Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ramai orang menagis, ada yang menagis kerana mendapat malapetaka, ada yng menangis kerana kehilangan sejumlah wang, ada yang menangis kerana sakit yang amat sangat, ada yang menagis kerana ditinggalkan kekasih, ada yang menangis kerana kematian orang yang dikasihi dan banyak lagi sebab-sebab seseorang itu menangis.
Adakah kita juga pernah menangis dan tentu sekali ia, tetapi apakah yang menyebabkan kita menangis? Adakah kita pernah menagis kerana melihat masa-masa yang lalu penuh dengan dosa yang telah kita lakukan? Adakah kita pernah menangis kerana kecintaan yang amat sangat untuk merasai kasih dan saying Rasulullah dan Allah swt. Adakah kita pernah menagis kerana mahukakan bantuan dari Allah swt? Adakah kita menagis kerana gementar hati kita bila membaca Al Quran kerana terlalu takutnya kita kepada siksaan Allah swt?
Rasullullah saw menyeru kita agar sentiasa memusahabah (memeriksa diri sendiri), kita perlu belajar untuk menagis, menagis kerana tiada gunanya kita menagis di akhirat nanti kerana masa itu telah terlewat, jika kita mahu menagis maka menangislah sekarang kerana dengan menagis kita akan merasai suatu keperluan untuk bertindak dan memperbaiki diri kita, semuga sedikit air mata itu yang keluar kerana mencari redza Allah swt akan menjadi bukti di akhirat nanti.
Mungkin begitu sukar untuk kita menagis, mungkin begitu keras hati untuk memahami dosa-dosa yang telah dilakukan, namun rasulullah saw dan para sahabat sentiasa menagis dimalam hari mereka untuk menghubungkan hati-hati mereka kepada Allah swt. Baik benarkah kita, jujur benarkah kita, kuat benarkah kita berbanding mereka yang sentiasa menangis dahulu sehinggalah akhir hayat mereka. Mungkin hati kita semakin keras dan perlu dilembutkan dengan memahami Al Quran, telah tiba masanya kita perlu membuka al Quran untuk kita memahami maknanya, membaca tafsir untuk menghidupkan hati semula, bukan untuk pengetahuan tetapi untuk beramal dan hidup dengan Al Quran tersebut.
Apa ertinya hidup sekiranya selepas kematian penuh dengan penderitaan dan penyeksaan, apa ertinya kekayaan sekiranya banyaknya tidak dapat memberi menefaat kepada manusia dan kehidupan diakhirat, apa ertinya kegembiraan kerana disebalik kegembiraan yang dilahirkan penuh dengan kekosongan jiwa kerana jauh dari Allah swt. Marilah kita duduk sebentar dan merenung kehidupan yang telah kita lalui semuga mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin
Seruan Ramadhan: Menangislah Untuk Rasulullah SAW
THURSDAY, 27. AUGUST 2009, 01:28:35
Mimpi yang saya alami beberapa tahun dulu benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap cinta saya pada Rasulullah SAW walaupun saya sebenarnya terasa malu mengungkapkan kata cinta padanya. Mimpi yang cukup panjang itu benar-benar memberi kesan yang cukup mendalam pada jiwa saya. Suatu malam, saya bermimpi berjalan bersama sebuah kafilah dalam satu musafir yang cukup jauh di padang pasir. Biasanya ketika mimpi kita akan rasai suasana yang ‘real’; kalau sakit kita akan rasa sakit dan kalau panas memang kita rasakan panas tetapi mimpi saya ini perasaannya terlalu berbeza.
Saya tidak dapat merasakan kehangatan padang pasir dalam mimpi saya ini kerana disebelah saya ada seorang lelaki yang benar-benar mengikat hati saya untuk sentiasa tertumpu kepadanya. Kami terus menempuh perjalanan yang panjang. Kami lewati satu penempatan demi satu penempatan. Setiap kali kami berhenti di suatu penempatan ada saja penduduk di situ yang datang menghampiri saya dan berbisik ketelinga saya “Yang bersama kamu itu adalah Rasulullah” lalu saya menjawab ‘bukan rasanya”.
Bukannya saya tidak percaya bahawa itulah lelaki yang terlalu saya impikan untuk melihat wajahnya tetapi saya seolah-olah tidak percaya Allah benar-benar menjadikan impian saya itu jadi kenyataan. Siapa yang tidak ingin menatap wajah Baginda SAW. Sahabat Rasulullah SAW, ada yang wajahnya pucat seperti orang sakit hanya kerana beberapa hari tidak berjumpa Rasulullah SAW. Saya tidak sangka kali ini saya benar-benar dapat menatap wajah insan yang paling saya cintai itu.
Kami meneruskan perjalanan, ketika kami berhenti makan, datang lagi seorang lelaki yang membisikkan ke telinga saya, “Yang makan bersama kamu itu adalah Rasulullah SAW” Saya memberi jawapan yang sama dan dengan perasaan yang sama.
Kami terus berjalan hinggalah kami sampai di Mekah. Tidak jauh dari Kaabah,saya mula mendirikan solat. Pada ketika itulah saya tidak lagi dapat menahan air mata kegembiraan saya. Saya menangis sepuas-puasnya kerana terlalu gembira hinggalah saya tersedar dari mimpi tersebut. Airmata membasahi bantal saya. Ketika itu sudah hampir waktu subuh. Kemudian diwaktu solat subuh, saya mengimami rakan serumah saya Jamaludin yang biasa saya panggil Jamal. Sekali lagi saya tidak dapat menahan tangisan saya. Sepanjang solat subuh itu saya terus menangis.
Mimpi itu walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu tetapi kesannya masih segar. Setiap kali saya membaca lembaran sirah, saya tidak mampu menahan air mata saya apatah lagi ketika berdepan dengan kisah-kisah penyiksaan terhadap Baginda SAW. Saya akan menangis apabila diceritakan Rasulullah SAW menangis atau bersedih. Saya sering menghadapi sirah Rasulullah SAW seperti melihat sebuah filem yang hidup dan bergerak. Bahkan kadang-kadang saya akan menangis hanya dengan mendengar namanya disebutkan.
Mungkin tidak ramai yang mengalami mimpi yang sama sebagaimana yang saya alami tetapi saya tetap rasakan bahawa semua kita perlu menangis untuk Rasulullah SAW. Cuma, mungkin kita terlalu sibuk untuk benar-benar mengenali Baginda, terlalu sibuk untuk menghayati liku-liku hidup Baginda, lalu air mata kita terlalu mahal untuknya. Sekiranya kita menelusuri sirah hidupnya, menjiwai setiap pengorbanan dan keperitannya untuk keimanan itu sampai pada hati-hati manusia maka kita tentunya akan menangisi Baginda SAW.
Pengorbanannya diluar batas kemanusiaan. Pernah Baginda berjalan-jalan ditengah padang pasir ketika tengahari yang panas yang kebiasaannya masyarakat Arab akan berehat di rumah. Apabila Baginda bertemu dengan dua orang sahabat maka ditanya kepada Baginda, kenapa Baginda SAW di situ, maka jawabnya “Aku lapar, sudah beberapa hari aku tidak makan”.
Bukankah Saidatina Khadijah isterinya adalah seorang janda yang cukup kaya dan Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang peniaga yang Berjaya dan disenangi?
Kemanakah perginya harta kekayaan Baginda?
Kenapa Baginda harus lapar?
Bahkan setelah dijamu makan oleh sahabat tadi, Baginda minta pula sedikit makanan untuk anaknya Fatimah RA, kata baginda “Sudah beberapa hari makanan tidak masuk ke dalam perutnya”. Kemanakah seluruh kekayaan Baginda dibelanjakan hingga Baginda dan anak kesayangannya itu terpaksa melalui hari-hari yang panas dalam kelaparan?
Bukankah semuanya dikorbankan untuk kita?
Untuk keimanan sampai ke hati-hati kita,
untuk kita mengenal Allah sebagai Ilah dan Rabb
dan untuk kita selamat dari azab neraka Allah SWT.
Kenapa baginda harus berkorban hingga begitu sekali? Begitulah mendalamnya cinta Baginda kepada kita ummatnya. Tak terbayangkah kita ketika Baginda berdepan dengan sakitnya sakaratul maut? Nama siapakah yang disebut-sebut Baginda? Bukankah Baginda menyebut … ummati! ummati! ummati!. Sekiranya kita benar-benar cintakan Baginda tentunya kita akan terdengar panggilannya itu setiapkali kita membaca kisah saat-saat kematinnya. Ya, kita tidak dapat dengar dengan telinga kita tetapi kita akan dengarkannya dengan jiwa dan nurani kita. Panggilan yang penuh kasih dan pengharapan agar kita nanti akan bersamanya di Akhirat nanti.
Cuba kita bayangkan hijrah Baginda ke Madinah. Perjalanan yang hampir 500 KM. Menempuh padang pasir yang kontang dengan batuannya yang tajam sedangkan musuh boleh muncul pada bila-bila masa sahaja.
Cuba kita bayang peristiwa di Ta'if. Setelah begitu hebat dakwahnya ditentang di Mekah, Baginda berangkat ke Ta'if dengan seribu harapan. Tidak ada unta yang menjadi tunggangan Baginda melainkan Keimanannya pada Allah SWT, Tidak ada tongkat melainkan Roja'nya pada Allah dan tidak ada bekalan selain Taqwanya pada Allah SWT. bagaimana pula layanan penduduk Ta'if yang merupakan tetangga Halimaton Sa'diah, ibu susuan Baginda? Apa yang mereka lemparkan pada tubuh Baginda?. saidina Zaid menjadikan dirinya sebagai benteng lalu hampir-hampir kepalanya pecah. Darah-darah baginda SAW mengalir dari betis-betisnya lalu membasahi bumi Ta'if. Adakah Baginda doakan kebinasaan kepada mereka yang begitu membencinya? lalu apa yang Baginda doakan?
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu, kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha."
Beratnya ujian yang baginda tempuhi terlalu luar biasa. Bahkan ketika disaat-saat awal baginda menerima risalah ini baginda merasa begitu tertekan. Al Quran menceritakannya dengan nada-nada yang sayu dan menyentuh hati. Kalau kita melihat pada surah Ad Dhuha. Ya, Surah Ad Dhuha yang pendek tetapi begitu luas maknanya.
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment