pihak sekolah menyediakan kupun bernilai RM5 dan RM10 dengan julah RM100 bagi setiap buku. Pihak tuan puan boleh membantu mengutip dari adik beradik atau dari tetamu yang datang sepanjang bulan ramadan untuk majlis berbuka puasa yang diadakan oleh tuan puan. Pihak tuan puan juga boleh mengutip melalui pejabat atau pejabat adik beradik tuan puan.

Saidina Abu Bakar r.a menyerahkan segala-gala hartanya dan meninggalkan Allah swt dan Rasulnya demi perjuangan untuk menegakkan Islam, Saidina Usman dan Abdul Rahman bin Auf (saudagar islam) menyerahkan separuh hartanya demi mendapatkan keredaan Allah swt. Mungkin kita tidak berharta sebanyak mereka tetapi mungkin dengan sedikit keewangan dan tenaga yang kita korbankan akan dapat membantu untuk pembinaan sekolah yang bercita-cita melahirkan pelajar yang berakhlak dengan akhlak Islam dan akan memberikan harta yang berterusan kepada kehidupan di akhirat nanti.

Pelaburan yang bijak adalah suatu pelaburan yang berkekalan, dimana kita akan memperolehi dividen berterusan, yang penting bukan berapa banyak yang telah kita berikan tetapi apakah kita merasakan sedikit pengorbanan untuk memberikan apa yang kita sayangi dan kita kasihi bagi membantu dan memberi menefaat kepada orang lain. Apa ertinya sekiranya kita mempunyai harta yang banyak tetapi tidak dapat memberikan kebaikan dan menefaat kepada orang lain kerana seorang Islam itu adalah seorang yang hidupnya sentiasa memberikan menefaat kepada orang lain, hidupnya memberikan makna dan kebaikan kepada orang yang berhubung dengannya. Marilah kita sama-sama membantu untuk pembangunan sekolah Ibn Khaldun ini dengan mengutip derma dan sekiranya pihak tuan puan memerlukan surat serta kupun bolehlah berhubung dengan pihak sekolah atau saya sendiri. Pihak Tuan puan juga boleh memasukkan terus ke akaun bank Islam atas nama: PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN :12010010029602.

Hanya Allah swt yang membalas segala kebaikan yang diberikan oleh pihak tuan puan, harap dapat memanjangkan email ini sebanyak mungkin agar ramai yang dapat membantu kami mendapatkan 6 juta ringgit bagi pembangunan sekolah tersebut secepat mungkin. Kita hanya berusaha dan Allah swt yang menentukan natijah kejayaannya. Amin