Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/04/cinta-teragung-dari-rasulullah-saw.html
Wasiat suatu yang disediakan oleh seseorang untuk orang-orang yang dikasihi, semua wasiat selalunya mengharapkan agar orang yang ditinggalkan dapat melakukan yang terbaik buat mereka, ada wasiat yang membahagikan harta, ada wasiat yang memberikan amanah untuk ditunaikan oleh penerima wasiat. Namun segalanya adalah suatu yang dikehendaki oleh simati kerana mungkin tidak berkesempatan untuk menunaikan semasa mereka hidup atau memang mereka mahukan segalanya dilakukan selepas kematiannya.
Apabila kita mendapat jemputan untuk menghadiri pembacaan wasiat atau pihak makamah memanggil kita kerana ada seseorang telah mewasiatkan sesuatu buat diri kita tentu sekali kita akan merasakan seperti mendapat durian runtuh kerana siapakah yang begitu baik hatinya sehinggakan mahu memberikan wasiat buat diri kita. Tentu kita tidak akan sabar sekiranya kita mengetahui wasiat itu dituliskan oleh seorang yang kaya raya. Kita mungkin telah berkira-kira berapa ribukah yang mungkin akan kita terima dan mungkin angan-angan kita begitu jauh untuk membelanjakan wang yang akan kita terima.
Namun apabila Rasulullah saw wafat, dengan penuh kasih saying dan harapan sentiasa meninggalkan pesanan dan wasiat buat diri kita untuk menyelamatkan diri kita diakhirat, apakah kita mahu sentiasa cuba meneliti akan wasiat yang ditinggalkannya. Rasullullah saw menjelaskan yang beliau meninggalkan Al Quran dan sunnah untuk kita, bagi menjaga kehidupan diri kita di dunia untuk mendapat kebaikan kehidupan di akhirat. Apakah tindakan dan sikap kita terhadap wasiat dari rasulullah saw.
Adakah kita tertanya-tanya apakah peningalan dari rasulullah buat diri kita? Adakah kita menyemak segala wasiat yang ditinggalkan untuk kita? Adakah kita berterima kasih diatas wasiat yang ditinggalkan dan kita benar-benar melakukan perkara-perkara yang diwasiatkan buat diri kita. Atau kita memandang sepi sahaja akan wasiat-wasiat yang ditinggalkan, kita merasakan kita tidak memerlukan segala peninggalan dari rasulullah saw. Kita merasakan begitu puas tentang apa yang telah kita lakukan dan tidak perlu mengkaji atau menyemak segala peninggalan dari rasululllah saw. Bagaimanakah sikap kita? Marilah kita bermula untuk meneliti akan wasiat kasih sayang yang telah ditinggalkan oleh rasulullah saw buat diri kita dan benar-benar bersyukur dengan peninggalan yang telah ditinggalkkan buat diri kita. Walah hu alam.
Monday, December 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment