Thursday, October 29, 2009

Adakah Kesukaran Kemiskinan Mengisnsafkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kemiskinan dan penderitaan suatu yang tidak dminta atau dicari namun apa yang telah berlaku tetap menguji kehidupan kita. Mengapa mereka diuji dengan kemiskinana? Kesusahan? Penderitaan? Kesengsaaraan? Adakah perkara-perkara tersebut suatu yang mesti dilalui oleh seseorang sebagai suratan takdir atau kita melihat apa yang berlaku sebagai suatu yang akan mematangkan kehidupan dan perlu lulus ujian yang disediakan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur kepada Allah swt.



Hari Sabtu dan Ahad lalu, saya berkesempatan pergi kesuatu kawasan pendalaman di Sabah (Kunak dan Sempurna), saya sempat melawat beberapa kampong didalam misi bantuan kesihatan kepada penduduk. Rata-rata pendapatan sekeluarga disana sekitar RM 250 hinggga RM450, masih ramai yang tidak mempunyai TV, tiada peti sejuk, tiada radio, tiada sterika, kanak-kanak yang kelihatan begitu ceria walaupun mereka didalam keadaan miskin dan tidak sesenang seperti anak-anak kita.



Apabila ditanyakan kepada mereka samada berpuas hati tentang kehidupan mereka, ada yang menyatakan berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati. Namun rata-rata kehendak mereka tidaklah begitu tinggi, keperluan tidak begitu banyak dan kehidupan itu mudah dengan apa yang ada. Apabila ditanya tentang pakaian yang mereka punyai rata-rata tidak melebih sepuluh helai baju sahaja. Mengapa kita begitu banyak kehendak berbanding dengan penduduk kampong ini, mengapa kita sering tidak berpuas hati, banyak kehendak dan sentiasa membandingkan dengan orang lain.



Kita selalu membandingkan mengapa orang lain dapat sesuatu yang lebih berbanding dengan diri kita, kita rasakan selalu kerugian, selalu kekurangan, selalu tidak mendapat yang terbaik didalam tindakan kehidupan kita. Kita sering melihat keatas dan jarang-jarang melihat kebawah. Bukankah setinggi mana kita naik kita akan pasti mati.



Terkenang sebuah keluarga yang bahagia mempunyai akan-anak yang Berjaya namun apabila tiba kematiannya, rumah yang dibinanya telah ditinggalkan oleh anak-anak tanpa penguhi dan akhirnya rebah ketanah, anak-anak yang Berjaya tidak mahu mengunakan rumah yang telah bapa mereka bina kerana cita rasa anak-anak telah berbeza dengan cita rasa ayah semasa membina rumah tersebut. Mereka mahukan sesuatu yang baru, akhirnya rumah yang dibina tidak memberikan erti apa-apa langsung. Persoalannya adakah kita menyediakan rumah untuk kehidupan akhirat kita. Ada pula anak-anak yang bergaduh berkerat rotan dan berpatah arang kerana berebut harta peninggalan ayah, apakh ini harapan dan cita-cita kehidupan kita? Mari kita renungkan perubahan yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan sedikit ketenangan selepas kematian, allah hu alam

0 comments: