Thursday, September 2, 2010

Bantuan Ramadhan Untuk Sekolah Ibnu Khaldun

Sekali lagi Ramadan tiba dan sekali lagi peluang untuk mendapatkan kebaikan berlipat kali ganda diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya. Gandaan pahala bukan sepuluh kali malah lebih dari itu kerana bulan ini Allah swt dengan kemurahannya akan membalals segala amalan mengikut keikhlasan hati-hati yang melakukannya.
Sekali lagi pihak sekolah Ibn Khaldun mencetak kupun-kupun bernilai sepuluh ringgit, lima ringgit dan juga dua serta satu ringgit untuk kutipan derma pada kali ini. Pada tahun ini kami mensasarkan kutipan berjumlah 3 juta ringgit dengan jumlah kupun sebanyak 5 juta ringgit yang telah dicetak. Untuk menjayakan kutipan ini tentunya sekurang-kurangnya 30 ribu buah kupun bernilai RM100 dapat di edarkan kepada masyarakat dan 30 ribu buah kupun bukan suatu yang sedikit dan memerlukan ramai hati-hati yang ikhlas dan sanggup berkorban mengeluarkkan tenaga untuk membantu melakukan kutipan ini.

Kejayaan atau kegagalan program ini telah ditentukan oleh Allah swt, namun setiap kejayaan pastinya diiringi dengan kesukaran. Allah swt berfirman ”Setiap kesukaran pasti aka nada kesenangan” dan ayat ini di ulang sebanyak 2 kali untuk menyedarkan kita bahawa kesukaran adalah suatu yang pasti untuk mendapatkan kesenangan. Allah swt menyediakan kesukaran untuk melihat sejauh mana kita sanggup berkorban masa, diri kita serta apa sahaja yang kita ada untuk membantu Agamanya. Allah swt boleh memilih orang-orang yang kaya untuk memberikan hartanya kepada sekolah dan kita terus mendapatkan dana untuk membina sekolah baru namun mungkin Allah swt mahu melihat sejauh mana kita sanggup bekerja untuk mendapatkan dana bagi mendirikan sekolah tersebut.

Jika setiap orang yang membaca warkah ini bersedia untuk membantu mengutif dari rakan sepejabat, atau dari adik beradik atau dari jiran-jiran atau dari Jemaah masjid atau dari orang bawahan atau orang atasan atau sesiapa sahaja yang ditemui tentu sekali satu atau dua buku kupun tidak bermasalah untuk dikutip. Persoalanya adakah hati kita terpanggil untuk membantu Allah swt? Membantu untuk membina sebuah sekolah agama yang akan melahirkan generasi yang akan takut dan mengambil nilai Allah swt di masa akan datang. Sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku kupun tersebut sila maklumkan kepada saya untuk tujuan penghantaran.

Emailkan alamat tuan puan kepada saya kalamiar@gmail.com atau telephone saya di 0133544375. Sekiranya tuan puan melakukan kutipan dipejabat dan dimana sahaja sila masukkan wang tersebut kepada akaun : PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN (BANK ISLAM: 12010010029602)

Bantuan dan pertolongan tuan puan hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya. Semuga amal-amal kita diredai dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin.

Lambaian baitullah kepada manusia

Assalammualikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, dapat bertemu kembali di ruangan siber pada kali ini selepas hampir tiga minggu tidak ada berita yang dapat dicoretkan. Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari menunaikan umrah dibulan ramadan al mubarak ini.

Lautan manusia yang berkunjung ke baitullah tidak dapat digambarkan bagaimana rasa hati dapat kembali ke baitullah mungkin begitu juga rasa hati-hati manusia-manusia lain yang telah pergi dan berkunjung ke baitullah pada ketika saya berada di sana. Saya dapati tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, lelaki atau wanita masing-masing dengan rasa yang berbagai kebanyakannya menitiskan airmata dihadapan kaabah. Memohon keampunan dan rahmat dari Allah swt, masing-masing mengakui kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan, mengakui kelemahan, mengakui kelalaian, mengakui kegagalan dan berbagai lagi kemungkaran yang telah dilakukan dan memohon rahmat dan petunjuk dari Allah swt.

Namun didalam beribadah tidak kurang juga yang berbelanja dan membeli belah untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan hadiah buat orang yang ditinggalkan. Barangan dari seluruh dunia boleh didapati disini dan barangan cina terutamanya menguasai pasaran dengan harga yang berpatutan, kedai di buka 24 jam dan peniaga bertukar ganti kerana pengunjung tidak henti-henti hendak membeli. Suatu oerniagaan yang pastinya akan memberikan keuntungan yang besar kerana permintaan yang begitu tinggi.

Namun disebalik itu ada juga kenangan yang perlu difikirkan seperti suatu ketika ada pembeli yang di tazkirahkan oleh peniaga. Sudah banyak kali ke datang buat umrah soalnya. Jawap pembeli dah banyak kali datang ke sini. Peniaga dengan rasa hormat berkata "Saya harap umrah pada kali ini lebih baik daripada umrah yang lalu, semuga umrah kali ini mengubah kehidupan agar lebih dekat dengan Alla swt. Rugi kalau umrah kali ini tidak ada perubahan dengan umrah yang lalu." Kata itu sungguh memberikan kesan untuk kita fikirkan kerana ada yang berlumba-lumba untuk setiap tahun dapat melakukan umrah tetapi apakah kita terfikir apakah kesan kita pergi melakukan umrah tersebut. Apakah kita bertambah imannya? Apakah kita menjadi manusia yang takut kepada Allah swt? Apakah kita mencari nilai Allah swt? Apakah kita hanya berharap kepada Allah swt? Apakah kita meminta hanya kepada Allah swt? Apakah kita merasai sifat-sifat Allah swt didalam kehidupan kita? Marilah kita sama-sama berfikir agar kehidupan ini amat bermakna dan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Amin

Monday, July 26, 2010

Keutamaan Perlu Diberikan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pakaian baru merupakan suatu keperluan menjelang hari raya, ramai yang berebut-rebut untuk membeli pakaian baru terutamanya menjelang malam hari raya. Maklumlah persiapan terakhir dan juga mengambil kesempatan jualan murah untuk menghabiskan stok perniaga bermusim di bulan ramadan. Kita akan merasakan suatu kerugian dan seperti ada yang tidak kena apabila raya disambut tidak dengan baju baru terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja.

Berbalik pula dengan pakaian iman yang menutupi diri kita, bilakah kali terakhir kita berfikir untuk menukarkan pakaian ini kepada pakaian baru cahaya iman yang lebih gemilang, berapa banyak kalikah kita membersihkan pakaian iman yang ada didiri kita, atau sejauh mana kita memikirkan soal iman didalam kehidupan kita di dunia ini. Kita sering memberikan alasan untuk tidak melakukan suruhan Allah swt dan mengutamakan arahan majikan kita, kenapa kita tidak berfikir yang kita perlu memberikan alasan kepada majikan kita supaya kita boleh mengutamakan arahan Allah swt dahulu.

Apakah yang utama dari yang utama di dalam kehidupan kita? Tidakkah kita sedar sekiranya kita silap meletakkan keutamaan akan memberikan kerugian didalam kehidupan kita, tanpa memberikan keutamaan sesuatu yang penting untuk dilakukan mungkin akan bertukar kepada suatu yang urgent dan tidak boleh tidak kita terpaksa memperuntukkan waktu untuk menyelesaikannya. Namun adakah kita akan sentiasa ada waktu atau waktu itu telah tiada kerana kesempatan yang diberikan oleh Allah telah ditarik balik dan paling rugi adalah apabila ke KEMATIAN telah datang memanggil diri kita untuk bertemu Allah swt. Allah hu alam.

Mengapa kita tidak menyediakan alasan agar segala suruhan Allah swt menjadi keutamaan dan arahan yang lain adalah suatu yang boleh kita berikan alasan untuk tidak melaksanakanya. Pakaian iman adalah suatu yang perlu dijaga agar ia tidak rosak dan diambil kembali oleh Allah swt, kita perlu merasakan bangga diatas pembeberian iman yang ada pada diri kita dan perlu meningkatkan iman itu agar sentiasa hidup. Iman yang hidup itu akan menjadikan seseorang itu merasakan ketenangan dan menambah ilmu agar kenal akan Allah swt, takut dan cinta kepada Allah swt didalam kehidupan.

Miracle 15 in 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma..miliki Al-Quran Syamil Miracle 15 in 1, dengan hanya berukuran 21 cm x 29.7 cm (saiz A4) – Hard Cover, berat 2.5 kg serta
1,374 mukasurat anda telah memiliki sebuah al-Quran yang mengandungi ciri-ciri berikut

1. Terjemahan Per Kata
2. Terjemahan Lengkap oleh Jabatan Agama Indonesia
3. Tajwid Sistem Quantum Reading Qur’an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem QRQ
6. Tafsir Al Muyassar
7. Asbabunnuzul (Sebab turunnya ayat)
8. Doa-Doa Dalam Al Qur’an
9. Mukjizat Al Qur’an
10. Indeks Al Qur’an
11. Atlas Al Qur’an.
12. Kisah Para Nabi Dalam Al Qur’an
13. Dzikir Al Ma’tsurat
14. Intisari Ayat
15. Links To Related Articles

Dapatinya dengan harga serendah RM200.00 (termasuk penghantaran). Untuk maklumat lanjut hubungi Tn Hj Ibrahim di talian 013-354 4375

Tuesday, July 20, 2010

Keperluan kepada Dakwah & Tarbiyah

*** Bukan Catatan Penulis ***

Alhamdulillah, kita memohon kepada Allah swt agar menjadikan kita semua bertemu keranaNya, tolong menolong dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan, berlomba-lomba dalam mencintaiNya dan mencintai RasulNya saw serta beribadah kepadaNya dengan aqidah yang mantap yang tidak tergugat dan berubah-rubah.
Sahabat dan sahibah yang dikasihi, umat islam ini pernah mengalami kejayaan cemerlang, sesungguhnya kejayaan yang di raih dan di capai itu hasil daripada dakwah dan tarbiah berkat kekuatan iman, kekuatan persatuan, kekentalan jiwa dan kecintaannya yang mendalam, yang telah merasuk kelubuk hatinya di jalan Allah swt, bukan disebabkan atau tujuan tertentu. Inilah cinta yang telah memadukan hati dan menyatukan perasaan sehingga menjadikan kelompok-kelompok islam yang bermacam-macam itu menjadi satu hati, satu kaki dan satu peraturan. Mereka melalui dakwah dan tarbiyah yang di bawa oleh Rasululllah saw.

Itulah rahsia kemenangan mereka yang pertama dan yang terakhir iaitu berkat kekuatan iman yang telah diciptakan Allah swt pada hati siapa saja diantara hamba-hambaNya yang Dia kehendaki. Marilah kita berdoa agar menjadikan kejayaan Islam terwujud melalui tangan-tangan kita setelah sebelumnya kejayaan tersebut diwujudkan melalui tangan para salaf pendahulu kita bukan disebabkan jumlah yang banyak atau ilmu yang luas tetapi berkat kekuatan iman yang diberikan kepada yang dikehendakiNya.
Mari kita merenung kembali suasana sebelum dan permulaan kehidupan rasululah saw, kita akan mendapati bahawa seluruh dunia pada masa itu memerlukan risalah dan lelaki yang dinantikan ini, khususnya ketika kegersangan ruhani, pemikiran dan agama meliputi seluruh dunia. Keadaan manusia ketika itu baik para penganut agama Yahudi, Kristen maupun penyembah berhala seperti orang-orang Persi dan Arab menganut agama-agama yang semrawut. Orang-orang Persia menyembah api, sedangkan dikalangan mereka telah tumbuh paham-paham yang keliru. Seluruh bangsa Arab menyembah batu-batu yang telah mereka sematkan padanya sifat-sifat ketuhanan. Bangsa Romawi membawa bendera agama Masehi (Kristen). Sedangkan bangsa yahudi terbagi menjadi beberapa kelompok kecil yang tersebar di kabilah-kabilah Arab dengan membawa agama dan keyakinan mereka.

Agama-agama tersebut keadaanya tidak setabil. Agama-agama tersebut penuh dengan perselisihan, perpecahan, kebencian, peperangan. Negara kadang-kadang membela satu pahaman dan pada waktu yang lain membela pahaman yang lain pula. Ini menjadikan keyakinan tersebut tidak tertanam kuat di dalam jiwa manusia.
Begitu juga dikalangan bangsa Arab, diantara mereka ada yang tidak percaya kepada berhala-berhala ini kecuali ketika meminta pertolongan kepadanya untuk meraih keperluan-keperluan mereka. Tetapi ketika bertentangan dengan keinginan dan kebiasaan mereka , maka mereka tidak mau tunduk dan percaya kepadanya. Orang-orang semacam ini banyak dikalangan mereka. Ada di antara mereka yang mencemohkan berhala dan sama sekali tidak mempercayainya. Diantara mereka ada yang menyembah dan beriman kepadanya dengan keimanan yang menyebabkan mereka sesat dan buta dengan meyakini bahwa ia boleh mendekatkan mereka kepada Allah swt, Jadi keyakinan kepada berhala ini merupakan keyakinan warisan yang pada hakikatnya tidak berakar dalam jiwa mereka.

Demikianlah kehidupan spiritual dimasa itu dalam keadaan kacau bilau, tidak stabil baik dikalangan bangsa Persia, penganut agama Kristian, agama yahudi, mahupun dikalangan bangsa arab. Keadaan ini berlangsung cukup lama sampai dating desus-desus tentang kedatangan Rasulullah saw dan beliau diutus untuk seluruh umatmanusia. Sedangkan orang-orang arab pun menyangka bahawa beliau akan dating dari kalangan mereka, seinggakan Umayah bin Abi Shalt berharap bahwa dirinya adalah nabi yang dinantikan itu.

Ramai orang berharap akan datang agama dan risalah baru ini, anehnya ketika Nabi saw dating kepada para pendeta Yahudi, mereka kafir kepada beliau lantaran dengki dan iri. Anehnya pula Umayah bin Abi Shalt menyombongkan diri sehingga engan beriman kepada beliau. Ia berkata, “Aku tidak akan beriman kepada nabi selain dari Tsaqif” Setelah itu ia hidup berpindah randah dari satu kabilah ke kabilah lain di lingkungan suku-suku arab. Kemudian ia kembali dan ingin masuk Islam. Saat itu ia berlalu dihadapan korban perang badar. Ia diberitahu bahwa di antara korban adalah walid bin Mughirah dan Uqbah bin Rabiah. Ia berkata, “Tidak ada gunanya hidup setelah mereka tiada” kemudian ia kembali sebelum masuk Islam dan mati di luar agama Allah swt.

“Maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allahlah atas orang-orang yang ingkar itu” (Al Baqarah 89)
Agama yang hanif ini telah menyelamatkan kita dari gelap kebodohan kepada cahaya petunjuk dan pengetahuan. “Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itu Allah swt menunjuki orang-orang yang mengikuti keridaanNya kejalan keselamatan dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus (Al Maidah 15-16)
Dunia ketika itu dalam keadaan bingung dan dunia tumbuh di atas kerusukan aqidah, gelapnya kebodohan sehingga ia dibangunkan tanpa dasar, bekerja tanpa petunjuk. Kemudian islam dating menerangkanjalan yang lurus kepadanya. “Maka apakah orang-orang yang mendirikakn masjidnya diatas dasar taqwa kepada Allah dan keridaanNya itu lebih baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke neraka Jahanam” At Taubah 109)

Keperluan dakwah dan tarbiyah amat-amat diperlukan oleh manusia untuk membina dasar-dasar bagi bangunan Islam. Tujuh dasar penting yang perlu dilalui didalam menerima dakwah dan tarbiyah untuk kehidupan kita. Apabila kita memperkatakan tentang dakwah dan tarbiyah ianya bermakna kita mahukan orang yang di dakwah atau ditarbiyan mencapai ketujuh-tujuh dasar dibawah. Semestinya kita perlu melalui dahulu tahap-tahap dakwah dan tarbiyah untuk mencapai 7 dasar ini didalam diri kita terlebih dahulu.

Dasar pertama IMAN
Apabila iman kita kuat, kita pun menjadi kuat dan kemenangan akan sentiasa menyertai kita.
“Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman” (Ar Rum 47)
“(Ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukkan kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (penderian) orang-orang yang telah beriman.’ Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka.” (Al Anfal 12)
“Sungguh Allah telah menolong kalian dalan peperangan Badr, padahal kalian adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kalian mensyukuriNya. (Ingatlah) ketika kalian mengatakan kepada orang mukmin, ‘Apakah tidak cukup bagi kalian Allah membantu kalian dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?’ Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka dating menyerang kalian dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang diturunkan (dari langit).” (ali Imran 123-125)
Jika keimana yang kuat menusuk di hati kita, maka segala kesulitan terasa ringan. Musa as. Pernah keluar bersama kaumnya yang berjumlah sedikit dan hamper terkejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya. “maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, ‘Sesungguhnya kita akan benar-benar tersusul” (Asy Syu’ara 61)

Tetapi Musa yang hatinya telah dipenuhi dengan keimanan, menyatakan, “Sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan member petunjuk kepadaku” (Asy Syuara 62)

Begitu juga apabila rasulullah saw bersama Abu Bakar didalam gua, Abu Bakar begitu kuatir akan keselamatan rasulullah saw, Sebagai perwujudan sempurna dari keimanan yang kuat, Nabi saw menyatakan, “Bagaimana pendapatmu, Abu Bakar, tentang dua orang, yang Allah adalah yang ketiganya?” “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” (At Taubah 40)
“Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi ( Hari Kiamat)” (Al Mukmin 51)

Dasar Ke dua ILMU
Ilmu boleh membawa manusia kepada kebahagian dan ketinggian. Tidak ada kebangkitan pada suatu umat tanpa ilmu. Orang-orang kafir tidak boleh berkuasa kecuali kerana ilmu. Dan kita tidak mengalami kemunduran kecuali kerana kebodohan. Ilmu dan kebodohan adalah dua hal yang tidak sama.
“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az Zumar 9). Nabi saw pernah bersabda, “Siapakah di antara kalian yang suka pergi ke Bathan atau ke ‘Atiq, lantas menemukan unta yang gemuk, kemudian dibolehkan membawanya tanpa dianggap berdosa atau bersalah?” Maka para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, kami semua suka.” Maka beliau bersabda, “Sungguh, salah seorang dari kalian pergi kemasjid, belajar satu ayat dari kitab Allah, itu lebih baik daripada seekor unta. Dua ayat lebih baik daripada dua ekor unta, tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta demikian seterusnya dengan hitungan yang lebih baik daripada unta.”

Yang dimaksudkan dengan ilmu adalah dengan dua jenis yaitu ilmu dien (agama) dan ilmu duniawi. Bahkan apabila umat memerlukan ilmu duniawi, maka mencarinya merupakan kewajipan kifayah bagi umat tersebut. Al Quran Karim mengisyaratkan hal itu di dalam firman Allah swt. “Tidakkah kalian melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia , binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama.” (Fathir 27-28)

Dasar Ke tiga HARTA
Harta adalah perhiasan kehidupan di dunia. Ia merupakan urat nadi kehidupan dan bekal bangsa-bangsa. “Dan janganlah kalian serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasan kalian) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.” (An Nisa 5)
Maka setiap individu dan bangsa wajib berusaha mencukupi keperluan dirinya dengan cara bekerja. Seorang mukmin tidak selayaknya mengantungkan kehidupannya kepada orang lain, meminta-minta kepada orang lain kerana tangan yang diatas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah. Allah swt telah memerintahkan untuk bekerja. “Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kalian (kembali setelah) dibangkitkan.” (Al Mulk 15)
Disebutkan dalam hikayat bahwa seseorang membekalkan anaknya dengan sejumlah wang agar digunakan untuk berdagang agar dapat menyiapkan anaknya menghadapi masa depannya. Dalam perjalanan, anak itu melihat seekor serigala yang lemah dan sudah tidak boleh mencari makan. Ia berfikir dari mana serigala itu mendapat makanannya? Tiba-tiba ia melihat seekor singa membawa binatnag buruannya. Ia memakan mangsanya sampai kenyang kemudian melemparkan sisanya kepada serigala. Serigala itu pun memakannya. Maka pemuda itu berkata dalam hatinya, “Buat apa saya menyusahkan diri sendiri, sedangkan Allah swt telah menjamin rezeki hambanya?” Ketika kembali kepada ayahnya tanpa membawa hasil apa pun sesuai dengan kehendak ayahnya, pemuda itu menceritakan pa yang dilihatnya. Maka sang ayah berkata, “Aku ingin agar kamu menjadi singa yang boleh memberikan makan banyak serigala bukan serigala yang memakan sisa-sisa makan singa.”
Dakwah dan tarbiyah mengajar kita bukan untuk meningalkan dunia dan membiarkannya dinikmati oleh orang-orang kafir dan digunakan untuk memerangi kita.

Dasar Ke empat KESIHATAN
Kesihatan ibarat mahkota yang kita kenakan dikepala dab hanya boleh dilihat oleh orang yang tidak memilikinya. Kekuatan dan kesihatan merupakan hiasan bagi manusia. Kerana itu hendaklah kita memperhatikannya kerana Nabi saw telah menganjurkannya kepada kita dan membuat tuntutan bahawa “Sesungguhnya, badanmu mempunyai hak atas dirimu.
Doa rasulullah saw “Ya Allah, anugerahilah aku kesehatan badan, anugerailah aku kesehatan pendengaran dan anugerahilah aku sesehatan penglihatan”.
Dasar Ke lima KEKUATAN JIHAD
Allah telah mewajibkan jihad kepada kita dan menjadikannya sebagai puncak ajaran Islam. “Dan berjihadlah kalian di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.” (Al Hajj 78)
Jihad merupakan cita-cita yang dirindukan dan terus tersimpan dalam diri mereka sampai mereka boleh mencapainya. Untuk mendapatkannya mereka rela mengorbankan apa pun yang sangat mereka cintai.

Dasar Ke enam HARGA DIRI DAN KEMULIAAN
Kemuliaan merupakan sifat khas orang beriman. Dengan kemuliaan itu orang-orang beriman menjadi umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Nabi saw bersabda, “Barang siapa yang memberikan kerendahan dirinya dengan sukarela, tanpa dipaksa, ia bukan dari gulunganku.” Rasul saw senang apabila umatnya mempunyai kemuliaan dan harga diri
.
Dasar Ke tujuh KEADILAN.
Keadilan ertinya hendaklah dada anda lapang sehingga bersikap adil terhadap diri sendiri, saudara-saudara anda dan semua orang. Tiga jenis manusia
1. Orang mencari kebenaran, kemudian mengetahuinya tetapi terus menyimpang darinya.
2. Orang yang mencari kebenaran tetapi tidak berhasil mengetahuinya.
3. Orang yang mencari kebenaran, kemudian mendapatkannya dan mereka konsisten melaksanakannya.
Gulungan pertama akan binasa, gulungan kedua akan dimaafkan dan gulungan ketiga akan selamat dengan izin Allah swt.
‘Wahai Nabi, cukuplah Allah dan orang-orang mukmin yang mengikutimu (menjadi penolong bagimu)’ (An anfal 64)
Rustam, panglima perang romawi, pernah berjumpa dengan salah seorang Arab yang menjadi anggota pasukan perintiskaum muslimin. Rustam bertanya, “Apakah yang telah mendorong kamu keluar dari rumah kamu?.” Orang arab yang muslim itu menjawab, “kami berangkat bukan untuk mendapatkan dunia ini. Dulu kami adalah orang-orang yang lemah, lantas Allah menguatkan kami. Dulu kami orang-orang yang tersesat, lantas Allah memberikan petunjuk kepad kami. Allah memerintahkan kami untuk menyampaikan risalah. Jika kamu memasuki agama yang telah kami masuki, maka kami dan kamu adalah sama. Jika tidak, maka pedang yang akan memberikan keputusan diantara kita.” Rustam berkata, “Lihatlah pasukan-pasukan ini!” Maka orang itu melihatnya dengan nada nerendahkan. Ia berkata, “hai , ketahuilah bahawa sesungguhanya kamu tidak memerangi manusia tetapi kamu sedang memerangi takdir. Kami adalah takdir Allah yang dikirimkan kepadamu.”

Seorang muslim yang benar-benar melalui dakwah dan tarbiyah untuk menjadi muslim yang sejati perlu merilisasikan empat perkara ini didalam kehidupan dirinya.
Pertama sentiasa bermuraqabatullah (merasa dalam pengawasan Allah) dengan keikhlasan dan kejujuran, serta bertawakal kepada Nya dalam segala persoalan yang dihadapinya. Sesungguhnya seorang hamba menghadap kepada Allah swt setiap harinya tujuh belas kali dengan membaca firmanNya, “Hanya kepada Mu aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku memohon pertolongan’ (AL Fatihah 5)

Kedua terus menerus berhubung dengan Allah swt dengan cara banyak berdzikir dalam kondisi apa pun. “Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali Imran 191)

Ketiga sentiasa beristiqamah didalam mentaati Allah swt. Islam dating untuk dua hal: MELAKUKAN dan MENINGGALKAN. Melakukkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Setiap perintah diantara perintah-perintah Allah yang ada mengandung kebaikan bagimu. Apa yang Dia perintahkan kepadamu, kerjakanlah nescaya engkau akan aman. Sedangkan apa yang dilarang Nya pasti akan mengandungi keburukan. Maka apa saja yang dilarang untuk kamu lakukan, tinggalkanlah dan engkau pasti tenang. Jika engkau dapati dirimu cenderung untuk melanggar larangan, segeralah engkau ucapkan, “Ya Allah, Dzat yang Maha Mengetahui isi hati!” lalu ingatkkanlah dirimu akan keagunganNya. “Sesungguhnya oerng-orang yang bertaqwa itu bila di timpa was-was dari setan, mereka segera ingat kepada Allah. Maka ketika itu pula mereka melihat kesalahan nya. (Al A’raf 201)

Keempat kesucian ukhwah dan cinta kerana Allah dengan kuat. Inilah inti kandungan Islam, tidak menyimpan kedengkian kepada seseorang pun dan tidak akan marah kecuali dilakukan semata-mata kerana Allah dan demi Allah. Sentiasa bermuraqabah, istiqamah diatas kebaikan dan cinta, bersaudara demi Allah serta mempersiapkan diri secara total untuk menjadi pembela Islam.
“Sungguh kalian akan di uji mengenai harta dan diri kalian. Dan kalian juga mendengar dari orang-orang yang diberikan yang diberi kitab sebelum kalian dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan menyakitkan yang cukup banyak. Maka jika kalian bersabar dan bertaqwa, sungguh yang demikian itu termasuk urusan yang patut di utamakan” (Ali Imran 186)
“Apakah manusia itu mengira bahawa dirinya akan dibiarkan begitu sahaja menyatakan kami beriman, padahal mereka belum juga di uji.” (Al Ankabut 2)
Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk surge, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kalian dan belum terlihat nyata pula orang-orang yang bersabar.” (Ali Imran 142)

Dakwah itu bukanlah main-main, kalian akan masuk kedalam berbagai jalan sempit yang menyusahkan dan akan Nampak diantara kita siapa pelaku kebajikan dan siapa pembuat kerusukan. Kita harus berlapang dada bukan penyebab terjadinya permusuhan sehingga kesepakatan berlaku sehingga Allah membuka hati diantara kita dengan mereka. Allahlah yang menguasai petunjuk kita.

Kehendak dan Kemahuan Pilihan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Murah-murah! begitulah laungan seorang juru jual ditepi jalan di chow kit pada pagi itu, ramai orang tertumpu kepada lokasi penjual itu untuk mendapatkan apakah barangan yang dijual dengan tawaran yang begitu menarik perhatian orang ramai. Ada yang memerhatikan sahaja juru jual dan melihat sahaja tanpa ada perasaan untuk membeli, mungkin bukan keperluannya, ada juga yang tidak sabar-sabar untuk memiliki barangan yang dijual oleh penjual, ada juga mungkin merasakan tidak mampu untuk membeli barang tersebut kerana tidak membawa wang pada masa tersebut. Dan ada juga yang tidak tertarik langsung dengan tawaran yang diberikan.

Inilah lumrah kehidupan, tidak setiap yang ditawarkan akan diambil oleh seseorang dan juga tidak setiap yang ditawarkan akan di tolak oleh seseorang. Kita akan berfikir dan membuat keputusan dan setiap keputusan pastinya akan memberikan kesan kepada kehidupan. Allah swt menawarkan surga kepada manusia untuk kehidupan akhirat nanti dan apakah reaksi kita kepada tawaran ini Tentunya sekiranya kita memilih untuk mendapatkan surganya kita akan terpaksa berkorban untuk membeli barangan tersebut dengan kesukaran yang perlu kita lalui didalam kehidupan.

Allah swt tidak menjanjikan kesenangan sebelum kita melalui kesukaran. Oleh sebab itu sejauh mana kita sedia untuk merasai kesukaran untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari? Persoalan ini begitu mudah tetapi perlaksanaan memerlukan kita betul-betul untuk merasai kesukaran dan kepayahan didalam kehidupan. Kita mungkin menyatakan sukar tetapi apa yang kita rasakan sukar mungkin begitu senang buat orang lain yang telah melalui kesukaran yang lebih teruk dari apa ang pernah kita lalui. Kesukaran adalah tanggapan yang ada pada diri kita dan sejauh mana kita bersedia untuk menghadapinya didalam kehidupan.

Anak-anak kecil tidak pernah merasakan kesukaran untuk belajar membaca, mereka merasakan perlu untuk belajar dan dipaksa untuk belajar dan akhirnya mereka boleh membaca walaupun ada yang baru boleh membaca apabila mereka berumur sepuluh tahun. Mengapa kerana mereka tidak tahu putus asa dan tahu terpaksa juga untuk melaluinya dan akhirnya mereka berjaya. Namun yang malas dan tidak mahu berubah mereka tetap tidak berjaya membaca dan terus dalam keadaan buta huruf disebabkan kesukaran tersebut dilihat sebagai suatu yang begitu sukar untuk diatas oleh mereka. Kita telah berjaya kerana boleh membaca coretan ini dan adakah kita merasakan begitu sukar atau kita menyatakan begitu sukar untuk belajar membaca? Kita tidak ingat lagi peristiwa bagaimana kita boleh membaca kerana kita terus berusaha dan berusah sehinggakan kesukaran tidak diletakkan didalam kamus pemikiran kehidupan kita dan pastinya kita telah berjaya. Mari kita fikirkan apakah kesukaran yang mungkin kita hadapi untuk mendapatkan kenikmatan kehidupan dan bermula untuk melaluinya dengan harapan bantuan dari Allah swt untuk kita terus berjaya. Allah hu alam.

Monday, July 19, 2010

Rahsia Di Sebalik Sembahyang 5 Waktu...



***Bukan Catatan Penulis****

Rahsia Di Sebalik Sembahyang 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :

'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepadNabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

'Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.

Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi:
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.

7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Peluang sejauh mana kita melihatnya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Peluang suatu yang datang dan pergi, sejauh mana kita melihat sesuatu dengan peluang yang terbaik untuk diri kita. Setiap peluang itu pastinya diiringi dengan kesukaran demi kesukaran yang perlu dilalui dan dihadapi dengan perasaan yang jelas hubugan dengan Allah swt.

Sebagai contohnya rasulullah saw bersabda yang bermaksud barang siapa yang menghafal salah satu dari 4 surah ini adalah tanda ahli surga dan diantaranya adalah surah Al mulk, bagaimanakah rasa hati kita? Adakah kita benar-benar berusaha untuk menghafal dan berusaha untuk memahami ayat-ayat tersebut agar menjadikan diri kita berpeluang untuk memnjadi orang-orang yang tergulung sebagai ahli surga? Apakah kita merasakan ini sebagai suatu peluang?

Rasullulah saw juga pernah bersabda yang bermaksud rugilah seorang anak yang apabila mendapati kedua ibu bapanya telah tua dan tidak dapat memasuki surga kerananya. Bagaimanakah sikap kita kepada kedua ibu bapa kita yang telah tua, adakah kita melihat ini sebagai satu peluang untuk mendapatkan surga Allah swt? Adakah kita melakukan yang terbaik terhadap kedua-dua mereka kerana Allah swt?

Banyak lagi peluang-peluang yang disediakan oleh Allah swt dan adakah kita dapat melihat peluang-peluang itu didalam kehidupan kita atau kita terus melepaskan begitu banyak peluang didalam kehidupan ini berlalu begitu sahaja kerana kita tidak merasakan ianya sebagai suatu peluang tetapi sebagai suatu yang membebankan dan menyusahkan kehidupan kita sahaja. Kita tidak akan dapat mesakannya kecuali kita menambahkan ilmu pengetahuan dan juga mengambil nilai dan neraca Allah swt didalam apa sahaja keputusan yang ingin kita lakukan didalam kehidupan ini. Allah hu alam.

Thursday, July 8, 2010

Besarnya Makna Doa..

Petikan dibawah bukan catatan penulis..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Kepahaman melahirkan kekuatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Kemahuan dan kesungguhan lahir dari sikap seseorang berdasarkan sejauh mana jelasnya matlamat dan tujuan yang ingin di cari didalam kehidupan. Seseorang boleh melakukan banyak tugas tetapi adakah tugas-tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna? Adakah segala tenaga, persiapan diberikan untuk memastikan kejayaan kepada tugas-tugas yang ditentukan.

Persoalan ini hanya dapat dijawab dengan tindakan yang ditunjukkan atas dasar kepahaman berhubung dengan tujuan yang ingin dicapai. Sekiranya penilaian dan tujuan diatas dasar mencari keredaan Allah swt maka segala kesukaran bukan lagi suatu kesukaran sebaliknya segala di lihat sebagai suatu ujian untuk membersihkan Iman. Meletakkan penyerahan kepada Allah swt dan cuba melakukan yang terbaik.

Mari kita mengambil contoh untuk mendidik anak-anak. Apakah matlamat yang ada didalam diri kita, adakah kita mendidik mereka agar mereka selamat di akhirat nanti atau kita mendidik mereka agar mereka menjadi manusia yang berjaya didunia semata-mata. Jika matlamat kita berbeza tentu sekali tindakan kita akan berlainan. Jika kita meletakkan agar mereka akan mendapat surga di akhirat dan kita dapati anak kita bermasalah tentu sekali kita tidak akan putus-putus berharap agar Allah swt memberikan hidayah dan pertolongan kepada diri kita dan anak kita. Pengharapan kita sentiasa didalam apa sahaja tindakan dan bersyukur dengan apa sahaja pemberi Allah swt kita.

Kemarahan bukan kepada diri anak kita tetapi kepada sikap yang mereka tunjukkan dan kita akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki dengan hati yang tenang dan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt.

Wednesday, July 7, 2010

Kebaikan Dapat Dirasai...

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Semua orang mahukan yang terbaik, bila memilih pakaian kita mahukan pakaian yang terbaik, didalam memilih makanan kita akan memilih yang terbaik dan samada kita sedar atau tidak kita hanya akan dapat memberikan yang terbaik apabila kita ikhlas melakukannya. Seorang isteri atau suami boleh memasak makanan pagi dan seorang pembantu rumah juga boleh memasak makanan pagi tetapi sekiranya makanan dimasak dengan perasaan marah kita akan dapat memilih dan mengetahui mana satu makanan yang di masak dengan perasaan kasih sayang atau pun penuh dengan perasaan kemarahan.

Tentunya makanan itu tetap makanan pagi seperti mee goreng atau nasi lemak tetapi makanan yang disediakan dengan perasaan kasih sayang dan keikhlasan akan dapat dirasai dengan presentation dan rasa yang sungguh berbeza dari makanan yang disediakan tanpa kesungguhan dan kasih sayang. Persoalan yang kita perlu fikirkkan adakah kita boleh sentiasa mendapatkan yang terbaik sekiranya kita sendiri gagal memberikan yang terbaik kepada oranng lain. Jika kita gagal memberikan yang terbaik kepada isteri, suami, anak-anak, rakan-rakan, jiran dan sesiapa sahaja, tentu sahaja mereka akan dapat merasainya dan apa yang kita lontarkan pasti akan kembali.

Apabila kita tersenyum kepada seseorang tentunya ia akan tersenyum kembali kepada kita walaupun kita tidak mengenalinya. Kalau kita sentiasa melakukan yang terbaik dan segalanya dilakukan untuk mendapatkan keredaan Allah swt, tentu sekali Allah swt yang maha pengasih dan maha Penyayang akan memberikan balasan kebaikan kepada diri kita. Kita tidak perlu risau tentang apakah balasan yang akan diberikan oleh Allah swt, baik atau buruk semuanya dari Allah swt dan kita perlu memikirkan tentunya ada kebaikan didalam segala apa sahaja yang kita lalui.

Untuk melakukan yang terbaik pula kita perlu bersifat positif didalam pemikiran, redza dengan ketentuan Allah swt disetiap saat dan ketika kerana masa yang kita ada hanya 3 saat, satu saat yang telah berlalu dan tidak akan kembali lagi yang memerlukan untuk kita bersyukur dan memohon keampunan diatas segala yang berlaku, satu saat sekarang yang memerlukan kita melakukan yang terbaik dan satu saat lagi yang akan mendatang yang kita tidak tahu apakh yang akan berlaku. Marilah kita melakukan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah swt melalui manusia disekeliling kehidupan kita di dunia ini. Satu saat begitu pantas sehinggakan kita tidak sempat membilangnya tetapi kita sering lupa sehingakan kita sering melihat waktu itu begitu lama dan sukar untuk melakukan yang terbaik buat kehidupan ini. Allah hu alam

Hutang bila akan berakhir...




Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan berhutang suatu lumrah kehidupan, dari dahulu hingga sekarang ada orang yang sanggup memberi hutang dan ada pula yang ingin berhutang. Namun apabila berhutang perlu dibayar dan dilunaskan. Hutang suatu persoalan yang pasti akan dituntut dihadapan Allah swt nanti. Namun kita begitu mudah untuk berhutang terutama dengan cara mudah hari ini melalui kad kredit. Dahulu hutang juga mengenakan bunga kini ada juga hutang yang menyebabkan kesukaran kehidupan kerana bunga yang begitu tinggi.

Hutang rumah, hutang kereta, hutang kawin, hutang sewa dan banyak lagi hutang-hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Bagaimanakah untuk bebas dari hutang? Adakah di zaman ini kita boleh bebas dari hutang dengan pihak bank? Terutama ahli perniagaan begitu banyak jumlah yang diperlukan untuk perniagaan dan begitu banyak juga hutang yang perlu dilakukan untuk sesuatu perniagaan.

Persoalan samada boleh atau tidak melepaskan diri dari hutang bank adalah bergantung kepada soal hati. Mengapa seorang berhutang? Tentu jumlah hutang bergantung kepada kemampuan yang mereka rasakan sanggup untuk membayarnya balik. Lagi banyak gaji atau pendapatan lagi besarlah hutang seseorang. Akhirnya kehidupan terpaksa diteruskkan dengan semangat untuk membayar hutang yang telah dilakukan sebelum ini. Apakah erti kebebasan dan kebahagian sebenarnya?

Saya tidak ada jawapan untuk dikongsikan tetapi hanya ingin mengutarakan persoalan bagi kita berfikir apakah sebenarnya tujuan kehidupan kita kini, adakah untuk memenuhkan tuntutan diri sehingga sanggup melakukan begitu banyak hutang? atau adakah kita memilih bank yang dikatakan mempunyai skim islamik atau kita tidak mahu berhutang dan cukup dengan apa yang ada atau kita memilih penilaian Allah swt terlebih dahulu sebelum bertindak. Walau apapun keputusan yang diambil tentunya ada kesan yang perlu ditanggung. Setiap keputusan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Allah hu alam.

Friday, July 2, 2010

Makanan..Sejauh Mana Dicari Untuk Kehidupan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Makanan suatu keperluan kehidupan, ada yang memakan makanan kerana rasa lapar dan ada juga yang memakan makanan kerana makanan terhidang dihadapan mata dan tidak mahu membazirkan makanan yang ada. Ada orang yang makan kerana kelaparan, ada juga yang memakan makanan kerana hawa nafsu, ada yang memakan makanan kerana telah terbeli dan tidak mahu membazir. Namun persoalannya mengapa kita perlu makan dan berapa banyakkah keperluan makan kepada diri kita?

Jika jasad kita memerlukan makanan yang berbentuk seperti nasi, kueh mueh, lauk pauh dan banyak lagi anika jenis makanan, maka apakah pula yang diperlukan oleh roh kita? Apakah yang kita sediakan untuk roh kita mendapatkan makanan yang terbaik agar roh dapat dijaga dan dapat dididik dengan baik. Apakah kita sentiasa memikirkan apakah makanan yang perlu dan boleh disediakan oleh kita untuk makanan roh yang ada. Jalan-jalan cari makan selalunya difikirkan apabila ingin mencuba tempat-tempat baru untuk merasakan makanan baru. Adakalanya kita akan memaklumkan kepada rakan-rakan sejauh mana enaknya makanan tersebut agar boleh dinikmati oleh mereka juga.

Teapi apabila roh kita merasakan nikmat adakah kita mahu berkongsikan sela yang kita rasakan kepada orang lain atau kita masih lagi tidak mahu orang lain merasakan seperti apa yang kita rasakan. Mungkin kita sebenarnya masih belum pasti apakah nikmat yang kita rasakan itu sebagai suatu nikmat yang sempurna sehinggakan kita tidak pasti untuk berkongsi dengan orang lain. Para sahabat rasulullah saw merasakan betapa nikmatnya duduk sebagai seorang islam dan merasakan Islam sahaja yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi masa sekarang, mereka merasakan agar semua orang perlu berubah dan berpeluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang islam. Oleh sebab itu mereka tidak jemu-jemu untuk berkongsi apa yang dirasai agar dirasai oleh orang lain juga.

Hanya orang yang mempunyai sesuatu sahaja yang boleh berkongsi sesuatu yang dimilikinya, hanya orang yang berilmu sahaja yang boleh mengajarkan ilmu tersebut, Hanya orang yang kaya boleh memberikan hartanya, namun belum tentu sesiapa yang mempunyai segalanya boleh melakukan sekiranya ia tidak diberikan hidayah oleh Allah swt untuk melakukannya. Marilah kita berdoa untuk diberikan kekuatan untuk berkerja dan memberikan sesuatu untuk orang lain dan sentiasa menjadi tangan-tangan yang diatas dan bukan tangan yang dibawah yang sentiasa meminta. Allah hu alam

Kemanisan Kejayaan Memerlukan Pengorbanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kemanisan kejayaan suatu yang sukar untuk dilupakan didalam kehidupan, namun setiap kemanisan kejayaan itu tentu sekali diiringi dengan kesediaan untuk melalui kesukaran didalam kehidupan. Setiap kesukaran yang dilalui tentunya menjanjikan kejayaan demi kejayaan, walaupun kejayan itu adalah ketentuan dari Allah swt namun setiap kesediaan melalui kesukaran itu pastinya akan membuahkan kemanisanan kejayaan seizing Allah swt. Kita perlu berani untuk menghadapi kesukaran dan kepayahan. Sejauh mana kita menyediakan diri kita untuk menghadapi sedikit kesukaran didalam kehidupan?



Adakah kita sering bersikap adil kepada diri kita? Kita mahukan kemanisan kejayaan tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapi kesukaran didalam kehidupan. Kita mahu meraih kejayaan tetapi kita melihat masalah sebagai suatu beban didalam kehidupan. Kita takut untuk memulakan sesuatu yang tidak biasa kita lalui, kita mahukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sahaja tetapi kita berharap untuk mendapat hasil yang berbeza dalam kehidupan kita. Tentu suatu yang mustahil sekiranya kita berhajat kepada yang lebih baik tetapi tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang menanti.



Apabila melihat anak-anak tentu ramai yang mahukan anak-anak Berjaya didalam kehidupan mereka, tetapi berapa ramai ibubapa yang sanggup untuk duduk memerhatikan buku-buku pelajaran bersama-sama dengan anak mereka? Ramai merasakan dengan menghantar anak-anak ke pusat tusyen, ibubapa telah lepas tanggungjawab mendidik anak-anak mereka. Tidakkah kita sedar di pusat tusyen mereka hanya diajarkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pelajaran sahaja, mereka tidak diajar untuk berakhalak dengan baik, mereka tidak diajar untuk mengenal Allah swt, mereka tidak diajar untuk merasai sentuhan kasih sayang. Apakah dengan melahirkan anak-anak yang ditingkatkan pengetahuan mata pelajaran semata-mata ini akan dapat membentuk keperibadian mereka agar menjadi manusia yang seperti dikehendaki oleh Allah swt?



Sekali lagi perubahan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai sesuatu, yang kayaa sahaja mampu untuk memberikan sesuatu kepada yang miskin, yang berilmu sahaja yang mampu menyedarkan seseorang, yang mempunyai kasih sayang sahaja yang mampu mengalirkan perasaan itu buat orang lain. Marilah kita meneliti sejauh mana kita mempunyai sesuatu untuk kita kongsikan kepada orang-orang yang kita kasihi? Apakah kita benar-benar mengasihi isteri, anak-anak, ibubapa, rakan-rakan, sahabat, jiran dan masyarakat kita. Jika kita merasakan kita memiliki sesuatu dan bersedia untuk dikongsikan baru kita akan bermula, sebaliknya jika kita tidak menyedari apa yang kita ada bagaimana kita mahu melakukan dengan penuh kesungguhan kerana kita tidak tahu apakah langkah permulaan yang mahu kita lakukan. Tentulah kita akan rugi, bukan kita sahaja tetapi isteri, anak-anak, rakan , sahabat dan masyarakat kita tidak akan merasai keujudan diri kita disamping mereka. Allah hu alam

Tuesday, June 29, 2010

Kebimbangan dan Ketakutan Fitrah Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ketakutan dan kebimbangan suatu yang fitrah didalam kehidupan manusia, ada orang yang takut untuk melalui hari-hari mendatang namun masa tetap berlalu dan hari-hari yang ditakuti tetap mendatang dan berlalu dan terus meninggalkan diri kita tanpa kita dapat mengembalikannya semula. Walaupun ketakutan dan kebimbangan perlu ada namun apakah penilaian yang perlu kita jadikan sebagai neraca kepada keputusan yang ingin kita lakukan. Apakah kita memilih neraca dari Allah swt atau kita memilih nneraca dari nilaian manusia.

Apakah kita lebih bimbang tentang pekerjaan kita, kita bimbang tentang pembelajaran kita, kita bimbang tentang perniagaan kita? Adakah kita bimbang tentang kehidupan selepas kematian kita atau kita lebih bimbang tentang kematian yang pasti akan tiba. Tentu adalah lebih bijak jika kita bimbang tentang kehidupan selepas kematian berbanding dengan bimbang tentang kehidupan yang begitu pantas berlalu.

Jika kita melihat sabda Rasululllah saw yang menyatakan sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun didunia. Ini bermakna 12 jam bersamaan 500 tahun, jika 6 jam bersamaan 250 tahun, jika 3 jam bersamaan 125 tahun dan 1jam 30 minit bersamaan 62.5 tahun. Umur kita jika 62.5 tahun cuma 1.5jam sahaja di akhirat dan kita tidak tahu berapa lamakah yang akan kita lalui diakhirat nanti, mungkin kita perlu merasakan bimbang tentang kehidupan diakhirat nanti berbilion kali dan sentiasa memikirkan apakah yang patut kita lakukan sekarang untuk mendapatkkan sesuatu yang terbaik diakhirat nanti.

Namun kita sering lupa dan kita perlu peringatan dan peringatan itu perlu dicari dengan menambahkan ilmu pengetahuan kita, Hanya orang-orang yang berilmu sahaja yang akan takut kepada Allah swt. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah swt dan berdoa agar diberikan keikhlasan didalam kehidupan kita. Amin

Friday, June 18, 2010

Cerita dari Bumi Gaza

Bukan catatan penulis..

Gaza Bumi Bertuah melahirkan ramai para suhadah
Saja nak berkongsi sesuatu. Ahad lepas ada ceramah perdana dianjurkan kat masjid umah aku berkenaan keadaan di Palestine sekarang ni. Saje la pergi dengar. Ceramah tu diterajui oleh HALUAN Palestine ( http://haluanpalestin.haluan.org.my/ ) dan turut bersama hadir adalah seorang ulama Hamas Palestine (lupa nama) yg juga dipanggil Sheikh Abu Mukmin. Beliau ini sudah 4 kali keluar masuk penjara kerana memperjuangkan nasib tanahairnya. Bila ditanya bagaimana bentuk seksaan yg dia pernah lalui di penjara, dia hanya berkata “You cannot imagine”. Allahyarham tuan guru beliau (pun lupa nama lak) pula telah diseksa hingga lumpuh seluruh badannya. Yg masih boleh bergerak hanyalah bahagian leher ke atas. Mungkin kerana berkat doa beliau agar Allah memelihara otaknya, agar tidak gila, dan mulutnya, agar beliau dpt menceritakan kekejaman Israel. Katanya setiap urat saraf di badan beliau telah dicucuk dan buah pinggangnya juga telah rosak akibat seksaan. Tuan guru beliau ini akhirnya dibebaskan, namun akhirnya syahid apabila tiga buah heli Apache Israel mengebom rumah beliau.

Seorang ustaz dari HALUAN memulakan bicara dgn menceritakan konvoi mereka into Gaza pada Jan 2010. Sampai di sempadan Mesir, mereka telah disekat oleh polis2 anti rusuhan Mesir yg lengkap bersenjata. Nak dipendekkan cerita, polis2 ni provoke mcm2 cara mcm nak ajak gaduh. Ada jugak polis2 yg berpakaian biasa cuba mencetuskan kekecohan. Tp peserta konvoi ni hanya berdiam diri kerana mereka hanya mahu tumpang lalu untuk masuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza. Mereka di situ bukan untuk bergaduh. Kata mereka kpd polis2 Mesir, demi Allah, walaupun kamu semua mengangkat cota memukul kami, kami tidak akan membalas. Kemudian, disebabkan peserta konvoi yg terdiri dari pelbagai negara (Turkey, Britain, Sweden, Malaysia, European) ini masih tidak mahu bersurai dari pintu sempadan, pihak polis kemudiannya menyembur serbuk lada dan selang beberapa saat mereka melontar batu2 pulak sebesar penumbuk dewasa kepada ahli2 konvoi. Peserta2 konvoi mencangkuk lengan sesama mereka membuat benteng utk melindungi kaum wanita dan kanak2 di belakang mereka yg terus menerus membacakan Al-Quran. Agak ramai yg tercedera di kepala dan muka sehingga terpaksa menerima 7-8 jahitan. Ada jugak yg sampai pengsan kena batu. Seketika kemudian keadaan kembali tenang, tapi hanya diikuti dgn acuan senjata2 dari polis Mesir yg bersedia melepaskan tembakan, termasuk pasukan sniper di atas bangunan2. Ustaz tu cerita, time tu kalau ada seorang jek baling batu, atau ada seorang polis melepaskan tembakan, nescaya semua polis2 tersebut akan mula menembak dan arwah la mereka semua. Begitulah tegangnya keadaan masa tu.

Di pintu sempadan itu jugak ada beberapa kenderaan media dari beberapa negara. Mereka mendapat tahu di Turki, 2 ribu org telah berhimpun di hadapan kedutaan Mesir membantah apa yg dilakukan kerajaan dan polis Mesir tersebut. Kata mereka,kalau terjadi apa2 pada peserta konvoi, mereka akan menyerang masuk ke kedutaan Mesir. Begitu juga di beberapa negara lain di dunia di mana org ramai mengepung kedutaan2 Mesir membantah sikap Mesir tidak membenarkan bantuan disalurkan ke Gaza. Ini sedikit sebyk menaikkan semangat peserta konvoi bantuan tersebut. Akhirnya subuh esoknya, kerajaan Mesir mengambil keputusan untuk memberikan laluan dan membuka pintu sempadan, tetapi mereka melimitkan hanya beberapa puluh kenderaan sahaja yg dibenarkan lalu. Yg lain disekat di situ. Sambil bercerita ustaz ni turut share gambar2 di sempadan, peserta2 yg tercedera, dan gambar2 setelah akhirnya berjaya masuk ke Gaza.

Setelah setahun selepas serangan Israel, bumi Gaza masih kekal tandus dgn runtuhan2 bangunan. Pembaikan dan pembinaan semula tak dpt dilakukan kerana segala bentuk bekalan bahan binaan dan keperluan asas disekat. Yg mampu dibina hanyalah khemah2 dhaif. Yg masih ada rumah, mereka berkongsi dan tinggal sehingga 20-30 org dlm satu rumah teres lebih kurang saiz rumah teres kat malaysia ni. Bayangkan susahnya hidup mereka berbanding kita. Makanan amatlah terhad. Sehingga dikatakan sekarang ini sudah sampai tahap di mana kanak2 terpaksa memakan daun2 dan rumput2 untuk meredakan kelaparan. Keadaan bertambah buruk apabila pihak Israel menjadikan Gaza penjara terbesar di dunia dgn membina tembok2 batu setinggi 8 meter (2 kali ganda tembok Berlin) di sekeliling Gaza. Pun begitu, semangat mereka masih kental untuk mempertahankan tanahair mereka.

Ketika disekat di sempadan Mesir, ustaz menceritakan beliau telah terdengar berita di TV10 Israel di mana wartawan menemubual komando2 yg dilatih khas utk masuk ke Gaza. Komando2 tersebut menceritakan bagaimana keadaan yg mereka hadapi di Gaza. Kata mereka, « kami berhadapan dgn tentera2/pejuang2 yg berbaju putih. Dan pergerakan mereka sgt pantas. Apabila kami hendak menembak, mereka menyusup dgn pantas dan menghilangkan diri. Kemudian secara tiba2 mereka sudah berada di hadapan kami dan mereka melemparkan pasir2 kpd kami yg membutakan mata kami »

Apabila akhirnya berjaya masuk ke Gaza, ustaz bertanya kpd penduduk Gaza siapakah pejuang2 berbaju putih tersebut. Pada logiknya, tiada org akan pergi berperang memakai baju putih kerana ia akan mudah dilihat musuh. Penduduk Gaza menjawab, tiada org di antara mereka yg pergi berperang dgn berbaju putih dan mereka tidak kenal akan org2 seperti itu. Rupa2nya itulah dia pertolongan daripada Allah ke atas mereka. Kenapa Allah membantu mereka ? Ini adalah kerana mereka adalah org2 yg benar2 layak menerima bantuan Allah disebabkan cara hidup Islamiyyah sejati yg mereka amalkan dan kerana tetap berpegang pada ajaran al-Quran dan Rasulullah SAW. Mereka juga memelihara al-Quran dalam hati2 mereka.

Ustaz menceritakan, di Gaza pada setiap waktu akan ada kumpulan2 para remaja yg berkumpul dlm kumpulan2 kecil di tempat2 strategik utk mengawasi pergerakan tentera2 Israel. Kebykan mereka, kalaupun tidak semua, hafaz 30 juzuk Al-Quran. Di sekeliling sempadan Gaza, lebih kurang 2000 org sentiasa berkawal. Semuanya hafaz 30 juzuk al-Quran. Mereka benar2 berpegang pada ajaran Islam dan Rasulullah SAW. Anak2 dari kecil diterapkan nilai2 Islamiyyah dan diajar ilmu al-Quran. Menjadi sesuatu yg mengaibkan bagi sesebuah keluarga di Gaza, jika di dlm rumah itu tiada seorang pun yg hafaz 30 juzuk al-Quran.
Ketika tiba waktu solat fardhu setiap waktu, masjid penuh seakan sewaktu solat Jumaat. Mereka dtg berjemaah beramai2. Ciri2 ini menjadikan mereka layak utk mendpt pertolongan Allah.

Matlamat hidup mereka setiap seorang hanyalah utk syahid fii sabilillah. Apabila ada ahli keluarga menemui syahid, mereka tidak menunjukkan kesedihan, malah mereka gembira dan bersyukur kpd Allah. Dan seterusnya mereka juga bercita2 dan berazam utk sama2 syahid dan bertemu dgn keluarga mereka di syurga Allah. Mereka sgt yakin dgn janji Allah. Kanak2 juga di Gaza sgt berani dan mereka tidak komplen dgn keadaan mereka. Penduduk Gaza tahu tanggungjawab mereka utk mempertahankan bumii Gaza. Dunia ini tidak dipandang sgt, hanya syahid dan syurga Allah yg dirindui.

Ustaz bercerita ada suatu mlm beliau berjln2 bersama beberapa penduduk Gaza utk melawat tmpat2 di situ. Tiba2 penduduk Gaza menyuruh beliau senyap dan bersembunyi. Rupa2nya, ada heli Apache lalu di udara yg gelap. Bunyinya hampir tidak kedengaran. Inilah teknologi Israel. Mereka juga menggunakan senjata2 yg diharamkan oleh PBB di Gaza, contonya seperti bom fosforus. Debu2 fosforus ini berterbangan di udara dan aktif sehingga 14 hari. Jika terkena kulit, ia akan membakar kulit sampai ke tulang, dan seterusnya membakar tulang, sehingga lah 14 hari. Kadangkala doktor2 yg merawat mangsa pun terkena kesannya. Beginilah kejamnya Israel.

Info terbaru kata ustaz, pihak Israel sedang merangka rancangan utk menakluk sepenuhnya Masjidil Aqsa dlm bulan Mei 2010 ini. Beberapa tahun dulu Ariel Sharon pernah dgn angkuhnya masuk ke Masjidil Aqsa dgn berkasut bersama tentera2nya dan berikrar akan mengambil alih tapak masjid tersebut melalui undang2 dan fakta sejarah (yg diputar belitkan).

Ustaz kemudian memperkenalkan ulama Palestine Sheikh Abu Mukmin. Kata ustaz keluarga beliau antara yg paling ramai telah syahid, termasuk ibu bapa beliau, datuk beliau, adik beradik beliau dan anak2 beliau. Kesemuanya seramai 23 org telah syahid. Kata Sheikh, beliau juga tidak sabar menunggu gilirannya utk juga syahid fii sabilillah.

Bila mic diberikan kpd Sheikh Abu Mukmin, beliau menyatakan kegembiraan dpt bertemu org2 di malaysia kerana kita semua adalah bersaudara, ikhwanul muslimin. Dengan wajah yg serius tetapi tenang, beliau menceritakan tentang hidup mereka di Palestine. Di sana, mereka menerapkan cara2 hidup Islam sejati dari kanak2 lagi. Katanya ini adalah sgt2 penting. Di sana juga mereka berpegang pada firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).“ – As-Shaff ayat 10 & 11.

Jadi kata beliau, di sana mereka menjlnkan perniagaan yg tidak akan rugi. Inilah yg terus menerus mereka lakukan. Mereka sanggup berkorban demi mempertahankan bumi Gaza. Di Gaza, cara hidup Islam betul2 diamalkan. Mereka tetap berpegang pada ajaran Al-Quran dan Rasulullah SAW. Beliau berkongsi kejadian2 yg berlaku di Gaza. Kisah2 pembunuhan, kebuluran dan sebagainya. Antaranya, tentang seorang lelaki yg mengucapkan selamat tinggal kepada 4 org isterinya dan 13 org anaknya untuk keluar berjihad. Beliau merupakan salah seorang yg dikehendaki oleh tentera Israel. Isteri2 nya tidak mengizinkan beliau pergi, bukan kerana tidak sampai hati berpisah, tetapi kerana ingin turut sama2 syahid bersama beliau. Akhirnya lelaki tersebut syahid bersama dgn keempat2 org isteri beliau dan 13 org anak beliau apabila tentera Israel membedil rumah mereka.

Sheikh Abu Mukmin juga berkongsi kisah seorang remaja dlm 17-18 tahun yg keluar berjihad. Beberapa rakannya telah gugur syahid dlm pertempuran dgn tentera Yahudi. Dlm satu ketika beliau sempat menelefon ibunya dan menceritakan pengalamannya dan kekecewaannya kerana belum menemui syahid. Ibunya sendiri berpesan jgnlah dia pulang sehingga dia menemui syahid di jalan Allah. Akhirnya pada suatu hari dia syahid jua apabila sehingga berbelas2 tentera Israel mengelilingi dan menembaknya utk memastikan dia benar2 mati.

Byk lagi yg dikongsi beliau tetapi kurang ingat. Beliau hanya bertutur dlm bahasa Arab, dan kemudian diterjemahkan ke BM oleh seorang ustaz. Akhir kata Sheikh Abu Mukmin berpesan agar kita kembali lah kpd ajaran Islam. Didiklah anak2 kita sebaik2nya dgn ajaran Islam.

Uztaz dari HALUAN kembali mengambil alih dgn menyeru kita menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita yg tersepit di Gaza. HALUAN kini sedang mengumpul dana bersama beberapa negara di dunia dgn diterajui oleh Turki, untuk Konvoi yg ke-4, insyaAllah bulan May ini. Konvoi kali ini akan melalui jalan laut utk menghantar bekalan ke Gaza. Target utk membeli beberapa buah kapal untuk tujuan tersebut. Sekarang, sudah ada sejumlah kapal dari negara Britain, dan 2 kapal dari Turki. Dari Malaysia insyaAllah target ialah 2 buah kapal. Kapal2 ini nanti setelah siap diisi brg2 keperluan utk Gaza, akan bergerak dan berkumpul di Turki. Dari Turki baru akan bergerak ke Gaza. Ini kerana kerajaan Turki ada memeterai satu perjanjian dahulu dgn Israel yg melarang Israel dari menyerang mana2 kapal dari Turki. Akan tetapi kata ustaz, kita masih perlu berdoa byk2 mengharap pertolongan Allah, kerana puak Israel memang terkenal dgn memungkiri janji seperti yg diketahui semua. Selesai menghantar brg ke Gaza, kapal2 ini akan balik ke Turki, dan dlm beberapa minggu kemudian akan pergi lagi back & forth menghantar bekalan ke Gaza. Beginilah harapannya agar kepungan bahan keperluan ke Gaza dpt dipecahkan dan bantuan dpt berterusan disalurkan melalui kapal2 ini. Kata ustaz dana kini masih jauh berkurangan, jadi harapan beliau rakyat Malaysia dpt sama2 membantu.

Untuk info lebih lanjut boleh refer kat website rasmi HALUAN Palestine di http://haluanpalestin.haluan.org.my/ . Untuk info tentang misi konvoy melalui laut di atas, klik pada Talian Hayat untuk Gaza: Menerobos Tembok Kematian atau Lifeline 4 Gaza: Break the Siege di website HALUAN Palestine.

Kat situ gak ada diberi no. Account BIMB dan Maybank kepada sesiapa kwn2 yg berniat utk sama2 membantu saudara2 kita di bumi Gaza. Yakinlah dgn firman Allah di atas. Utk kemudahan, ini nombornya:

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

Memberi Sekiranya Ada...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kesenangan dan kegembiraan sering kali suatu yang diharapkan dapat dicapai oleh seseorang didalam kehidupan. Namun tidak semua yang kita harapkan akan dapat diperolehi dengan mudah. Bagi seseorang yang diberikan kelebihan dan mempunyai segala-galanya, mungkin boleh dikongsikan dengan orang lain sekiranya mengkehendakinya, bagi orang yang memiliki sesuatu ia boleh mengambil keputusan samada mahu berkongsi apa yang ada atau tidak dengan orang lain. Sebaliknya bagi siapa yang tidak memiliki apa-apa tidak mungkin ia dapat berkongsi dengan orang lain dan hanya boleh berharap bantuan dari orang lain sahaja.

Bagi seorang yang kaya raya tentu sekali begitu mudah untuk menolong orang yang miskin dan papa, begitu juga bagi seorang yang penuh dengan kasih sayang tentu begitu mudah untuk memberikan kasih sayang kepada orang yang ditemuinya dan perasaan itu akan mengalir kepada sesiapa sahaja yang bertemu dengan beliau. Bagi orang yang boleh memerintah diri sendiri, tentu sekali tidak sukar untuk memerintah orang lain kerana ia mengetahui bagaimana untuk mengambil hati orang yang akan membantu untuk melaksanakan tugas yang mahu dilaksanakan. Yang penting kita perlu mempunyai sesuatu untuk diberikan atau melaksanakan sesuatu. Apakah kelebihan yang kita ada pada diri kita? Kita perlu jelas kekuatan dan kemampuan yang kita ada dan mengunakan kelebihan tersebut untuk mencipta yang terbaik bagi kehidupan kita, namun semuanya perlu kita serahkan keputusan yang mungkin dicapai kepada Allah swt.

Melihat apa yang kita ada tentu sekali apa yang dimiliki oleh Allah swt melebihi segala-gala yang kita ada dan tidak dapat dibandingkan sama sekali, Allah swt mampu memberikan apa sahaja dan boleh melakukan sesukaNya kepada semua manusia. Oleh sebab itu sejauh mana kita berharap kepada Allah swt didalam apa sahaja keputusan yang kita ambil didalam kehidupan. Adakah kita berharap kepada Allah agar diberikan kasih sayang, diberikan keikhlasan, diberikan kemewahan, diberikan kepandaian, diberikan kesungguhan dan banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dengan pertolongan dari Allah swt.

Ramai diantara kita tidak merasai hubungan yang intim dengan Allah swt, kita merasakan apa yang ada sudah mencukupi, kita sering lupa meletakkan pengharapan kita hanya kepada Allah swt sehinggakan apabila kita berjaya, kita sering merasakan apa yang diperolehi adalah atas usaha kita semata-mata tanpa meletakkan segalanya atas ketentuan Allah swt. Masa tetap berlalu samada kita mendapat yang terbaik atau sebaliknya, namun adakah kita dapat mendidik hati-hati kita setiap saat yang berlalu agar ianya adalah hadiah pemberian Allah swt untuk menguji kehidupan bagi melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Allah swt. Allah hu alam

Thursday, June 3, 2010

Nikmat Kesihatan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kesihatan merupakan anugerah dan hadiah dari Allah swt. Hanya mereka yang dalam kesakitan sahaja yang dapat menghargai kesihatan yang diberikan oleh Allah swt. Kita sering merasakan kesihatan itu milik kita dan merasakan kita seolah-olah akan sihat sampai bila-bila, namun akhirnya saat akan tiba dimanan penyakit akan datang dan kita pada masa itu baru menghargai nikmat kesihatan yag diberikan oleh Allah swt selama ini. Bak kata pepatah datang macam ribut dan pergi macam semut. Adakah pepatah ini betul atau salah? Ada kebenarannya dan ada kesilapannya. Jika mendapat kemalangan, memang ia datang macam ribut dan akan pulih macam semut. Tetapi sekiranya penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit ia datang macam semut dan pergi macam semut. Ini disebabkan penyakit itu adalah begitu hampir dengan apa yang kita makan, sedikit demi sedikit ianya memberikan kesan kepada kesihatan dan akhirnya kita akan mengidap penyakit tersebut.

Kita perlu bersyukur kepada Allah swt dan kesyukuran itu boleh ditunjukkan melalui tindakan kita setiap saat adakah kita dapat hubungkan dengan Allah swt atau ianya tidak dan tiada langsung berkaitan untuk mencari keredaan Allah swt. Banyak perkara yang kita lakukan didalam kehidupan ini dan adakah dalam setiap ketika kita sentiasa berfikir apakah yang kita mahukan? Adakah kita mahukan kegembiraan semata-mata, adakah kita mahukan pujian adakah kita mahukan sanjungan atau kita mahukan sesuatu yang lebih bermakna untuk kehidupan di akhirat nanti. Adakah kita cuba seikhlas hati apabila melakukan sesuatu didalam kehidupan. Apabila kita menyatakan keikhlasan saya diperingatkan oleh anak saya semasa program keluarga semalam dengan menyatakan keikhlasan itu seperti orang buang air, tiada orang yang mahu memaklumkan kepada orang lain yang mereka akan buang air, dan apabila berada didalam bilik tiada orang yang terjerit-jerit membuang air, dan apabila telah selesai tiada juga orang yang bersorak menyatakan ia telah selesai membuang air.

Mungkin kita perlu memikirkan apakah yang telah kita lakukan selama ini, adakah kita melakukan amal-amal penuh dengan keikhlasan atau kita melakukan untuk mendapat sedikit pujian dan sanjungan. Kehidupan penuh dengan ujian dari Allah swt dan ia akan memastikan setiap orang akan di uji untuk memastikan samada benar keimanan yang dinyatakan. Apakah kita menjaga hadiah kesihatan yang diberikan oleh Allah swt dan akan terus bersyukur dengan pemberian ini serta melakukan sesuatu untuk mencari keredaan bagi kehidupan yang kekal diakhirat kelak, Allah hu alam

Monday, May 31, 2010

Lampiran-Kisah "Malaikat Kecil"

Kisah "Malaikat Kecil"

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“… …pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Deraian air mata tanda perubahan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tiada deraian air mata tanda tiada cinta, kematian dan pemergian ayah dan ibu ditangisi tanda kita cintai mereka, dan setiap kali kita menagis tanda kita amat-amat menghargai dan amat-amat berterima kasih diatas apa yang kita rasakan didalam kehidupan. Ianya datang dari hati yang tulus ikhlas, dari perasaan yang tidak dapat dipaksa-paksa namun segalanya akan diluahkan melalui tindakan.



Sejauh mana deraian air mata akan keguguran apabila kita membaca Al Quran? Atau butiran air mata lebih banyak gugur apabila melihat cerita movie di panggung wayang dan TV. Atau deraian air mata gugur disebabkan ditinggalkan oleh kekasih, atau kehilangan yang dikasihi. Sejauh mana cintanya diri kita kepada Allah swt? Sejauh mana cintanya kita kepada kekasih Allah swt iaitu rasulullah saw? Sejauh mana kita menghayati perjalanan perjuanganya, sejauh mana kita cuba untuk mengikutinya, sejauh mana kita sanggup untuk berkorban untuk mencari yang terbaik untuk membantu rakan-rakan kita yang memerlukan pengorbanan dari diri kita? Begitu mudah untuk menyatakan sanggup melakukan sesuatu namun apabila terpilih oleh Allah swt untuk kita membuktikannya sering kita berbelah bagi atau mungkin berdolak dalik. Namun Allah swt mengetahui segalanya, kita perlu berserah dan nescaya bantuan Allah swt begitu hampir bagi yang menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt.



LL4G masih didalam perjalanan ke GAZA , marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan solat hajat bagi Allah swt memperkenankan rahmat dan bantuan kepada kumpulan NGO tersebut supaya mendapat ketenangan bagi membantu penduduk GAZA di Palestin. Ikutilah perkembangan perjalanan ini di http://www.lifeline4gaza.org/ . Ini adalah lambang cinta yang tidak berbelah bagi dari anggota LL4G dan semuga kita yang mampu untuk mengikuti dan dapat menyumbangkan sedikit tenaga seperti melakukan kutipan sekiranya masih tidak ada kutipan dilakukan di unit kita untuk membantu Palestin ini. Masukkan segala kutipan ke Tabung Palestin HALUAN (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28. Atau melakukan kutipan bulanan atau menyumbang setiap bulan RM10 kepada tabung ini agar segala tindakan kita akan di perhatikan oleh Allah swt.



Bersama-sama ini dilampirkan rakaman suara buat kita menghayati perjuangan yang mereka lalui dan agar kita juga teruja untuk melakukan sesuatu tanda cinta kepada keamanan dan sokongan kepada dunia Palestin. Akhir kata semuga kita diberikan kesempatan lagi dilain kali untuk terus bersama-sama berkongsi pengetahuan untuk menjadikan diri kita lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ampun maaf di minta dan semuga persahabatan ini akan berkekalan walaupun saya telah meninggalkan TM yang amat bermakna buat kehidupan saya. Saya akan menghubungi dan dihubungi oleh tuan puan melalui email baru saya di kalamiar@gmail.com . Selamat maju jaya dan maaf zahir batin.

Thursday, May 27, 2010

Lampiran
















Contoh surat untuk rujukan

Ahmad bin Ali
No 3021 Sri Pulai
81110 Johor Bahru
Johor


Setiausaha,
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis,
Aras Bawah, Kompleks Islam,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.
(u/p : En. Basri Bin Baharum)

Tuan,

ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ ﻭﺭﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻭﺒﺭﻜﺂﺘﻪ

BAYARAN ZAKAT PENDAPATAN - BULAN Mei 2010

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

Bersama-sama ini disertakan salinan surat pemotongan gaji yang telah dihantarkan kepada bahagian Human Capital TM dengan jumlah sebanyak RM 1000.00 untuk pembayaran zakat.

Sila serahkan pembayaran semula sebanyak 50% iaitu RM 500.00 sepertimana yang dipersetujui kepada Wakil Pengagihan kami iaitu Headir & Co dan wang tersebut akan diberikan kepada Sekolah Ibn Khaldun..

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,



T.T______________________________

Nama:Ahmad Bin Ali
No K/P : 620217-01-5907
STAFF NO : S3XXX0
No. Tel : 0130000000 No. Fax : 0322404444 email :kalamiar1@yahoo.com
S.k : Headir & Co.
15A-3, Blok D2, Jalan PJU 1/39,
Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya,
Selangor.

Salam Perpisahan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



27 tahun suatu masa yang lama, melebihi separuh daripada usia kehidupan diri saya sendiri dan 31 Mei 2010 adalah hari terakhir saya berkhidmat dengan TM dan pernamatan perkhidmatan ini melalui skim VSS. Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui sepanjang bertugas dengan syarikat TM. Dari berkhidmat sebagai pembantu teknik di unit kejuruteraan bengkel Kluang Johor pada tahun 1983 kemudian sebagai penolong pengurus CNO di Segamat pada tahun 1993. Penolong pengurus demand forcast di Batu Pahan 1995, Pengurus Payphone 1998, Quality Consultant di Selangor 2001, Pengurus di Channel Management 2004, Projek Reinour Business sales 2004, AGM Strategic Sales Management 2006, Agm Learning development Division 2007, Senior Trainer di TMTC 2008 dan akhirnya Agm di Brand Governance 2010.



Tentunya bukan sahaja pengalaman yang diperolehi, kesilapan dan kesalahan tentu sekali tidak terlepas daripada dilakukan, hari ini saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon keampunnan dan kemaafan dari tuan puan yang saya kenali atau tidak kenali. Tiada sesiapa yang sempurna, lidah mana yang tidak tergigit, bumi mana tidak di timpa hujan, maka sudilah kiranya tuan puan memaafkan segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan mungkin secara sengaja atau tidak sengaja. Perjalanan kehidupan tidak tahu sejauh mana lagi boleh di capai namun hukuman kematian suatu yang pasti, doakan agar saya dan keluarga mendapat keberkatan dari Allah swt dan semuga kehidupan yang dilalui dipenuhi dengan rahmat serta perlindunganNya di dunia dan akhirat.



Mungkin coretan email saya tidak kesampaian selepas ini, tetapi anda boleh melayari blog saya di http://kalamiar.blogspot.com/ saya akan cuba untuk menghantar email dari masa kesemasa dimasa akan datang. Untuk makluman saya sedang membantu sebuah sekolah Agama untuk mendirikan bangunan baru dengan jumlah perbelanjaan bernilai RM6 juta. Diantara cara untuk mendapatkan dana tersebut, Pusat zakat kerajaan Negeri Perlis bersedia untuk memberikan sebanyak 50% kutipan zakat yang dihantar atau dibayar ke negeri tersebut. Oleh sebab itu saya sedang giat mencari sesiapa sahaja yang mahu menukarkan pemotongan PCB sedia ada kepada zakat Negeri Perlis. Saya bersedia memberikan taklimat kepada unit tuan puan untuk tujuan diatas dan sekiranya pihak tuan puan inginkan motivation talk di unit tuan puan saya juga bersedia untuk menyampaikannya dan kemudiannya saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk memberikan taklimat berhubung dengan kutipan dana sekolah agama tersebut.



Bersama-sama ini dilampirkan borang yang perlu di isi dan juga surat kebenaran bagi membolehkan saya menuntut 50% daripada bayaran zakat tersebut untuk kegunaan sekolah Agama Ibn Khaldun. Segala borang dan surat yang telah diisi bolehlah di faxkan kepada saya di no 0351626671. Bagi anggota TM saya akan menguruskannya dengan pihak HRTM. Atau sekiranya pihak tuan telah menghantarnya kepada HRTM saya memerlukan salianan borang dan surat yang terlampir diatas bagi menguruskan tuntutan kepada Pusat zakat kerajaan Negeri Perlis. Pembayaran zakat melalui tunai/cek juga diuruskan oleh saya dan insaallah semua resit-resit akan diberikan bagi tujuan pemotongan HLDN.



Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf juga ingin memohon bantuan tuan puan untuk membantu saya didalam mendapatkan dana bagi pembinaan sekolah Ibn Khaldun. Semuga bantuan dan pertolongan tuan puan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan akan diberikan keberkatan dan dikira sebagai amal soleh oleh Allah swt. Amin (Saya boleh dihubungi melalui 013-3544375)

Ujian Pembuktian Kesyukuran

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Bersyukur sesuatu yang mudah untuk diperkatakan, saya bersyukur kerana mendapat kejayaan didalam peperiksaan, saya bersyukur kerana mendapat cahaya mata, dan banyak lagi ungkapan-ungkapan bersyukur yang pernah kita perkatakannya. Namun apakah kita benar-benar bersyukur dalam erti kata sebenarnya? Suatu persoalan yang hanya boleh dijawab oleh Iman seseorang, semakin tinggi iman seseorang semakin banyak bukti-bukti kesyukuran akan di lahirkan didalam kehidupan. Semakin tipis keimanan maka kesyukuran tersebut sekadar lahir di bibir dan tidak akan dapat dilihat didalam tindakan kehidupan yang dilalui yang membuktikan dia benar-benar bersyukur.



Bagi mereka yang benar-benar bersyukur tentu sekali tidak akan mensia-siakan segala peluang dan pemberian oleh Allah swt tersebut. Sekiranya lulus peperiksaan tentu sekali beliau akan mengunakan kelulusan itu untuk mencari pekerjaan yang diredaai Allah swt dan berkerja dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan terima kasih diatas pemberian Allah swt tersebut. Tiada rasa bangga dan bongkak dihatinya kerana beliau tahu segala yang dicapai walaupun atas usaha sendiri tetapi adalah pemberian dari Allah swt. Sekiranya mempunyai anak tentu anak-anak itu akan di didik dengan baik kerana merasakan suatu tanggungjawab kepada Allah diatas hadiah yang begitu cantik dan sempurna. Semuga hadiah yang memberikan kegembiraan itu akan terus dapat memberikan kebaikan bukan sahaja di dunia malah menjadi harta yang amat-amat bermakna diakhirat nanti.



Mari kita merenungkan sesuatu yang mungkin dan telah diberikan oleh Allah swt kepada diri kita. Apakah yang akan dan telah kita perbuat terhadap hadiah tersebut? Apakah kita telah dan akan menjaga sahaja sebaik mungkin? Apakah kita telah dan boleh menjadikan hadiah itu untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah swt? Apakah dengan hadiah itu telah dan akan menambah dosa-dosa kehidupan? Apakah sekiranya kita mendapat kesusahan kita akan menyalahkan orang lain diatas keputusan yang telah kita lakukan? Semua ini perlu dijawab oleh iman dan apabila kita memperkatakan iman perlu menjawabnya maka iman tidak akan dibiarkan begitu sahaja, ianya akan diiringi oleh ujian demi ujian untuk benar-benar memastikan kita betul-betul berserah diri kepada Allah swt. Begitu mudah untuk mencoretkan kata-kata namun segalanya adalah suatu perjalanan kehidupan untuk menemui kematian.



Untuk merasakan mendapat yang terbaik sentiasa didalam kehidupan memerlukan persediaan, begitu banyak persediaan yang perlu disediakan dan kita perlu bermula dengan ilmu pengetahuan terhadap Allah swt agar akidah menjadi jelas yang akan memandu kehidupan. Dengan jelasnya akidah penyerahan akan menjadi total dan segala ujian menjadi suatu yang mudah untuk dilalui walaupun sukar pada orang lain. Tidak semua orang terpilih untuk melalui sesuatu ujian tetapi apabila terpilih kita perlu menjawab ujian itu dengan betul dan sempurna agar sentiasa lulus dengan cemerlang dan berjaya. Seorang pelajar perubatan tidak akan dibenarkan untuk mengambil peperiksaan kejuruteraan kerana ia tidak layak dan tidak ada persediaan. Allah swt yang maha mengetahui, maha pengasih, maha penyayang, maha adil, maha sempurna apabila memilih seseorang untuk diuji maka tentu sekali ia mengetahui orang tersebut layak dan ada persediaan namun samada lulus dengan cemerlang adalah keputusan yang diambil oleh hamba-hambanya dan mereka akan dipertanggungjawabkan diatas keputusan yang telah mereka ambil. Marilah kita sama-sama menjaga begitu banyak hadiah yang telah dan akan diberikan kepada kehidupan kita untuk diuji oleh Allah swt. Allah hu alam.

Keputusan suatu penilaian,penelitian dan harapan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Keputusan suatu yang memerlukan penilaian dan penelitian. Setiap keputusan akan memberikan kesan didalam kehidupan, banyak keputusan yang mungkin akan dilakukan didalam kehidupan, Keputusan untuk berhenti daripada bekerja, keputusan untuk menyambung pelajaran, keputusan untuk menunaikan haji atau umrah, keputusan untuk beristeri lagi, keputusan untuk melakukan perniagaan dan banyak lagi keputusan-keputusan yang mungkin akan diambil oleh seseorang didalam kehidupan, namun setiap keputusan memerlukan pengorbanan, pengorbanan masa, pengorbanan kasih sayang, pengorbanan harta, pengorbanan jiwa dan perasaan. Persoalaannya adakah keputusan itu untuk mencari redza Allah swt atau sebaliknya?



Walau apa sekalipun yang diputuskan oleh kita, sebenarnya semuanya adalah datang dari Allah swt, mungkin keputusan itu baik dirasakan buat kita atau buruk buat kita namun ianya adalah merupakan ujian untuk melihat kita bagaimana kita benar-benar menyerahkan segalanya kepada Allah swt. Semua orang akan diuji oleh Allah swt. Bagi yang tidak melakukannya mungkin Allah belum memilih mereka tetapi allah swt menguji dengan melihat perasaan mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah mereka merasakan segala-galanya dari Allah swt dan cuba mendoakan agar yang terbaik akan diberikan kepada rakan-rakan mereka tidak kira dimana sahaja atau melihat secara selamba atau mengkritik terhadap keputusan yang telah dilakukan oleh rakan mereka.



Tiada siapa yang mungkin dapat mengetahui apakah yang akan diharungi dimasa hadapan, namun kita hanya dapat melakukan sebab-sebab dan keputusan natijah adalah milik Allah swt. Tanpa melakukan sebab-sebab dan berharap untuk mendapat yang terbaik adalah suatu yang mustahil, kita perlu berani untuk mengambil risiko kerana setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan dan dua kali ayat ini diulangkan didalam Al Quran bagi meyakinkan umat islam bahawa kita perlu bersedia menghadapi kesukaran untuk menikmati kesenangan. Didalam ayat ini kesekaran yang dimaksudkan adalah kesukaran yang sama tetapi kesenangan adalah yang berbeza. Sejauh mana kita dapat menghayainya didalam kehidupan tidak mungkin kita akan dapat merasakan sekiranya kita tidak berani untuk melaluinya.



Sebagai contohnya untuk menderma sebulan sepuluh ringgit kepada Tabung Haluan Palestine Akaun May Bank 564490208528 atau BIMB 140 230 100 342 92 merupakan suatu keputusan dan pengorbanan. Sejauh mana rasa hati tersentuh melihatkan penderitaan mereka, mereka tidak meminta dilahirkan di Palestine gaza , kita juga tidak meminta dilahirkan di Malaysia , namun mereka diuji melalui penderitaan demi penderitaan, kita pula melalui kesenangan demi kesenangan. Adakah kita sanggup berkongsi sedikit pemberian Allah swt untuk mereka yang amat memerlukanya. Pengorbanan kita sekiranya benar-benar ikhlas untuk mencari yang terbaik nescaya tidak akan dipersia-siakan oleh Allah dan akan mendapat keredaan Allah swt. Bukan senang nak senang jika takut susah maka susah nak senang, segala keputusan walau apa sahaja yang di ambil adalah didalam pengetahuan dari Allah swt dan kita perlu redza dengan ketetapan Allah swt. Apa yang telah berlalu juga adalah dari allah untuk memberikan yang terbaik insalllah buat kehidupan seterusnya. Allah hu alam.

Monday, May 24, 2010

Merubah dan berubah keperluan kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Memperbaiki diri sendiri suatu taujuk yang penting untuk di nilai dan dihayati didalam kehidupan. Kira sering mengunakan mata untuk melihat dan kita banyak melihat perubahan demi perubahan didalam kehidupan seseorang namun perubahan untuk kita sendiri jarang dapat kita lihat dengan erti kata yang sebenarnya. Kita begitu cepat dapat menangkap perubahan dalam diri anak-anak kita, perubahan dalam diri isteri atau perubahan dalam diri suami. Kita begitu peka dan sensitive terhadap perubahan walaupun sedikit seperti tempat duduk kita teralih, atau ada orang mengunakan buku-buku kita dan sebagainya.



Namun perubahan yang sepatutnya kita lakukan kita jarang-jarang sekali peka dan kita selalu membiarkan waktu berlalu yang akan mengubah diri kita. Kita tidak mengunakan waktu yang ada untuk memastikan perubahan itu berlaku seperti yang kita kehendaki. Jika kita menetapkan untuk bertambah ilmu tentunya kita perlu memperuntukkan waktu bagi kita membaca buku-buku atau mendengar ceramah demi ceramah, perubahan ilmu tidak akan dating bergolek tanpa kita rancang apakah yang akan kita lalui untuk mendapatkannya.



Kita perlu menyediakan sebab-sebab untuk mendapatkan hasil kerana hasil itu adalah milik Allah dan sebab itu milik kita. Apa yang kita sediakan pada hari ini atau apa sebab-sebab yang kita lakukan sekarang pastinya akan mengubah keputusan masa akan datang. Kita perlu melihat sebab sebab yang kita lakukkan sekarang kerana dengan sebab-sebab itu mungkin akan mengubah apa yang akkan datang, namun tidak semestinya berlaku seperti yang kita inginkan. Semuanya didalam pengetahuan Allah swt dan kita perlu belajar untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt dan dan yang pasti samada baik atau buruk pandangan kita sebenarnya ianya adalah dari Allah swt dan kita perlu sentiasa melihatnya dengan penuh kebaikan dan pasti ada yang mahu diuji oleh Allah kepada kehidupan yang ingin kita lalui. Allah hu alam.



Haluan bersama-sama beberapa NGO yang lain telah menghantar sukarelawan ke Gaza didalam Lifeline 4 gaza . Sila ikuti perkembangan perjalanan bantuan ini melalui radio IKIM pada setiap malam, jam 10 mlm. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semuga mendapat keberkatan bagi mereka yang kesana dan juga kita yang berada di Malaysia . Marilah kita menghulurkan sedikit kemampuan yang diberikan oleh Allah swt untuk membantu penduduk gaza melalui TABUNG HALUAN PALESTIN: (MAY BANK – 5-644-902-085-28). Semuga sedikit sumbangan kita diberkati Allah swt. Amin

Harap dapat memanjangkan email ini kepada sesiapa sahaja agar kita dapat membantu penduduk gaza, siapa lagi jika tidak kita yang melakukannya. Semuga sedikit amal kita ini akan dinilai nanti di akhirat kelak, Allah hu alam.