Monday, November 23, 2009

Kesilapan Suatu Lumrah Kehidupan



Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kasut sering dipakai apabila kita keluar dari rumah, ada berbagai-bagai kasut, ada yang diperbuat dari kulit, diperbuat dari getah dan juga diperbuat dari bulu. Boleh dikatakan seseorang mungkin mempunyai lebih dari sepasang kasut malah ada yang mempunyai puluhan pasangan kasut dan menjadi kebiasaan untuk mensesuaikan warna kasut dengan baju yang dipakai pada hari itu. Kadang kala sampai dua tiga pasang diletakkan dipejabat, dua tiga pasang lagi diletakkan di dalam kenderaan dan yang paling banyak di rumah. Semuanya bertujuan untuk kelihatan cantik atau mungkin juga memudahkan seseorang jika terlupa membawa kasut atau tertinggal kasut bila kepejabat.



Saya ada melihat seorang wanita yang kekok cara berjalanya, cacatke wanita ini? Persoalan yang bermain didalam pemikiran, tetapi apabila diteliti rupanya tersilap memakai kasut, satu bertumit tinggi dan satu lagi kasut biasa, mungkin tak perasaan akan kesilapan tersebut dan terus berjalan dengan kasut yang berbeza, mungkin nak cepat agaknya sehinggakan tidak perasan kesilapan yang berlaku. Kesilapan adalah suatu yang lumrah didalam kehidupan, namun adakah kita memaafkkan dan memberikan kemaafan diatas kesilapan yang telah dilakukan. Ada orang yang melihat sesuatu kesilapan itu sebagai suatu yang begitu besar da nada yang melihat sesuatu kesilapan itu begitu kecil pula walaupun kesilapan itu adalah sama sahaja pada pandangan seseorang yang lain.



Anak tak solat satu kesilapan dan anak menjatuhkan pinggan juga satu kesilapan, namun apakah yang sepatutnya kita lakukkan? Yang manakah yang sepatutnya lebih kita marah? Didalam hal ini sepatutnya kita perlu mengambil nilai Allah swt, kita perlu memperbaiki kesilapan yang berlaku dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali para rasul dan nabi, namun kesempurnaan mereka juga ada yang ditegur oleh Allah swt diatas kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Oleh sebab itu apabila seseorang melakukan kesilapan, mungkin kita perlu bertanya apakah yang menyebabkan mereka boleh melakukan kesilapan, adakah mereka mahu melakukan yang terbaik atau mereka tidak tahu apakah yang sepatutnya atau mereka sengaja mahu melakukan yang buruk diatas perkara tersebut. Memang sukar untuk menentukan disebabkan segala-gala berpunca dari hati, yang terbaik adalah kita memaafkan segala kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang kepada diri kita dengan harapan mungkin suatu ketika nanti Allah swt pula memaafkan diri kita semasa kita melakukan kesilapan didalam kehidupan.


Memang sukar untuk memberikan kemaafan dan sukar juga untuk meminta maaf, namun dengan kemaafan akan mmenyebabkan segala yang kelihatan sukar akan menjadi mudah, segala yang derita akan menjadi senang, hidup penuh dengan ketenangan dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan banyak kerja didalam kehidupan. Bayangkan apabila kita membenci seseorang dan setiap yang kita benci kita catitkan namanya diatas sebiji buah pisang, kemudian kita bawa kemana sahaja jumlah pisang yang kita benci itu dalam seminggu kehidupan kita, tentu sahaja kita akan dapati pisang itu akan menyusahkan kita kerana pisang itu akan membusuk dan berbau. Samada kita sedar atau tidak semua yang berlaku adalah dari Allah swt untuk melihat kita bagaimana kita menghadapi apa yang telah ditentukan Allah swt. Allah swt menguji hamba-hambaNya mengikut apa sahaja yang disukainya. Mungkin kita perlu berfikir dan terus berfikir. Allah hu Alam.

0 comments: