Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Penyerahan suatu perkataan yang membawa maksud berbagai-bagai pengertian kepada seseorang mengikut apakah yang pernah dilakukan atau dilaksanakan didalam kehidupan. Ada yang bermaksud menyerahkan jiwa dan raga, ada yang bermaksud menyerahkan kebebasan, ada yang bermaksud menyerahkan penghormatan atau banyak lagi tarifan penyerahan yang ada didalam pemahaman manusia.
Adakakh kita sedar bahawa apabila menyatakan tentang Islam kita tidak boleh terlepas dari memahami maksud perkataan PENYERAHAN ini. Islam bukan sekadar amal ibadat, bukan juga akhlak, bukan juga perundangan dan bukan juga ekonomi semata-mata. Tetapi Islam adalah suatu PENYERAHAN kepada KEHENDAK ALLAH SWT dan juga PENYERAHAN kepada KETENTUAN ALLAH SWT.
Penyerahan untuk mengikuti segala kehendak Allah swt didalam perundangan, didalam akhlak, didalam ekonomi, didalam perjuangan, didalam kkehidupan manusia itu sendiri. Semuanya perlu mengikuti seperti apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Penyerahan kepada ketentuan Allah swt merupakan suatu yang melambangkan persedian kita menerima seperti kehendak Allah swt, kita berbaik sangka kepada Allah swt dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu seperti mana yang dikehendaki oleh allah dan menanti ketentuan Allah swt. Kita perlu mencari sebab-sebab seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan setelah melakukan dengan sepenuh komitment, barulah kita berserah kepada ketentuan Allah swt.
Kita perlu jelas penyerahan yang kita lakukan didalam kehidupan kerana ada yang menyerahkan kehidupan mereka kepada hawa nafsu, ada yang menyerahkan kepada benta-benda yang lain dari Allah swt dan apabila penyerahan ini tidak untuk ketaatan kepada kehendak Allah swt maka kehidupan itu sebenarnya akan menuju kepada kemusnahan. Mungkin kita menyangka sesuatu itu buruk pada pandangan kita tetapi sebenarnya Allah swt telah menyediakan begitu banyak kebaikan disebaliknya, dan mungkin sesuatu itu baik pada sangkaan kita tetapi sebenarnya amat buruk buat diri kita.
Sekali lagi marilah kita menuntut untuk mencari ILMU didalam kehidupan kita agar kita diberikan Hidayah dan petunjuk oleh Allah swt. Semuga diberikan keimanan untuk kita memperbetulkan pengertian ISLAM didalam kehidupan kita. Amin
....... 7 keajaiban dunia..................
7 Keajaiban Dunia
Sekelompok siswa kelas geografi sedang mempelajari ‘Tujuh Keajaiban Dunia’.
Pada awal dari pelajaran, mereka diminta untuk membuat daftar apa yang mereka
pikir merupakan ‘Tujuh Keajaiban Dunia’ saat ini. Walaupun ada beberapa ketidak
sesuaian, sebagian besar daftar berisi sbb :
1] Piramid
2] Taj Mahal
3] Tembok Besar Cina
4] Menara Pisa
5] Kuil Angkor
6] Menara Eiffel
7] Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan daftar pilihan, sang guru memperhatikan seorang pelajar, se
orang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang
guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan dengan daftarnya.
Gadis pendiam itu menjawab, ‘Ya, sedikit. Saya tidak bisa memilih karena sangat
banyaknya ‘keajaiban itu’. Sang guru berkata,’Baik, katakan pada kami apa yang
kamu miliki, dan mungkin kami bisa membantu memilihnya’.
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, ‘Saya pikir, ‘Tujuh Keajaiban Dunia’
itu adalah :
1] Bisa melihat,
2] Bisa mendengar,
3] Bisa menyentuh,
4] Bisa menyayangi,
5] Bisa merasakan,
6] Bisa tertawa, dan
7] Bisa mencintai
Ruang kelas tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat
pada eksploitasi manusia dan menyebutnya ‘keajaiban’. Sementara kita lihat lagi
semua yang telah Tuhan karuniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai ‘biasa’.
Sumber : http://ukhuwah.or.id/
Thursday, June 11, 2009
Wednesday, June 10, 2009
Kesabaran Sentiasa Diiringi Dengan Ujian
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/kehidupan-penuh-subsidi-sejauh-mana.html
Kesabaran suatu yang sering kita mahukan didalam diri kita dan juga anak-anak serta semua orang yang berinteraksi dengan kita. Sabarlah, kenapa tak sabar ni, boleh sabar tak? Dan banyak lagi kata-kata yang mungkin kita katakan supaya semua orang akan sabar didalam kehidupan kita. Kita juga bermohon untuk sabar kepada Allah swt. Tetapi adakah kita sedar bahawa perkata sabar menuntut untuk tindakan yang perlu kita praktikkan didalam kehidupan.
Bila kita memohon kepada Allah swt untuk kita menjadi seorang yang sabar, ianya seolah-olah kita memohon untuk kita diuji agar kita dapat mengatasi segala ujian tersebut. Jika tidak di uji bagaimana kita nak mengetahui samada kita boleh sabar atau tidak, kesabaran berbagai peringkat dan semakin tinggi tahap kesabaran kita semakin hebat ujian yag diberikan oleh Allah swt. Adakah kita boleh sabar dengan kerenah anak-anak, kerenah isteri-isteri, kerenah suami, kerenah jiran, kerenah pelajar-pelajar dan banyak lagi kerenah orang yang berkomunikasi dengan kita.
Sikap berbaik sangka dengan Allah swt dan sentiasa berhubung dengan Allah swt adalah penting untuk mendapat peringkat kesabaran yang tinggi. Jika kita merasakan setelah berusaha bersungguh-sungguh tetapi hasil yang diperolehi tidak seperti yang dihajatkan tentunya kita merasakan teruji, tetapi sekiranya kita merasai apa sahaja yang diterima adalalh suatu ketentuan Alllah swt dan apa yang diberikan oleh Allah swt adalah suatu yang baik buat diri kita maka ketika itu sudah tiada kerisauan dan keburukan yang ada adalah kebaikan kerana tentu ada sahaja yang baik yang ingin diberikan oleh Allah swt bagi kita untuk mencari disebalik apa sahaja yang diterima oleh diri kita.
Sejauh mana kita mungkin dapat berbaik sangka adalah sejauh mana pula kita sebenarnya mengenali akan sifat-sifat Allah swt didalam kehidupan kita. Apabila kita benar-benar mengenali Allah swt maka ketika itu kita akan menghubungkan diri kita untuk merasai akan kenikmatan menjadi hamba-hambaNya. Tiada lagi ketakutan, tiada lagi kerisauan, tiada lagi kekurangan, tiada lagi penghinaan, tiada lagi pencarian penghormatan yang ada adalah meletakkan Allah swt dihadapan dengan mengambil petunjuk Al Quran sebagai panduan dan penilaian adalah berpandukan kepada penilaian Allah swt. Sekali lagi kepentingan ilmu merupakan faktur yang perlu kita bermula untuk menjadikan kita orang yang benar-benar akan dikasihi oleh Allah swt. Marilah kita sama-sama bermula mencari ilmu buat kehidupan yang pasti akan menemui kematian ini. Allah hu alam
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
5 perkara penting dlm hidup.....
lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya
1:wajah yang cantik
2:duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan
senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.
sabda nabi saw,
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Tuesday, June 9, 2009
Persiapan Sejauh Mana Kita Mengerti
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/harapan-dan-doa-satu-keperluan.html
Perkataan persiapan adalah suatu perkataan yang sering kita gunakan apabila kita melihat keadaan yang tidak terurus seperti anak lewat nak kesekolah, majlis yang tidak sempurna, menghadiri peperiksaan dengan keadaan kelam kabut dan berbagai lagi peristiwa yang menunjukkan tiada kesempurnaan didalam menjadikan sesuatu itu berjaya dengan baik dan cemerlang.
Kita akan memarahi anak-anak jika mereka tidak mempunyai persediaan untuk pergi kesekolah, kita marah jika pagi itu baru nak semak jadual, baru nak cari buku dan baru nak masukkan buku kedalam beg, kita juga tidak berpuas hati jika pekerja kita tidak menyiapkan kerja-kerja yang telah ditugaskan dengan baik, kita juga merasakan terkilan bila mendapati apa yang dilaksanakan adalah tidak sempurna kerana tiada persiapan yang dilakukan lebih awal sebelum program tersebut dilaksanakan.
Persiapan adalah suatu keperluan penting untuk menjadikan apa sahaja perkara yang kita inginkan untuk berjaya dengan cemerlang. Kita mahu yang terbaik dan semua orang gembira apabila mendapat yang sempurna dan cemerlang. Persoalannya adakah kita telah benar-benar mempersiapkan diri kita apabila kita menyatakan kita mahu beriman? Atau adakah kita telah mempersiapkan diri kita apabila kita nak menerima Islam di dalam kehidupan kita? Apakah persiapan yang telah kita sediakan? Apabila kita nak bekerja setiap hari, kita mempersiapkan diri kita dengan pakaian yang cantik dan lain-lain lagi tetapi apakah kita mempersiapkan diri kita dengan sebaik mungkin apabila kita hendak mengadap Allah swt? Kita mempersiapkan diri kita apabila nak dipanggil bertemu dengan raja mungkin sebulan sebelum pertemuan kita dengan raja, tetapi apakah yang kita sediakan apabila bertemu dengan Allah swt,
Kita mempersiapkan diri, perasaan dan bersungguh-sungguh menanti saat-saat pertemuan itu dan adakah kita bersungguh-sungguh dengan perasaan, niat, fizikal dan segala yang terbaik untuk kita bertemu dengan Allah swt? Marilah kita sama-sama menyediakan persiapan demi persiapan untuk kita menghadapkan diri kita dan persiapan awal adalah ilmu yang jelas terhadap apakah islam yang telah kita anuti ini dan benar-benar merasai akan hakikat tauhid kepada Allah swt, merasakan akan kebesaran Allah swt sebagai rabb dan illah, yang perlu disembah dan diberikan segala penyerahan ketaatan dan kepatuhan didalam kehidupan. Amin
___________________________________________________________________________________
Bagaimana Roket Al Qossam Dibuat
Katagori : Al-Quds/Terjajah
Oleh : Redaksi 01 Apr, 09 - 7:00 pm
lukaluka kecil akibat rocket AlQassam membuat kepanikan Luarbiasa Israel (Gambar1)
homemade Rocket Al Qassam (Gambar 2)
Betapa takutnya Israel akan Hamas. Dan betapa takut pula mereka akan Al Qossam, roket yang dibuat oleh Hamas. Roket yang dibuat di rumah itu, hanya menggunakan tangan, seolah tak pernah habis dan tak pernah henti. Bandingkan dengan Israel yang mengimpor senjata, termasuk roket dari negara-negara besar seperti Jerman dan AS, selain juga Israel memproduksi sendiri senjatanya, yang semuanya itu tentu saja, tak ada yang dibuat di rumah, juga tak ada yang dibuat oleh tangan.
Roket-roket Israel merupakan buatan pabrik dan mesin yang mempunyai daya jangkau ribuan kilometer dan daya ledak yang dahsyat. Tapi itu, tak sedikitpun membuat Hamas ataupun orang Palestina yang berada di Jalur Gaza ketakutan. Israel bisa kapan saja meluncurkan senjata mereka, roket, misil dan bom, dan para pejuang Hamas senantiasa bersiap siaga.
Para pejuang Hamas hapal betul dengan ayat Al Quran yang berbunyi : "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Qs. al-Anfaal [8]: 60)
Dan beginilah Hamas membuat senjata roket Al Qossam untuk berjuang melawan penjajah bumi Palestina, Israel. (Gambar 3&4)
Di sebuah gudang di utara Jalur Gaza, sekelompok anak muda, selalu anak muda, membuat roket-roket Al Qossam. mereka mengerjakannya di malam hari. Roket-roket diukur sedemikian rupa dalam berbagai ukuran yang berbeda. Yang paling besar "hanya" sanggup mencapai jarak 9 kilometer.
Material peledak: hulu roket diisi dengan TNT. (Gambar 5)
Pupuk yang digunakan sebagai bahan bakar roket berasal dari Israel. Orang-orang Israel tidak pernah mengerti bagaimana pupuk-pupuk ini bisa sampai di Gaza.
Para kreator ini kemudian mencampur pupuk dengan sirup glukosa. Mereka menggunakan timbangan bumbu dapur untuk mengukur takarannya. (Gambar 6)
Perlu satu jam setengah untuk menyiapkan bahan bakar roket di atas sebuah kompor gas mini. Roket sedang dites uji ledaknya. (Gambar 7)
Para Hamas muda ini menggunakan walkie talkie untuk berhubungan dengan rekan-rekannya yang berjaga di luar gudang. (Gambar 8)
Enam jam dalam satu malam, dibagi dalam dua shift. Tak ada upah lembur. Mereka menggunakan waktu istirahat untuk tahajjud dan hanya ditemani segelas kopi. (gambar9)
Semua bahan dituangkan ke dalam roket, yang kemudian akan mendingin dan mengeras dengan sendirinya. Kontainer ini kemudian akan dipotong dan silinder bahan bakar dimasukan kedalam sel Qossam. Sebuah detonator juga disertakan.
Satu malam, anak-anak muda itu sanggup membuat 100 buah roket!Subhanallah.(gambar 10)
Think Eco Ideas Everybody, Everywhere
Monday, June 8, 2009
Harapan dan doa satu keperluan..
Sejauh mana kita benar-benar berharap, sejauh mana kita pernah di uji, sejauh mana kita pernah menderita, sejauh mana kita telah mendapat nikmat kehidupan, persoalan adakah kita sentiasa berhubung dengan Allah swt dan memohon agar sentiasa diberikan ilmu untuk menjadi hamba-hamba yang sentiasa mengingati Allah swt dan hanya mencari keredaan Allah swt didalam kehidupan.
Kita mungkin berharap untuk mendapat sesuatu, kita mungkin berdoa namun mungkin masih tidak mendapatkannya, mungkin ada yang terbaik disebalik segala sesuatu yang berlaku, yang penting harapan dan doa tidak mungkin putus kepada Allah swt didalam apa sahaja usaha yang kita lakukan. Amin
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Harapan seorang isteri kepada Allah swt
Saya seorang isteri dan juga seorang ibu, semasa saya belum berkahwin saya sentiasa berharap agar diberikan seorang suami yang solleh dan penyayang kepada keluarga. Akhirnya saya disusun oleh Allah swt untuk mendapat seorang suami yang saya rasakan sungguh baik buat diri saya. Tetapi apa yang saya sangkakan tidak sepertinya, suami saya adalah seorang penagih dadah, namun apabila saya mengetahui sudah terlambat kerana saya telah menjadi isteri dan juga ibu kepada anak-anak kami.
Saya tahu pengaruh dadah adalah suatu yang sukar untuk diatasi, apa yang saya lakukan adalah sentiasa berdoa agar ujian yang Allah swt berikan akan dapat saya lalui dengan penuh kesabaran dan juga mendapat keredaan dan kebaikan dari Allah swt.
Suami saya semakin hari semakin ganas, kadang kala in memukul saya, menendang diri saya dan berbagai-bagai lagi penyesaan yang saya terima, rasanya kalau nak cerita tak tercerita penderitaan tersebut. Namun saya tetap merasakan ini adalah suatu ujian buat diri saya kerana saya telah berdoa dan bersungguh-sungguh berharap agar mendapat seorang suami yang baik semasa saya belum berkahwin dan juga tetap berdoa agar suami saya adalah suami yang tetap baik selepas kami berkahwin.
Saya terus berharap kepada Allah swt kerana malu rasanya untuk memohon bantuan dari keluarga tetapi akhirnya semua keluarga mengetahui segala-galanya. Ada yang menyarankan agar berpisah sahaja kerana saya seperti sudah tiada apa-apa lagi yang mahu dipertahankan, semua gaji say adi ambil oleh suami, kadang kala kami terpaksa tidak makan dan minum air paip sahaja dan kadang kala meminta dari jiran untuk sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan.
Saya hanya memohon kepada Allah swt agar Allah swt memberikan yang terbaik kerana semua yang berlaku adalah suatu pemberian dari Allah swt dan Allah swt maha mengetahui apa yang telah diberikannya.
Suatu hari suami saya telah terlibat dengan kemalangan dan koma dihospital, tugas saya telah bertukar pula dari penderitaan akibat pukulan dan tendangan suami kepada menjaga dirinya yang berada di hospital, kehidupan semakin baik walaupun suami saya sakit dan perlu menjaganya dihospital, saya telah mempu untuk mengunakan wang gaji saya untuk menyara kehidupan kami.
Saya tetap terus berdoa dan berdoa tanpa putus asa dan hanya berharap yang terbaik buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Akhirnya setelah hampir setahun suami saya koma dan Allah swt telah memberikan selagi lagi peluang untuk beliau hidup seperti manusia biasa. Apabila beliau sedar, perkataan yang mula dikatakan olehnya adalah emohon kemaafan kepada diri saya kerana sikap dan perangai yang telah dilakukan kepada diri saya dan anak-anak.
Katanya dia telah bermimpi menghadapi suatu siksaan yang begitu hebat didalam neraka Allah dan saya telah membantu beliau untuk keluar dari tempat yang begitu menderita bagi dirinya. Tidak ada kegembiraan yang dapat digambarkan apabila akhirnya Allah swt telah memberikan yang terbaik buat saya dan diharapkan kami sekeluarga tetap akan mendapat kebaikan dari Allah swt sehingga bertemu dengan Allah swt nanti. Amin

Teguran Manusia Tanda Kasih Allah Kepada Diri Kita
Assalammualikum dan salam sejahtera,
Kasih dan cinta Allah swt tentunya suatu yang dicari-cari didalam kehidupan. Namun apakah mungkin akan diperolehi sekiranya kita tidak bersedia untuk mendapatkannya. Jika kita mahukan kesabaran didalam kehidupan, ianya bermakna kita perlu bersedia untuk diuji oleh Allah swt kerana kesabaran hanya akan dapat dibuktikan apabila kita dapat bersabar apabila ujian diberikan oleh Allah swt.
Ujian Allah swt didalam berbagai bentuk, ada dengan kebaikan-kebaikan yang diberikan dan ada didalam kesusahan-kesusahan. Setiap masa yang berlalu adalah ujian-ujian dari Allah swt untuk melihat hamba-hambaNya yang benar-benar bersyukur. Kehidupan itu penuh dengan kebaikan sekiranya seorang itu diberikan ilmu untuk mengenal Allah swt didalam kehidupan. Mari kita melihat presepsi diri kita tentang kehidupan ini. Bila ada orang menegur diri kita, kita selalu beranggapan orang tersebut hanya nak cari salah sahaja, bukankah teguran adalah tanda Allah swt menyayangi seseorang, kawan ketawa ramai, kawan menangis amat sedikit. Sekiranya seseorang menegur kita tandanya ia mahu untuk kita tidak terus melakukan kesilapan yang mungkin dimurkai oleh Allah swt.
Beruntung sekiranya kita mempunyai rakan yang bersedia menegur kesilapan yang kita lakukan. Al Quran diturunkan bukan sahaja untuk memberikan petunjuk tetapi sebagai panduan agar segala kesilapan dapat diperbetulkan. Kesilapan adalah lumrah didalam kehidupan, tiada siapa yang yang tidak melakukan kesilapan namun apakah teguran akan menyebabkan kita kerugian? Kita perlu mengubah minda kita agar bersedia untuk menerima teguran dari sesiapa sahaja, jika fakta yang ditegur adalah suatu kesilapan yang telah kita lakukan maka kita perlu memperbetulkan dan menerimanya dengan hati terbuka. Sebaliknya jika ianya suatu tuduhan semata-mata kita perlu merasakan semuga Allah swt mengampunkan mereka dan kita perlu melakukan yang sebaik mungkin sebagai manusia yang serba kekurangan.
Tanda kasih Allah swt kepada kita adalah apabila kesilapan-kesilapan yang kita lakukan diperbetulkan oleh Allah swt melalui manusia untuk kita bertaubat dan memperbaiki dari masa kesemasa. Marilah kita sama-sama bersedia untuk menerima teguran yang mungkin datang dari pembacaan, mungkin dari kata-kata manusia, mungkin dari radio, mungkin dari penderitaan orang lain, mungkin dari bencana alam dan mungkin dari sesuatu yang tidak kita fikirkan tetapi semuanya mahu menegur kita agar kita takut kepada Allah swt dan mencari keredaan didalam kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam.
....................................................................................
20 sen dan harga sebuah iman..
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan
tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin
turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu
bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Kehidupan Penuh Subsidi, Sejauh Mana Dirasai..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Subsidi suatu yang sering diperkatakan terhadap bantuan yang diperolehi daripada kerajaan, ada subsidi untuk sawah, subsidi untuk baja, subsidi untuk petrol dan banyak lagi subsidi yang mungkin boleh diperolehi untuk menyenangkan kehidupan kita. Jika boleh untuk mendapatkannya ramai orang yang berusaha untuk memperolehi subsidi. Bagi yang mendapatkan subsidi tentunya mereka merasakan amat beruntung kerana memperolehi sesuatu dengan melakukan sesuatu yang mereka perlu lakukan didalam kehidupan mereka.
Mari kita melihat sebenarnya sebanyak mana kita telah menerima subsidi dari Allah swt, bukankah kita telah diberikan oleh Alllah swt banyak hadiah-hadiah didalam kehidupan kita? Kita diberikan pekerjaan, kita diberikan keluarga, kita diberikan anak-anak, kita diberikan harta, kita diberikan kekayaan dan banyak lagi pemberian dari Allah swt didalam kehidupan kita. Bukankah itu semua adalah subsidi dari Allah swt kepada kita? Kerap kali kita tidak berapa bersungguh didalam melakukan sesuatu tetapi pemberian Allah swt kepada kita begitu banyak, tetapi kita sering lupa terhadap pemberian Allah swt yang begitu banyak.
Kita selalu beranggapan apa yang kita perolehi adalah milik kita, kita merasakan kita telah berusaha sekuat mungkin untuk mendapatkan apa yang telah kita perolehi. Adakah kita sedar walau sejauh mana kita berusaha, sekuat mana kita mengunakan akal dan tulang empat kerat kita sekiranya Allah swt menyatakan kita tidak mendapatkan apa yang kita hajatkan kita tetap tidak akan memperolehi apa yang diharapkan. Kita sebenarnya amat-amat berharap kepada subsidi yang diberikan oleh Allah swt. Namun kita tetap selalu sombong dan bongkak kerana sukar untuk benar-benar berterima kasih diatas segala pemberian yang telah kita terima didalam kehidupan.
Sejauh mana kita merasakan ISLAM sebagai suatu nikmat didalam kehidupan kita? Sejauh mana kita benar-benar menjaga ISLAM yang telah diberikan kepada diri kita? Sejauh mana kita menghargai, memahami dan mengamalkan ajaran ISLAM didalam kehidupan kita? Adaka kita mempunyai apakah itu islam dan benar-benar berbeza didalam kehidupan kita jika dibandingkan dengan orang-orang yang tidak beragama islam? Marilah kita menyemak kembali kehidupan kita untuk menjadikan kehidupan itu suatu yang penuh dengan kemanisan dan kenikmatan yang perlu disyukuri didalam kehidupan. Amin
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Apa Ertinya Saya Menganut Islam
oleh:Fathi Yakan
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Islam dari segi bahasa bermaksud selamat, sejahtera. Islam dari segi istilah bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).
1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w.
1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah
mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.
Firman Allah s.w.t:
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itumencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri.
Firman Allah s.w.t:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasulrasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan.
Firman Allah s.w.t:
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.
Firman Allah s.w.t:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."
(Surah Al-Syura 42:Ayat 7)
6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya.
Firman Allah s.w.t:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Dan firman Allah s.w.t;
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

Kesyukuran Akan Memperolehi Kebahagian
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Semua mahukan kebahagian didalam kehidupan, namun adakah kebahagian yang diperolehi oleh setiap manusia sekarang ini merupakan kebahagian yang sebenarnya. Seorang kanak-kanak akan berhenti menangis apabila kehendak yang dicari atau diminta olehnya telah diperolehi oleh mereka. Namun tanpa kita sedari kehendak kita makin bertambah dari masa kesemasa, kita mahukan kenderaan yang baik, kita mahukan anak-anak yang menurut perintah, kita mahukan isteri-isteri yang membahagiakan, kita mahukan seribu satu kehendak yang mungkin begitu sukar untuk digambarkan.
Namun setelah segalanya kita perolehi kita tetap juga tidak merasakan bahagia, kehendak kita semakin bertambah dan kita mula marah, ego, tidak sabar dan berbagai lagi sebab yang menyebabkan kebahagian tidak dapat dirasai. Dimanakah kebahagian akan di cari? Adakah mungkin akan datang dengan kita berusaha bersungguh mencari dan berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya? Kebahagian adalah suatu yang begitu subjective dimana apabila seorang itu boleh bersyukur kepada Allah swt maka segala-gala yang sukar akan kelihatan mudah, segala yang derita akan mudah, segala kesukaan merupakan cabaran, segala kedaifan adalah ujian yang perlu dilalui penuh dengan kesabaran, rendah diri, kelembutan, kemaafan, kemurahan dan berbagai lagi sifat-sifat yang menandakan sikap bersyukur kepada Allah swt.
Begitu mudah untuk menyatakan untuk bersyukur, namun ramai yang tidak dapat merasakan untuk bersyukur sehinggakan kehidupan itu masih dirasai penuh dengan penderiataan, masih merasai tidak dihargai, masih ujud perasaan dendam, masih tidak merasai kegembiraan dan penuh dengan penyesalan. Bila ditanya tentang kebesaran Allah begitu sukar untuk merasainya, bila kebesaran Allah swt tidak dirasai maka amat sukar untuk menundukkan diri kerana merasakan segala yang berlaku tidak datang dari Allah swt yang maha berkuasa, bukankah apa sahaja yang berlaku adalah dalam ketentuan Allah swt.
Kita hanya manusia yang perlu berusaha bersungguh-sungguh dan allah swt akan menentukan seperti apa yang dikehendakiNya. Kita adalah hamba-hambaNya yang perlu melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh berdoa dan berharap kepada Allah agar apa yang diberikan olah Allah swt adalah yang terbaik buat diri kita, mungkin kita merasakan sesuatu itu baik untuk diri kita tetapi adalah buruk buat kita, mungkin kita menyatakan sesuatu itu buruk buat kita sehinggakan kita bersungguh-sungguh untuk menjauhinya namun Allah swt yang bersifat maha mengetahui apa yang ada disebalik segala yang berlaku dan kita perlu berharap dan berdoa agar diberikan yang terbaik buat diri kita bagi kehidupan di dunia dan juga diakhirat.
Apabila telah berlaku kita perlu berbaik sangka kepada Allah swt, jika kita bersalah atau melakukan dosa maka bertaubatlah kerana Allah swt maha pengampun dan maha pemaaf, jika mendapat yang baik maka bersyukurlah dengan kebaikan yang telah diberikan. Amin
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Subscribe to:
Posts (Atom)