Friday, November 13, 2009
Pepohon dan gunung boleh berjalan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/05/kesabaran-memberikan-kemanisan.html
Gegaran sebanyak 7.6 ritcher yang mengegarkan Padang dan Pariaman telah mengakibatkatkan begitu banyak kerosakan dan kemusnahan kepada harta benda penduduk setempat, yang kaya tiba-tiba menjadi miskin dalam beberapa ketika sahaja. Banyak bangunan yang telah dibina dengan keringat dan usaha yang begitu lama musnah dalam sekelip mata dan peristiwa ini tidak begitu mudah dilupakan oleh penduduk yang mengalaminya. Namun apakah kita dapat mengambil pengajaran dan mahu memperbaiki apa yang aa pada diri kita.
Gegaran yang dikatakan begitu hebat dimana bumi seperti dilambung-lambung bukan seperti dihayun tetapi terlompat lompat yang menyebabkan sesiapa yang merasainya tidak dapat berdiri semasa peristiwa tersebut, semua nya akan terjatuh menyembah bumi, bukan manusia sahaja yang terbaring banyak rumah juga yang atapnya berguguran seperti keadaan tempat penjemuran koko di Malaysia . Keadaan atap yang terjatuh ranap di bumi.
Disebabkan oleh lambungan yang begitu kuat ada diantara pokok kelapa yang tercabut bersama-sama tanahnya dan melompat-lompat sehinggakan bergerak lebih kurang sepuluh kaki daripada keadaan asalnya. Maha suci Allah swt yang mahu menunjukkan bagaimana dengan gegaran yang sedikit sahaja mampu mengerakkan pokok kelapa daripada tempat asalnya. Firman Allah swt “Pada hari (ketika) langit berguncang sekeras-kerasnya, Dan gunung berjalan (bergerak-gerak). Maka celakalah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Orang-orang yang bermain-main dalam keadaan kebatilan (perbuatan dosa).” At Tur 9-12.
Jika dengan 7.6 ritcher kita dapat melihat pokok kelapa berjalan, apakah kadar ritcher yang mungkin akan mengerakkan gunung? Apakah gambaran gegaran yang mungkin akan menyebabkan ibu melupakan anak, dan semua manusia akan memikirkkan diri masing-masing sahaja. Tetapi pada ketika itu penyesalan sudah tidak berguna dan kita perlu mengambil iktibar sekarang semasa kita diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik buat kehidupan kita. Apakah bukti yang berlaku di dearah Pariaman itu hanya suatu kebiasaan sahaja dan tidak menyentuh hati kita untuk mendekatkan diri dan mengenal Allah swt? Marilah kita menjadi manusia yang benar-benar mahu taat kepada Allah dan tidak sombong disebabkan tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment