Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hala tuju suatu yang begitu penting bagi kehidupan seseorang manusia, tanpa mempunyai hala tuju kita tidak akan dapat mengukur apakah erti kejayaan atau matlamat yang ingin dicapai. Jika kita keluar rumah dan tidak tahu kemana kita akan pergi hanya menghidupkan kereta dan memandu keluar dari taman kawasan rumah kita mungkin kita akan menghadapi masalah kerana perbuatan kita seolah-olah tidak memberikan apa-apa erti bagi diri kita.
Oleh sebab itu hala tuju perlu jelas kepada diri kita, Apakah yang kita inginkan? Apakah kita inginkan kegembiraan dan apakah pengertian kegembiraan buat diri kita. Adakah kita gembira sekiranya dapat makanan yang sedap? Apakah kita gembira sekiranya dapat bermain bola atau melihat permainan bola dari pasukan yang terkenal? Adakah kita gembira sekiranya dapat memuaskan nafsu kita seperti melihat gambar-gambar lucah atau membaca cerita-cerita yang tidak senonoh? Atau adakah kita gembira apabila dapat membaca Al Quran dan memahami erti kandungan Al Quran tersebut? Apakah sebenarnya yang mengembirakan diri kita?
Persoalan ini berbalik kepada hala tuju yang telah kita tetapkan atau tujuan kehidupan yang kita ingini, namun didalam mencapai cita-cita ini ada saitan yang akan mengubahkan segala hala tuju yang kita inginkan kepada hala tuju yang sementara sehingga kita tidak tahu apakah yang perlu kita utamakan daripada perkara-perkara yang utama. Kejelasan dan kesungguhan untuk mendapatkan nilai seperti nilai yang ditetapkan oleh Allah swt perlu di berikan tumpuan seperti sinar matahari dipagi hari yang menyinari bumi tanpa henti-henti walaupun kadang kalanya ada mendung namun sinarnya tetap akan menerangi bumi ini. Kita perlu bersungguh-sungguh dan berusaha agar apa yang kita mahukan sentiasa mekar dan bermain didalam pemikiran yang sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt dan semuga saitan akan dikalahkan dan iman mendapat kemenangan.
Cabaran dan dugaan adalah lumrah kehidupan, ada yang sentiasa dibantu oleh Allah swt dan ada yang terpesung didalam melalui jalan kehidupan ini. Namun usaha untuk bangkit perlu ada agar iman akan sentiasa dibajai dengan ayat-ayat Al Quran dan menjadikan diri kita makhluk Allah yang berserah kepadaNya. Tiada cabaran dan dugaan seolah-olah tiada kejayaan kerana tidak mengenal erti kesukaran. Kesukaran akan menjadikan perbezaan erti kemanisan kejayaan, seorang yang kaya mendapat RM 1000 mungkin tidak begitu bermakna berbanding seorang miskin yang mendapat RM 1000. Kemanisan hanya akan lebih dirasai apabila kita memperolehi apa yang diingini setelah kesukaran untuk mendapatkanya dilalui dengan pengorbanan dan kesungguhan. Apakakh hala tuju dan pengorbanan yang sanggup kita lakukan bagi mendapatkanya, Marilah kita fikir-fikirkan. Allah hu Alam
Wednesday, December 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment