Friday, August 22, 2008

Kemewahan dan kemiskianan .. suatu peperiksaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kekayaan siapa yang tidak mahukannya, semua orang berharap agar diberikan harta yang banyak, tahta dan wanita. Ini memang sifat yang ada pada manusia yang diberikan oleh Allah swt untuk menguji manusia tersebut. Tidak salah mempunyai kekayaan yang berlimpah ruah, tidak salah mempunyai pangkat yang tinggi dan tidak juga merupakan suatu kesilapan sekiranya beristeri 4, yang penting kita memastikan agar menurut segala perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan Allah swt.



Bukan masa untuk mencemburui atau menyesali kenapa kita tidak mempunyainya, tetapi kita perlu belajar mensyukuri dengan apa yang diberikan oleh Allah swt kepada kita. Semua yang diberikan adalah merupakan ujian dari Allah swt, walaupun hanya dengan kereta yang buruk sekiranya dengan kereta itu kita melakukan maksiat maka balasan tetap ada di sisi Allah swt, bukan dengan kereta yang buruk untuk melakukan maksiat, dosa akan berkurangan atau bukan juga dengan kereta yang mewah akan menyebabkan dosa akan bertambah.



Kita sering melihat mereka-mereka yang mempunyai kekayaan sangat beruntung kehidupannya, tetapi tidakkah kita sedar bahawa dengan kekayaan atau kereta yang mahal berbanding kereta yang buruk sama sahaja disisi Allah swt, kedua-duanya adalah hamba Allah swt dan kedua-duanya sedang melalui peperiksaan dari Allah swt, seorang di uji dengan mendapat kekayaan (kesenangan) dan seorang lagi di uji dengan kesukaran (kemiskinan). Namun hakikat ujian atau peperiksaan tetap sama, kedua-duanya diberikan masa untuk menduduki peperiksaan tersebut. Apabila masa peperiksaan itu tamat kerta jawapan pasti diambil oleh Allah swt dan berakhirlah kehidupan kita. Kira akan menunggu bilalah kertas peperiksaan kita akan di tanda oleh Allah swt pula, adakah kita lulus atau gagal dadalam peperiksaan tersebut.



Tidak kira sejauh mana kesenangan yang kita perolehi atau sejauh mana kesukaran yang kita telah hadapi, namun kita tetap akan menanti apakah keputusan peperiksaan yang telah kita jawab semasa kita hidup di dunia ini. Jika kita bercita-cita untuk lulus dengan baik semasa hidup kita tentunya mungkin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan tersebut. Namun sekiranya kita tidak memikirkan langsung tentang peperiksaan ini, maka kita tidak akan kisah apa sahaja yang berlaku samada lulus atau tidak, masa kehidupan akan dibiarkan berlalu dan tiba-tiba masa peperiksaan telah tamat.



Tiada guna penyesalan kerana masa yang diberikan hanya beberapa detik sahaja, kita perlu melakukan yang terbaik setiap detik kerana setiap detik pasti berlalu dan tidak akan kembali lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah apakah yang mampu kita lakukan yang terbaik sekarang dan bagaimanakah kita akan lulus setiap detik yang mendatang untuk kita memastikan keputusan yang cemerlang akan diberikan oleh Allah swt kepada diri kita yang amat-amat memerlukan pertolongan dari Allah swt yang maha berkuasa. Walau sejauh mana kita berusaha Allah swt mampu mengagalkan keputusan peperiksaan kita, Allah swt juga mampu memberikan kelulusan kepada kita sekiranya Ia mahu melihat kita lulus, oleh sebab itu penyerahan diri kepada Allah swt amat penting dan pengharapan sepenuhnya tanda kita hamba-hamba yang kerdil dan mahukan pertolongan dan kasih sayangNya perlu kita tunjukkan didalam kehidupan kita. Allah hu alam



______________________________________________________________

0 comments: