/>
Friday, 6. November 2009, 21:48:26 Dipetik dari http://my.opera.com/azmibhr/blog/
Ketika di dalam penerbangan ke Tawau semalam, perhatian saya tertumpu pada seorang makcik. Tiket yang dibelikan untuk saya dan beberapa orang teman memang dah termasuk makanan tetapi tiket makcik tu tak termasuk. Apabila tiba masa untuk jualan makanan, pramugari akan hantarkan dulu makanan untuk penumpang yang telah beli tiket beserta makanan. Melihat pramugari dan pramugara mula mengedarkan makanan, makcik tu pun memanggil untuk memesan makanan, malangnya pramugari tersebut hanya tersenyum sambil berkata lembut "Sekejap ye.". Setelah beberapa kali perkara yang sama berulangan, makcik tu nampak agak marah. "Duit aku ni tak laku ke?" mungkin itulah bisikan hatinya. Sepajang masa (hampir 40 minit) makcik tu nampak gelisah. Tentulah, perut dah la lapar, order makanan pula orang tak layan. Nasib baik makcik, kalau pakcik tentu keadaan lebih mendebarkan.
Saya tidak memandang rendah pada makcik tadi kerana salah fahamnya menyebabkan jiwanya tidak tenteram, orang tua memang agak special dalam hal-hal begini. Tetapi kalau kita renung-renungkan, berapa ramai yang marah membuta tuli tanpa cuba memahami keadaan yang sebenarnya. Bahkan ada rumahtangga yang runtuh hanya kerana perkara kecil yang dibesarkan oleh salah faham.
Salah satu faktor besar yang menentukan kebahagiaan atau porak perandanya sebuah rumahtangga ialah komunikasi. Salah satu faktor besar yang menyebabkan komunikasi itu gagal adalah kurangnya taaruf diantara suami dan isteri. Saya tidak maksudkan taaruf nama, tempat asal dan sebagainya tetapi bagaimana si suami mengenali seorang wanita sebagai wanita dan si isteri mengenali suaminya sebagai lelaki. Seorang murabbi yang telah banyak mendidik saya pernah mengatakan "wanita ini umpama aliens(makhluk asing) bagi lelaki, mereka terlalu berbeza dengan kita lelaki". Diwaktu yang lain beliau pernah menyebut "Taaruf suami isteri biasanya mengambil masa tidak kurang dari 10 tahun." Saya agak berat untuk menerima kenyataan yang kedua ini namun setelah 10 tahun berumahtangga saya terpaksa menerimanya.
Wanita lebih suka membuat andaian sedangkan lelaki suka ambil mudah dan kurang memberi penjelasan. Oleh itu saya menasihati pasangan pengantin muda; kenalilah pasangan anda. Jika anda adalah suami, berilah penjelasan dengan baik. Jika anda adalah isteri, banyakkan minta penjelasan dan kurangkan membuat andaian. Jangan biarkan andaian memberi gambaran tentang perjalanan rumahtangga kita, andaian kita lebih cenderung untuk salah daripada betul. Banyak krisis rumahtangga apabila terlalu banyak andaian.
Satu lagi sifat kebanyakan wanita yang perlu diketahui oleh lelaki; mereka suka pendamkan perasaan. Kalau diumpamakan hati mereka seperti botol, setiapkali salah faham, marah sedih, kecewa dan sebagainya...perasaan itu disimpan di dalam botol tersebut. Hinggalah setelah beberapa tahun, apabila botol itu hampir penuh, jika suaminya melakukan sedikit kesalahan sahaja maka botol itu akan meletup lalu mengeluarkan cemuhan dan hukuman yang tak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan tadi. Saya pernah terlewat 5 minit ambil anak di nursery lalu isteri saya terus melenting dan mengeluarkan ungkapan yang menggambarkan saya dah buat dosa besar. Tetapi saya tahu bahawa 'botolnya' dah penuh, jadi sayapun jadikan diri saya sebagai pendengar yang baik. Ye la, kalau orang muntah jangan tahan, gosok belakangnya supaya dia muntahkan semua. Setelah habis perasaannya diluahkan dan dihamburkan...ketika malamnya baru saya bincangkan, rupanya bukan salah sayapun tetapi dan bertahun dia pendamkan rasa hatinya lalu hari ketika botolnya tu dah nak penuh, saya pula cari pasal. Tetapi ingat kalau saat botolnya dah meletup tapai kita sekat maka botol tu akan cepat penuh menyebabkan pertengkaran kecil meleret-leret hingga menumbuhkan permusuhan dan kebencian.
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment