Monday, June 8, 2009

Harapan dan doa satu keperluan..

Sejauh mana kita benar-benar berharap, sejauh mana kita pernah di uji, sejauh mana kita pernah menderita, sejauh mana kita telah mendapat nikmat kehidupan, persoalan adakah kita sentiasa berhubung dengan Allah swt dan memohon agar sentiasa diberikan ilmu untuk menjadi hamba-hamba yang sentiasa mengingati Allah swt dan hanya mencari keredaan Allah swt didalam kehidupan.

Kita mungkin berharap untuk mendapat sesuatu, kita mungkin berdoa namun mungkin masih tidak mendapatkannya, mungkin ada yang terbaik disebalik segala sesuatu yang berlaku, yang penting harapan dan doa tidak mungkin putus kepada Allah swt didalam apa sahaja usaha yang kita lakukan. Amin

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Harapan seorang isteri kepada Allah swt

Saya seorang isteri dan juga seorang ibu, semasa saya belum berkahwin saya sentiasa berharap agar diberikan seorang suami yang solleh dan penyayang kepada keluarga. Akhirnya saya disusun oleh Allah swt untuk mendapat seorang suami yang saya rasakan sungguh baik buat diri saya. Tetapi apa yang saya sangkakan tidak sepertinya, suami saya adalah seorang penagih dadah, namun apabila saya mengetahui sudah terlambat kerana saya telah menjadi isteri dan juga ibu kepada anak-anak kami.

Saya tahu pengaruh dadah adalah suatu yang sukar untuk diatasi, apa yang saya lakukan adalah sentiasa berdoa agar ujian yang Allah swt berikan akan dapat saya lalui dengan penuh kesabaran dan juga mendapat keredaan dan kebaikan dari Allah swt.

Suami saya semakin hari semakin ganas, kadang kala in memukul saya, menendang diri saya dan berbagai-bagai lagi penyesaan yang saya terima, rasanya kalau nak cerita tak tercerita penderitaan tersebut. Namun saya tetap merasakan ini adalah suatu ujian buat diri saya kerana saya telah berdoa dan bersungguh-sungguh berharap agar mendapat seorang suami yang baik semasa saya belum berkahwin dan juga tetap berdoa agar suami saya adalah suami yang tetap baik selepas kami berkahwin.

Saya terus berharap kepada Allah swt kerana malu rasanya untuk memohon bantuan dari keluarga tetapi akhirnya semua keluarga mengetahui segala-galanya. Ada yang menyarankan agar berpisah sahaja kerana saya seperti sudah tiada apa-apa lagi yang mahu dipertahankan, semua gaji say adi ambil oleh suami, kadang kala kami terpaksa tidak makan dan minum air paip sahaja dan kadang kala meminta dari jiran untuk sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan.

Saya hanya memohon kepada Allah swt agar Allah swt memberikan yang terbaik kerana semua yang berlaku adalah suatu pemberian dari Allah swt dan Allah swt maha mengetahui apa yang telah diberikannya.

Suatu hari suami saya telah terlibat dengan kemalangan dan koma dihospital, tugas saya telah bertukar pula dari penderitaan akibat pukulan dan tendangan suami kepada menjaga dirinya yang berada di hospital, kehidupan semakin baik walaupun suami saya sakit dan perlu menjaganya dihospital, saya telah mempu untuk mengunakan wang gaji saya untuk menyara kehidupan kami.

Saya tetap terus berdoa dan berdoa tanpa putus asa dan hanya berharap yang terbaik buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Akhirnya setelah hampir setahun suami saya koma dan Allah swt telah memberikan selagi lagi peluang untuk beliau hidup seperti manusia biasa. Apabila beliau sedar, perkataan yang mula dikatakan olehnya adalah emohon kemaafan kepada diri saya kerana sikap dan perangai yang telah dilakukan kepada diri saya dan anak-anak.

Katanya dia telah bermimpi menghadapi suatu siksaan yang begitu hebat didalam neraka Allah dan saya telah membantu beliau untuk keluar dari tempat yang begitu menderita bagi dirinya. Tidak ada kegembiraan yang dapat digambarkan apabila akhirnya Allah swt telah memberikan yang terbaik buat saya dan diharapkan kami sekeluarga tetap akan mendapat kebaikan dari Allah swt sehingga bertemu dengan Allah swt nanti. Amin

0 comments: