Wednesday, November 11, 2009

Kezaliman Sejauh Mana Dirasai

ssalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/09/keputusan-milik-allah-usaha-milik-kita.html



Firman Allah swt “Maka ketika siksaan Kami datang menimpa meeka, keluhan mereka tidak lain, hanya mengucap ”Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”. Surah Al Araf:5 Ayat-ayat ini terasa benar suatu kebenarannya dimana apabila kami bertemu dengan pelajar-pelajar ditingkatan satu semasa di Pariaman Indonesia dan bertanya kenapa boleh berlaku gempa di sini? Mereka serentak menjawab “Kami tidak solat” Satu jawapan yang serentak dan menyentuh hati-hati kami, dimana mereka sedar dan tahu namun masih tidak bertindak untuk memperbaiki keadaan yang mereka lalui.



Adakah kita sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan? Adakah kita mengetahui apakah yang dilarang oleh Allah swt dan apakah yang diperintahkan oleh Allah swt? Atau adakah kita tergulung didalam gulungan manusia-manusia yang jahil dan tidak berilmu? Kita sebenarnya seolah-olah tiada pilihan didalam kehidupan ini, kita sepatutnya perlu mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt tanpa banyak alasan atau pertimbangan. Namun Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang mengetahui bahawa manusia ini begitu lemah dan akan kerap melakukan kesilapan serta kesalahan, akan kerap lupa, akan kerap cuai, akan kerap melawan, akan kerap berbangga, akan kerap sombong dan banyak sifat-sifat yang terkeji ada didalam diri manusia.



Lalu Allah swt menyediakan pintu-pintu taubat seluas-luasnya agar manusia akan kembali kepada Allah swt, pintu taubat disediakan untuk menunjukkan kepada manusia bahawa Allah mempunyai segala-galanya, mampu memberikan apa sahaja, mampu mengampunkan segala dosa dan Allah swt begitu gembira apabila seorang hamba yang telah melakukan dosa dan kemudian bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah swt dengan mengharap dan sebenar-benar harapan hanya kepada Allah swt. Allah swt gembira apabila melihat manusia merasakan kekerdilan diri dan mengakui akan kebesaran Allah swt dan hanya memerlukan pertolongan dari Allah swt semata-mata. Apakah yang ada didalam hati-hati kita? Adakah kita merasakan keperluan kepada Allah swt didalam kehidupan kita? Apakah kita merasakan boleh hidup dibumi ini tanpa Allah swt membantu kehidupan kita atau kita merasakan kehidupan ini milik kita dan tidak merasakan ianya adalah suatu pemberian hadiah dari Allah swt.



Apakah kita hidup dengan kesombongan apabila diberikan sedikit kelebihan oleh Allah swt atau kita mengunakan pemberian Allah swt untuk mendapatkan pahala agar dinilai oleh Allah swt nanti di akhirat. Apakah kita merasakan Allah swt melihat terhadap segala harta yang diberikan, untuk apa kita membelanjakannya dan kemana kita menghabiskannya, apakah kita berjaya menukarkan segala harta yang kita ada kepada pahala untuk harta sebenarnya di akhirat kelak. Kita adalah apa yang kita fikirkan, sekiranya kita amat-amat mengagungkan harta yang kita ada, yang pasti harta tersebut hanya akan bersama-sama mungkin 40 atau 50 tahun sahaja. Selepas kematian segalanya akan berpisah dan apakah harta yang akan kekal bersama-sama dengan diri kita? Marilah kita berfikir sejenak untuk mendapatkan yang terbaik buat kehidupan di akhirat kelak. Amin.

0 comments: