Thursday, December 31, 2009

Kepatuhan & Ketaatan Memerlukan Keimanan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kucing atau anjing apakah perbezaannya? Ramai orang yang suka memelihara kucing dan ramai juga yang memelihara anjing, kedua-dua binatang ini dikenali juga sebagai binatang peliharaan untuk dimanjakan, anak-anak suka bermain dengan mereka. Ada yang membawa hingga tidur bersama dan ada juga yang memeliharanya tetapi tidak membenarkan binatang itu masuk kerumah mereka. Walaupun mereka binatang peliharaan tetapi Allah swt telah menentukan satu binatang tidak najis dan suatu binatang lagi najis muhalazah. Binatang tersebut jika dilihat secara fizikal ada yang sama besarnya tetapi disegi hukumnya tetap sama. Bukan disebabkan saiz yang menyebabkan satu najis dan satu lagi tidak.



Hari ini sains telah membuktikan bahawa anjing banyak memberikan mudarat kepada kehidupan manusia dimana penyakit seperti anjing gila, kutu, dan juga bacteria didalam air liur anjing akan susah untuk dibersihkan apabila anjing menjilat pinggan berbanding dengan air liur kucing. Tiada peralatan untuk membuktikan keburukan anjing dan kucing 1400 tahun dahulu, namun Islam telah membezakan kedua jenis binatang tersebut. Sebagai pengikut generasi pertama para sahabat telah mematuhi segala larangan dan suruhan Allah swt tanpa mempersoalkan mengapa binatang tersebut berbeza disegi interaksi walaupun kedua-dua binatang tersebut tidak banyak perbezaannya.



Sejauh mana pula kita merasakan bersedia untuk meninggalkan segala larangan dari Allah swt, sejauh mana pula kita bersedia untuk mematuhi segala arahan allah swt, persoalan ini banyak bergantung kepada iman yang ada didalam diri kita, jika ada orang yang menyatakan kita tidak beriman tentu sekali kita tidak akan menerimanya tetapi jika dilihat disegi penghayataan kita mungkin begitu banyak arahan dan suruhan yang tidak mampu untuk kita melaksanakanya.



Mari kita lihat bangkai seekor anjing berbanding dengan bangkai seekor kucing. Bangkai anjing mungkin kita tidak mahu untuk menguruskan menanamnya berbanding dengan bangkai kucing, apakah sebab saiznya. Mungkin tidak kerana jika anjing yang kecil dan kucing mungkin kita lebih rela menanam bangkai kucing berbanding dengan bangkai anjing walaupun saiznya sama sahaja. Kedua-dua itu bangkai juga tetapi minda kita telah diasuh dan tanggapan kita terhadap binatang tersebut adalah berbeza yang akan melahirkan perasaan yang berbeza dan akhirnya tindakan yang berbeza. Jadi apakah tanggapan dan pemikiran kita terhadap Agama yang kita punyai? Apakah kita benar-benar mengerti ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw? Atau kita hanya menjadikan agama sebagai ikutan semata-mata, melakukannya kerana nenek moyang kita melakukan perkara-perkara tersebut tanpa benar-benar paham apakah sebenarnya ajaran Islam mahukan untuk kita melaksanakanya. Marilah kita sama-sama bermula dan permulaan itu tiada lambatnya selagi kita belum dipanggil Allah saw. Yang penting adalah kita memulakan langkah pertama kita sekarang dan bersungguh-sungguh melaksanakan didalam kehidupan kita. Allah Hu Alam

0 comments: