Adakah kita sekarang mendekatkan diri kita kepada Allah swt atau kita menjauhkan diri kita dari Allah swt?. Persoalan yang perlu kita jawab kerana ia akan memberikan akibat kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Sejauh mana kita merasakan yang diri kita amat perlu kepada tunjuk ajar daripada Allah swt didalam kehidupan ini, sekiranya kita baru mahu belajar memandu kenderaan, adakah kita akan membawa terus kenderaan tanpa ada sesiapa yang mengajar kita cara-cara memandu kenderaan tersebut? Jika kita cuba memandu tanpa dapat latihan dan panduan mungkin kita akan berakhir dengan kemalangan.
Kita benar-benar perlu kepada panduan dari Allah swt didalam kehidupan ini sebenarnya, tetapi ramai yang sering lupa untuk merujuk kepada Allah swt didalam kebanyakan keputusan yang kita lakukan, Alangkah rugi sekiranya kita mempunyai kenderaan dan tiba-tiba kenderan kita mengalami kerosakan dan kita cuba memperbaiki tanpa melihat kepada manual yang telah diberikan oleh kilang kenderaan tersebut.
Sekiranya kita mencuba memperbaiki kenderaan tanpa melihat kepada petunjuk mungkin kita akan dapat memperbaikinya dan mungkin juga bertambah rosak kenderaan yang cuba kita baiki. Oleh sebab itu kita benar-benar perlu kepada ilmu pengetahuan untuk memperbaiki kenderaan tersebut, hanya jurutera kepada kenderaan tersebut yang telah menyediakan panduan yang arif sebab dia yang menjadikan kenderaan tersebut sehingga boleh bergerak dan berjalan. Oleh sebab itu hanya Allah swt sahaja yang mampu untuk memberikan panduan yang terbaik untuk kita menguruskan diri kita dan sekiranya kita mengunakan manual yang lain dari Al quran maka akan berlakulah kemusnahan kepada diri kita.
Adakah kita lupa kepada tuhan dengan lupa kepada Al Quran, kita tidak mengambil kisah tentang kandungan Al Quran dan kita beranggapan dengan menunaikan solat kita telah sempurna sebagai seorang islam, mungki kita perlu membetulkan tanggapan kita dan kembali kepada Al Quran untuk menjadikan al Quran sebagai panduan kehidupan kita. Insaallah
____________________________________________________________
“Beli 1 dapat 10!!!”, sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.
Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town”, kata orang putih.
Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.
Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.
Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.
Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!
RAMADHAN
Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)
Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]
Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”
TIBA-TIBA kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.
Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!
Pinggan tak retak, nasi tak dingin, Allah tak hendak, dia pun tak ingin!
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]
Perikan dari http://www.saifulislam.com/
0 comments:
Post a Comment