Tuesday, February 2, 2010

Undang-Undang Sejauh Mana Pentingnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/12/kepatuhan-ketaatan-memerlukan-keimanan.html (Untuk mendapatkan buku-buku motivasi dan agama layari blog ini untuk mendapatkanya – kedai buku Online Stormreaders)



Undang-undang dan peraturan adalah suatu yang di sediakan untuk memastikan agar kesejateraan manusia, namun ramai manusia yang tidak mahu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang diadakan. Mengapa perkara ini sering berlaku? Adakah peraturan sesuatu yang akan menyusahkan manusia? Adakah peraturan tidak selari dengan kesukaan manusia? Atau adakah manusia ini memang di lahirkan untuk melanggar segala peraturan yang diadakan. Yang jelas dengan melanggar peraturan manusia sering berada didalam kebinasaan dan kerosakan. Peraturan lalu lintas disediakan agar tidak berlaku kemalangan namun jika seseorang sering melanggar lampu merah, ia mungkin akan selamat beberapa kali namun akhirnya kemalangan pasti akan terjadi dan penyesalan tidak berguna lagi diketika itu.



Kita juga sering menyesal kemudian didalam kehidupan kita, kita sering melakukkan mengikut perasaan tanpa melihat dahulu apakah peraturan dan undang-undang yang ada. Kita merasakan apa yang kita lakukan selalunya betul dan kita buat sesuatu yang kita fikirkan baik buat diri kita dan kalau kita rasa ianya buruk kita akan menyediakan sebab untuk membolehkan apa yang dikatakan buruk menjadi baik buat diri kita. Kadang kala kita sedar kita sedang melakukan sesuatu yang buruk buat diri kita tetapi kita tetap meneruskan perbuatan kita kerana kita mahukan keseronokan dan ianya mengikut hawa nafsu kita. Mungkin juga kita melakukannya kerana kita tidak mahu diketepikan oleh rakan-rakan dan kita mahu kelihatan boleh kemana sahaja apabila berinteraksi dengan masyarakat. Kita tidak mahu dipinggirkan.



Namun apakah pandangan kita terhadap Allah swt? Adakah kita berusaha agar kita tidak dipinggirkan oleh Allah swt nanti? Apakah kita berusaha dan berusaha bersungguh untuk kita mendapatkan sesuatu dari Allah swt di akhirat kelak nanti? Apakah kita sebenarnya memahami apakah peraturan yang telah di berikan oleh Allah swt kepada orang-orang yang beragama Islam. Apakah kita mengambil usaha untuk menjaga segala tindakan kita, agar tindakan kita tidak terpesong dari kehendak Allah swt? Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar meletakkan Allah swt sebagai penentu kepada kehidupan diri kita? Mungkin ada beribu soalan atau berjuta soalan yang mungkin akan diberikan kepada kita diatas tindakan kita kerana tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Apakah kita mampu untuk menjawab segala soalan-soalan itu satu persatu di akhirat kelak?



Mungkin jawapan yang akan diberikan adalah tidak, tetapi sejauh mana sebenarnya kita berusaha untuk mematuhi segala arahan-arahan Allah swt. Kita sedar dan yakin bahawa tidak mengikuti peraturan dan undang-undang akan mengakibatkan diri kita menghadapi bencana dan kerosakan. Kita mengetahui segala peraturan adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, kita juga mengetahui segala peraturan yang tercatit didalam Al Quran adalah sesuatu yang datang dari Allah swt. Kita juga percaya semuanya perlu dipatuhi dan dilaksanakan didalam kehidupan namun kelemahan diri kita menyebabkan kita sentiasa melakukan pelanggaran dan kesilapan. Adakah kita sering mengharapkan keampunan dari Allah swt? Adakah kita sering bermunajat agar segala kesilapan kita akan diampunkan? Segalanya hanya akan berlaku sekiranya kita mempunyai ilmu dan bermula dengan belajar dari sekarang untuk mengubah pemikiran yang akan meningkatkan keimanan dan kecintaan kepada Allah swt dan rasul saw. Allah hu alam

0 comments: