Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Semua mahukan kebahagian didalam kehidupan, namun adakah kebahagian yang diperolehi oleh setiap manusia sekarang ini merupakan kebahagian yang sebenarnya. Seorang kanak-kanak akan berhenti menangis apabila kehendak yang dicari atau diminta olehnya telah diperolehi oleh mereka. Namun tanpa kita sedari kehendak kita makin bertambah dari masa kesemasa, kita mahukan kenderaan yang baik, kita mahukan anak-anak yang menurut perintah, kita mahukan isteri-isteri yang membahagiakan, kita mahukan seribu satu kehendak yang mungkin begitu sukar untuk digambarkan.
Namun setelah segalanya kita perolehi kita tetap juga tidak merasakan bahagia, kehendak kita semakin bertambah dan kita mula marah, ego, tidak sabar dan berbagai lagi sebab yang menyebabkan kebahagian tidak dapat dirasai. Dimanakah kebahagian akan di cari? Adakah mungkin akan datang dengan kita berusaha bersungguh mencari dan berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya? Kebahagian adalah suatu yang begitu subjective dimana apabila seorang itu boleh bersyukur kepada Allah swt maka segala-gala yang sukar akan kelihatan mudah, segala yang derita akan mudah, segala kesukaan merupakan cabaran, segala kedaifan adalah ujian yang perlu dilalui penuh dengan kesabaran, rendah diri, kelembutan, kemaafan, kemurahan dan berbagai lagi sifat-sifat yang menandakan sikap bersyukur kepada Allah swt.
Begitu mudah untuk menyatakan untuk bersyukur, namun ramai yang tidak dapat merasakan untuk bersyukur sehinggakan kehidupan itu masih dirasai penuh dengan penderiataan, masih merasai tidak dihargai, masih ujud perasaan dendam, masih tidak merasai kegembiraan dan penuh dengan penyesalan. Bila ditanya tentang kebesaran Allah begitu sukar untuk merasainya, bila kebesaran Allah swt tidak dirasai maka amat sukar untuk menundukkan diri kerana merasakan segala yang berlaku tidak datang dari Allah swt yang maha berkuasa, bukankah apa sahaja yang berlaku adalah dalam ketentuan Allah swt.
Kita hanya manusia yang perlu berusaha bersungguh-sungguh dan allah swt akan menentukan seperti apa yang dikehendakiNya. Kita adalah hamba-hambaNya yang perlu melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh berdoa dan berharap kepada Allah agar apa yang diberikan olah Allah swt adalah yang terbaik buat diri kita, mungkin kita merasakan sesuatu itu baik untuk diri kita tetapi adalah buruk buat kita, mungkin kita menyatakan sesuatu itu buruk buat kita sehinggakan kita bersungguh-sungguh untuk menjauhinya namun Allah swt yang bersifat maha mengetahui apa yang ada disebalik segala yang berlaku dan kita perlu berharap dan berdoa agar diberikan yang terbaik buat diri kita bagi kehidupan di dunia dan juga diakhirat.
Apabila telah berlaku kita perlu berbaik sangka kepada Allah swt, jika kita bersalah atau melakukan dosa maka bertaubatlah kerana Allah swt maha pengampun dan maha pemaaf, jika mendapat yang baik maka bersyukurlah dengan kebaikan yang telah diberikan. Amin
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment