Tuesday, January 19, 2010

Buku vs Pembacaan...adakah mengubah?



Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Buku suatu yang sering bersama kita sejak kita kecil lagi, ada yang mula membaca sejak berumur 3 tahun dan ada yang masih tidak tahu membaca walaupun telah tua. Namun apakah pentingnya tahu membaca? Mungkin kita tahu membaca didalam bahasa melayu, mungkin tahu membaca dalam bahasa inggeris namun tidak tahu membaca dan tidak mengerti bahasa cina dan arab. Ini bermakna kita sentiasa serba kekurangan dan ada sahaja yang tidak mampu kita lakukan didalam kehidupan kita. Walau sejauh mana kita belajar dan sepandai mana kita didalam kehidupan namun ada sahaja kekurangan didalam kehidupan kita, tiada orang yang boleh mengaku mereka pandai kerana kepandaian bergantung kepada sedikit ilmu yang telah diberikan Allah swt kepada seseorang.



Sejauh mana kita sebenarnya membaca? Berapa banyak buku yang telah kita baca selepas kita keluar dari pusat pengajian, apakah jenis bahan bacaan yang sering kita baca? Adakah kita membaca bahan-bahan yang akan menyelamatkan kehidupan kita di akhirat nanti atau kita banyak membaca bahan-bahan sampah yang tidak akan memberikan apa-apa makna untuk kehidupan kita. Adakah kita membaca surat khabar dan menghabiskan mungkin sejam dua dihari minggu kita untuk melihat berita-berita yang dipaparkan bagi memenuhi masa yang ada. Apa yang kita dapat dari pembacaan tersebut? Adakah meningkatkan iman kita dan menjadikan kita merasakan tanggungjawab untuk mengubah diri kita supaya takut kepada Allah swt dan kasih serta mencintai rasulullah saw.



Jika tidak mengapa kita perlu meneruskan perbuatan tersebut, bukankah lebih baik untuk kita mengubah cara kita sedikit demi sedikit dengan memberikan keutamaan untuk membaca bahan-bahan yang mungkin dapat memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada diri kita. Jika kita boleh meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk membaca akhbar dan internet mungkin kita boleh mengambil satu jam untuk membaca buku-buku agama atau buku motivasi bagi membentuk pemikiran kita kearah lebih positif dan proaktif untuk mencari keredaan Allah swt. Mungkin satu jam terlalu lama buat kita dan kita perlu bermula dengan memperuntukkan hanya 15 minit sebagai permulaan dan tanpa kita sedari sekiranya 15 minit dalam masa sebulan kita telah 7.5 jam sebulan untuk membaca dan ini akan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kita, insyallah.



Sekiranya anda ingin mencari buku-buku motivasi dan agama saya telah menyediakan kedai buku dilaman blog saya http://kalamiar.blogspot.com/ Yang penting bagi saya bukanlah perniagaan tetapi perubahan hasil dari perubahan pemikiran kerana mempunyai ilmu baru dan sentiasa bertambah dari masa kesemasa untuk mengubah kehidupan yang akan diperolehi diakhirat nanti. Kita tidak akan berubah tanpa bermula untuk mengubah cara kita berfikir dan perubahan itu memerlukan kita melangkah buat kali pertama dengan menambah ilmu dan pengetahuan. Semoga kita diberikan kebaikan oeh Allah swt dengan diberikan ilmu yang baik dan sentiasa mendapat Hidayah Allah swt. Mempunyai banyak buku tidak akan memberikan apa-apa erti sekiranya hanya disimpan dengan baik tanpa diteliti dan dikaji, ingat pepatah orang tua-tua yang menyatakan tidak tahu membaca dengan tidak mahu membaca adalah suatu yang tidak banyak perbezaan. Kedua-duanya penuh dengan kerugian kerana tidak tahu mengunakan kelebihan yang ada untuk manfaat kehidupan. Allah hu alam.

0 comments: