Tuesday, September 16, 2008

Adakah kita lupa pada Allah

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Adakah kita sekarang mendekatkan diri kita kepada Allah swt atau kita menjauhkan diri kita dari Allah swt?. Persoalan yang perlu kita jawab kerana ia akan memberikan akibat kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Sejauh mana kita merasakan yang diri kita amat perlu kepada tunjuk ajar daripada Allah swt didalam kehidupan ini, sekiranya kita baru mahu belajar memandu kenderaan, adakah kita akan membawa terus kenderaan tanpa ada sesiapa yang mengajar kita cara-cara memandu kenderaan tersebut? Jika kita cuba memandu tanpa dapat latihan dan panduan mungkin kita akan berakhir dengan kemalangan.



Kita benar-benar perlu kepada panduan dari Allah swt didalam kehidupan ini sebenarnya, tetapi ramai yang sering lupa untuk merujuk kepada Allah swt didalam kebanyakan keputusan yang kita lakukan, Alangkah rugi sekiranya kita mempunyai kenderaan dan tiba-tiba kenderan kita mengalami kerosakan dan kita cuba memperbaiki tanpa melihat kepada manual yang telah diberikan oleh kilang kenderaan tersebut.


Sekiranya kita mencuba memperbaiki kenderaan tanpa melihat kepada petunjuk mungkin kita akan dapat memperbaikinya dan mungkin juga bertambah rosak kenderaan yang cuba kita baiki. Oleh sebab itu kita benar-benar perlu kepada ilmu pengetahuan untuk memperbaiki kenderaan tersebut, hanya jurutera kepada kenderaan tersebut yang telah menyediakan panduan yang arif sebab dia yang menjadikan kenderaan tersebut sehingga boleh bergerak dan berjalan. Oleh sebab itu hanya Allah swt sahaja yang mampu untuk memberikan panduan yang terbaik untuk kita menguruskan diri kita dan sekiranya kita mengunakan manual yang lain dari Al quran maka akan berlakulah kemusnahan kepada diri kita.


Adakah kita lupa kepada tuhan dengan lupa kepada Al Quran, kita tidak mengambil kisah tentang kandungan Al Quran dan kita beranggapan dengan menunaikan solat kita telah sempurna sebagai seorang islam, mungki kita perlu membetulkan tanggapan kita dan kembali kepada Al Quran untuk menjadikan al Quran sebagai panduan kehidupan kita. Insaallah



____________________________________________________________


Lupa Tuhan Lantas Lupa Diri



“Beli 1 dapat 10!!!”, sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.
Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town”, kata orang putih.


Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.
Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.



Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.


Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.


Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!


RAMADHAN


Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)


Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]


Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat


TIBA-TIBA kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.


Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!


Pinggan tak retak, nasi tak dingin, Allah tak hendak, dia pun tak ingin!


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]



Perikan dari http://www.saifulislam.com/

Menyeberang ke alam barzah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Hari yang ke lapan telah tiba dibulan puasa yang Al Mubarak ini, bagaimanakah amalan kita sepanjang bulan ini? Adakah kita merasakan telah menerima hadiah yang begitu besar dari Allah swt, bagaimanakah jika di hari jadi kita, kita diberikan hadiah yang banyak oleh rakan dan juga mereka-mereka yang menyayangi kita, Gembira? Tentu sekali kita akan merasakan bahawa indahnya kehidupan tetapi apakah kita merasakan kegembiraan tersebut apabila kita bertemu dengan bulan Ramadan ini kerana ianya penuh dengan hadiah yang begitu banyak dari Allah swt.



Apakah persiapan kita untuk mennerima hadiah dari Allah swt, kita menyediakan ruangan dan tempat untuk kita menyusun hadiah yang banyak itu didalam hati-hati kita? Allah swt menjelaskan barang siapa yang melakukkan yang terbaik akan diberikanya keampunan dan ketaqwaan, adakah kita telah merasakan akan keampunan dari allah swt dengan penuh ketenangan dan kegembiraan dan adakah kita merasakan ketaqwaan dengan perasaan takut benar-benar kepada Allah swt keran semakin takut kita kepada Allah swt semakin kita akan cuba untuk menghampiri Allah swt.


Kematian suatu yang pasti dan samada kita sedar atau tidak, mengaku atau tidak, kita sebenarnya telah dihukum MATI oleh Allah swt, mati untuk menyaksikan segala amalan yang telah kita lakukan semasa kehidupan kita, menerima balasan terhadap segala amal yang telah kita lakukan samada yang baik atau yang buruk. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari yang terbaik didalam kehidupan ini kerana walau apa yang kita lakukan semuanya didalam pengetahuan Allah swt dan kita tidak dapat lagi dari perhitungan Allah swt.



Mari kita berharap agar Allah swt memberikan ujian yang mampu untuk kita hadapi dan kita berusaha bersungguh kerana kita menyedari bahawa Allah swt maha melihat dan sebagai hambanya kita mahu menunjukkan kita telah berusaha bersungguh kerana kita menyedari segala usaha yang kita lakukan adalah didalam pengetahuan Allah swt dan kita hanya cuba melakukan yang terbaik. Amin.



____________________________________________________________



email ni pun saya dapat dari kawan untuk renungan bersama.....


Menyeberangi Alam Barzakh..

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime.



Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya. "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung. Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak. Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...


Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih.



Astaghfirullahal azim... Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran. Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing.



Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga. Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati... Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!



Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah. Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah. ..



Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh. Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata. Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh.



Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya. Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.



GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! ! Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. "Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir. GGGRRRRUUUMMM. .. Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.



Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut. ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat. AARRKKK... UUURRRKKGGH! !! Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.



Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP! !!... bunyi papan patah berderai. PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP! Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah! Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.



Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.



Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak. "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya. Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran.



Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya. "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran.



Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas. Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta.



Suasana terasa hening. "Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil. Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.



Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur. Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa.



Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri. "Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.



Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.



Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata. Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur.


Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah. Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.



Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA Itu benar....dan. .azab kubur ...itu juga benarrrr.... . Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN



Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Adakah kita benar-benar berdoa..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Doa suatu harapan yang ikhlas dari hati yang jujur dan hanya kerana Allah swt. Adakah kita benar-benar berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah swt, adakah kita pernah menangis memohon benar-benar akan apa yang kita hajatkan dari Allah swt? Ramai orang yang berdoa kerana ianya sebagai amalan yang biasa dilakukan kerana setelah selesai sembahyang, kadang kala tidak memahami apa yang di doakan, tidak sedar apa yang diminta kerana doa yang dibaca telah dihafal semasa masih kecil lagi dan kita hanya mngulangi apa yang kita ingat daria masa kesemasa.



Alangkah ruginya seorang yang tidak mengetahui apa yang dimintanya kepada Allah swt yang maha berkuasa memberikan apa sahaja yang dikehendaki oleh hamba-hambanya, Allah swt bukan sahaja berkuasa memberikan apa sahaja tetapi menjanjikan akan memberikan apa sahaja yang diminta oleh hamba-hambanya sekiranya kita memohon dengan penuh kesungguhan dan berharap redzanya. Tetapi adakah kita benar-benar mengambil kesempatan ini untuk berharap dan menyerahkan segala keputusan kepada Allah swt semata-mata. Kita perlu sedar bahawa Allah swt mengetahui apa yang terbaik buat diri kita, sekiranya kita berharap dan apa yang kita harapkan tidak kita perolehi, maka kita perlu berbaik sangka kepada Allah swt kerana apa yang tidak kita perolehi itu mungkin ada yang lebih baik yang akan diberikan oleh Allah swt, atau mungkin belum tiba masanya kerana kita mungkin belum bersedia dan jika diberikan juga akan menyusahkan kehidupan kita.


Kadang kala kita mahukan gaji yang bertambah, kita mahukan pangkat, kita mahukan kekayaan tetapi apa yang kita hajatkan tidak kunjung tiba mungkin kerana Allah swt mengasihi diri kita, Dia tahu sekiranya kita diberikan apa yang kita minta mungkin kita cepat lupa daratan dan melakukkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt dan menjadikan kita manusia yang rugi bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Oleh sebab itu kita perlu belajar untuk berbaik sangka kepada Allah swt, di mana apa sahaja yang diberikan oleh allah swt kepada kehidupan kita semuanya ada yang terbaik untuk kita mempelajari dan membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita menyedari dan mempercayai bahawa Allah swt maha melihat apa yang kita lakukan dan Dia mengetahui apa yang ada didalam pemikiran kita.



Marilah kita mengunakan kesempatan yang ada buat bulan Ramadan ini untuk memohon doa kepada Allah swt agar diberikan kehidupan yang penuh dengan keredaan dari Allah swt dan berharap yang terbaik didalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Amin.


______________________________________________________________



Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?


Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.


Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!


Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.


Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.


Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.


Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.


Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.


Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.


Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.


Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!


Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?


Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya..

Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.


Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.


Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.


Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.


Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.


Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.


Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.


Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'

Sirah diri Rasulullah saw

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Sejarah hidup Rasulullah saw, merupakan suatu yang perlu diketahui dan dijadikan contoh buat diri kita, kita perlu mengetahuinya kerana kita mahu menjadikan diri kita orang yang paling mengasihi dan mencintai diri rasulullah saw, adakah kita akan mencintainya sekiranya kita tidak memahami bagaimanakah cara hidupnya dan tidak menghayati segala apa yang telah dilakukannya didalam kehidupannya.


Seorang rasul yang telah meninggalkan begitu banyak suri tauladan untuk kita ikuti dan memberikan kita begitu banyak kenangan manis untuk kita jiwai. Sekiranya sekarang apabila disebut tentang penyanyi, ramai akan muda yang mengikuti cara kehidupan hariannya, namun adakah dengan mengikuti perjalanan kehidupan itu akan memberikan pahala yang besar di sisi Allah swt? Tentu tidak tetapi sekiranya kita meneliti kehidupan dan sirah kehidupan Rasullullah saw tentunya kita akan diberikan kebaikan kerana kita cuba untuk mengenal kekasih Allah swt. Tentu kita akan diberkati oleh Allah swt.



Hari ini saya berkesempatan berbincang tentang ISO dengan seorang rakan yang baru di audit oleh sirim dan beliau menjelaskan bahawa ramai rakan-rakan yang bercuti hari ini kerana meraikan penat lelah setelah mempersiapkan diri untuk di audit oleh Sirim. Saya lantas terfikir bagaimanakah kehidupan kita apabila di audit oleh Allah swt nanti, adakah kita mempersiapkan diri kita agar benar-benar bersedia untuk menghadapi semakan oleh Allah swt nanti, bagai manakah sikap kita kepada rasul yang telah membawa berita gembira dan menakutkan, adakah kita benar-benar mahukan yang terbaik buat diri kita seperti kita mahukan yang terbaik buat unit kita kerana nak di audit oleh Sirim.



Audit yang dilakukan Oleh allah swt tidak pernah tersilap dan tidak pernah terlepas pandang, setiap yang telah kita lakukan pasti akan di bawa kepada pengadilan dan kita pasti akan mendapat balasan yang baik atau yang buruk kesan daripada tindakan di dunia ini. Oleh sebab itu apakah yang kita telah sediakan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi pepemeriksaan dari Allah swt nanti? Marilah kita bermula dengan melahirkan sedikit perasan cinta kepada kekasih Allah swt dengan meneliti sirah diri Rasulullah saw. Amin



________________________________________________________________



TUJUAN MENGKAJI SIRAH RASULULLAH SALLAHU’ALAIHIWASALLAM



Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Kita tidak seharusnya menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini sama dengan membaca dan menela’ah sejarah para tokoh yang biasa.


Tujuan pokok daripada kajian sirah Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ialah supaya setiap muslim dapat memahami, menanggap dan menggambarkan hakikat zahir dan batin Islam yang teradun di dalam kehidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Gambaran dan tanggapan ini akan timbul atau wujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam.



Tegasnya, kajian riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah suatu usaha mengumpulkan hakikat dan intisari dasar-dasar Islam, kemudiannya memadan dan menyesuaikan dasar-dasar itu dengan kecontohan-kecontohan dari Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.



Tujuan-tujuan sirah Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam:



1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana kehidupan baginda sendiri. Kesimpulannya, Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar semata-mata tetapi baginda adalah pesuruh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang menerima wahyu dan taufik daripadaNya.



2. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, untuk dijadikan sebagai dasar-dasar kehidupan. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapat kesemuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Maka, tidak hairanlah mengapa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menjadikan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sebagai contoh kepada umat manusia. Allah telah menegaskan di dalam kitab suciNya: Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam



Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu."
(Al-Ahzab:21)



3. Semoga kupasan tentang kehidupan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.


4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan sebanyak mungkin perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam atau tatasusila. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensi yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.


5. Membolehkan para pendidik dan penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan penunjuk yang utama. Maka para pendidik dan penda'wah Islam tidak membuang masa, malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik dalam berdakwah.



Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mampu dan berupaya memenuhi tujuan-tujuan di atas ialah kerana sejarahnya lengkap dan meliputi segenap bidang kehidupan samada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan, samada sebagai seorang individu yang bebas mahupun sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas


Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras. Peribadinya dipercayai manusia samada di kalangan keluarga atau sahabat. Baginda menyeru manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun Baginda seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah. Baginda seorang ketua negara yang mengemudikan bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar. Baginda seorang suami dan bapa yang halus pergaulannya, teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri. Baginda seorang ketua turus angkatan peperangan yang cergas, penuh dengan teknik dan stategi persediaannya. Baginda seorang hamba Allah yang bijak membahagikan tanggungjawabnya untuk Allah, keluarga dan sahabat handai RadiyaLlahu 'anhum ajma'in.



Tidak syak lagi, bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyamai memahami semua sudut kemanusiaan.


Rujukan: Fiqh as-Sirah Jilid 1, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti