Wednesday, December 23, 2009

Pengorbanan Ukuran Kecintaan

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Pengorbanan adalah suatu yang sentiasa dilakukan didalam kehidupan seseorang, anak berkorban untuk seorang ibu, suami sentiasa berkorban untuk isteri dan juga anak-anaknya. Ada juga orang yang berkorban untuk masyarakatnya, ada juga yang berkorban untuk syarikat dan juga ada juga yang berkorban untuk Negara. Yang penting adalah perasaan untuk sanggup berkorban untuk sesuatu yang dicintai.



Hari raya korban atau hari raya haji merupakan suatu hari perayaan didalam Islam dan ramai diantara kita yang mengorbankan binatang ternakan seperti lembu dan juga kambing bagi melaksanakan suatu tuntutan didalam Islam. Mengapa kita melakukannya? Tentu sekali kerana kita merasakan suatu tanggungjawab sebagai seorang islam dan kita mahukan melakukan sesuatu yang pernah dilakukan oleh rasulullah saw, kita mahu berkongsi sedikit rezeki yang diberikan oleh Allah swt untuk diberikan kepada orang-orang yang memerlukannya. Pengorbana yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail adalah suatu contoh dan tanda pengorbanan yang begitu besar didalam lipatan sejarah sehinggakan menjadi suatu amalan kehidupan orang-orang Islam hingga akhir Zaman.



Sejauh manakah kita sanggup berkorban? Apakah yang tellah kita korban demi mendapat keredaan dari Allah swt? Apakah kita boleh mengorbankan masa yang kita ada untuk mendapatkan sedikit ilmu untuk kebaikan diri kita sendiri? Adakah kita sanggup mengorbankan sedikit wang yang kita ada untuk memberikan kebaikan kepada Deen Allah swt? Adakah kita boleh mengorbankan sedikit keselesaan kehidupan kita demi mendapatkan keselesaan diakhirat kelak? Apakah penilaian kita tentang kehidupan ini? Apakah kita mahukan sesuatu yang mengikut hawa nafsu semata-mata, mahukan kegembiraan dengan melakukan apa sahaja yang bersesuaian dengan nafsu kehidupan kita? Atau kita memilih untuk bersedia menghadapi kesukaran, kepayahan, penderitaan, cemuhan bagi mendapatkan pujian, kasih dan cinta dari Allah swt.



Dunia ini penuh dengan keindahan pada pandangan hawa nafsu, namun neraka pula suatu penderitaan bagi orang yang memilih nafsu didalam kehidupan dunia. Kesukaran tidak sentiasa sukar kerana disebalik kesukaran ada banyak kesenangan dan surga disediakan bagi manusia yang memilih untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Kesukaran hanya akan dirasai apabila kita menerimanya didalam pemikiran dan kehidupan namun masih ramai manusia yang kita lihat begitu sukarnya hidup mereka tetapi masih boleh memberikan senyuman tanda kegembiraan. Masih ramai manusia yang diberikan kekayan yang begitu banyak tetapi tidak mampu untuk bersyukur dan berkongsi apa yang ada untuk kebaikan orang lain atau untuk memberikan sedikit pengorbanan demi meninggikan Agama Allah swt di muka bumi ini. Masih ramai yang kaya tetapi hidup penuh dengan penderitaan dan segsara kerana gagal untuk merasakan tujuan dan peranan kehidupan. Untuk apa kita dihidupkan, dimana penghujung kehidupan mungkin perlu difikirkan bagi melahirkan pengorbanan yang sebenar didalam kehidupan. Allah hu alam

0 comments: