Monday, October 5, 2009

Bergembira Menanti Kematian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kegembiraan di bulan syawal jelas kelihatan terutama dikalangan anak-anak yang telah berpuasa selama sebulan, semasa perjalan pulang semalam saya mendengar radio Ikim dimana ada pemanggil yang menyatakan begitu gembira sekali kerana tahun ini beliau dapat berpuasa sebulan tanpa ada yang tertinggal, mungkin beliau ada penyakit yang menyebabkan tidak dapat berpuasa penuh sebelum ini.


Suatu pertanyaan yang mungkin boleh diberikan pada diri kita, apakah yang telah kita perolehi selepas sebulan kita melalui latihan dibulan ramadan? Apakah kita telah meningkat rasa bersyukur kepada Allah swt? Adakah meningkat rasa sabar didalam kehidupan kita? Adakah kita lebih tenang dan gembira didalam kehidupan yang sementara ini? Adakah kita lebih banyak mencari ilmu dan meningkatkan bacaan Al quran untuk membentuk diri kita? Apakah perubahan yang telah kita lakukan sehingga kita menjadi lebih baik daripada sebelum ramadan tiba?


Tidakkah kita sedar semasa kita bergembira, didalam ops sikap lebih kurang seramai 270 orang yang telah dipanggil oleh Allah swt kerana terlibat didalam kemalangan. Tidak ada diantara mereka yang meminta tetapi apabila kematian itu datang tiada siapa yang dapat mengelaknya, Bukan sebab kemalangan tetapi sebenarnya saat kematian itu telah ditetapkan dan walaupun mereka tidak terlibat didalam kemalangan kematian tetap juga akan tiba bagi mereka, cuma Allah swt mahu mengambil mereka melalui peristiwa kemalangan sebagai sebab untuk pengajaran kepada kita agar lebih mengingati kematian yang tidak pernah melupakan diri kita.


Apakah persediaan yang telah kita sediakan untuk kematian yang semakin hampir dengan masa yang berlalu? Setiap saat yang pergi bermakna setiap saat semakin hampir kepada kematian yang memisahkan segala kesenangan, memisahkan kegembiraan, memisahkan kasih sayang, memisahkan kehidupan yang kita cari-cari bersungguh-sungguh ini untuk menuju suatu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Mari kita renungkan agar kita menjadi orang-orang yang kembali kepada fitrah untuk taat kepada segala perintah dan suruhan Allah swt. Adakah kita benar-benar bersedia dan bergembira untuk menanti saat yang tidak boleh kita elakkan ini? Atua kita tidak pernah berfikir perkara tersebut walaupun dihati kecil kita begitu pasti saat ini akan tiba juga akhirnya. Mari kita melakukan perubahan untuk kebaikan kehidupan di dunia dan akhirat nanti. Amin

0 comments: