Tuesday, October 27, 2009

Korban Tanda Bersyukur Kepada Allah SWT

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Korban, suatu yang akan dilaksanakan apabila hari raya haji tiba, ada yang berkira-kira nak korban atau tidak pada tahun ini, ada yang telah menyimpan duit bagi melakukan korban dan ada yang masih belum memikirkan samada nak berkorban atau tidak pada tahun ini.



Amalan korban adalah suatu amalan yang di tuntut untuk dilaksanakan dimana firman Allah swt didalam surah Al Haj : 37 yang bermaksud “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”



Di riwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada hari raya aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah swt daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”



Haluan (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) akan mengadakan ibadah korban di Kemboja dan Sri Lanka dengan nilai RM230 bagi satu bahagian dan di Perkampongan Orang Asli & Miskin di Malaysia dengan nilai RM350 bagi satu bahagian. Apalah nilai wang bagi mereka yang diberikan begitu banyak kelebihan samada disegi keewangan, disegi kesihatan, disegi kebahagian, disegi kegembiraan. Marilah kita memberikan sedikit sumbangan untuk berkorban dengan penuh keikhlasan bagi melahirkan penyerahan kepada Allah swt.



Semuga keikhlasan dan kesediaan tuan puan akan di rahmati Allah swt dan menjadikan kita semakin hampir dan dikasih Allah swt. Mereka yang susah tidak meminta dilahirkan didalam kesusahan tetapi mereka dipilih untuk merasai kesukaran dan kita tidak meminta dilahirkan senang tetapi Allah memberikan kita sedikit nikmat untuk melihat kita samada bersedia untuk berkorban untuk mengembirakan mereka-mereka yang diuji dengan kesukaran.

Semuga kita diberikan kelapangan untuk berkorban di tahun ini. Amin

0 comments: