Thursday, September 2, 2010

Bantuan Ramadhan Untuk Sekolah Ibnu Khaldun

Sekali lagi Ramadan tiba dan sekali lagi peluang untuk mendapatkan kebaikan berlipat kali ganda diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya. Gandaan pahala bukan sepuluh kali malah lebih dari itu kerana bulan ini Allah swt dengan kemurahannya akan membalals segala amalan mengikut keikhlasan hati-hati yang melakukannya.
Sekali lagi pihak sekolah Ibn Khaldun mencetak kupun-kupun bernilai sepuluh ringgit, lima ringgit dan juga dua serta satu ringgit untuk kutipan derma pada kali ini. Pada tahun ini kami mensasarkan kutipan berjumlah 3 juta ringgit dengan jumlah kupun sebanyak 5 juta ringgit yang telah dicetak. Untuk menjayakan kutipan ini tentunya sekurang-kurangnya 30 ribu buah kupun bernilai RM100 dapat di edarkan kepada masyarakat dan 30 ribu buah kupun bukan suatu yang sedikit dan memerlukan ramai hati-hati yang ikhlas dan sanggup berkorban mengeluarkkan tenaga untuk membantu melakukan kutipan ini.

Kejayaan atau kegagalan program ini telah ditentukan oleh Allah swt, namun setiap kejayaan pastinya diiringi dengan kesukaran. Allah swt berfirman ”Setiap kesukaran pasti aka nada kesenangan” dan ayat ini di ulang sebanyak 2 kali untuk menyedarkan kita bahawa kesukaran adalah suatu yang pasti untuk mendapatkan kesenangan. Allah swt menyediakan kesukaran untuk melihat sejauh mana kita sanggup berkorban masa, diri kita serta apa sahaja yang kita ada untuk membantu Agamanya. Allah swt boleh memilih orang-orang yang kaya untuk memberikan hartanya kepada sekolah dan kita terus mendapatkan dana untuk membina sekolah baru namun mungkin Allah swt mahu melihat sejauh mana kita sanggup bekerja untuk mendapatkan dana bagi mendirikan sekolah tersebut.

Jika setiap orang yang membaca warkah ini bersedia untuk membantu mengutif dari rakan sepejabat, atau dari adik beradik atau dari jiran-jiran atau dari Jemaah masjid atau dari orang bawahan atau orang atasan atau sesiapa sahaja yang ditemui tentu sekali satu atau dua buku kupun tidak bermasalah untuk dikutip. Persoalanya adakah hati kita terpanggil untuk membantu Allah swt? Membantu untuk membina sebuah sekolah agama yang akan melahirkan generasi yang akan takut dan mengambil nilai Allah swt di masa akan datang. Sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku kupun tersebut sila maklumkan kepada saya untuk tujuan penghantaran.

Emailkan alamat tuan puan kepada saya kalamiar@gmail.com atau telephone saya di 0133544375. Sekiranya tuan puan melakukan kutipan dipejabat dan dimana sahaja sila masukkan wang tersebut kepada akaun : PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN (BANK ISLAM: 12010010029602)

Bantuan dan pertolongan tuan puan hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya. Semuga amal-amal kita diredai dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin.

Lambaian baitullah kepada manusia

Assalammualikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, dapat bertemu kembali di ruangan siber pada kali ini selepas hampir tiga minggu tidak ada berita yang dapat dicoretkan. Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari menunaikan umrah dibulan ramadan al mubarak ini.

Lautan manusia yang berkunjung ke baitullah tidak dapat digambarkan bagaimana rasa hati dapat kembali ke baitullah mungkin begitu juga rasa hati-hati manusia-manusia lain yang telah pergi dan berkunjung ke baitullah pada ketika saya berada di sana. Saya dapati tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, lelaki atau wanita masing-masing dengan rasa yang berbagai kebanyakannya menitiskan airmata dihadapan kaabah. Memohon keampunan dan rahmat dari Allah swt, masing-masing mengakui kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan, mengakui kelemahan, mengakui kelalaian, mengakui kegagalan dan berbagai lagi kemungkaran yang telah dilakukan dan memohon rahmat dan petunjuk dari Allah swt.

Namun didalam beribadah tidak kurang juga yang berbelanja dan membeli belah untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan hadiah buat orang yang ditinggalkan. Barangan dari seluruh dunia boleh didapati disini dan barangan cina terutamanya menguasai pasaran dengan harga yang berpatutan, kedai di buka 24 jam dan peniaga bertukar ganti kerana pengunjung tidak henti-henti hendak membeli. Suatu oerniagaan yang pastinya akan memberikan keuntungan yang besar kerana permintaan yang begitu tinggi.

Namun disebalik itu ada juga kenangan yang perlu difikirkan seperti suatu ketika ada pembeli yang di tazkirahkan oleh peniaga. Sudah banyak kali ke datang buat umrah soalnya. Jawap pembeli dah banyak kali datang ke sini. Peniaga dengan rasa hormat berkata "Saya harap umrah pada kali ini lebih baik daripada umrah yang lalu, semuga umrah kali ini mengubah kehidupan agar lebih dekat dengan Alla swt. Rugi kalau umrah kali ini tidak ada perubahan dengan umrah yang lalu." Kata itu sungguh memberikan kesan untuk kita fikirkan kerana ada yang berlumba-lumba untuk setiap tahun dapat melakukan umrah tetapi apakah kita terfikir apakah kesan kita pergi melakukan umrah tersebut. Apakah kita bertambah imannya? Apakah kita menjadi manusia yang takut kepada Allah swt? Apakah kita mencari nilai Allah swt? Apakah kita hanya berharap kepada Allah swt? Apakah kita meminta hanya kepada Allah swt? Apakah kita merasai sifat-sifat Allah swt didalam kehidupan kita? Marilah kita sama-sama berfikir agar kehidupan ini amat bermakna dan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Amin