Thursday, June 3, 2010

Nikmat Kesihatan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kesihatan merupakan anugerah dan hadiah dari Allah swt. Hanya mereka yang dalam kesakitan sahaja yang dapat menghargai kesihatan yang diberikan oleh Allah swt. Kita sering merasakan kesihatan itu milik kita dan merasakan kita seolah-olah akan sihat sampai bila-bila, namun akhirnya saat akan tiba dimanan penyakit akan datang dan kita pada masa itu baru menghargai nikmat kesihatan yag diberikan oleh Allah swt selama ini. Bak kata pepatah datang macam ribut dan pergi macam semut. Adakah pepatah ini betul atau salah? Ada kebenarannya dan ada kesilapannya. Jika mendapat kemalangan, memang ia datang macam ribut dan akan pulih macam semut. Tetapi sekiranya penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit ia datang macam semut dan pergi macam semut. Ini disebabkan penyakit itu adalah begitu hampir dengan apa yang kita makan, sedikit demi sedikit ianya memberikan kesan kepada kesihatan dan akhirnya kita akan mengidap penyakit tersebut.

Kita perlu bersyukur kepada Allah swt dan kesyukuran itu boleh ditunjukkan melalui tindakan kita setiap saat adakah kita dapat hubungkan dengan Allah swt atau ianya tidak dan tiada langsung berkaitan untuk mencari keredaan Allah swt. Banyak perkara yang kita lakukan didalam kehidupan ini dan adakah dalam setiap ketika kita sentiasa berfikir apakah yang kita mahukan? Adakah kita mahukan kegembiraan semata-mata, adakah kita mahukan pujian adakah kita mahukan sanjungan atau kita mahukan sesuatu yang lebih bermakna untuk kehidupan di akhirat nanti. Adakah kita cuba seikhlas hati apabila melakukan sesuatu didalam kehidupan. Apabila kita menyatakan keikhlasan saya diperingatkan oleh anak saya semasa program keluarga semalam dengan menyatakan keikhlasan itu seperti orang buang air, tiada orang yang mahu memaklumkan kepada orang lain yang mereka akan buang air, dan apabila berada didalam bilik tiada orang yang terjerit-jerit membuang air, dan apabila telah selesai tiada juga orang yang bersorak menyatakan ia telah selesai membuang air.

Mungkin kita perlu memikirkan apakah yang telah kita lakukan selama ini, adakah kita melakukan amal-amal penuh dengan keikhlasan atau kita melakukan untuk mendapat sedikit pujian dan sanjungan. Kehidupan penuh dengan ujian dari Allah swt dan ia akan memastikan setiap orang akan di uji untuk memastikan samada benar keimanan yang dinyatakan. Apakah kita menjaga hadiah kesihatan yang diberikan oleh Allah swt dan akan terus bersyukur dengan pemberian ini serta melakukan sesuatu untuk mencari keredaan bagi kehidupan yang kekal diakhirat kelak, Allah hu alam

0 comments: