Monday, December 28, 2009

Teruji Atau Menguji Ketentuan Ilahi..Tindakan Pilihan Kita


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pen atau pensil sering digunakan untuk menulis, ada yang menulis pesanan ada yang mengunakannya untuk melahirkan rasa hati, ada yang mengunakan untuk memaklumkan sesuatu, ada yang mengunakan untuk memberikan amaran dan ada juga yang mengunakan untuk mempelajari sesuatu. Kadang kala pen itu akan menjadikan seorang hina menjadi dihormati dan adakalanya dengan pen tersebut seorang yang terhormat menjadi hina.
Pen hanyalah alat yang digunakan oleh manusia tetapi kesan dari tindakan manusia yang mengunakan pen tersebut akan mengubah banyak perkara didalam kehidupan manusia. Tindakan yang diambil oleh manusia akan menjadikan sebab untuk akibat yang akan berlaku. Dengan tindakan tangan yang menulis fitnah mungkin menyebabkan kehidupan seseorang menderita di muka bumi ini, mungkin menyebabkan kehidupan dirasakan begitu sempit dan mungkin menyebabkan kesukaran dan penderitaan terpaksa dilalui oleh keluarga tersebut. Tetapi apakah segala tindakan dan akibat yang berlaku akan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang balasan dari Allah swt yang menentukan segala-galanya.

Allah swt menentukan segala-galanya tetapi ia juga memberikan kebebasan untuk kita memilih apakah yang kita mahu lakukan didalam kehidupan ini, maka pilihan yang kita lakukan akan menyebabkan kita akan bertanggung jawab diatas apa sahaja keputusan yang telah kita ambil. Sekiranya kita memilih untuk menulis sesuatu yang buruk terhadap seseorang, Allah swt akan mencatitkan segala tindakan kita dan kita akan bertanggung jawab terhadap apa yang telah kita lakukan di akhirat nanti, bagi orang yang teruji pula ianya adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah swt untuk melihat sejauh mana pergantungan terhadap Allah diatas segala yang telah berlaku, adakah ia merasakan segala sesuatu adalah milik Allah swt dan kepada Allah swt kita perlu memohon pertolongan.

Adakah kita merasakan Allah swt maha melihat dan kita perlu melakukan yang terbaik semaksima mungkin bagi membolehkan pertolongan Allah swt diberikan kepada diri kita. Orang yang menguji pasti akan mendapat balasan dan begitu juga orang yang teruji pasti akan mendapat balasan bergantung sejauh mana penyerahan dan keredaan kepada Allah swt. Sejauh mana kita merasakan kesakitan atau merungsingkan pemikiran kita atau sejauh mana kita merasakan kerungsingan kerana tidak mengikuti kehendak Allah swt, Adakah kita lebih mencari keredaan manusia dan tidak takut kepada Allah swt ATAU kita mencari keredaan Allah swt dan bersedia menerima cacian dan kemarahan dari manusia. Allah hu alam

0 comments: