Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Perkataan sering digunakan didalam berkomunikasi, amat sukar untuk tidak berkata-kata sepanjang hari dan ianya menjadi mustahil atau suatu yang pelik jika kita berazam untuk tidak berkata-kata pada satu-satu hari. Apa sahaja yang mahu dimaklumkan atau diberitahukan kepada orang lain amat mudah dengan mengunakan perkataan, namun apakah perkataan yang digunakan akan memberikan kesan yang mendalam kepada seseorang yang mendengarnya atau tidak. Samada kita sedar atau tidak perkataan mempunyai kuasa yang tidak dapat kita bayangkan. Dengan mengunakan perkataan yang betul akan memberikan kesan atau natijah yang berbeza terhadap komunikasi dan tindakan yang lahir akibat dari perkataan yang digunakan.
Sebagai contohnya jika kita mengunakan perkataan yang bermotivasi didalam komunikasi harian kita, orang yang mendengar akan merasakan tenaga yang kita salurkan kepada mereka, kita mungkin akan menceriakan kehidupan mereka, kita mungkin akan mengubah sedikit sikap mereka untuk lebih positif. Sebaliknya jika kita mengunakan perkataan yang negetif, mereka menjadi begitu malas untuk berkomunikasi dengan diri kita, merasakan meluat dan apa sahaja yang ingin kita katakana akan ditolak oleh mereka sebelum kita habis berkata-kata. Bukankah suatu kerugian kepada diri kita kerana kita mahu berkomunikasi tetapi komunikasi kita sentiasa terhalang kerana kita tidak pandai memilih bahasa atau perkataan yang bersesuaian didalam berbicara.
Jika kita selalu memperkatakan yang baik-baik kepada anak-anak kita seperti “Ayah percaya Ali boleh melakukan lebih baik lagi”, “Cuba lagi kegagalan ini adalah dugaan untuk menjadikan Ali lebih matang dalam kehidupan”, “Belum tiba masanya, kejayaan akan pasti datang apabila Ali berusaha”, “Bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang, Ayah yakin Ali mampu melakukannya”, Jika perkataan seperti itu diberikan kepada anak-anak kita tentu sekali mereka lebih menghormati kedua ibubapanya dan akan berusaha untuk mengubah keadaan diri mereka kepada lebih positif.
Sebaliknya jika kita mengunakan pendekatan negetif seperti memarahi, mengherdik dan merendah-rendahkan kemampuan dirinya. Tentu sekali sedikit demi sedikit jiwa dan perasannya akan terkesan dan menjadikan anak-anak kita seorang yang lemah semangat, seorang yang rendah diri dan tidak mengenal apakah erti kejayaan didalam kehidupan mereka, mungkin mereka akan menjadi murung, tidak ceria dan ketakutan apabila melihat kedua ibubapanya. Oleh sebab itu marilah kita mengunakan perkataan yang bersesuaian dan memilih untuk memikirkan perkataan yang akan menjadikan seseorang akan merasakan tenaga yang diberikan oleh kita agar mereka merasakan betapa beruntungnya mendampingi diri kita. Perkataan mempunyai tenaga yang akan membawa seseorang kepuncak kejayaan, mencari kebahagian memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan perlu diiringi dengan perasaan cinta yang mendalam, sejauh manakah kita mencintai orang-orang disekeliling kita kerana sekiranya kita benar-benar mencintai, kita tidak akan mampu untuk menghiris hati-hati mereka. Bak kata pepatah melayu “Perkataan itu lebih tajam dari mata pisau” Semuga kita diberikan kemampuan oleh Allah swt untuk mengubah kehidupan kita agar sentiasa mencari yang terbaik dan yang terbaik adalah apabila kita bermula untuk mengubah kehidupan kita sendiri mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Amin.
Friday, February 12, 2010
Thursday, February 11, 2010
Tiada kegagalan,kesilapan keputusan memerlukan strategik baru
Assalammualikum dan salam sejahtera,
Kegagalan demi kegagalan seringkali diperkatakan, namun dengan kegagalan demi kegagalan kita terus hidup dan melalui kegagalan tersebut dengan berbagai tanggapan. Ada orang yang menerima kegagalan sebagai suatu beban yang sukar untuk dipisahkan dari kehidupan mereka, mereka merasakan kegagalan itu sebagai suatu yang tidak boleh dimaafkan didalam kehidupan mereka. Ada pula yang tidak kisah langsung dengan kegagalan dan mereka mengambil ringan sehinggakan tidak memberikan kesan langsung terhadap kehidupan mereka, mereka langsung tidak pernah belajar apa-apa dari kegagalan yang mereka lalui. Ada juga mereka yang mengunakan kegagalan untuk bangun semula dan memperbaiki kehidupan mereka dan menjadikan mereka ceria dan bersemangat serta pulih dari kegagalan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan didalam kehidupan.
Kegagalan adalah suatu lumrah kehidupan, adakala kita berjaya dan terus berjaya dan ada kala kita berjaya kemudian gagal dan gagal beberapa kali tetapi akhirnya berjaya. Ada yang menerima kegalanan dengan perasaan berputus asa dan ada yang melihat kegagalan sebagai cabaran. Apakah sikap kita akan menentukan tindakan kita seterusnya. Sekiranya kita mengambil sikap tiada kegagalan didalam kehidupan dan menyatakan hanya ’kesilapan keputusan’ dan kita perlu menukarkan strategic pada setiap kali kesilapan keputusan berlaku, tentunya perkataan kegagalan tidak ada didalam pemikiran kita. Setiap kali berlaku keputusan yang tidak mengembirakan didalam kehidupan kita, kita perlu melihat mengapakah kesilapan berlaku? Adakah strategic yang telah dirancang perlu diperbaiki, tentu sekali strategic tersebut perlu diperbaiki kerana tidak memberikan keputusan yang dikehendaki. Oleh sebab itu kita perlu menukarkan strategic demi strategic sekiranya keputusan yang diterima tidak seperti diharapkan.
Strategic sentiasa berubah dari masa kesemasa, mungkin strategic yang kita katakan betul hari ini tidak boleh digunakan lagi dimasa akan datang. Mungkin strategik yang telah memberikan kita keuntungan yang besar bulan lalu tidak sesuai lagi digunakan hari ini, strategic perlu ditukarkan apabila kita mendapati keputusan yang diperolehi tidak begitu baik, oleh sebab itu sebarang kesilapan terhadap keputusan memerlukan strategic yang baru untuk dilaksanakan. Dalam apa sahaja tindakan perubahan strategic amat perlu, anak tidak mendengar kata suatu yang merisaukan, tukar strategic untuk berkumunikasi dengan mereka, isteri tidak sehaluan, fikirkan stretegic baru untuk memujuk dan mendekatinya, perniagaan merosot bincangkan stretegic untuk meningkatkannya.
Semuanya bukan kegagalan tetapi adalah kesilapan keputusan yang memerlukan strategic baru untuk diperkenalkan bagi menyelesaikannya, semuanya adalah cabaran didalam kehidupan untuk melihat samada kita benar-benar berusaha kerana Allah swt. Berusaha untuk membuktikan kita percaya yang Allah swt sentiasa melihat apa yang kita lakukan dan adakah kita telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik buat kehidupan. Bila memperkatakan strategic kita tidak akan dapat memastikkan strategic itu betul atau tidak, kerana semua orang akan menyediakan strategic yang dianggap betul dan tiada orang yang mahu menyediakan strategic yang salah. Oleh sebab itu apabila kita ada strategic untuk dilaksanakan, maka lakukanlah dan lihat kembali keputusan yang diperolehi dan sekiranya ada kesalahan keputusan maka tukarkanlah kembali strategic yang kita katakan betul sebelum ini dengan strategic baru yang kita mahukan untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku. Kita hanya menyediakan sebab dan keputusan adalah milik Allah swt, yang penting adalah berusaha dan terus berusaha untuk menukkarkan strategic sehinggakan kejayaan diperolehi didalam kehidupan. Allah hu alam

Tuesday, February 2, 2010
Cabaran Merupakan Peluang
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Walau apa pun yang berlaku, jika berlaku kesilapan, saya bersedia memikul tanggungjawabnya. Suatu kenyataan yang memerlukan komitment, kejujuran, ketabahan dan banyak lagi sifat-sifat mulia untuk memberikan kekuatan untuk melakukannya. Hidup di dunia tanpa alasan, Hidup didalam dunia yang penuh keberanian untuk menghadapi cabaran dan kebenaran. Penyataan atau pun kata-kata akan memberikan kekuatan untuk kita melakukan sesuatu didalam kehidupan kita. Apakah moto atau prinsip kehidupan kita apabila kita menghadapi masalah? Mungkin kita lebih mudah untuk menunding jari bahawa kesalahan itu milik orang lain atau berpunca dari orang lain. Amat jarang sekali kita bersedia untuk menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah milik kita dan jika kita di tuduh melakukan kesilapaan ia suatu yang tidak mudah untuk diterima didalam kehidupan kita. Adakah mungkin apabila tuduhan diberikan kepada kita kita boleh berfikiran terbuka untuk menerimanya kerana paying terjun hanya akan berfungsi apabila ianya mengembang.
Adakah kita melihat segala sesuatu dengan penuh cabaran dan menjadikan cabaran sebagai suatu perjalanan kehidupan untuk menjadikan kita lebih berjaya dan cemerlang didalam kehidupan. Tiada kejayaan tanpa kesusahan, kita perlu sentiasa merasakan cabaran adalah suatu lumrah kehidupan yang perlu dilalui dengan suatu energi dalaman yang tinggi bagi memastikan kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan. Tenaga dalaman yang berasaskan keimanan perlu dinyalakan agar sentiasa menerangi kegelapan untuk memudahkan perjalanan yang akan dialalui untuk mencapai erti kehidupan yang sebenarnya. Adakah kita menyukai cabaran? Bukankah cabaran adalah suatu peluang untuk kita memperbaiki diri kita, suatu peluang untuk menukarkan system, strategi dan juga menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kita ke tahap yang lebih tinggi.
Samada kita sedar atau tidak kita telah berjaya menghadapi berbagai cabaran didalam kehidupan. Kita telah berjaya menghadapi banyak peperiksaan, kita telah berjaya menghadapi banyak kesulitan, berjaya meningkatkan taraf kehidupan kita, berjaya didalam mengatasi masalah yang dihadapi semasa bekerja, begitu banyak kejayaan yang telah kita perolehi dari kita kecil sehingga kini. Kita berjaya berjalan, berlari, berkata-kata dan berjaya membesar sebagai manusia namun apakah kita akan BERJAYA juga apabila kita bertemu dengan Allah swt nanti. Inilah suatu cabaran yang perlu kita fikirkan bersungguh-sungguh. Berjaya didunia adalah suatu kemanisan kehidupan namun tidak semestinya dengan berjaya didunia kita pasti berjaya diakhirat kelak.
Apakah persediaan yang telah kita sediakan untuk kejayaan di Akhirat kelak. Apakah yang kita pasti yang akan dapat membantu kita apabila kita bertemu dengan Allah swt. Kita tidak mampu untuk menyalahkan orang lain pada ketika itu, kita terpaksa memikul segala yang berlaku dan kita seolah-olah sudah tiada alasan untuk diutarakan. Yang pasti segala keputusan adalah hasil daripada apa yang telah kita usahakan semasa kehidupan kita didunia ini. Apakah kita bersedia menerima kehidupan ini penuh dengan cabaran dan akan menyelesaikan segala cabaran ini dengan tenaga positif yang lahir dari keimanan. Adalah bijak sekiranya diakhirat nanti kita mengetahui tidak mampu memberikan alasan dan kita memulakan di dunia ini untuk tidak memberikan alasan. Kita juga akan mengakui segala kesalahan dan kegagalan kita di Akhirat kelak dan adakah lebih baik sekiranya apa yang berlaku sekarang kita bersedia untuk memikul tanggung jawab jika berlaku sebarang kesilapan. “If anything goes wrong, it was my fault” Maka kita akan melihat cabaran sebagai suatu peluang untuk kita memperbaiki diri kita kerana kesilapan suatu lumrah manusia dan kepada Allah swt kita memohon keampunan. Allah hu alam

Cara membezakan restoran mamak
*** catatan berikut bukan catatan penulis blog..
Cara membezakan restoran mamak, hindu
[b][color=#0640]Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapadaging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindutergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka!Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhanmereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akandihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yangmenyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerjaIndia Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih,memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Sayamemasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunyaakan tercatat pada lauk daging ?"daging lembu" atau "daging kambing".Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restorantersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakankepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya takingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yangmenyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) dikawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves.Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restorantersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapiapabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap danterpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda![/color][/b]
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=78184&st=0

Undang-Undang Sejauh Mana Pentingnya
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/12/kepatuhan-ketaatan-memerlukan-keimanan.html (Untuk mendapatkan buku-buku motivasi dan agama layari blog ini untuk mendapatkanya – kedai buku Online Stormreaders)
Undang-undang dan peraturan adalah suatu yang di sediakan untuk memastikan agar kesejateraan manusia, namun ramai manusia yang tidak mahu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang diadakan. Mengapa perkara ini sering berlaku? Adakah peraturan sesuatu yang akan menyusahkan manusia? Adakah peraturan tidak selari dengan kesukaan manusia? Atau adakah manusia ini memang di lahirkan untuk melanggar segala peraturan yang diadakan. Yang jelas dengan melanggar peraturan manusia sering berada didalam kebinasaan dan kerosakan. Peraturan lalu lintas disediakan agar tidak berlaku kemalangan namun jika seseorang sering melanggar lampu merah, ia mungkin akan selamat beberapa kali namun akhirnya kemalangan pasti akan terjadi dan penyesalan tidak berguna lagi diketika itu.
Kita juga sering menyesal kemudian didalam kehidupan kita, kita sering melakukkan mengikut perasaan tanpa melihat dahulu apakah peraturan dan undang-undang yang ada. Kita merasakan apa yang kita lakukan selalunya betul dan kita buat sesuatu yang kita fikirkan baik buat diri kita dan kalau kita rasa ianya buruk kita akan menyediakan sebab untuk membolehkan apa yang dikatakan buruk menjadi baik buat diri kita. Kadang kala kita sedar kita sedang melakukan sesuatu yang buruk buat diri kita tetapi kita tetap meneruskan perbuatan kita kerana kita mahukan keseronokan dan ianya mengikut hawa nafsu kita. Mungkin juga kita melakukannya kerana kita tidak mahu diketepikan oleh rakan-rakan dan kita mahu kelihatan boleh kemana sahaja apabila berinteraksi dengan masyarakat. Kita tidak mahu dipinggirkan.
Namun apakah pandangan kita terhadap Allah swt? Adakah kita berusaha agar kita tidak dipinggirkan oleh Allah swt nanti? Apakah kita berusaha dan berusaha bersungguh untuk kita mendapatkan sesuatu dari Allah swt di akhirat kelak nanti? Apakah kita sebenarnya memahami apakah peraturan yang telah di berikan oleh Allah swt kepada orang-orang yang beragama Islam. Apakah kita mengambil usaha untuk menjaga segala tindakan kita, agar tindakan kita tidak terpesong dari kehendak Allah swt? Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah swt sebagai penentu kepada kehidupan diri kita? Mungkin ada beribu soalan atau berjuta soalan yang mungkin akan diberikan kepada kita diatas tindakan kita kerana tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Apakah kita mampu untuk menjawab segala soalan-soalan itu satu persatu di akhirat kelak?
Mungkin jawapan yang akan diberikan adalah tidak, tetapi sejauh mana sebenarnya kita berusaha untuk mematuhi segala arahan-arahan Allah swt. Kita sedar dan yakin bahawa tidak mengikuti peraturan dan undang-undang akan mengakibatkan diri kita menghadapi bencana dan kerosakan. Kita mengetahui segala peraturan adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, kita juga mengetahui segala peraturan yang tercatit didalam Al Quran adalah sesuatu yang datang dari Allah swt. Kita juga percaya semuanya perlu dipatuhi dan dilaksanakan didalam kehidupan namun kelemahan diri kita menyebabkan kita sentiasa melakukan pelanggaran dan kesilapan. Adakah kita sering mengharapkan keampunan dari Allah swt? Adakah kita sering bermunajat agar segala kesilapan kita akan diampunkan? Segalanya hanya akan berlaku sekiranya kita mempunyai ilmu dan bermula dengan belajar dari sekarang untuk mengubah pemikiran yang akan meningkatkan keimanan dan kecintaan kepada Allah swt dan rasul saw. Allah hu alam

Subscribe to:
Posts (Atom)