Di timpa perasaan mungkin berlaku didalam kehidupan, namun apakah kita boleh melihat sesuatu yang baik dari apa sahaja yang berlaku? Apakah perasaan kita terhadap Allah swt, apakah perasaan kita terhadap kekasih Allah swt, apakah perasaan kita terhadap alim ulamak dan bagaimana pula perasaan kita terhadap anak-anak kita?
Apakah perasaan kita terhadap mereka, adakah kita mahu untuk mereka selamat di akhirat? Adakah kita sentiasa terbayang bagaimanakah kehidupan kita selepas kematian, bagaimanakah mereka bila menghadapi Allah swt adakah telah kita sediakan untuk mereka menjawap persoalan hidup itu nanti, Apakah kita sedar persiapan yang telah kita sediakan buat mereka tetekala disoal oleh para malaikat.
Kehidupan yang dilalui penuh dengan perasaan yang kita cipta sendiri didalam diri kita, kita rasa kita susah, kita rasa kita derita maka kita akan merasai seperti apa yang kita cipta didalam pemikiran. Jika kita lihat didalam kehidupan di dunia ini ramai orang yang kita lihat begitu derita kehiduapannya, namun mereka kelihatan gembira dan boleh tersenyum, ada juga kita lihat mereka yang kaya tetapi tiada wajah ceria di dalam kehidupannya. Mereka kaya tetapi memilih untuk tidak gembira, mereka miskin tetapi memilih untuk senang didalam pemikiran mereka.
Apakah sebenarnya yang kita pilih didalam kehidupan ini? Untuk gembira dengan mencari apakah yang Allah swt mahu kita lakukan atau untuk gembira juga tetapi melakukan apa yang dilarang oleh Allah swt. Kita boleh memilih diantara keduanya dan akan dapat memberikan kegembiraan didalam diri kita tetapi awas kedua-duanya akan memberikan akibat dan kesan bukan sahaja kepada kehidupan di dunia malah kehidupan di akhirat kita nanti.
Apakah erti kegembiraan yang sebenarnya? Kegembiraan yang sebenarnya adalah apabila jiwa ini melaksanakan hukum Allah swt didalam kehidupan dan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain kerana Allah swt. Mungkin ini tanggapan seseorang dan mungkin tanggapa orang lain berbeza. Namun sekiranya kita kembali kepada Allah swt yang menjadikan diri kita, memberikan segala-gala yang kita ada hari ini tentunya sekiranya kita mencari apa yang Allah swt suka Ia akan memberikan yang terbaik bukan sahaja di kehidupan di dunia malah kehidupan kita diakhirat nanti. Allah swt yang maha mengetahui apakah yang sepatutnya manusia lalui tentu sahaja menyediakan panduan untuk manusia mengikuti iaitu Al Quran. Untuk Berjaya dan gembira kita perlu mengikuti apa yang diajarkan oleh Al Quran. Allah hu Alam.
0 comments:
Post a Comment