Jiran bagaimana kita menghormatinya, bagaimana perhubungan kita dengan jiran selam ini? Adakah kita mengutamakan jiran kita? Adakah kita berbaik sangka kepada jiran kita? Setiap jiran ada hak mereka dan bagaimanakah kita menunaikan hak-hak mereka. Ramai orang yang mahu membeli rumah baru atau berpindah ketempat baru, apakah cirri-ciri yang diletakan didalam mendapatkan rumah baru atau rumah sewa tersebut.
Ada orang yang mahukan rumah mereka dekat dengan sekolalh, ada orang yang mahukan kawasan yang tidak digangu, ada orang yang mahukan dekat dengan surau dan ada juga yang mahukan sebaliknya. Namun adakah cirri-ciri jiran termasuk didalam pemilihan rumah yang ingin kita duduki tersebut. Adakah kita mahukan jiran yang soleh yang boleh menegur diri kita dan keluarga kita. Adakah kita meletakkan ciri-ciri jiran yang soleh dihadapan agar kita mendapat cahaya serta Rahmat dari Allah swt.
Adakah jiran kita akan membantu kita diketala kita kesukaran atau jiran kita tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada diri kita seperti kita juga tidak kisah terhadap jiran kita? Kita perlu sensitive apabila jiran kita mendapat musibah, apabila jiran kita kesukaran dan apabila jiran kita mengalami kesusahan. Berapa kali kita pernah membantu jiran kita tanpa diminta? Erti kemanusian adalah apabila kita memberikan sesuatu pertolongan yang amat diperlukan oleh seseorang tanpa mereka meminta kepada diri kita. Oleh sebab itu adakah kita sebenarnya berperikemanusiaan. Apabila seseorang telah meminta bantuan, maka bantuan yang diberikan bukan lagi di anggap kemanusiaan, kerana itu adalah pertolongan yang memang perlu kita lakukan.
Berapa ramai jiran kita yang telah kita bantu tanpa mereka memohon bantuan, kalau kenduri adakah kita menghulurkkan tangan untuk membantu atau kita menunggu jemputan untuk gotong royong baru kita hadir itupun setelah lama program bermula. Apakah kita benar-benar menpunyai hati yang bersih dan ikhlas, melakukan sesuatu tanpa sebab, atau kita melakukan sesuatu kerana sebab-sebab yang tersendiri, keikhlasan adalah suatu yang memang sukar untuk dilaksanakan sekiranya hati tersebut tidak ada ikatan dengan Allah swt, hati itu tidak mungkin akan ikhlas sekiranya tidak bertujuan untuk mencari keredaan Allah swt. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan, pujian atau sanjungan, namun untuk mencari rahmat dan kebaikan dari Allah swt.
Mari kita renung kembali kehidupan kita yang telah kita lalui, apakah penuh dengan keikhlasan atau dengan sebab-sebab tertentu, adakah kita telah melakukan sesuatu tanpa diminta oleh sesiapa pun atau kita melakukan apabila diminta, Walau apa pun yang telah kita lakukan ianya adalah suatu yang terbaik kerana kita masih diberikan masa oleh Allah swt untuk melakukan yang terbaik mulai sekarang, pilihan ditangan kita untuk melakukan yang terbaik sekarang, melakukan seikhlas mungkin sekarang, memberikan bantuan tanpa diminta untuk melahirkan sifat kemanusiaan. Ianya hanya boleh berlaku sekiranya kita kembali kepada Allah swt dan berharap hanya kepada Allah swt. Allah hu Alam
________________________________________________________________
HADITH: TANDA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال: "من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه". (رواه البخاري ومسلم)
Yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan hadith:
1. Pergaulan yang baik dengan menyebarkan kasih sayang antara kaum muslimin akan mengeratkan lagi ikatan mahabbah.
2. Untuk memelihara lidah seseorang itu perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Sekiranya perkara yang ingin dikatakan itu berfaedah, maka bercakap adalah lebih diutamakan. Sekiranya perkara yang ingin dikatakan itu tidak berfaedah, maka diam adalah lebih diutamakan.
3. Memuliakan jiran sangat dituntut oleh Islam:
a. Diberitakan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah diwasiatkan oleh Jibril untuk berbuat baik dengan jiran sehingga baginda menyangka bahawa jiran boleh mewarisi harta pusaka.
b. Islam melarang menyakiti hati jiran seperti mengumpat dan berbuat fitnah.
c. Muslim dituntut berlaku ihsan dengan jiran seperti memberi hadiah, menyebarkan salam, senyum ketika berjumpa, menolong ketika susah dan seumpamanya.
4. Martabat jiran:
a. Jiran muslim yang mempunyai pertalian keluarga – mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai muslim dan hak sebagai kaum kerabat.
b. Jiran muslim – mempunyai hak sebagai jiran dan hak sebagai muslim.
c. Jiran bukan muslim – mempunyai hak sebagai jiran.
5. Memuliakan tetamu:
Islam menuntut agar tetamu dimuliakan dalam tempoh tiga hari.
Pengajaran hadith:
1. Hadith ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya dalam perkara-perkara yang benar dan berfaedah, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
2. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara-perkara haram kerana beliau akan dipersoalkan pada hari qiamat nanti. Beliau lebih senang berdiam daripada bercakap dengan perkara-perkara yang buruk seperti mengumpat, mencaci, memaki dan berkata-kata keji
3. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya serta menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
4. Jiran tetangga adalah golongan yang mendapat perhatian yang besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup bermuafakat dengan jiran-jiran adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
0 comments:
Post a Comment