Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Dinding pemisah sering digunakan apabila kita mahu mengadakan bilik, berbagai-bagai sebab bila kita mengujudkan dinding, jika di gaza dinding yang begitu tinggi yang dipanggil tembok diujudkan bagi memisahkan atau mengurung penduduk gaza . Apakah dinding yang telah dibina didalam kehidupan kita yang akan memisahkan kehidupan yang begitu memerlukan kebebasan. Jika di sekolah dinding kayu mungkin tidak sesuai kerana akan menyebabkan suara tidak dapat dihalang daripada satu kelas dengan kelas yang lain. Keadaan ini memerlukan dinding yang boleh menahan suara dan mungkin dinding batu amat-amat diperlukan sebagai penganti dinding kayu. Namun dinding yang ujud didalam diri seseorang mungkin menyebabkan komunikasi terus terhalang, mungkin dinding tersebut menyebabkan terhalangnya pandangan untuk melihat kebaikan yang dilakukan oleh seorang yang sepatutnya disayangi didalam kehidupan kita.
Apakah dinding yang telah kita bina? Mari kita lihat seorang kanak-kanak yang nakal, saban hari mungkin ibu dan ayahnya akan memarahi dan sentiasa mencari silap anaknya, ini mungkin disebabkan apabila anak itu melakukan perkara-perkara yang baik, kedua ibubapanya tidak berapa kisah untuk memuji atau memberikan sokongan, namun apabila anak tersebut melakukan kesilapan, kedua ibubapa akan cepat mengesan dan terus memarahi atau menegur anak tersebut. Anak tersebut akan merasakan apabila melakukkan kebaikan amat jarang sekali kedua ibubapanya memberikan perhatian, sebaliknya apabila melakukan kesilapan begitu cepat mereka akan menegur. Ini memberikkan suatu sikap tanpa disedari untuk mendapat perhatian memerlukan melakukan kesilapan dan apa yang sepatutnya tidak berlaku terus berlaku.
Kita akan membina dinding yang mungkin lebih tinggi daripada dinding di gaza antara kita dan anak-anak kita tanpa kita sedari, kita bina dalam masa yang begitu lama tanpa kita sedari dinding yang pada mulanya rendah telah menjadi sedikit demi sedikit tinggi sehinggakan kita tidak boleh melihat apakah yang berlaku disebalik dinding yang telah kita bina. Kita juga mungkin membina dinding tersebut untuk jiran-jiran, rakan-rakan dan juga mungkin untuk orang-orang yang sepatutnya kita kasihi. Mengapa dinding tersebut terbina? Ianya bermula dari sifat pemaaf yang tiada didalam diri kita, apakah kesalahan mereka yang sepatutnya kita kasihi itu begitu besar sehinggakan sudah tiada kemaafan yang boleh diberikan bagi mereka? Setiap kemarahan telah menyebabkan terbina sebiji batu bata yang ditambah untuk pembinaan dinding pemisah antara kita dengan mereka.
Marilah kita renung kembali berapa tinggi dinding yang telah kita bina dengan mereka-mereka yang kita tidak begitu selesa untuk berkomunikasi, marilah kita runtuhkan segala dinding-dinding tersebut dengan kita memaafkan segala kesilapan, bumi mana yang tak ditimpa hujan, lidah mana yang tak tergigit, gunung tidak akan runtuh jika disalak anjing tetapi gunung akan runtuh apabila sedikit demi sedikit batu dikakinya dialihkan dengan mengunakan lori atau akan runtuh juga apabila batu-batu besar dipahat sedikit demi sedikit. Kemaafan akan menyebabkan segala yang terputus kembali semula, segala yang retak akan tertaup kembali, segala kegelisahan akan kembali normal dan ianya bermula dengan kesedian untuk berkorban bagi saling maaf memaafkan. Bukankah beruntung jika hari ini kita boleh memaafkan seseorang dan diakhirat nanti Allah swt pula memaafkan diri kita. Allah hu Alam.
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment