Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Selamat tahun baru, begitulah ucapan yang kita sering mendengarnya apabila perubahan tahun berlaku, ramai yang gembira dengan kedatangan tahun baru kerana ia bermakna setahun lagi telah berlalu didalam kehidupan diri kita. Ramai yang menyambut kedatangan tahun baru ini dengan berbagai-bagai acara dan hiburan. Mereka merasakan saat-saat ini perlu diraikan agar dapat meraikan tahun baru dengan azam yang baru untuk kejayaan di masa akan datang. Ramai juga yang menjadikan malam ini penuh dengan kemaksiatan sehinggakan ramai anak-anak luar nikah yang akan dilahirkan pada bulan September nanti, atau ramai juga yang melahirkan anak luar nikah pada bulan Mei kerana meraikan malam kemerdekaan pada 31 ogos setiap tahun.
Tidakkah kita sedar dengan bergantinya tahun bermakna bertambahnya dekat kita kepada kematian, kematian yang tidak pernah lupa kepada saat-saat akan berlakunya perkara tersebut kepada diri kita. Berbagai-bagai cara kematian seseorang, ada yang akibat kemalangan jalan raya, akibat sakit jantong, sakit kencing manis, ada akibat gempa bumi, ada akibat lemas, ada akibat tercekik dan banyak akibat yang mungkin tidak dapat dijangkakan oleh diri kita sendiri. Yang pasti kematian adalah suatu yang pasti tiba tanpa kita berusaha untuk mengelak atau tidak. Kematian suatu hukuman yang tidak dapat dielakkan oleh seorang manusia. Namun apakah persediaan yang telah kita lakukan bagi menerima saat kematian yang begitu pasti?
Apakah kita mengerti apakah makna kematian tersebut, kematian adalah yang memisahkan antara kenikmatan yang kita punyai sekarang, yang memberhentikan segala pahala yang boleh kita dapati kecuali tiga perkara iaitu dari anak yang soleh, ilmu yang diajarkan dan harta yang disedekahkan. Kematian adalah saat menerima segala balasan akibat sebab-sebab yang telah kita lakukan sebelum kematian. Apakah sebab-sebab yang telah kita sediakan untuk menerima akibat yang baik serta mengembirakan buat diri kita? Adakah kita boleh menyenaraikan amal-amal yang mungkin dapat membantu kita nanti, apakah segala amal-amal itu penuh dengan keikhlasan kerana Allah swt atau kita lakukan atas sebab-sebab mencari pujian dari manusia.
Mungkin setiap tahun mendatang kita perlu merasakan kegerunan kerana setahun telah berlalu dan terlepaslah peluang-peluang untuk melakukan yang terbaik sebelum kematian itu datang. Masa yang datang hanya sebentar kemudian akan meninggalkan diri kita tanpa dapat kita bertemu dengan masa yang terus pergi, mungkin amalan masa itu akan kita temui kembali diakhirat nanti untuk menceritakan segala sesuatu yang telah kita laksanakan semasa masa itu kita lalui. Mungkinkah kita mampu mengangkat muka kita untuk melihat apakah yang telah kita lakukan semasa masa yang telah berlalu itu yang menceritakan segala amal kelakuan tanpa menyembunyikan suatu perkara pun dalam kehidupan kita? Segalanya akan tercatit seperti sebuah video yang kita lihat hari ini, namun jika video mungkin kita boleh memotong adengan yang tidak diperlukan tetapi video ini bukan sahaja menunjukkan gambar tetapi menceritakan segala-galanya termasuk dengan perasaan yang ada didalam hati. Marilah kita renung akan kekerdilan diri kita agar tidak menjadi begitu sombong terhadap Allah swt. Allah hu alam
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment