umber: WEB HALUAN Malaysia
5 orang relawan HALUAN yang berada di Padang meneruskan bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi. Mereka yang berpengkalan di Masjid Desa Sg Sirah, berdekatan Padang Pariaman, memberi bantuan perubatan dan juga mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa.
Menurut laporan Dr Arbaa'i yang mengetuai pasukan tersebut, semua ubat yang dibawa telah habis digunakan. Mereka kini menunggu penghantaran ubat-ubatan dari Pusat Operasi Misi Kemanusiaan Padang di Subang Perdana. Sementara itu, relawan-relawan HALUAN bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan juga doktor-doktor Kerajaan Indonesia yang memberi bantuan kepada mansa di sekitar Sg Limau.
"Malam tadi, ada berlaku gegaran 5.1 (Ritcher.) Alhamdulillah kami semua sihat dan selamat. Kami memang menjangkakan gempa-gempa susulan, jadi terpaksa bermalam dalam khemah. Alhamdulillah kerjasama dengan BSMI dan doktor-doktor kerajaan Indonesia sangat erat sekali. Buat masa ini, kami menggunakan ubatan yang mereka ada untuk merawat pesakit," kata Dr Arbaa'i dalam laporan ringkasnya.
Pasukan kedua HALUAN akan berlepas ke Indonesia pada hari Selasa, 13 September 2009. Menurut Ketua Misi Kemanusiaan Padang, Dr Syed Haleem, HALUAN merancang untuk menghantar lebih ramai relawan menyertai pasukan kedua. "Selain dari memerlukan bantuan perubatan, mangsa-mansa terutama sekali anak-anak yang kehilangan keluarga perlu mendapat perhatian yang sebaiknya. Kami terima laporan anak-anak ini yang mengalami traumi psikologi yang parah kerana kehilangan keluarga ataupun akibat pengalaman merasakan sendiri bencana gempa itu," terang Dr Syed Haleem.
Kini seminggu selepas kejadian, kegiatan masyarakat dan sekolah masih tidak seperti biasa. Guru-guru terpaksa membersihkan sekolah, sementara ramai pelajar yang tidak berani ke sekolah kerana trauma. Sebanyak 1247 bangunan sekolah rosak teruk, dan lebih dari 1500 buah sekolah lain turut mengalami pelbagai kerosakan.
Mangsa-mangsa menggunakan Masjid Raya Istiqamah yang rosak untuk berteduh dan menunaikan solat.
Mangsa gempa ini terpaksa meminta belas kasihan pengguna jalan di Kabupaten Padang Pariaman.
HALUAN menyeru masyarakat prihatin untuk turut menghulurkan bantuan melalui Misi Kemanusiaan Padang ini. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melapangkan (kesusahan) yang dialami oleh seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesusahannya, jika dia menutup keaiaban seorang mukmin, Allah akan menutupi keaibannya, dan Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya selagi mana dia membantu saudaranya."
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui
Tabung Kemanusiaan HALUAN
Bank Islam Malaysia
No akaun 14-023-01-002571-8.
Al Tabarani meriwayatkan, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain."
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment