Wednesday, January 20, 2010

Komputer membantu atau merosakkan kehidupan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Komputer sering digunakan didalam pekerjaan kita terutama yang bekerja dipejabat sekarang. Jika bertugas di luar pun kita memerlukan komputer kerana ia telah menjadi suatu keperluan didalam kehidupan seseorang. Jika suatu masa dahulu komputer begitu mahal dan hanya orang-orang yang penting sahaja didalam syarikat diberikan kemudahan komputer namun sekarang ia telah dijadikan sebagai suatu keperluan bagi semua orang yang bekerja. Juru jual, makenik, juruteknik, jurutera dan tidak kira apa sahaja memerlukan komputer. Lagi pun disebabkan permintaan yang tinggi menyebabkan harga menjadi rendah dan teknologi berkembang begitu pesat sehinggakan model sentiasa bertukar dari masa kesemasa.



Begitu banyak kebaikan yang diberikan oleh komputer namun disebalik kebaikan ada juga keburukkan komputer disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Dengan komputer kita dapat berhubung antara seorang dengan seseorang yang lain dan dapat meningkatkan hubungan salaturahim, namun dengan komputer juga hubungan yang tidak sepatutnya mungkin terjalin yang menyebabkan kemurkaan Allah swt. Dengan komputer kita dapat melihat dunia dimana sahaja dan mampu berkomunikasi walaupun beribu batu jauhnya, namun dengan computer juga ada manusia yang terpedaya dengan syaitan sehingga melihat perkara-perkara terlarang dan merosakan minda yang diberikan oleh Allah swt untuk mengingatiNya.



Semuanya bukan salah komputer tetapi adalah disebabkan oleh keputusan yang telah diambil oleh manusia itu sendiri, keputusan samada ingin mengunakan komputer untuk kebaikan atau mengunakan komputer untuk kerosakan diri sendiri. Dimasa yang sama syaitan sentiasa mencari pembantu-pembantunya dan akan cuba merosakkan manusia agar jauh dari Allah swt. Apakah kita telah bersedia untuk menghadapi dunia yang berubah begitu pantas sekali? Apakah keimanan telah mendalam sehinggakan cinta begitu jelas untuk Allah swt dan rasulnya. Tahap keimanan begitu rapuh sekali dikalangan remaja hari ini, dimana jika diperhatikkan 9 bulan selepas 12 malam hujung tahun atau 9 bulan selepas 12 malam hari kemerdekaan akan ramailah anak-anak luar nikah yang dilahirkan dimana pusat-pusat penjagaan kelolaan NGO atau kerajaan akan sibuk untuk menyambut bayi-bayi tanpa bapa.



Apakah ianya disebabkan oleh malam itu semata-mata? Tentu sekali tidak kerana apa yang berlaku adalah akibat sebelumnya, persediaan yang ditanamkan kepada generasi ini untuk memahami apakah tanggungjawab serta peranan apabila menyatakan diri sebagai Islam tidak dirasai didalam kehidupan. Hari ini adalah akibat masa yang lalu dan apabila kita cuba mengubah hari ini, maka keputusan hari esok tentu sekali akan berubah. Menanam pokok rambutan hari ini tentu sekali akan memberikan buah rambutan 5 tahun akan datang dan tidak mungkin memberikan buah cempedak. Maka marilah kita merenungkan kehidupan kita, apakah sebenarnya yang kita tanam didalam kehidupan hari ini kerana ia akan menjadi akibat dimasa akan datang. Sekiranya remaja kita suka membaca bahan-bahan yang tidak bermoral dan merosakkan minda maka adakah kita akan dapat melahirkan generasi yang akan takut untuk melakukan maksiat dimasa akan datang? Adakah akan lahir suatu generasi yang akan takut kepada Allah swt sekiranya hari ini kita tidak mananamkan perasaan untuk takut dan tunduk kepada arahan-arahan Allah swt didalam kehidupanya. Allah hu alam

0 comments: