Assalammualikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/11/nilai-sebuah-pekerjaan.html
Setiap hari kita akan ke pejabat, kadang kala hari cuti juga kita akan ke pejabat, maklumlah begitu banyak tugas yang perlu kita lakukan sehinggakan masa kita habis dipejabat lebih banyak dari dirumah kita sendiri. Kita melaksanakan tugas dengan penuh semangat dan bersungguh kerana kia marasai tanggungjawab dan peranan yang perlu kita lakukan, ini tanda berterima kasih kita kerana telah diberikan pekerjaan. Namun ada orang yang tiba-tiba mungkin diberhentikan, mungkin akan tiba masanya kita tidak diperlukan dan berakhirlah peranan kita dipejabat tersebut. Maklumlah kita kata dah bukan rezeki kita kerana semua rezeki adalah datang dari Allah swt.
Jika kita menyedari bahawa rezeki dari Allah swt, Allah swt mampu memberikan pekerjaan, mampu menarik balik pekerjaan yang telah diberikan bukankah ini bermakna kita adalah pegawai yang dihantarkan oleh Allah swt untuk bertugas disuatu syarikat atau pejabat. Oh kita rupanya pegawai tuhan yang di hantarkan untuk memakmurkan bumi Allah swt. Maka pejabat kita bukan sahaja di syarikat kita bekerja sekarang tetapi di muka bumi ini, di rumah, didalam kenderaan, di surau, di kedai semuanya adalah pejabat kita yang telah diberikan oleh Allah swt. Semuanya ada amanah dan tugas yang perlu kita lakukan, tetapi peranan dan tanggung jawab yang terbesar adalah menjadi abdi dengan mengiktiraf Allah sebagai rabb. Sesuai dengan ayat Allah swt Az Zariyat:56 “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”
KPI utama kita adalah untuk beribadah dimana sahaja kita berada dalam menjalankan tugas sebagai pegawainya, lain-lain tugas juga telah disenaraikan di dalam Al Quran yang mengandungi peraturan kehidupan, peraturan kehidupan, peraturan perniagaan, peraturan perundangan dan merangkupi semua perkara yang mungkin kita lalui didalam kehidupan. Walaupun kita boleh menjadi pekerja cemerlang didalam penilaian manusia, adakah kita juga cemerlang didalam melaksanakan tugas di nilai Allah dengan melaksanakan KPI yang telah disediakanNya. Kadang kala kita memikirkan KPI pejabat begiitu serious sekali tetapi kita amat jarang memikirkan KPI yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk kehidupan kita yang sementara ini,
Kita begitu serious sekali bila bekerja dipejabat tetapi apakah kita serious dengan pejabat yang diberikan oleh Allah swt didalam kehidupan kita di muka bumi ini. Apakah kita berfikir apakah peranan kita, apakah jawatan kita, apakah keputusan pekerjaan kita, namun bayaran yang diberikan oleh Allah swt begitu besar sehinggakan tidak terhitung nilainya tetapi kita sering tidak menyedarinya. Marilah kita berfikir untuk mendapatkan yang terbaik. Allah hu Alam
Monday, December 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment