Wednesday, June 10, 2009

Kesabaran Sentiasa Diiringi Dengan Ujian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/kehidupan-penuh-subsidi-sejauh-mana.html



Kesabaran suatu yang sering kita mahukan didalam diri kita dan juga anak-anak serta semua orang yang berinteraksi dengan kita. Sabarlah, kenapa tak sabar ni, boleh sabar tak? Dan banyak lagi kata-kata yang mungkin kita katakan supaya semua orang akan sabar didalam kehidupan kita. Kita juga bermohon untuk sabar kepada Allah swt. Tetapi adakah kita sedar bahawa perkata sabar menuntut untuk tindakan yang perlu kita praktikkan didalam kehidupan.



Bila kita memohon kepada Allah swt untuk kita menjadi seorang yang sabar, ianya seolah-olah kita memohon untuk kita diuji agar kita dapat mengatasi segala ujian tersebut. Jika tidak di uji bagaimana kita nak mengetahui samada kita boleh sabar atau tidak, kesabaran berbagai peringkat dan semakin tinggi tahap kesabaran kita semakin hebat ujian yag diberikan oleh Allah swt. Adakah kita boleh sabar dengan kerenah anak-anak, kerenah isteri-isteri, kerenah suami, kerenah jiran, kerenah pelajar-pelajar dan banyak lagi kerenah orang yang berkomunikasi dengan kita.



Sikap berbaik sangka dengan Allah swt dan sentiasa berhubung dengan Allah swt adalah penting untuk mendapat peringkat kesabaran yang tinggi. Jika kita merasakan setelah berusaha bersungguh-sungguh tetapi hasil yang diperolehi tidak seperti yang dihajatkan tentunya kita merasakan teruji, tetapi sekiranya kita merasai apa sahaja yang diterima adalalh suatu ketentuan Alllah swt dan apa yang diberikan oleh Allah swt adalah suatu yang baik buat diri kita maka ketika itu sudah tiada kerisauan dan keburukan yang ada adalah kebaikan kerana tentu ada sahaja yang baik yang ingin diberikan oleh Allah swt bagi kita untuk mencari disebalik apa sahaja yang diterima oleh diri kita.



Sejauh mana kita mungkin dapat berbaik sangka adalah sejauh mana pula kita sebenarnya mengenali akan sifat-sifat Allah swt didalam kehidupan kita. Apabila kita benar-benar mengenali Allah swt maka ketika itu kita akan menghubungkan diri kita untuk merasai akan kenikmatan menjadi hamba-hambaNya. Tiada lagi ketakutan, tiada lagi kerisauan, tiada lagi kekurangan, tiada lagi penghinaan, tiada lagi pencarian penghormatan yang ada adalah meletakkan Allah swt dihadapan dengan mengambil petunjuk Al Quran sebagai panduan dan penilaian adalah berpandukan kepada penilaian Allah swt. Sekali lagi kepentingan ilmu merupakan faktur yang perlu kita bermula untuk menjadikan kita orang yang benar-benar akan dikasihi oleh Allah swt. Marilah kita sama-sama bermula mencari ilmu buat kehidupan yang pasti akan menemui kematian ini. Allah hu alam

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

5 perkara penting dlm hidup.....


lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya

1:wajah yang cantik

2:duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita

5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan

senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.


sabda nabi saw,
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

0 comments: