Friday, August 22, 2008

Bulan ramadan.. kita bertemu lagi..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Puasa suatu yang telah diwajibkan kepada diri kita yang beragama Islam, dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa, sesiapa sahaja yang beragama Islam akan berpuasa pada bulan Ramadan ini tanda kepatuhan kepada hukum Islam, namun ada juga orang yang mengelar dirinya muslim tidak dapat melakukan puasa diatas sebab-sebab yang tertentu, sekiranya atas sebab-sebab yang dibenarkan maka ia dibolehkan berbuka.



Ada juga yang tiada masalah atau sebab yang tertentu tetapi tidak berpuasa. Ada juga mereka yang berpuasa tetapi sayangnya tidak bersembahyang, ia taat kepada sebahagian suruhan Allah swt dan ingkar kepada sebahagian suruhan Allah swt. Ada juga orang yang berpuasa dari makan dan minum tetapi tidak berpuasa dari segi rohaninya, menghabiskan masa dengan menonton tv, video dan melakukan banyak lagi perbuatan yang sia-sia untuk menanti waktu berbuka puasa.



Bagaimanakah kesempuranan puasa dapat dilakukan didalam kehidupan ini, para sahabat rasulullah saw ternanti-nanti akan tibanya bulan Ramadan ini, masing-masing berharap agar dapat hidup di bulan ini untuk melakukan yang terbaik kerana begitu banyak kebaikan yang disediakan oleh Allah swt di bulan ini. Harapan dan cita-cita yang begitu besar untuk dapat melakukan yang terbaik di bulan ini menyebabkan seluruh usaha dan tenaga diberikan kepada bulan ini agar dapat melakukan yang terbaik dan sesempurnanya pada bulan ini. Apa yang di fikirkan itu yang akan dirasai dan akan dilahirkan didalam tindakan.


Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi bulan yang penuh dengan keberkatan ini? Ternanti-nanti dengan penuh gembira seperti kita ingin melancung keluar Negara? Atau kita tidak menyedari telah hampir bulan tersebut kepada kita. Para sahabat rasulullah saw apabila berakhir ramadan sentiasa berharap dengan penuh harapan agar diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi bulan ramadan yang berikutnya bagi mempersiapkan diri untuk mengumpul sebanyak mungkin rahmat dari Allah swt sempena bulan ramadan yang penuh dengan barakah dan keammpunan dari allah swt. Semuga kita tergulung didalam gulungan manusia yang diberikan hidayah untuk beriman kepadaNya. Amin



________________________________________________________________

Kemewahan dan kemiskianan .. suatu peperiksaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kekayaan siapa yang tidak mahukannya, semua orang berharap agar diberikan harta yang banyak, tahta dan wanita. Ini memang sifat yang ada pada manusia yang diberikan oleh Allah swt untuk menguji manusia tersebut. Tidak salah mempunyai kekayaan yang berlimpah ruah, tidak salah mempunyai pangkat yang tinggi dan tidak juga merupakan suatu kesilapan sekiranya beristeri 4, yang penting kita memastikan agar menurut segala perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan Allah swt.



Bukan masa untuk mencemburui atau menyesali kenapa kita tidak mempunyainya, tetapi kita perlu belajar mensyukuri dengan apa yang diberikan oleh Allah swt kepada kita. Semua yang diberikan adalah merupakan ujian dari Allah swt, walaupun hanya dengan kereta yang buruk sekiranya dengan kereta itu kita melakukan maksiat maka balasan tetap ada di sisi Allah swt, bukan dengan kereta yang buruk untuk melakukan maksiat, dosa akan berkurangan atau bukan juga dengan kereta yang mewah akan menyebabkan dosa akan bertambah.



Kita sering melihat mereka-mereka yang mempunyai kekayaan sangat beruntung kehidupannya, tetapi tidakkah kita sedar bahawa dengan kekayaan atau kereta yang mahal berbanding kereta yang buruk sama sahaja disisi Allah swt, kedua-duanya adalah hamba Allah swt dan kedua-duanya sedang melalui peperiksaan dari Allah swt, seorang di uji dengan mendapat kekayaan (kesenangan) dan seorang lagi di uji dengan kesukaran (kemiskinan). Namun hakikat ujian atau peperiksaan tetap sama, kedua-duanya diberikan masa untuk menduduki peperiksaan tersebut. Apabila masa peperiksaan itu tamat kerta jawapan pasti diambil oleh Allah swt dan berakhirlah kehidupan kita. Kira akan menunggu bilalah kertas peperiksaan kita akan di tanda oleh Allah swt pula, adakah kita lulus atau gagal dadalam peperiksaan tersebut.



Tidak kira sejauh mana kesenangan yang kita perolehi atau sejauh mana kesukaran yang kita telah hadapi, namun kita tetap akan menanti apakah keputusan peperiksaan yang telah kita jawab semasa kita hidup di dunia ini. Jika kita bercita-cita untuk lulus dengan baik semasa hidup kita tentunya mungkin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan tersebut. Namun sekiranya kita tidak memikirkan langsung tentang peperiksaan ini, maka kita tidak akan kisah apa sahaja yang berlaku samada lulus atau tidak, masa kehidupan akan dibiarkan berlalu dan tiba-tiba masa peperiksaan telah tamat.



Tiada guna penyesalan kerana masa yang diberikan hanya beberapa detik sahaja, kita perlu melakukan yang terbaik setiap detik kerana setiap detik pasti berlalu dan tidak akan kembali lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah apakah yang mampu kita lakukan yang terbaik sekarang dan bagaimanakah kita akan lulus setiap detik yang mendatang untuk kita memastikan keputusan yang cemerlang akan diberikan oleh Allah swt kepada diri kita yang amat-amat memerlukan pertolongan dari Allah swt yang maha berkuasa. Walau sejauh mana kita berusaha Allah swt mampu mengagalkan keputusan peperiksaan kita, Allah swt juga mampu memberikan kelulusan kepada kita sekiranya Ia mahu melihat kita lulus, oleh sebab itu penyerahan diri kepada Allah swt amat penting dan pengharapan sepenuhnya tanda kita hamba-hamba yang kerdil dan mahukan pertolongan dan kasih sayangNya perlu kita tunjukkan didalam kehidupan kita. Allah hu alam



______________________________________________________________

Apakah perasaan kita tetekala....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Di timpa perasaan mungkin berlaku didalam kehidupan, namun apakah kita boleh melihat sesuatu yang baik dari apa sahaja yang berlaku? Apakah perasaan kita terhadap Allah swt, apakah perasaan kita terhadap kekasih Allah swt, apakah perasaan kita terhadap alim ulamak dan bagaimana pula perasaan kita terhadap anak-anak kita?



Apakah perasaan kita terhadap mereka, adakah kita mahu untuk mereka selamat di akhirat? Adakah kita sentiasa terbayang bagaimanakah kehidupan kita selepas kematian, bagaimanakah mereka bila menghadapi Allah swt adakah telah kita sediakan untuk mereka menjawap persoalan hidup itu nanti, Apakah kita sedar persiapan yang telah kita sediakan buat mereka tetekala disoal oleh para malaikat.



Kehidupan yang dilalui penuh dengan perasaan yang kita cipta sendiri didalam diri kita, kita rasa kita susah, kita rasa kita derita maka kita akan merasai seperti apa yang kita cipta didalam pemikiran. Jika kita lihat didalam kehidupan di dunia ini ramai orang yang kita lihat begitu derita kehiduapannya, namun mereka kelihatan gembira dan boleh tersenyum, ada juga kita lihat mereka yang kaya tetapi tiada wajah ceria di dalam kehidupannya. Mereka kaya tetapi memilih untuk tidak gembira, mereka miskin tetapi memilih untuk senang didalam pemikiran mereka.


Apakah sebenarnya yang kita pilih didalam kehidupan ini? Untuk gembira dengan mencari apakah yang Allah swt mahu kita lakukan atau untuk gembira juga tetapi melakukan apa yang dilarang oleh Allah swt. Kita boleh memilih diantara keduanya dan akan dapat memberikan kegembiraan didalam diri kita tetapi awas kedua-duanya akan memberikan akibat dan kesan bukan sahaja kepada kehidupan di dunia malah kehidupan di akhirat kita nanti.



Apakah erti kegembiraan yang sebenarnya? Kegembiraan yang sebenarnya adalah apabila jiwa ini melaksanakan hukum Allah swt didalam kehidupan dan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain kerana Allah swt. Mungkin ini tanggapan seseorang dan mungkin tanggapa orang lain berbeza. Namun sekiranya kita kembali kepada Allah swt yang menjadikan diri kita, memberikan segala-gala yang kita ada hari ini tentunya sekiranya kita mencari apa yang Allah swt suka Ia akan memberikan yang terbaik bukan sahaja di kehidupan di dunia malah kehidupan kita diakhirat nanti. Allah swt yang maha mengetahui apakah yang sepatutnya manusia lalui tentu sahaja menyediakan panduan untuk manusia mengikuti iaitu Al Quran. Untuk Berjaya dan gembira kita perlu mengikuti apa yang diajarkan oleh Al Quran. Allah hu Alam.

Jiran - Apakah maknanya pada diriku..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Jiran bagaimana kita menghormatinya, bagaimana perhubungan kita dengan jiran selam ini? Adakah kita mengutamakan jiran kita? Adakah kita berbaik sangka kepada jiran kita? Setiap jiran ada hak mereka dan bagaimanakah kita menunaikan hak-hak mereka. Ramai orang yang mahu membeli rumah baru atau berpindah ketempat baru, apakah cirri-ciri yang diletakan didalam mendapatkan rumah baru atau rumah sewa tersebut.



Ada orang yang mahukan rumah mereka dekat dengan sekolalh, ada orang yang mahukan kawasan yang tidak digangu, ada orang yang mahukan dekat dengan surau dan ada juga yang mahukan sebaliknya. Namun adakah cirri-ciri jiran termasuk didalam pemilihan rumah yang ingin kita duduki tersebut. Adakah kita mahukan jiran yang soleh yang boleh menegur diri kita dan keluarga kita. Adakah kita meletakkan ciri-ciri jiran yang soleh dihadapan agar kita mendapat cahaya serta Rahmat dari Allah swt.



Adakah jiran kita akan membantu kita diketala kita kesukaran atau jiran kita tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada diri kita seperti kita juga tidak kisah terhadap jiran kita? Kita perlu sensitive apabila jiran kita mendapat musibah, apabila jiran kita kesukaran dan apabila jiran kita mengalami kesusahan. Berapa kali kita pernah membantu jiran kita tanpa diminta? Erti kemanusian adalah apabila kita memberikan sesuatu pertolongan yang amat diperlukan oleh seseorang tanpa mereka meminta kepada diri kita. Oleh sebab itu adakah kita sebenarnya berperikemanusiaan. Apabila seseorang telah meminta bantuan, maka bantuan yang diberikan bukan lagi di anggap kemanusiaan, kerana itu adalah pertolongan yang memang perlu kita lakukan.



Berapa ramai jiran kita yang telah kita bantu tanpa mereka memohon bantuan, kalau kenduri adakah kita menghulurkkan tangan untuk membantu atau kita menunggu jemputan untuk gotong royong baru kita hadir itupun setelah lama program bermula. Apakah kita benar-benar menpunyai hati yang bersih dan ikhlas, melakukan sesuatu tanpa sebab, atau kita melakukan sesuatu kerana sebab-sebab yang tersendiri, keikhlasan adalah suatu yang memang sukar untuk dilaksanakan sekiranya hati tersebut tidak ada ikatan dengan Allah swt, hati itu tidak mungkin akan ikhlas sekiranya tidak bertujuan untuk mencari keredaan Allah swt. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan, pujian atau sanjungan, namun untuk mencari rahmat dan kebaikan dari Allah swt.



Mari kita renung kembali kehidupan kita yang telah kita lalui, apakah penuh dengan keikhlasan atau dengan sebab-sebab tertentu, adakah kita telah melakukan sesuatu tanpa diminta oleh sesiapa pun atau kita melakukan apabila diminta, Walau apa pun yang telah kita lakukan ianya adalah suatu yang terbaik kerana kita masih diberikan masa oleh Allah swt untuk melakukan yang terbaik mulai sekarang, pilihan ditangan kita untuk melakukan yang terbaik sekarang, melakukan seikhlas mungkin sekarang, memberikan bantuan tanpa diminta untuk melahirkan sifat kemanusiaan. Ianya hanya boleh berlaku sekiranya kita kembali kepada Allah swt dan berharap hanya kepada Allah swt. Allah hu Alam



________________________________________________________________



HADITH: TANDA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT



عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال: "من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه". (رواه البخاري ومسلم)


Yang bermaksud:



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)



Keterangan hadith:



1. Pergaulan yang baik dengan menyebarkan kasih sayang antara kaum muslimin akan mengeratkan lagi ikatan mahabbah.



2. Untuk memelihara lidah seseorang itu perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Sekiranya perkara yang ingin dikatakan itu berfaedah, maka bercakap adalah lebih diutamakan. Sekiranya perkara yang ingin dikatakan itu tidak berfaedah, maka diam adalah lebih diutamakan.



3. Memuliakan jiran sangat dituntut oleh Islam:


a. Diberitakan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah diwasiatkan oleh Jibril untuk berbuat baik dengan jiran sehingga baginda menyangka bahawa jiran boleh mewarisi harta pusaka.


b. Islam melarang menyakiti hati jiran seperti mengumpat dan berbuat fitnah.


c. Muslim dituntut berlaku ihsan dengan jiran seperti memberi hadiah, menyebarkan salam, senyum ketika berjumpa, menolong ketika susah dan seumpamanya.




4. Martabat jiran:


a. Jiran muslim yang mempunyai pertalian keluarga – mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai muslim dan hak sebagai kaum kerabat.


b. Jiran muslim – mempunyai hak sebagai jiran dan hak sebagai muslim.


c. Jiran bukan muslim – mempunyai hak sebagai jiran.



5. Memuliakan tetamu:


Islam menuntut agar tetamu dimuliakan dalam tempoh tiga hari.



Pengajaran hadith:



1. Hadith ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya dalam perkara-perkara yang benar dan berfaedah, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.



2. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara-perkara haram kerana beliau akan dipersoalkan pada hari qiamat nanti. Beliau lebih senang berdiam daripada bercakap dengan perkara-perkara yang buruk seperti mengumpat, mencaci, memaki dan berkata-kata keji



3. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya serta menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.



4. Jiran tetangga adalah golongan yang mendapat perhatian yang besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup bermuafakat dengan jiran-jiran adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Maafkan kesilapanku..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Memohon maaf dan memberi maaf manakah yang lebih mudah? Memohon maaf suatu yang begitu sukar untuk dilakukan, kita merasakan mungkin telah jatuh darjat kita jika kita memohon maaf, mungkin perasan ego kita begitu besar sehingga kita katakan tiada maaf buat diri mu lagi, namun adakah kita akan merasakan kebaikannya sekiranya kita memaafkan orang lain dan pada ketika itu Allah swt memaafkan diri kita pula.



Memberikan kemaafan adalah apabila sesuatu itu telah berlaku, kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang dan kita sebagai manusia yang menerima kesan akibat kesilapan itu memberikan maaf, persoalan adakah kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu telah melanggar syarak atau melanggar hukum Allah swt? Sekiranya telah melanggar hukum Allah kita memang sepatutnya memarahi mereka namun Allah swt maha pengampun dan Dia mengampunkan hamba-hamba yang dikehendakinya. Siapakah kita yang begitu sombong tidak memberikan kemaafan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan kesilapan.



Memperkatakan untuk memberikan kemaafan begitu mudah tetapi untuk melaksanakan didalam kehidupan adalah sukar kerana hubungan yang jelas dengan Allah swt sudah rapuh dan tidak kuat, kita mungkin merasakan yang kita sahaja yang berkuasa dan tidak merasakan akan kekuasaan Allah swt. Mengapa seseorang itu marah, mungkin sebab tidak dihormati atau tidak disanjungi atau tidak di puji atau tidak diberikan penghormatan, maka ketika itu kita akan merasakan terkilan dan perasaan marah mula menyala dan akhirnya membesar dan apabila ada kesempatan maka marah akan dilahirkan seperti api yang menyala apabila disiram minyak.



Namun sekiranya apabila mahu marah seseorang itu merasakan bahawa apa yang orang lain lakukan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh dirinya terhadap Allah swt. Dia memohon kepada Allah swt agar di maafkan dirinya apabila dia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan kepada dirinya. Dia hanya mengharap kepada Allah swt agar segala kesilapan yang telah dilakukan akan dapat diperbaiki dan menegur dengan penuh kasih sayang kerana inginkan yang terbaik didalam kehidupan mereka.



Marilah kita mengambil kesempatan yang ada ini untuk memohon maaf diantara satu sama lain sempena bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi dan saya selaku manusia yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan memohon ampun dan maaf diatas segala tulisan yang mungkin menguris hati atau perasan, tiada tujuan untuk menghina atau mengajar tuan puan tetapi untuk kita sama-sama mendapatkan keredaan dari Allah swt dan mendapat kasih serta cinta dari Allah swt yang maha berkuasa keatas hamba-hambanya.



Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik disisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis atau banyak berkata atau yang hanya membaca atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita. Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan. Allah hu alam



_______________________________________________________________


Doa Jibril



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Friday, August 15, 2008

Kesempatan di Nisfu Syaaban

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Nisfu syaaban – suatu malam yang di utamakan oleh Rasulullah saw, bagaimanakah kita merasakan malam-malam tersebut, adakah kita cuba juga untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah saw. Semuga malam yang akan mendatang ini kita gunakan untuk sebaik mungkin dan semuga dengan ini akan memberikan kita Rahmat dari Allah swt.



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki."



Semuga dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah swt kita dapat mempergunakan sebaik mungkin dan menjadikan diri kita orang-orang yang di dekatkan kepada Allah swt. Amin



___________________________________________________________



NISFU SYAABAN


Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.



Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."



Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."



Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)



Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008)


Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat


Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x


Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 27 September 2007)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x


Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3. Baca surah ikhlas 1000x


4. Berpuasa pada siangnyaAbul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa


2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan



Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.