Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kesenangan dan kegembiraan sering kali suatu yang diharapkan dapat dicapai oleh seseorang didalam kehidupan. Namun tidak semua yang kita harapkan akan dapat diperolehi dengan mudah. Bagi seseorang yang diberikan kelebihan dan mempunyai segala-galanya, mungkin boleh dikongsikan dengan orang lain sekiranya mengkehendakinya, bagi orang yang memiliki sesuatu ia boleh mengambil keputusan samada mahu berkongsi apa yang ada atau tidak dengan orang lain. Sebaliknya bagi siapa yang tidak memiliki apa-apa tidak mungkin ia dapat berkongsi dengan orang lain dan hanya boleh berharap bantuan dari orang lain sahaja.
Bagi seorang yang kaya raya tentu sekali begitu mudah untuk menolong orang yang miskin dan papa, begitu juga bagi seorang yang penuh dengan kasih sayang tentu begitu mudah untuk memberikan kasih sayang kepada orang yang ditemuinya dan perasaan itu akan mengalir kepada sesiapa sahaja yang bertemu dengan beliau. Bagi orang yang boleh memerintah diri sendiri, tentu sekali tidak sukar untuk memerintah orang lain kerana ia mengetahui bagaimana untuk mengambil hati orang yang akan membantu untuk melaksanakan tugas yang mahu dilaksanakan. Yang penting kita perlu mempunyai sesuatu untuk diberikan atau melaksanakan sesuatu. Apakah kelebihan yang kita ada pada diri kita? Kita perlu jelas kekuatan dan kemampuan yang kita ada dan mengunakan kelebihan tersebut untuk mencipta yang terbaik bagi kehidupan kita, namun semuanya perlu kita serahkan keputusan yang mungkin dicapai kepada Allah swt.
Melihat apa yang kita ada tentu sekali apa yang dimiliki oleh Allah swt melebihi segala-gala yang kita ada dan tidak dapat dibandingkan sama sekali, Allah swt mampu memberikan apa sahaja dan boleh melakukan sesukaNya kepada semua manusia. Oleh sebab itu sejauh mana kita berharap kepada Allah swt didalam apa sahaja keputusan yang kita ambil didalam kehidupan. Adakah kita berharap kepada Allah agar diberikan kasih sayang, diberikan keikhlasan, diberikan kemewahan, diberikan kepandaian, diberikan kesungguhan dan banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dengan pertolongan dari Allah swt.
Ramai diantara kita tidak merasai hubungan yang intim dengan Allah swt, kita merasakan apa yang ada sudah mencukupi, kita sering lupa meletakkan pengharapan kita hanya kepada Allah swt sehinggakan apabila kita berjaya, kita sering merasakan apa yang diperolehi adalah atas usaha kita semata-mata tanpa meletakkan segalanya atas ketentuan Allah swt. Masa tetap berlalu samada kita mendapat yang terbaik atau sebaliknya, namun adakah kita dapat mendidik hati-hati kita setiap saat yang berlalu agar ianya adalah hadiah pemberian Allah swt untuk menguji kehidupan bagi melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Allah swt. Allah hu alam
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment