Heran, apakah yang berlaku, aku dapati begitu ramai rakan-rakanku tlah berada dirumah kediaman mahligai yang ku kagumi milikku. Mengapa ramai sangat orang yang hadir ke kediamanku? Persoalan itu terus berkitar didalam pemikiranku. Aku terus mamasuki rumahku, ku lihat ibu dan ibu mertuaku juga telah tiba, begitu juga semua ahli keluargaku, saudara dan juga anak-anakku telah ada dirumahku. Anakku yang masih belajar di university juga telah pulang dan hadir dirumahku. Ganjil dan aku tertanya-tanya mengapa mereka datang dan pulang tanpa memaklumkan dahulu kepada diriku terlebih dahulu, apakah isteriku ingin melakukan kejutan kepadaku. Aku mencari-cari dimanakah isteriku untuk mendapatkan kepastian darinya.
Aku semakin hairan lagi apabila aku perhatikan semua orang tertumpu ke ruang tengah tamu seperti ada sesuatu yang di lihat atau diperhatikan oleh mereka. Aku lebih terperanjat kerana aku dapati ada sekujur tubuh yang telah menjadi mayat berada diruang tamuku. Apakah yang telah berlaku detik hatiku? Aku menghampiri mayat tersebut dan cuba untuk melihat siapakah yang telah meningal dunia dan diletakkan diruang tamu tersebut. Ah! Ku lihat wajah mayat itu, rupanya mayat itu serupa dengan diriku dan baru aku sedar bahawa aku telah menjadi mayat dan kini roh ku telah pulang untuk melihat apakah yang berlaku dirumahku.
Aku kini boleh membaca dan mendengar rintihan hati setiap orang yang berada disekeliling mayatku, aku dapat mendengar dari ibuku yang begitu kasih dan saying kepada diriku. Ibuku berkata “Anakku, kau seorang yang begitu baik buat ibu, sejak kecil kau sentiasa menghormati diri ibu, kau sering bermanja bila ada kesempatan, kau peluk ibu setiap kali kau pulang ke kampong, rasanya masih panas rasa ciuman dan pelukan mu pada ibu dimasa kau pulang baru-baru ini. Anakku, kau sering tidak lupa memberikan wangmu pada ibu walaupun sedikit tanda ingatan dirimu terhadap ibu. Walaupun engkau bukannya senang berbanding dengan adik beradik yang lain, kau tetap mengutamakan ibu dalam banyak hal, engkaulah yang telah memberikan banyak wangmu buat ibu dan ayah menunaikan haji, sebab kau mahu kami gembira. Anakku kau sungguh bererti buat kehidupan ibu, namun Allah swt lebih menyayangimu anakku, semuga kau mendapat yang terbaik dari Allah buat kehidupanmu nanti.
Aku memerhatikan isteriku yang penuh dengan wajah yang kesedihan, ku lihat matanya merah dan bengkak, mungkin disebabkan tangisan sedih atas pemergian diriku. Aku dapat mendengar rintihan hatinya. “Abang, kau pergi terlalu awal, rasanya tidak mampu untuk diri ini mendidik anak-anak yang ada tanpa dirimu, sayang. Abang, pengorbanan dirimu mendidik anak-anak suatu yang tidak dapat dilakukan oleh diriku, kau sanggup dengan penuh keletihan apabila pulang kerja …..
(Sedutan daripada cerita pendek dari buku yang akaan dikeluarkkan oleh saya nanti..)
Monday, October 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment