Friday, November 20, 2009
Kerinduan Melahirkan Pengorbanan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kerinduan suatu yang hanya akan dirasai oleh mereka yang sedang berpisahan, masing-masing mungkin ternanti-nanti berita, mungkin ternanti-nanti pangilan telephone, mungkin ternanti untuk melihat wajahnya, mungkin ternanti-nanti untuk mendengar suaranya atau mungkin dengan senyuman akan melegakan kerinduan, rasa rindu lahir dari kecintaan yang begitu tinggi walaupun mungkin tidak berbalas. Bak pepatah cinta itu buta, mungkin menyebabkan seorang hilang pertimbangan, mungkin menyebabkan seseorang itu hilang semangat untuk terus mencari kegembiraan demi yang dicintainya. Namun mungkin juga dengan kerinduan akan menyebabkan seorang itu tidak mengenal erti putus asa dan terus berusaha dengan penuh semangat untuk mencari kegembiraan didalam kehidupan.
Sekiranya kerinduan telah menyelubungi kehidupannya maka segala yang dilalui akan sentiasa memikirkan yang dikasihi, apa sahaja yang dilakukan akan menjurus untuk yang dirindui, sekiranya nak tidur sentiasa memikirkannya, nak makan sentiasa teringat akan kekasih yang dirindui, nak berkata sentiasa tidak lekang dari menceritakan akan isi hati yang penuh dengan kerinduan, mungkin itu yang dikatakan “angau” didalam pepatah melayu.
Mari kita meneliti apakah kita mempunyai kerinduan yang begitu tinggi dengan pencipta Alam iaitu Allah swt, adakah kita sentiasa memikirkan tentang Allah swt didalam kehidupan kita, adakah kita sentiasa merasai harapan akan di lindungi, akan dikasihi, akan di redai dan sentiasa mengharap akan dikasihi oleh Allah swt. Apakah kita berharap untuk mendapatkan balasan kasih dengan apa yang kita lakukan demi membuktikan kerinduan kepada Allah swt. Adakah kita membaca Al Quran kerana mahukan kita dikasihi oleh allah swt atau kita membaca kerana kita mahukan pahala atau kita membaca kerana itu adalah suatu kebiasaan kita atau kita membaca kerana kita lapang dan tidak tahu apa yang nak dilakukan dan kita membaca Al quran untuk mengisi waktu yang terluang. Atau kita langsung tidak membacanya, tiada masa yang diperuntukkan namun kita menyatakan kita mengharap kerinduan dari Allah swt.
Tindakan adalah sama tetapi keputusan adalah bergantung dari perasaan yang dilahirkan oleh hati. Jika dilakukan hasil dari kerinduan yang begitu tinggi tentu sekali tindakan penuh dengan keikhlasan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kecintaan dan penuh dengan kesungguhan demi membuktikan cinta dan kerinduan. Tentu sekali kita akan melakukan segala=galanya dengan abik agar tidak ada cacat celanya, kita mahukan hanya yang terbaik buat membuktikan kecintaan yang begitu tinggi.
Marilah kita menilai semula kehidupan kita adakah kita mempunyai kerinduan kepada Allah swt atau kita hanya ada kerinduan sesama manusia sahaja, kerinduan kepada manusia, manusia akan mati, yang cantik tidak selamanya, yang kaya mungkin akan miskin, yang kuat mungkin akan sakit. Namun kerinduan kepada Allah akan memberikan kehidupan yang kekal abadi, akan menjadikan kehidupan penuh dengan ketenangan dan akan menyelamatkan kehidupan di akhirat kelak. Allah hu Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
CINTA DAN KASIH PADA ALLAHswt SELAMANYA... TIADA DUA @ TIGANYA..
Post a Comment