Saturday, January 16, 2010
Mata Apakah Perananmu..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pengumuman: Mulai 16/1/2010 ini saya akan ditukarkan ke Unit Corporate Brand A&P, Group Marketing. Tingkat 18. Menara TM
Penglihatan anugerah Allah swt kepada diri kita, kita sepatutnya benar-benar bersyukur dengan pemberian Allah swt ini, ramai orang yang dilahirkan buta dan ada juga yang boleh melihat semasa kecil dan diambil kembali penglihatan oleh Allah swt apabila mereka telah dewasa. Sejauh mana kita menghargai penglihatan ini? Mungkin kita jarang untuk berfikir dan memeriksa kembali apakah yang telah kita lakukan dengan mata pemberian Allah swt ini.
Bayangkan sekiranya kita dilahirkan tanpa mata, mungkinkah gelap segala galanya, mungkin kita dapat membayangkan dengan suaru yang kita dengar dan mungkin juga kita boleh merasakan dengan pancaindra sentuhan kita tetapi kita masih tidak dapat membayangkan warna kerana yang kita tahu adalah gelap dan penuh dengan kehitaman. Kita tidak mengenal cahaya dan warna. Tetapi apakah dengan kekurangan tersebut kita tidak perlu bersyukur kepada Allah swt, tentu tidak kerana kita perlu bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk hidup seperti manusia lain yang boleh bernafas dengan baik dan tidak mengidap penyakit jantung. Masih banyak lagi kebaikan yang telah kita perolehi dari Allah swt, mungkin kita masih ada kedua ibubapa yang mengasihi diri kita dan boleh belajar di sekolah untuk orang buta berbanding ramai lagi orang buta yang tidak ada peluang untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Apakah kegunaan yang telah kita buat terhadap mata yang diberikan oleh Allah swt, adakah kita sentiasa membantu orang-orang yang mengalami kesusahan, apakah kita mengunakan untuk mempelajari Al Quran, apakah kita mengunakan meningkatkan persaudaraan dengan memberikan senyuman kepada orang-orang yang kita temui atau adakah kita mengunakkan untuk melihat maksiat, untuk melakukan penipuan, untuk merosakkan kehidupan orang lain, untuk memuaskan hawa nafsu kita. Apakah pilihan yang kita lakukan didalam kehidupan kita berhubung dengan mata yang diberikan pinjaman oleh Allah swt. Kita tidak dapat mengawal kelipan mata kita sendiri kerana ia bukan milik kita, ia hanya dipinjamkan oleh Allah swt untuk melihat sejauh mana kita menjaga pemberian Allah untuk kita menefaatkan dengan sebaik mungkin. Dengan mata sahaja kita sepatutnya menyedari betapa lemahnya diri kita namun kita seringkali berasa sombong dan merasakan seperti dunia ini milik kita sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment