Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Harta sejauh mana kita mengerti dan menjaga agar tetap bermakna buat diri kita. Apakah harta kita, adakah rumah yang besar, kenderaan yang baik, isteri dan anak-anak merupakan harta kita? Jawapan yang memerlukan kita berfikir sejenak apakah yang kita berikan kepada takrif harta tersebut. Sekiranya kita menyatakan harta di dunia memang benar ia adalah harta kita tetepi harta yang tidak kekal, kerana apa yang kita makan dari harta kita akan menjadi najis, apa yang kita pakai akan lusuh dan akan kita lupai, rumah akhirnya bukan kita mendiaminya kerana akan ditinggalkan apabila kita mati, dan rumah juga akan runtuh dengan masa berlalu disebabkan pembinaan yang baru atau sebab terlalu lama usianya.
Apakah harta yang kekal sehingga kita berada dihadapan Allah swt nanti? Antaranya adalah sedekah yang kita lakukan didalam kehidupan ini, sekiranya kita melakukan dengan penuh keikhlasan kita akan mendapat sesuatu yang hanya Allah swt sahaja yang mengetahui sejauhmana balasannya. Sempena bulan ramadan yang barakah ini, saya ingin menyeru pihak tuan puan membantu sekolah Ibn Khaldun untuk mengutip derma dikalangan keluarga tuan puan dimana pihak sekolah menyediakan kupun bernilai RM5 dan RM10 dengan julah RM100 bagi setiap buku. Pihak tuan puan boleh membantu mengutip dari adik beradik atau dari tetamu yang datang sepanjang bulan ramadan untuk majlis berbuka puasa yang diadakan oleh tuan puan. Pihak tuan puan juga boleh mengutip melalui pejabat atau pejabat adik beradik tuan puan.
Saidina Abu Bakar r.a menyerahkan segala-gala hartanya dan meninggalkan Allah swt dan Rasulnya demi perjuangan untuk menegakkan Islam, Saidina Usman dan Abdul Rahman bin Auf (saudagar islam) menyerahkan separuh hartanya demi mendapatkan keredaan Allah swt. Mungkin kita tidak berharta sebanyak mereka tetapi mungkin dengan sedikit keewangan dan tenaga yang kita korbankan akan dapat membantu untuk pembinaan sekolah yang bercita-cita melahirkan pelajar yang berakhlak dengan akhlak Islam dan akan memberikan harta yang berterusan kepada kehidupan di akhirat nanti.
Pelaburan yang bijak adalah suatu pelaburan yang berkekalan, dimana kita akan memperolehi dividen berterusan, yang penting bukan berapa banyak yang telah kita berikan tetapi apakah kita merasakan sedikit pengorbanan untuk memberikan apa yang kita sayangi dan kita kasihi bagi membantu dan memberi menefaat kepada orang lain. Apa ertinya sekiranya kita mempunyai harta yang banyak tetapi tidak dapat memberikan kebaikan dan menefaat kepada orang lain kerana seorang Islam itu adalah seorang yang hidupnya sentiasa memberikan menefaat kepada orang lain, hidupnya memberikan makna dan kebaikan kepada orang yang berhubung dengannya. Marilah kita sama-sama membantu untuk pembangunan sekolah Ibn Khaldun ini dengan mengutip derma dan sekiranya pihak tuan puan memerlukan surat serta kupun bolehlah berhubung dengan pihak sekolah atau saya sendiri. Pihak Tuan puan juga boleh memasukkan terus ke akaun bank Islam atas nama: PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN :12010010029602.
Hanya Allah swt yang membalas segala kebaikan yang diberikan oleh pihak tuan puan, harap dapat memanjangkan email ini sebanyak mungkin agar ramai yang dapat membantu kami mendapatkan 6 juta ringgit bagi pembangunan sekolah tersebut secepat mungkin. Kita hanya berusaha dan Allah swt yang menentukan natijah kejayaannya. Amin
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment