Thursday, February 11, 2010

Tiada kegagalan,kesilapan keputusan memerlukan strategik baru

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Kegagalan demi kegagalan seringkali diperkatakan, namun dengan kegagalan demi kegagalan kita terus hidup dan melalui kegagalan tersebut dengan berbagai tanggapan. Ada orang yang menerima kegagalan sebagai suatu beban yang sukar untuk dipisahkan dari kehidupan mereka, mereka merasakan kegagalan itu sebagai suatu yang tidak boleh dimaafkan didalam kehidupan mereka. Ada pula yang tidak kisah langsung dengan kegagalan dan mereka mengambil ringan sehinggakan tidak memberikan kesan langsung terhadap kehidupan mereka, mereka langsung tidak pernah belajar apa-apa dari kegagalan yang mereka lalui. Ada juga mereka yang mengunakan kegagalan untuk bangun semula dan memperbaiki kehidupan mereka dan menjadikan mereka ceria dan bersemangat serta pulih dari kegagalan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan didalam kehidupan.



Kegagalan adalah suatu lumrah kehidupan, adakala kita berjaya dan terus berjaya dan ada kala kita berjaya kemudian gagal dan gagal beberapa kali tetapi akhirnya berjaya. Ada yang menerima kegalanan dengan perasaan berputus asa dan ada yang melihat kegagalan sebagai cabaran. Apakah sikap kita akan menentukan tindakan kita seterusnya. Sekiranya kita mengambil sikap tiada kegagalan didalam kehidupan dan menyatakan hanya ’kesilapan keputusan’ dan kita perlu menukarkan strategic pada setiap kali kesilapan keputusan berlaku, tentunya perkataan kegagalan tidak ada didalam pemikiran kita. Setiap kali berlaku keputusan yang tidak mengembirakan didalam kehidupan kita, kita perlu melihat mengapakah kesilapan berlaku? Adakah strategic yang telah dirancang perlu diperbaiki, tentu sekali strategic tersebut perlu diperbaiki kerana tidak memberikan keputusan yang dikehendaki. Oleh sebab itu kita perlu menukarkan strategic demi strategic sekiranya keputusan yang diterima tidak seperti diharapkan.



Strategic sentiasa berubah dari masa kesemasa, mungkin strategic yang kita katakan betul hari ini tidak boleh digunakan lagi dimasa akan datang. Mungkin strategik yang telah memberikan kita keuntungan yang besar bulan lalu tidak sesuai lagi digunakan hari ini, strategic perlu ditukarkan apabila kita mendapati keputusan yang diperolehi tidak begitu baik, oleh sebab itu sebarang kesilapan terhadap keputusan memerlukan strategic yang baru untuk dilaksanakan. Dalam apa sahaja tindakan perubahan strategic amat perlu, anak tidak mendengar kata suatu yang merisaukan, tukar strategic untuk berkumunikasi dengan mereka, isteri tidak sehaluan, fikirkan stretegic baru untuk memujuk dan mendekatinya, perniagaan merosot bincangkan stretegic untuk meningkatkannya.



Semuanya bukan kegagalan tetapi adalah kesilapan keputusan yang memerlukan strategic baru untuk diperkenalkan bagi menyelesaikannya, semuanya adalah cabaran didalam kehidupan untuk melihat samada kita benar-benar berusaha kerana Allah swt. Berusaha untuk membuktikan kita percaya yang Allah swt sentiasa melihat apa yang kita lakukan dan adakah kita telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik buat kehidupan. Bila memperkatakan strategic kita tidak akan dapat memastikkan strategic itu betul atau tidak, kerana semua orang akan menyediakan strategic yang dianggap betul dan tiada orang yang mahu menyediakan strategic yang salah. Oleh sebab itu apabila kita ada strategic untuk dilaksanakan, maka lakukanlah dan lihat kembali keputusan yang diperolehi dan sekiranya ada kesalahan keputusan maka tukarkanlah kembali strategic yang kita katakan betul sebelum ini dengan strategic baru yang kita mahukan untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku. Kita hanya menyediakan sebab dan keputusan adalah milik Allah swt, yang penting adalah berusaha dan terus berusaha untuk menukkarkan strategic sehinggakan kejayaan diperolehi didalam kehidupan. Allah hu alam

0 comments: